Tuesday, January 31, 2012

Good morning !!

hari ni seronok sangat, bby qa'id bangun pagi dengan ceria.

aku bangun awal pg td selepas bf. so sebelah lgi kena pam. lepas pam aku solat susbuh. dan aku online. dlm kul 7.30 pg bby bangun. bby buat bising mcm ajak borak. aku tau bby masih sleepy, so aku bf and bby cont sleeping now.

bahagia sgt bila tgk bby bangun tido dgn ceria. tangan dan kaki x pernah duk diam, mata bolat, senyum2 sengih2 dengan mata bolat. comel sangat.

Friday, January 27, 2012

"Penyusuan susu ibu tidak mudah''


Memberi penyusuan susu ibu secara ekslusif kepada anak bukanlah sesuatu yang mudah pada mulanya.Tidak semuanya indah seperti yang digambarkan.Pada mulanya,ia mungkin payah,leceh dan kadangkala amat sakit.Tetapi percayalah,jika kita mendapatkan bantuan dan sokongan yang betul,kita pasti berjaya.Disitulah pentingnya kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang terdiri daripada para ibu yang berpengalman dalam menyusukan anak-anak mereka.Pasti ada yang sudi membantu anda.Sertailah kumpulan sokongan yang berdekatan dengan anda.
Ketahuilah,penyusuan susu ibu merupakan hadiah paling bermakna yang dapat kita berikan kepada anak.dan ini adalah fitrah alam dan yang disarankan di dalam AlQuran.
Khasiat penyusuan badan ni memberikan perlindungan sehingga anak dewasa kelak....
Kita mOm perlu ada,
-Kemahuan
-Komited
-Kekuatan Mental
-Sokongan
-Belajar Dan Membaca
Anak juga akan lebih bijak....InsyaAllah......:)
Susu ibu ''hidup'' dan mengandungi sel darah putih.perlindungan daripada penyakit,perlindungan daripada alergi(alahan).
Jangan tunggu bila baby sudah lapar.Berilah baby kita minum sebelum ia merengek dan menjerit....

KEIBUBAPAAN SUATU DISIPLIN ILMU


KEIBUBAPAAN (parenting) merupakan istilah baru mengenai ilmu dan kemahiran membela dan mendidik anak. Dulu soal ini dianggap ´automatik´ - kita ikut cara ibu bapa kita membela kita atau ikut cara yang biasa orang lain lakukan.

Kini lain pula. Perkembangan pendidikan dan penyelidikan yang bermula di negara-negara maju telah menjadikannya sebagai satu disiplin.

Keibubapaan kian dianggap faktor penting dalam penyempurnaan perkembangan kanak-kanak. Walaupun ibu bapa hari ini tidak mengambil kursus-kursus formal mengenainya, mereka membaca tentang tulisan, selidikan dan pendapat pakar dan sebagainya.

Apa pandangan anda mengenai beberapa pendapat yang tertera di bawah ini? Setuju atau tidak?

- Seseorang itu harus menjadikan keluarga keutamaannya.

- Ibu harus cuba berada di rumah dengan anak-anak mereka.

- Suami isteri harus berusaha sedaya upaya menyelesaikan perbalahan sebelum bertindak untuk bercerai.

- Ibu bapa harus mengawal apa yang anak-anak mereka tonton di televisyen.

- Ibu bapa harus mementingkan pendidikan moral dan nilai-nilai agama.

- Penghakisan fahaman lama mengakibatkan timbul pelbagai tekanan yang mencabar bagi ibu bapa sekarang.

- Kanak-kanak membesar dengan lebih baik jika ibu bapa menentukan sesetengah sekatan dengan tegas.

- Kanak-kanak yang dimanjakan akan membesar sebagai remaja dan orang dewasa yang menimbulkan berbagai-bagai masalah.

- Remaja yang mementingkan diri sendiri dan bersifat kebudak-budakan adalah kesan kegagalan ibu bapa dalam mengukuhkan sekatan-sekatan yang baik secara berkekalan.

- Kita mesti menghormati kanak-kanak kerana mereka adalah manusia, dan mereka berhak dihormati dan dengan begitu mereka akan membesar sebagai orang dewasa yang baik.

- Ibu bapa pun harus mendapatkan penghormatan daripada anak-anak; mendapatkan kerjasama dan sopan santun yang baik daripada anak-anak.

- Ibu bapa harus memupuk nilai yang baik dan galakkan anak mereka menolong orang lain.

- Kebanyakan masalah kita disebabkan kekurangan didikan agama. Kanak-kanak perlukan aturan, standard, yang ibu bapa juga berhak menghormatinya.

Setakat mana kita akur dan membantah kenyataan tersebut - semuanya prinsip Dr Benjamin Spock, pakar keibubapaan yang amat berpengaruh di Amerika? Memang ada kontroversi tentang fahamannya; dan bukanlah tujuan untuk menyarankan kita ambil bulat-bulat fahamannya itu.

Walaupun masyarakat kita sudah ada cara tersendiri mendidik anak, sayangnya cara itu belum dibukukan untuk dijadikan rujukan oleh orang yang baru hendak berkeluarga dan beranak pinak.

