Tuesday, December 18, 2012

Playstation

Aktiviti qa'id 14/12/12 jumaat ... 


Sekali tengok dh mcm org pro main PSP ... muka serius aje ... ada gaya tersendiri !!




Ibu perhatikan qa'id ni suka main permainan yg bukan permainan seperti remote control ... dan suka main permainan orang dewasa seperti hand phone dan PSP !! toys yg ibu dan papa beli ... xde pun nak main !!

Lasak

Aktiviti hujung minggu qa'id ... 16/12/12 ahad

Terkejut beruk dibuatnya ... tengok2 qa'id dh bertenggek kat situ ... ibu hanya mampu sebut masyaAllah dan istighfar aje ... terus capai kamera dan snap. ibu perhatikan aje .. kalau ibu menjerit, mesti qa'id terkejut. kalau terkejut nnt, apa saja boleh berlaku. 


Ini kali kedua qa'id panjat .. boring kot, xde benda nk main ... 


Kali ketiga qa'id memanjat ... 


Ibu larang tp mana qa'id nk dengar .. setiap hari ibu menjerit mcm tarzan ... qa'id buat tak tahu je, kadang tu merajuk bila kena marah, kadang tu qa'id tiru cara ibu marah, kadang buat juga walaupun kena marah ... tp bila ibu biarkan, buat tak kisah je, qa'id sendiri akan behave !! entah la .... macam tu ke nak didik anak ?? ibu risau tersalah didik aje !!

Ini kalau wan dan atuk tengok, maunya ibu yg kena tempik terutamanya wan ... wan suka tempik kat ibu kuat2 kalau qa'id buat sesuatu !! awalnya terasa hati juga, lama2 ibu malas nk layan wan !! 

Papa belum tengok lagi aksi qa'id ... tp ibu dh tahu apa reaksi papa kalau ibu tunjuk gambar ni ... nanti la ... papa balik dr sailing esok, ibu tunjuk ... 

Yakult dan straw

Last week ibu bagi qa'id minum yakult ... yakult ni baik untuk usus .. qa'id dh boleh minum yakult ... baby umur 6 bulan dh boleh minum yakult sebenarnya ... tp bergantung juga ..

Ibu pernah ke kilang yakult untuk lawatan sambil belajar .. tahun lepas 2011 semasa tengah mengandungkan qa'id... ikutkan usus baby tiada masalah apa pun lg ... usus orang dewasa yg banyak masalah ... dan memang patut minum yakult ... harga dia mahal sikit berbanding minuman kultur lain, tp yakult ni much better !!

Alhamdulillah selepas minum yakult .. xde apa yg berlaku ... berak macam biasa !! qa'id xde sakit perut pun. 


 Qa'id belajar minum menggunakan straw sejak berumur 7 bulan lagi ... sekarang ni lepas minum qa'id akan kunyah straw, tarik straw tu keluar dan cucuk balik semula ...


Tapi sebelum ibu berikan yakult, ibu beli minuman yogurt calciyum ... keesokannya, qa'id berak banyak sangat sampai terkeluar dr lampin ... isi kandungan berak tu macam2 ada ... yg mana qa'id makan semalam, semua keluar ... perut qa'id kempis dan ringan ... dasyat betul !! tp qa'id xde pula meragam sakit perut ... alhamdulillah, minuman mcm ni berfungsi mencuci usus ... bila usus bersih, kesihatan juga terjaga !!

Resepi baru

Dah lama ibu tak share resepi al-qa'id kat sini ... bukan nye apa ... sebab ibu masak benda yg sama je setiap hari .. sejak qa'id dh boleh makan protin, qa'id hanya makan bubur nasi je ... ibu cuba juga bagi menu lain tapi qa'id susah nak terima ... 

Jadinya, menu al-qa'id berkisar tentang beras, carrot, kentang, couliflower, bayam,  ikan bilis, ayam, dan daging. ada masa ibu suapkan telur dan ikan. resepinya adalah tidak lain tidak bukan bubur nasi .... 

Cuma kali ni ibu nak share bubur nasi juga ...tapi ingredient nyer lain sikit drpd yg biasa tu ... huhuhu

Taaaddaaaa .....


Bubur nasi cendawan 

Ibu buat lebih sebab ibu nak makan juga .... selalunya ibu tak makan bubur nasi qa'id yg ibu masak sebelum2 ni ... huhuhu !!


Wednesday, December 12, 2012

Bersila


Makan bersila .... kalau hari2 biasa, xde nye qa'id nak makan duk bersila .... berkejar sana sini bertempik macam tarzan ibu setiap kali nak suap makanan ..... apapun, ibu sayang qa'id ... semoga qa'id membesar menjadi anak yg soleh !!

Port Dickson

Hari sabtu lepas 8/12/12 papa bawa ibu dan qa'id ke PD. kami ke sana sebenarnya sebab ada kenduri di rumah nek lang. then papa decide tuk stay sana. ibu ok je ....

Sampai aje di rumah nek lang, ibu biarkan qa'id bersama papa. tetiba terdengar orang menjerit .. "anak sapa masuk longkang ni" ?? ibu bergegas keluar ... rupanya qa'id ... pelik camana qa'id leh terjatuh dalam longkang ni ?? ibu tanya pada papa ... papa cakap qa'id main sendirian td ... tak sangka pulak qa'id keluar main kat luar rumah .. hurrmmmm

Malamnya, tengah duk sibuk2 kat dapur tetiba dengar qa'id menangis ... hah, apa pulak tu ?? rupanya qa'id kena buat dengan dua pupu sendiri ... diorang nk salam tp Tuah Rayyan (dua pupu qa'id) terlalu agressif ... tarik qa'id hingga berlaga dahi. 

Tak lama kemudian, ibu keluar hantar hidangan, nak letak kat meja hidangan. tengok qa'id semacam aje... br lepas nangis dan muka merah2 calar balar. apa pulak la kali ni ??? papa cakap muka qa'id kena cakar dengan si tuah .... 

Ibu cuba tidurkan qa'id sebab qa'id dh memang mengantuk sgt ... tu yg asik nangis je bila kena buat dengan tuah ... tapi qa'id refuse to sleep ... ibu biarkan qa'id bermain sedikit masa lg ... majlis dah nak mula, orang pun dah ramai yg datang. tetiba terdengar qa'id menangis kuat. ni mesti si tuah lg yg buat qa'id ... nak kena budak ni !! papa cakap tuah gigit dada qa'id ... sampai berbekas merah ... kali ni papa betul2 naik marah ... ibu terdengar papa kata "aku terajang karang budak ni" ... 

Kali ni ibu cuba tidurkan qa'id ... alhamdulillah qa'id akhirnya tidur .... qa'id ni belum pandai nak balas apa yg org buat kat dia ... lebih2 lg dalam keadaan dia yg mengantuk ... qa'id jenis yg suka main sendiri dan buat hal sendiri ... dia tak usik orang .. tp orang yg suka usik dia ... mungkin sebab qa'id ni comel sangat kot ... so budak2 lain geram kat qa'id ... !!

Sama juga dengan dua pupu qa'id si ikmal ... dirog ni sebaya, beza bulan aje ... tp ikmal ni suka buat qa'id ... ikmal pantang tengok qa'id dia pasti akan usik dan kacau, tarik baju, cubit, cakar, gigit dan lain2 ... qa'id relaks aje ... x balas balik ... buat hal sendiri!!

Papa cakap nak ajar qa'id camana nk balas balik kalau ada orang buat .... buat ibu tergelak aje !!

Esoknya hari ahad 9/12/12, sebelum balik singgah pantai ... bawa qa'id mandi manda sekejap. alang2 dh ada kat PD ni, apa salahnya bawa qa'id mandi laut. kalau ikutkan ibu, ibu tak suka pantai PD, sangat kotor, geli dan meloyakan !! sebelum tu singgah beli pelampung. then beli air mineral tuk bilas nanti.

Papa yg mandi bersama qa'id, jaga dan tengokkan qa'id ... ibu hanya memerhati dan amik gambar aje ... qa'id tertelan air masin sehingga termuntah ... kesian plak ... then papa ternampak anak obor2, terus bawa qa'id naik ke darat ... stop mandi .... terus bilas .. ibu amik salah satu botol air dan bilas qa'id. menggigil si anak kesejukan. rupa nya air tu sejuk ... dr peti ais. dah siap berpakaian, turn papa plak bilas, papa bukak lg satu botol. papa kata air botol tu normal aje. br papa teringat yg td papa beli 2 botol .. 1 sejuk, 1 yg tak sejuk ... sabar aje lah papa ni ... kesian anak, menggigil kesejukan mandi dengan air dr peti ais. ibu risau kalau2 qa'id demam !! kesian al-qa'id !!