Inilah yang membezakan masyarakat maju di Barat. Mereka sudah ada kaedah untuk dirujuk dan diamalkan. Mereka berhijrah daripada keibubapaan secara autokratik kepada keibubapaan yang saintifik - berlandaskan fakta sains.

Prinsip keibubapaan Melayu terpapar dalam peribahasanya seperti:

· Melentur buluh biarlah daripada rebung.
· Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
· Bapa borek anak rintik.
· Sayang anak tangan-tangankan.
· Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

Dan tentu ada banyak lagi fahaman atau prinsip yang kita amalkan.

Kadang-kadang kita merungut mengapa anak-anak kita sekarang kian ungkal dan luntur budi bahasanya? Padahal, ada beberapa amalan kita berpasakkan agama. Misalnya, bayi baru lahir kita bacakan azan atau qamat di telinga mereka.

Dulu ada orang yang mendodoikan anak-anak yang hendak tidur dengan qasidah atau nasyid. Memakaikan baju anak-anak pun ada lagunya.

Tetapi kini, kita dodoikan dengan Rock-a-Bye Baby, Twinkle Twinkle Little Star dan sebagainya.

Di Barat, orang melakukan kajian tentang kesan mendodoikan anak pada waktu tidur. Menurut mereka, mendodoikan, memeluk, memegang, bercakap, mencium, menetek (beri susu badan), sentuhan, mengurut-urut badan mereka, bertentang mata, lekas mengambil ketika mereka menangis dan ketakutan. Semuanya menimbulkan kesan-kesan pembangunan yang baik dalam pendewasaan mereka.

Nenek-nenek kita pun buat begitu tetapi tanpa alasan saintifik.

Satu amalan, kepercayaan yang ditinggalkan oleh sesetengah nenek moyang kita ialah kalau hendak berpisah lama dengan anak-anak kecil kita kerana urusan dan sebagainya; tinggalkan kain yang kita sudah pakai lama dan berbau badan kita. Jangan basuh.

Malam nanti ketika anak rindukan kita, selimutkan dia dengan kain yang berbau badan kita itu. Dia akan hilang rindunya. Betulkah?

Nampaknya macam karut. Namun, mengikut kajian orang Barat, bau badan ibu atau bapa yang selalu dihidu anaknya ada kaitan dengan perkembangan emosi si anak.

Menurut kajian Barat juga, anak yang sentiasa mendapat layanan ibu atau orang dewasa itu lebih baik perkembangan jasmani, emosi dan inteleknya daripada anak-anak yang selalu terbiar. Bagi kanak-kanak, layanan yang positif adalah kasih sayang.

Kita harus tetapkan kanak-kanak yang membesar itu mendapat masa bermutu daripada kita. Ini bukan bermakna sentuhan fizikal sahaja, ia juga bermakna memahami jiwa mereka, menyelami fikiran mereka, menyelami emosi mereka, memahami hubungan mereka dengan adik-beradik mereka, dengan kawan-kawan mereka dan sebagainya. Mereka perlu merasakan disayangi, dipentingkan.

Terdapat kajian yang mengatakan kanak-kanak boleh mati jika dibiarkan tanpa sentuhan fizikal.

Kalau sejak kecil mereka tidak pernah merasai kasih sayang, sentuhan, pelukan, layanan yang sesuai; mereka akan membesar tidak mengetahui cara berhubungan dengan baik dengan orang dan akan akhirnya hilang kepercayaan atas kebolehan sendiri dan hidup tanpa mengenal harapan.

Ini baru cerita perkembangan kanak-kanak yang tidak mendapat layanan dan belaian kasih sayang ibu bapa. Kita boleh gambarkan bagaimana buruknya lagi kalau keibubapaan kita penuh dengan kekerasan dan keganasan. Tentu lebih parah perkembangan jiwa anak.

Pelikkah kita kalau kita dapati ada remaja kita yang tidak tahu bergaul, tidak tahu batasan, tatasusila, hukum halal haram?

Pelikkah kalau mereka dahagakan rasa sayang daripada kawan-kawannya? Mereka tidak merasai sentuhan kasih sayang, pelukan ibu bapa, puji-pujian yang menggalakkan, nasihat-nasihat yang berguna.

Baik lelaki mahupun perempuan, kekontangan begitu menyebabkan mereka mudah tersungkur dan menjadi mangsa perbuatan mereka sendiri kerana bekalan emosi, intelek dan moral yang begitu rapuh. Semua kerana kesilapan kita sejak awal lagi dalam perkembangan mereka.

Tiada ibu bapa yang sempurna. Kita tetap kekurangan dalam sesuatu, dalam keibubapaan kita. Lebih-lebih lagi zaman sekarang yang begitu mencabar.

Tiada masa untuk anak-anak, kerana kerja, hendak mencari rezeki. Namun ini bukan masalah orang miskin macam kita sahaja. Anak orang kaya pun terjerumus juga, ada kalanya lebih dahsyat. Jadi di mana hendak kita letakkan duduk perkara keibubapaan?

Apa pun, kita tidak harus menyalahkan itu dan ini. Sampai akhir zaman pun dunia ini tetap akan mencabar. Kita tidak boleh membiarkan peranan kita dalam keibubapaan sambil lewa. Kita tidak boleh ikut-ikut dan mengharapkan keadaan membaikinya. Kita tidak boleh ikut cara dulu, ikut sahaja apa orang buat. Kita harus berdepan dengannya,mempelajari dan mengkajinya.

by : YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA

Garis Hitam di Perut saat Kehamilan (Linea Nigra)


Linea nigra (garis hitam) adalah garis vertikal berwarna gelap yang terlihat di perut ibu selama kehamilan. Garis ini kelihatan mulai dari ujung bawah tulang dada (prosessus xyphoideus) hingga tulang kemaluan (pubis). Linea nigra timbul akibat peningkatan produksi pigmen melanin berkaitan peningkatan hormon estrogen pada ibu hamil.

Linea nigra umumnya timbul sekitar trimester kedua kehamilan, jadi wajar saja apabila saat ini Anda juga mengalaminya. Adapun bentuk garis yang melengkung melewati pusat juga merupakan hal yang wajar. Anda tidak perlu merasa khuatir. Meskipun tidak hilang dengan sempurna, linea nigra akan beransur pudar setelah melahirkan bayi anda

Masalah Payudara Tidak Sama Besar Akibat Menyusu Anak


1. Payu dara yang besar itu mempunyai susu yang banyak dan payu dara yang kecil itu sedikit pula susunya. Adakah keadaan ini normal? Kebanyakan bayi sememangnya menyukai sebelah payu dara samaada kanan atau kiri. Mungkin ia ada kaitan dengan posisi bayi sewaktu disusukan. Mitos yang mengatakan payu dara kiri lebih berisi makanan manakala payu dara kanan lebih berisi air pula atau sebaliknya tidak benarnya.

2. Jika anda lebih menyusukan bayi menggunakan payu dara kiri, payu dara yang aktif ini kekal pejal dan besar. Sebaliknya payu dara kanan yang kurang aktif pula lama kelamaan kurang menghasilkan susu akibat kurang rangsangan hisapan yang lebih bersifat refleks mekanikal. Ini menyebabkan payu dara kanan mengecil kembali.

3. Jika dibiarkan berterusan, perbezaan ini boleh menjadi lebih ketara walaupun dalam keadaan anda sudah memakai baju. Anda bolehlah menyamakannya semula secara merangsang payu dara kanan sama ada menggalakkan anak anda menyusuinya atau merangsangnya menggunakan tangan atau pam.Memulakan anak anda menyusu payu dara kanan dulu atau menukar cara anda mendakap atau memangkunya juga boleh mengubah “payu dara kegemarannya”.

4. Lama kelamaan, susu payu dara kanan boleh menjadi banyak kembali dan payu dara anda tidak jauh berbeza saiznya. Sedikit perbezaan pada payu dara kanan dan kiri adalah suatu keadaan yang biasa dialami ramai wanita.

Tips perjalanan jauh untuk ibu mengandung


Bagi ibu mengandung yang hendak melakukan perjalanan jauh, beberapa faktor penting harus di ambil kira bagi memastikan keselamatan dan keselesaan diri serta bayi di dalam kandungannya. Antara faktor yang perlu di pertimbangakan ialah:-

* Usia kehamilan.
* Keadaan kesihatan kehamilan
* Kesihatan umum ibu yang mengandung
* Persekitaran perjalanan.

Pada lazimnya ibu yang mengandung pada usia kehamilan lebih 32 minggu tidak di galakkan melakukan perjalanan jauh. Ini adalah kerana jantung dan organ tubuh ibu yang mengandung akan bekerja lebih berat dari biasa dan tubuh ibu hamil akan lebih cepat merasa lelah dan daya tahan tubunya menjadi berkurangan.

Walaubagaimanapun, bagi membantu ibu-ibu hamil yang ingin melakukan perjalanan jauh terutamanya pada musim perayaan atau cuti, kami berikan beberapa tip yang berguna agar perjalanan anda akan berjalan dengan lancar seperti yang di rancangkan.

Tip-tip dan panduan ini banyak berhubung kait dengan kaedah perjalanan yang bakal di lalui dan jenis kenderaan yang akan di naiki.

Perjalanan menaiki kereta atau kenderaan darat

* Pilih lokasi tempat duduk yang paling selesa dan memudahkan anda untuk meluruskan kaki.
* Pastikan pengudaraan di dalam kenderaan atau penyaman udara berfungsi dengan baik.
* Bawa bersama bantal kecil untuk di jadikan alas punggung.
* Pakai pakaian yang longgar dan selesa serta mempunyai fabrik yang memudahkan penyerapan peluh.
* Beristirehat setiap dua jam sekali.
* Pilih lokasi istirehat seperti R&R yang mempunyai kemudahan untuk makan, minum, solat dan kemudahan tandas.

Perjalanan menaiki Coach atau Kereta api

* Membeli tiket dengan memilih tempat duduk yang berdekatan dengan tandas bagi memudahkan pergerakan anda. (Ibu mengandung kebiasaanya akan kerap ke tandas).
* Elakkan dari mengangkat bagasi bersendirian. Sebaliknya mintalah bantuan orang lain untuk membawa dan mengangkat bagasi anda.
* Membawa pakaian sejuk untuk perjalanan malam.