Sepanjang perjalanan qa'id tidur atas riba ibu ... penat betul anak ibu ni, sayu tengok anak tidur lena mcm tu, walaupun tak selesa tp asal dpt tidur dalam dukungan ibu, mesti best kan ... tp sampai aje di rumah, qa'id jaga ... ibu cuba tidurkan balik semula, qa'id refuse .... petang tu  hujan lebat, qa'id tidur juga sebab ibu tidur bersama ... lega rasanya ... ikutkan ibu, nak je biarkan qa'id tidur sampai esok nye, tapi ibu terpaksa kejutkan qa'id sebelum maghrib sebab qa'id tidur ada berak dalam lampin ... 

Sepanjang malam plak, qa'id bertempek je ngan ibu, duk diam aje atas riba ibu sambil tgk tv. ibu tahu qa'id masih sleepy ... kalau tak, xde nye qa'id nk duk bertempek dengan ibu mcm tu ... 

Alhamdulillah sehingga ke hr ni 12/12/12 rabu, qa'id tak demam dan sihat serta aktif seperti biasa. syukur sangat !!







Si penghisap darah

Ibu nak ceritakan apa yg berlaku pd qa'id last weekend. pagi sabtu 8/12/12 ibu follow qa'id jenjalan sekitar rumah. kemana saja qa'id nk pergi ibu follow. qa'id kalau dh dapat bebas keluar bermain luar rumah, memang heaven la ... so qa'id berjalan turun ke bawah ... jalan yg menurun tu membuatkan qa'id jalan berlari ... ibu terpaksa pegang leher baju qa'id supaya qa'id tak tersungkur ke depan.

Sampai ke selekoh rumah, ibu dan qa'id tersungkur sama 2 sebab terpijak pelepah pokok pinang yg licin sebab lembab. nasib baik takde yg cedera. nasib baik qa'id tak pergi jauh. hanya berlegar2 sekitar pkok buluh depan rumah jiran aje. kalau qa'id turun lg, memang azab la nak naik balik ... tinggi kot bukit tu !!

Tetiba terdengar orang halau monkeys ... ibu cepat2 dukung qa'id ... bawa naik atas balik rumah ... monkeys kat sini tak takut orang, lebih2 lagi perempuan ... cukup la pengalaman ibu dengan monkeys yg lepas tu .. terkencing dibuatnya ... ni pulak dengan qa'id, ibu taknak bahayakan qa'id. sampai aje ke rumah .. ibu biarkan qa'id bermain sorang2 di ruang tamu .. ibu tengok bubur nasi kat dapur ... heheheh masak bubur then tinggal ... boleh kan .... kalau wan tahu mesti kena marah .. eheheh

Then ibu dapatkan qa'id, ibu td terlupa nk tanggalkan kasut qa'id rupanya. bila tanggalkan kasut, ibu hairan tengok kaki qa'id berlumuran darah ... panik seketika .. camana leh berdarah ni??? ibu belek2 kaki qa'id, mana tahu terseliuh ke ... terkena batu or kayu ... sebab td kami terjatuh. ibu perasan darah asik keluar aje ... tanpa buang masa ibu bawa qa'id masuk ke bilik. kejutkan papa. papa pun terkejut tengok ... terus bawa qa'id basuh kaki ... cuci darah yg berlumuran .... bila dh bersih, br la nampak tempat punca darah keluar. darah masih lg keluar, tp xde kesan luka di mana2 ... ibu syak ni mesti kerja si pacat ... si penghisap darah ...  pacat yg tak sempat kenyang ... 

Papa suh ibu sapukan minyak gamat ... dan papa balutkan kaki qa'id dengan kain tuk hentikan pendarahan. kesian anak ibu ... mesti gatal sgt2. tp qa'id relaks aje ... petang bila ibu buka balutan, darah masih lagi juga keluar ... teruk benar kesan gigitan pacat ni ... so ibu sapukan lg sikit dengan minyak gamat, then tutup dengan plaster. sewaktu qa'id tidur tengahari td, ibu akhirnya terjumpa pacat yg hisap darah qa'id. perasaan geram, marah dan sakit hati sampai ke tahap maksimum ... ibu amik pacat tu letak atas daun, ibu bakar dia dengan mancis. puas hati ibu tengok pacat tu mati .... 



Wednesday, December 5, 2012

Eksperimen



Kesian anakanda al-qa'id .... gmbar qa'id jd mangsa experiment ibu .... 

Merisaukan

Sabtu dan ahad lepas, anakanda al-qa'id hampir demam .... badan panas macam demam tapi sekejap aje ... then normal balik semula. so scary ...