Perjalanan menaiki Feri atau Kapal Laut

* Maklumkan kepada doktor anda berkenaan perjalanan yang bakal anda lakukan.
* Memaklumkan kepada doktor yang berada di dalam kapal bahawa anda sedang hamil. Tunjukkan surat keterangan kesihatan dari doktor anda jika perlu.
* Jika khuatir berkenaan mabuk laut, bawalah ubatan yang di berikan oleh doktor anda bagi mengatasi masalah tersebut.

Perjalanan Menaiki Kapal Terbang

* Usahakan untuk ‘Check in’ lebih awal dan minta tempat duduk yang selesa dan memudahkan anda untuk berjalan atau untuk ke tandas.
* Tekanan udara di dalam kapal terbang adalah rendah dan anda perlu banyak meminum air bagi menghindari dehidrasi terutamanya sewaktu penerbangan jauh.
* Gerakkan kaki setiap 15 minit bagi mengelakkan kejang kaki akibat penggumpalan di pembuluh darah balik akibat terlalu lama duduk. Di antara kaedah pergerakan ialah dengan meluruskan kaki, memutarkan pergelangan kaki dan menggerakkan ibu jari.
* Jangan khuatir tentang mesin pengimbas keselamatan yang perlu dilalui di setiap pintu masuk Lapangan Terbang kerana ianya bukanlah sinar X yang boleh menganggu keadaan bayi dalam kandungan anda.

Tip atasi masalah persaingan adik beradik



BUKAN sesuatu yang luar biasa apabila anak sulung akan berasa terpinggir apabila anda melahirkan anak kedua. Apatah lagi jika perbezaan usia mereka tidak jauh.

Kebanyakan anak sulung akan berasa tidak gembira apabila dia mendapat adik. Dia seperti hilang segala keistimewaan dan berasa tidak disayangi lagi.

Dia selalu cuba mendapatkan perhatian dengan menyakitkan adik. Ia memang menjengkelkan apatah lagi jika dia cuba mendapat perhatian waktu si adik memerlukan tumpuan.

Bagaimanapun, sebagai ibu anda seharusnya jangan cepat marah. Cuba fahami keadaan anak. Paling penting, persiapkan anak sulung sebelum kehadiran orang baru.

Berikutan adalah antara tip menangani masalah persaingan adik beradik:

* Cuba menjarakkan kelahiran. Ibu akan mengambil masa dua tahun ke atas untuk pulih sepenuhnya selepas melahirkan

* Tiga atau empat bulan sebelum anak kedua lahir, beritahu anak sulung secara jujur dan terus terang mengenai kelahiran si adik. Waktu itu adalah masa yang terbaik untuk membuat dia faham kerana perut anda juga sudah cukup besar dan dia tentu percaya ada bayi di dalamnya. Beri kesempatan untuknya menyentuh perut anda. Dia akan dapat merasa bagaimana bayi di dalam perut menendang dan bergerak.

* Jika anda beritahu terlalu awal, waktu perut masih kecil, dia mungkin tidak percaya atau dia mungkin akan terlupa.

* Beri dia hak untuk membuat keputusan yang kecil. Misalnya, memilih warna cat untuk bilik adik atau memilih perabot yang bakal diletakkan dalam bilik itu. Gunakan pertanyaan mudah seperti di mana abang rasa sesuai untuk kita letak katil adik? Atau, kakak rasa selimut apa yang cantik untuk adik, gambar Barney atau gambar Spiderman?

* Jika anda perlu menukar rutin anak misalnya memindahkan ke bilik lain, lakukan beberapa bulan sebelum kelahiran bayi supaya dia tidak rasa dipinggirkan.

* Terangkan kepadanya apa akan terjadi apabila anda bersalin. Beberapa minggu sebelum tarikh bersalin, sediakan dirinya tentang kehilangan anda untuk beberapa hari. Terangkan kepadanya apa dan mengapa.

* Dia mungkin berasa kecewa tidak bersama anda untuk beberapa hari. Jika boleh, beritahu suami untuk membawanya melawat anda di hospital supaya dia merasakan dia adalah sebahagian yang penting dalam keluarga. Ambil gambarnya bersama bayi baru.

* Babitkan dia dengan tugas menjaga bayi. Dia mungkin akan mengejutkan anda dengan apa yang mampu dia lakukan. Misalnya, jika menyalin lampin, minta dia ambilkan lampin. Jika sedang memandikan bayi, beri dia kesempatan menyabunkan kaki bayi. Atau minta dia ambilkan bantal untuk adik.

* Tanya pendapatnya, abang rasa adik patut pakai baju warna biru atau kuning? Kakak nak nyanyikan lagu untuk adik?

* Bagaimanapun, jika anak sulung tidak mahu membantu, jangan paksa dia. Ada kalanya anak sulung sengaja tidak mahu mengambil tahu mengenai adik kecilnya untuk selama yang dia boleh. Jadi jangan paksa dia. Itu akan hanya membuatkan dia berasa jauh hati.

* Memang semula jadi untuk anak berasa cemburu kerana selepas untuk beberapa lama dia menjadi anak tunggal, dia kini terpaksa berkongsi kasih sayang, perhatian, mainan dan sebagainya dengan adik.

* Jadi jangan memarahinya. Luangkan sedikit masa untuk melakukan sesuatu untuknya misalnya membacakan buku atau bermain dengannya.


* Tunjukkan gambarnya sewaktu dia masih bayi dan ceritakan kepadanya bagaimana anda menjaga dia ketika masih bayi.