Ibu amat risau kalau qa'id demam ... tak tahu la kenapa ... rasa cuak sangat !! ibu tak sampai hati tengok keadaan qa'id sewaktu demam ... menyayat hati ... itu baru ujian demam ... nauzubillah himinzalik .. minta dijauhkan dengan benda2 lain !!

Sabtu 1/12/12 qa'id main hujan sebelah petang ... xde la direct kena air hujan .. tp tempias aje la ... ahad 2/12/12 pula qa'id berjemur di tengah panas .... mana nye tak risau !!

Tapi syukur alhamdulillah, qa'id sihat dan xde pape .... cuma sebulan yg lalu semasa qa'id masuk umur 11 bulan, qa'id akan bangun awal pagi ... bangun jam 6 pg, sama waktu dengan ibu ... rupanya qa'id x selesa perut ... sebabnya qa'id akan berak setiap pagi .... hingga la ke hari ni 5/12/12 .... kalaupun tak berak, qa'id dh terbiasa bangun awal .... 

Siang pula tidur hanya sekali aje .... sekitar jam 12 tghr, qa'id akan tidur ... jam 2 petang br bangun ... ibu rasa macam qa'id kurang tidur dan banyak bermain ... ibu tak pasti adakah ini normal atau sebaliknya ... tambah merisaukan, qa'id semakin kurang minum susu dan sangat susah untuk minum air !! 


Tuesday, December 4, 2012

Birthday gift

Ini lah dia rupa hadiah birthday qa'id yg ibu belikan tu, namanya "unwanted well" ... sebelum ni ibu pernah upload gambar hadiah yg masih dalam kotak aje, kali ni ibu upload gambar yg dah siap sempurna ... besar kan !! hurrmmm tapi leh muat qa'id sorang aje ... huhuhuhu 


Malangnya qa'id tak suka duk dalam ni ... letak aje, qa'id dh menangis ... mungkin sebab rasa lemas kot ... eheheheh tapi kalau berteman, qa'id suka ... ikut mood juga, pernah ibu letak qa'id sengsorang, qa'id suka aje ... entah la .... 

Ibu faham yg qa'id lebih suka bebas ... bermain pun bebas .. bila kena berkurung dalam ni sorg2 qa'id tak selesa ... xpe ... nnt lama2 qa'id akan suka !! 

Ini pula hadiah dari atok dan wan, ummi yah, pak uda dan mak su !!


Ini pula hadiah dari Mama Ngah!!


Sepasang baju dan seluar beserta songkok hadiah dr Cik Na


Terima kasih semua !!

Monday, November 26, 2012

Botak kali ke-3

Nak update blog pun rasa macam dah xde semangat. sebabnya ibu dah tak boleh upload photo banyak2 seperti selalu. so ibu hanya boleh update cerita sahaja. so sad !!

Kali ni ibu nak cerita tentang qa'id yg dah berumur 1 tahun 1 minggu 2 hari pada hari ini 26/11/12. cepat sungguh masa berlalu. ibu dah niat dalam hati dan dah luahkan pada papa, genap setahun umur qa'id ibu nak botakkan kepala qa'id. ikutkan hati dh lama nk botakkan sebab ibu rimas tengok rambut qa'id yg tumbuh semakin panjang. dalam masa yg sama tumbuh tak sekata. masih terasa ketajaman rambut qa'id yg terbantut pertumbuhannya. so ibu rasa rimas.

So hari rabu lepas 21/11/12 ibu berpesan pada maknoor, minta tolong cukurkan rambut qa'id esok hari. iaitu samada hari khamis atau jumaat. kerana hari khamis dan jumaat serta isnin adalah hari yg elok untuk potong rambut atau kuku. 

Khamis pagi ibu bawa qa'id ke klinik untuk check-up 1 tahun. petang tu ibu datang untuk jemput qa'id, kepala qa'id dah dibotakkan. ibu sangat teruja dan qa'id sangat la comel !!! ini adalah kali ketiga qa'id dibotakkan. sedih sebab tak boleh share gambar qa'id kat sini .... 

Kali pertama cukur, rambut tumbuh bahagian atas sahaja. orang panggil cukur bantal. kali kedua cukur, rambut qa'id tumbuh bahagian belakang aje. dah macam professor la pulak bahagian atas tumbuh agak perlahan, itu pun tak semua tumbuh. ada rambut yang terbantut pertumbuhannya. ibu tak pasti adakah ianya normal. 