* Jangan cepat marah kepadanya jika dia mencubit adik atau memeluknya dengan kuat. Beritahunya mengapa dia tidak boleh berbuat demikian. Ketika bersendirian dengannya, galakkan dia bercakap mengenai perasaannya. Biarkan dia meluahkan isi hatinya sama ada dia marah atau cemburu. Beritahunya itu semua perasaan semula jadi dan ia tidak bermaksud dia jahat. Beritahunya perbuatan cuba menyebabkan kesakitan pada adik adalah salah.

* Jika dia agresif, jangan hukum atau malukan dia. Dia akan membalas dendam terhadap anda dengan mencederakan si adik. Beritahunya secara baik, tindakan itu tidak betul tetapi anda perlu lebih berhati-hati dan jangan tinggalkan dia dengan adiknya bersendirian.

Paling penting, ingatkan diri sendiri masa berjalan dengan pantas. Tanpa anda sedar si adik sudah akan bermain-main dengan abang. Apabila mereka tidak lagi bersaing untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang, ikatan kasih sayang sesama mereka akan berkekalan sepanjang hayat.

Puting Leper (Flat Nipples) dan Puting Tenggelam (Inverted Nipples)



Semua ibu dilahirkan dengan keunikan yang tersendiri. Namun fungsi payudara tetap telah ditentukan untuk penyusuan susu ibu kepada bayi. (Kerana dari situlah kita dikategorikan sebagai mamalia).

Keadaan puting leper (flat nipples) dan puting tenggelam (inverted nipples) boleh terjadi di kalangan 3-10% daripada populasi. Namun begitu keunikan yang tersendiri ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang ibu-ibu terus berusaha untuk menyusukan bayi dengan susu ibu.

Bagaimana menentukan keadaan puting adalah normal, leper atau tenggelam?

Caranya: Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan areola pada jarak diameter 1 inci daripada puting.

Puting yang normal akan tertonjol apabila dikenakan tekanan pada areola. Tetapi puting leper tidak tertonjol keluar manakala puting tenggelam akan tertarik ke dalam.

Bolehkah menyusukan bayi jika puting leper atau tenggelam?

Ibu-ibu perlu yakin bahawa walau bagaimanapun bentuk dan keadaan puting (sama ada leper atau tenggelam) bayi masih boleh menyusu dengan efektif.

Ibu-ibu perlu:

* Tetapkan keyakinan bahawa ibu boleh menyusukan bayi dengan efektif.
* Fahami bahawa semasa penyusuan, mulut bayi perlu merangkum areola bukannya menghisap puting semata-mata.
* Latih bayi melekap dengan betul seawal kali pertama bayi mula menyusu daripada ibu (1 jam pertama selepas kelahiran). Rujuk Teknik Lekapan.
* Berlatih dengan kerap sepanjang masa rooming-in (ibu bersama bayi di hospital) dan sepanjang masa tanpa jemu dan putus asa.
* Letakkan bayi pada posisi yang betul semasa penyusuan. Rujuk Posisi Penyusuan Ibu.
* Pelekapan yang baik boleh membantu menonjolkan puting yang leper.
* Menyusu bayi sebelum payudara menjadi bengkak. Pembengkakan payudara akan merumitkan keadaan kerana puting akan menjadi lebih leper/tenggelam. (Puting normal pun sukar menyusukan bayi apabila payudara bengkak).
* Ibu boleh juga mengepam sebelum menyusu bayi untuk menonjolkan sedikit puting supaya mudah bayi melekap dengan berkesan.

Kesimpulannya walau bagaimanapun keadaan puting sama ada normal, leper atau tenggelam, anak-anak masih berhak mendapat susu ibu daripada ibunya. Ingat! Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.

Sumber: askdrsears.com, breastfeedingbasic.com, breastfeeding.hypermart.net, babycenter.com

Tips Mengatasi Ruam Susu Pada Bayi


Kulit si kecil terlihat kemerahan, membengkak, dan bersisik di sekitar pipi? Boleh jadi si kecil terkena Ruam Susu. Ruam ini menimbulkan rasa gatal dan memicu anak menggaru area yang terkena ruam, membuat anak gelisah dan tidak selesa. Rasa gatal Ruam Susu, semakin menjadi-jadi saat malam hari dan mengganggu tidur anak.

Pipi adalah area kulit bayi yang sering terkena titisan susu atau ASI, akibatnya ketika pipi bayi mengalami ruam, para ibu berpendapat, bahwa penyebab gangguan kulit tersebut adalah susu atau ASI. Latar belakang inilah yang menyebabkan ruam pada pipi bayi disebut Ruam/ Eksim Susu.

Istilah medis gangguan kulit ini adalah Dermatitis atopik. Sebenarnya Gangguan kulit ini tidak selalu berhubungan dengan susu atau ASI. Faktor yang berperanan penting pada gangguan kulit ini adalah faktor genetis (alergi yang diturunkan) dan gangguan kulit ini dibawa oleh faktor lingkungan, seperti, debu, suhu udara yang tinggi, dan kelembapan. Air susu yang menitis dan tidak segera dikeringkan pada pipi si kecil juga merupakan salah satu faktor yang dapat membawa timbulnya gangguan kulit tersebut.

Jika bayi Anda mengalami gangguan Ruam Susu, Anda dapat menanganinya dengan beberapa cara berikut ini:

* Selalu menjaga kebersihan kulit bayi.
* Jangan biarkan bekas titisan susu mengering tanpa dibersihkan
*Mengoleskan pelembap kulit bayi pada area kulit yang terinfeksi segera setelah mandi.
* Pilihlah pelembab yang tidak mengandung perfume
* Mandikan bayi dengan sabun yang mengandung pelembap
* Usahakan agar anak tidak menggaru bagian kulit tersebut, kerana akan menimbulkan luka yang dapat memburuk keadaan kulit
*Hindari paparan sinar matahari pada kulit bayi yang mengalami Ruam Susu.
* Bila udara panas dan bayi berkeringat, usahakan untuk menjaga agar kulit yang mengalami gangguan tetap kering. Upayakan agar bayi tetap nyaman dan berada dalam lingkungan yang sejuk
* Jika gangguan kulit bertambah parah, dan kulit terlihat membengkak, bawa segera si kecil ke doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Bercerai susu (weaning off)


Ramai para ibu tertunggu-tunggu usia anak mencecah 2 tahun kerana dirasakan di situlah ukuran kejayaan ibu menyusukan anak sebagaimana yg telah digariskan di dalam Al Quran mengenai penyempurnaan penyusuan anak sehingga usia 2 tahun.

Sebab-sebab ibu mahu bercerai susu:

* ibu sudah bersedia untuk hamil semula atau ibu sedang hamil; atau
* ibu yang tandem nursing sebelum ini ingin menumpukan perhatian untuk melengkapkan penyusuan si adik pula; atau
* ibu tidak mahu lagi mengusung breast pump dan peralatan penyusuan ibu ke pejabat setiap hari; atau
* ibu tidak mahu orang sekeliling memandang serong kerana anak ‘sudah besar’ masih menyusu badan.
* ibu sudah penat!!

Namun begitu ibu-ibu tidak perlu tergesa-gesa untuk menceraikan susu sebaik anak mencecah usia 2 tahun 1 hari! Proses bercerai susu memerlukan ‘persetujuan’ kedua-dua pihak iaitu ibu dan anak. Selalunya ibulah yang telah bersedia untuk memberhentikan penyusuan ibu tetapi jarang sekali anak yang telah menyusu selama 2 tahun itu menolak susu ibunya.

Memberhentikan penyusuan ibu boleh dilakukan secara perlahan-lahan.

* Beritahu anak bahawa dia ‘sudah besar’ dan boleh mula kurang menyusu
* Kurangkan sesi penyusuan sebaliknya gantikan dengan makanan pejal yang lebih mengenyangkan
* Habiskan stok susu (iaitu EBM) di dalam simpanan
* Tawarkan hanya direct feeding terutama pada waktu malam (proses menghentikan penyusuan malam adalah yang paling sukar!)
* Tawarkan susu ibu hanya apabila anak minta
* Tidak perlu memaksa anak minum susu formula sebagai ganti susu ibu. Jika anak tidak mahu tawarkan apa saja minuman yang berkhasiat seperti susu segar, minuman koko atau malt, fresh juice dan lain-lain
* Kekalkan hubungan akrab dengan anak seperti mendakap dan bermesra dengannya pada bila-bila masa

6 khasiat bayam untuk kesihatan


Setelah diteliti, khasiat utama bayam pastilah kaya dengan vitamin A, C, E dan zat besi (kalsium, potasium, magnesium, mangan, zink).


1. Tulang yang lebih kuat – makan bayam boleh mengelakkan kita dari osteoporosis. Jadi, tak perlu kita terlalu bergantung pada makanan tambahan yang mungkin terlalu mahal. Dengan sumber vitamin K yang terbaik dari bayam, ia cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum!

2. Membina salur darah yang lebih baik – kaya dengan zat besi! zat besi penting dalam membina sel darah merah (tukang bawa oksigen ke seluruh badan). Jadi, kalau kurang zat besi, kita rasa lemah saja, mudah mengantuk, mudah hilang tenaga batin, dan akhirnya boleh dapat anemia.

3. Jantung yang lebih sihat – kaya dengan sumber antioksidan. Maka, sudah tentu bagus untuk mencegah terkumpulnya plak kolesterol pada arteri (kalau tersumbat di saluran arteri jantung, maka risiko untuk dapat sakit jantung amatlah tinggi!). Bagus juga dalam mengawal tekanan darah.

4. Mencegah kanser – adanya flavanoid mampu mencegah jangkitan pada tubuh. Maka, risiko untuk dapat kanser kolon, ovari, paru-paru dan kanser prostat akan berkurang.

5. Bagus untuk ibu hamil – ada 2 benda yang penting untuk ibu mengandung. Vitamin A untuk pembentukan paru-paru dan folat untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap. 2 benda ni ada dalam bayam. InsyaAllah, mudah-mudahan dapat mencegah kekurangan seperti bibir sumbing.

6. Miliki mata yang sihat – nak mata yang kekal sihat? Amalkan makan secawan bayam dalam makanan kita. InsyaAllah penglihatan kita kekal sihat. Lutein yang ada dalam bayam juga mampu melindungi mata dari proses penuaan yang ikut berubah seiring usia.