Kata orang tua, cukur la rambut anak yg masih kecil ni hingga 40 kali, insyaAllah anak akan jadi seorang yang bijak ... ibu tak pasti adakah ianya betol atau tidak ... yg ibu tahu bayi yang dilahirkan sememangnya bijak !! tinggal lagi kita sebagai ibu bapa yg kena bimbing anak-anak !! sebab ibu cukur rambut qa'id banyak kali sebab rambut qa'id tumbuh tak sekata dan sebab ibu rimas tengok rambut qa'id panjang. kalau rambut papa panjang pun ibu paksa papa potong .... tapi sejujurnya ibu suka lelaki berambut panjang ... dalam banyak2 gambar papa, gambar yg berambut panjang tu yg ibu suka.... camana tu???


muka tak puas hati sebab tak boleh main remote control !!

Thursday, November 22, 2012

Check-up satu tahun

Pagi tadi ibu bawa qa'id ke klinik desa untuk check-up. hasilnya .....

Berat 8.5 kg
Panjang 77 cm
BMI 14
Lilitan kepala 45 cm

Ni sedikit selingan ibu nk cerita kat sini. sebab berlaku satu kejadian yg buat ibu rasa sgt terganggu. alkisahnya, seawal 7 pg dah siap dan keluar dr rumah jam 7.15 pg. sempat la bg qa'id mkn dulu. makan roti cicah air milo je pun. untuk isi perut aje.

Sampai ke klinik memang sangat awal 7.18 pg ... klinik belum buka lg. papa tetiba naik darah. sebab papa sangkakan yg klinik dah buka. ibu plak menyangkakan yg papa sedia tahu klinik beroperasi jam 8 pg. dah tu sampai awal sgt, takkan nak tunggu lama kot. dah tu nak pergi breakfast dulu, tak tahu nk pegi makan katne. alih2 ibu cakap kita tunggu je la ... setengah jam je lagi pun. 

10 minit nk jam 8, tiba la pulak satu fmli ni. dia pun nk wat check-up juga. ibu nampak gaya dia mcm nk potong Q. so ibu keluar dr kereta dan dengan niat yg murni nak la berborak dengan dia .... dgn harapan dia tak potong Q. sambil borak sambil berjalan menuju ke pintu klinik. dia betul2 duk depan pintu klinik. sikit pun tak beranjak. sebaik sahaja pintu klinik dibuka, dia meluru masuk dan terus amik nombor. tanpa rasa bersalah, sepatah kata pun xde. ibu rasa terkilan. langsung tiada budi bahasa. 

Itu la contoh sikap manusia yg mementingkan diri sendiri. Kalau org lain tentu dah sound org tu ... tp bg ibu, ibu tak pandai nk sound org ... walaupun dh terang2 org tu buat salah kat ibu. biarlah ibu simpan rasa dalam hati. sejujurnya ibu terasa hati dengan org td .... tp disebabkan qa'id ibu bersabar dan senyum serta happy je. 

Biar org buat kita, jgn kita buat orang .... 


Apa pun tak boleh

Pagi td ibu nak upload gambar birthday gift qa'id ... tp dah x boleh. kena sekat oleh google. katanya kapasiti 1G dalam picasa web photo dh penuh. kalo nak upload lebih banyak gambar, kena purchase .... hurrmmmm cam hampeh je ...

Kecewa sangat, sebab ibu memang suka upload gambar banyak. sebab tak puas letak sekeping dua ... lagipun gambar yg ibu upload tu saiz dia besar .. x suka nk kompress sbb nnt gambar x cantik ... 

Sejujurnya ibu tak ketahuan pulak ada limit mcm tu. ingatkan kita boleh masukkan sesuka hati ... hurrmmmm apa pun tak boleh .. sudahnya


Tuesday, November 20, 2012

Birthday boy

Sepagi dah spent time kat zoo negara ... walaupun tak dapat tgk kesemua binatang yg ada ... pasrah aje lah ... apa boleh buat. So layan je la kucing kat rumah

Ni semua gambar yg diambil selepas makan dan potong kek .. lebih kurang jam 6 ptg ... so ada lagi masa tuk qa'id bermain kat luar!

















Birthday treats

17/11/12 sabtu, genaplah umur anakanda al-qa'id satu tahun ..... SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG PERTAMA SAYANGKU !! i'm so happy and proud of you ..... syukur alhamdulillah !!