Elak gigitan bayi ketika menyusu


Bayi terutamanya yang baru mendapat gigi pertama cenderung untuk menggigit puting payudara sama ada secara sengaja mahupun tidak. Lebih-lebih lagi ketika dia mengalami masalah gatal gusi. Bayi pastinya akan menggigit dan menjadikan puting anda seumpama teether. Kesannya mengakibatkan puting kesakitan dan lama kelamaan menimbulkan masalah untuk anda meneruskan penyusuan ekslusif. Berikut ialah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan gigitan bayi ketika menyusu :-

1. Alihkan Bayi
Antara langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan gigitan bayi ialah dengan mengalihkannya daripada payu dara secara perlahan-lahan. Sambil itu, anda digalakkan untuk menyatakan perasaan anda akibat perbuatannya. Berkatalah seperti, “Sayang, jangan gigit mama” atau “Mama sakit” biarpun ketika itu anda mungkin mempunyai sekelumit rasa marah kerana sakit, namun sebaik-baiknya luahkanlah perasaan anda secara berhemah dan lemah lembut.

Untuk seketika, biarkan bayi berbaring sendirian sebelum anda menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini, ia dapat mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu.

2. Tekapkan Muka
Ketika bayi mula mengetap bibir untuk menggigit, dekatkan mukanya ke arah dalam payu dara. Ini secara tidak langsung akan menyebabkannya sesak nafas lalu mendorong dia untuk menghentikan gigitan supaya dapat bernafas semula.

Sekiranya anda kerap melakukan panduan ini, lama-kelamaan bayi akan mula faham bahawa jika dia menggigit, dia akan mengalami masalah kesukaran bernafas. Dengan yang demikian, diharap bayi akan mengelakkan diri daripada terus menggigit di sesi penyusuan seterusnya.

3. Ketahui Punca
Sepatutnya di awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit! Hal ini dapat anda lakukan dengan mengenal pasti punca yang mungkin menjadi penyebab mengapa anda sering digigit.

Berkemungkinan, ia berlaku kesan daripada perasaan kecewa bayi kerana tidak berjaya memperoleh susu seperti yang diingininya. Jika itulah yang menjadi penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. Antaranya, anda boleh menekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu.

4. Amati Corak Penyusuan
Di akhir sesi penyusuan pun, anda dapat mengelakkan gigitan bayi. Ini dilakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk akibat kenyang mahupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya. Untuk itu, anda harus peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda akan menggigit.

5. Posisi Selesa
Anda seharusnya sentiasa memastikan bayi dan anda sendiri berada dalam posisi yang cukup selesa ketika sesi penyusuan berlangsung. Sekiranya bayi mahupun anda kelihatan tidak selesa dengan posisi penyusuan tertentu, segeralah membetulkan posisi berkenaan agar lebih selesa.

6. Leraikan Dengan Jari
Apabila anda dapat rasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia daripada payu dara. Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari anda terlebih dahulu. Hal sebegini boleh mencederakan puting dan tentunya ia lebih menyakitkan.

7. Gigit Alat Lain
Berikan bayi alat-alat lain untuk digigitnya seperti teether atau tuala kecil yang dibekukan di dalam peti sejuk beku. Alat bantuan seperti ini amat bagus kerana membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit sesuatu agar dapat menghilangkan rasa gatal gusi.
Oleh yang demikian, jadikan alat-alat sebegini sebagai alternatif untuk mengelakkan diri sendiri digigit!

8. Elak Jeritan
Cuba hindari diri daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih akan menjadi teruk lagi, ia mungkin penyebab untuk bayi enggan lagi menyusu.

Cara-cara untuk menghentikan bayi yang menggigit

• Katakan “tidak” dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan. Dia perlu mengaitkan menggigit dengan kehilangan puting - kebanyakan bayi tidak suka dengan perpisahan ini.

• Jika dia teruskan juga, letakkannya di atas lantai untuk seketika sebaik saja dia menggigit.

• Untuk kanak-kanak boleh berjalan yang suka menggigit, jadikannya sesuatu yang positif apabila dia tidak menggigit. Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian.

• Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuh anda semasa penyusuan.

• Belajar menyedari bila dia sudah hampir selesai.

• Jangan menyusukannya kecuali dia betul-betul lapar.

• Hentikan penyusuan jika dia mula terlelap.

• Berikannya gegelang gigit sebelum dan/atau selepas penyusuan.

Teknik Lekapan dan Penyusuan Susu Ibu


Cara Merangsang Bayi Memulakan Penyusuan:

* Dukung bayi dalam posisi yang selesa (rujuk posisi penyusuan ibu)
* Sentuh pipi bayi agar dia berpaling pada payudara ibu
* Sentuh bibir bayi dengan puting payudara agar dia mula membuka mulutnya dengan luas
* Gerakkan badan bayi ke arah payudara ibu
* Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola payudara
* Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit bahagian bawah payudara ibu

Cara Mengampu Payudara:

* Ampu payudara dalam keadaan Pegangan "C" (C-hold)
* Ibu jari berada di atas payudara manakala jari-jari lain mengampu bahagian bawah payudara
* Ampu dengan lembut, jangan memicit atau menekan payudara dengan kuat dalam keadaan ini