Sempena hari lahir qa'id yg pertama ini, ibu telah plan satu birthday treat untuk anakanda al-qa'id sebagai simbol meraikan birthday boy. ibu dan papa tak mampu untuk meraikan qa'id dengan mengadakan majlis meriah dengan menjemput sanak saudara yg sememangnya ramai ... so kami buat setakat termampu sahaja. yang penting ibu dan papa mendoakan qa'id dunia dan akhirat. kami sayangkan qa'id sepenuh hati !!

Alhamdulillah papa ada bagi merealisasikan plan ibu, so boleh la bawa qa'id dan ibu ke zoo negara. tujuannya nak bawa qa'id jenjalan melihat binatang dan explore dunia luar. asik terperuk di rumah aje. so sebagai meraikan qa'id juga balik dr zoo ibu dan papa belikan sedikit makanan untuk kita raikan birthday boy di  rumah bersama atok, wan dan lain-lain. so simple dan semua orang happy !!



Ini first time bawa qa'id dtg ke zoo ... dlm banyak2 tempat, zoo yg jd pilihan ibu ... sebab ibu fikir qa'id mungkin suka pada binatang mcm papa .. 


Datang seawal mungkin .. gerak dr rumah jam 10 pg, sampai 11 pg ... tp org dah ramai ... ibu buat persediaan mcm2 tuk datang sini dengan harapan dapat la bawa qa'id tengok semua binatang dan enjoy ... 


Melihatkan keseronokan qa'id melihat zirafah dan gajah, ibu sangat teruja dan tak sabar nak bawa qa'id tengok binatang yg lain pula ....










Tapi sempat tengok zirafah, gajah dan burung bangau aje .... cuaca tak mengizinkan .. tetiba mendung dan hujan turun dengan lebatnye ... terkilan sangat ... apa boleh buat, kita hanya merancang ...


Berteduh di bawah pondok berdekatan yg crowded, tunggu hingga hujan berhenti, apa pun tak boleh buat, berdiri sambil dukung qa'id bergilir2 ... lama sangat hingga qa'id tertidur ... bukan penat berjalan, tp penat menunggu hujan berhenti ... td ibu ajak papa naik tram tp papa xnak ... so, hadap je la, kesian qa'id !!





Aksi qa'id yg kepenatan dan mengantuk, bila ibu dukung, goyang2 sikit, qa'id terus lelap ... ibu sedih sgt tgk qa'id ... papa sibuk nak dukung qa'id yg tengah tidur !!, xpe la sekurang2 nye ibu boleh amik gmbr qa'id !!


Ibu terfikir kenapa sebelum ni ibu tak belikan kereta tolak atau stroller tuk qa'id. so waktu2 mcm ni boleh digunakan ... sebab nye qa'id ni tak suka duduk dalam kereta tolak dan stroller ... qa'id lebih suka bebas explore dengan kaki ... tp yg penatnya tentu la ibu dan papa .. kena kejar dan jaga qa'id supaya qa'id tak pergi ke tempat2 yg berbahaya ... 

Selepas hujan berhenti, ibu dan papa decide tuk balik ... qa'id pun dah terjaga dr tidur .. tp sampai aje di main entrance, hujan  seolah2 dh berhenti sepenuhnya .. so ibu ajak papa naik tram ... lagipun masa masih banyak lg ... tp tetiba aje hujan turun renyai2 ... memang ditakdirkan perancangan kita sampai setakat ni je ... so decide tuk gerak balik sebelum hujan makin lebat !! 

Singgah sekejap di The Mines tuk beli sedikit makanan dan juga kek birthday qa'id. Otw balik rumah, qa'id terlelap lagi sekali. sampai aje di rumah ibu letakkan qa'id buaian. 




Birthday boy sedang nyenyak tidur, so ibu hidangkan dulu makanan .. jemput semua makan sementara masih panas. tp kek letak tepi dulu, qa'id bangun nnt br buka tuk potong ... sebab nak amik gambar ... elok je selesai makan, qa'id bangun ... so terus aje potong kek ... qa'id dapat juga merasa seketul drumstick hot and spicy KFC .... 


Dapat seketul ayam, well behave aje ... kalau tak sudah tentu qa'id akan tak puas hati ... ehehehh ... tengok la tu, elok je duduk ngan papa tuk sesi potong kek !! 




HAPPY BIRTHDAY SAYANGKU ... semoga qa'id membesar menjadi anak yg beramal soleh, taat, bertanggungjawab, berjaya dan bahagia dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki dan disayangi !! ibu sangat bangga dengan qa'id !! mmmuahhhhs