Teknik Lekapan Bayi:

* Mulut bayi terbuka luas
* Dagu bayi memcecah payudara
* Bibir atas dan bawah melengkup keluar
* Mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola
* Pipi bayi menggelembung
* Ada nada hisapan glup..glup.. hisap-telan-hisap-telan

Teknik lekapan dan penyusuan yang betul adalah penting kerana:

* untuk mengelak kesakitan, luka atau melecet pada puting payudara ibu
* memastikan bayi mendapat susu secukupnya dalam keadaan tenang
* mengelakkan bayi meragam, putus asa dan keletihan
* mengelakkan bengkak payudara ibu

Adaptasi daripada Booklet Penyusuan Susu Ibu, PPUM

Menyusu anak lebih 2 tahun


Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu untuk mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami

Uniknya susu ibu


Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…

* sentiasa segar (fresh)
* tersedia dalam suhu yang optimum
*tersedia steril
*tiada pencemaran
* tersedia bila-bila masa
* tiada tarikh luput
* species-specific
*susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
* hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
* mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
* mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
* mengandungi antibodi
* mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
* tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
* mudah hadam
* komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
* komposisinya berbeza mengikut umur bayi
* komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
* komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
* mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!

Amalan Hospital Rakan Bayi


Terdapat beberapa amalan penting yang biasa dilakukan di hospital terutama hospital rakan bayi untuk membantu ibu-ibu menjayakan penyusuan eksklusif ke atas bayi seperti berikut:

1. Penyusuan awal dalam tempoh 1 jam pertama selepas bersalin

Rasionalnya:

-merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu yang cepat dan berterusan
-memastikan bayi mendapat kolostrum yang menjadi imunisasi pertama bayi
-bayi mempunyai naluri hisapan (rooting reflex) yang kuat sebaik sahaja dilahirkan
-membantu mempercepatkan pengecutan uterus untuk mengelakkan pendarahan berterusan atau tumpah darah selepas bersalin
-mengeratkan kasih sayang ibu dan anak

2. “Rooming-in” – bayi diletakkan bersama ibu sepanjang masa

Rasionalnya:

-bayi dapat disusukan bila-bila masa
-mudah meneruskan penyusuan eksklusif
-merangsang pengaliran dan penghasilan susu ibu
-mengelakkan bengkak payudara
-mengeratkan kasih sayang ibu dan anak
-mengurangkan infeksi/jangkitan

3. “On Demand Feeding” – menyusu mengikut kehendak bayi

Rasionalnya:

-menyusu dengan kerap mengikut kehendak bayi
-mudah meneruskan penyusuan eksklusif
-merangsang pengaliran dan penghasilan susu ibu
-mengelakkan bengkak payudara
-membantu mempercepatkan pengecutan uterus untuk mengelakkan pendarahan berterusan atau tumpah darah selepas bersalin
-mengeratkan kasih sayang ibu dan anak

4. Tidak memberi bayi baru lahir minuman atau makanan lain selain susu ibu

Rasionalnya:

-memastikan bayi mendapat kolostrum yang merupakan imunisasi penting untuknya
-sistem pencernaan bayi baru lahir masih belum matang untuk memproses makanan atau minuman lain selain susu ibu
-minuman atau cecair lain menghakis salutan bahan pelindung penyakit yang diperolehi oleh bayi melalui susu ibu
-mengelakkan risiko infeksi/jangkitan dan cirit birit
-memudahkan ibu meneruskan penyusuan eksklusif
-merangsang pengaliran dan penghasilan susu ibu
-mengelakkan bengkak payudara

5. Bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong atau pacifier

Rasionalnya:

-mengelakkan masalah keliru puting
-menyebabkan kurang rangsangan ke atas payudara ibu
-memastikan bayi dapat mempraktikkan lekapan yang betul pada payudara ibu
-mengelakkan penolakan puting ibu oleh bayi
-memudahkan ibu meneruskan penyusuan eksklusif
-merangsang pengaliran dan penghasilan susu ibu
-mengelakkan bengkak payudara

Peranan Hormon dalam Penghasilan Susu Ibu


Ada beberapa hormon penting yang terlibat dalam penghasilan susu ibu:

* Progesteron
* Estrogen
* Prolaktin
* Oksitosin

Penghasilan susu ibu bermula daripada peringkat mamogenesis (pembentukan dan kematangan kelenjar mamari), diikuti dengan laktogenesis (penghasilan dan pancutan susu ibu) dan seterusnya laktasi (pemberian/penyusuan susu ibu kepada bayi).

Empat hormon yang disenaraikan di atas memainkan peranan dalam ketiga-tiga fasa penyusuan ibu tersebut. Corak rembesan hormon-hormon ini merupakan suatu proses homeostasis yang mana pertambahan satu faktor akan memberi kesan (sama ada meningkatkan atau mengurangkan) rembesan hormon-hormon tersebut. Peningkatan dan pengurangan rembesan hormon-hormon ini seterusnya memberi kesan kepada kuantiti susu ibu yang dihasilkan.

Progesteron – penting semasa pembentukan dan kematangan kelenjar mamari, mempengaruhi saiz alveolus dan lobus di dalam payudara wanita hamil. Kandungannya berkurang apabila kelahiran berlaku.

Estrogen – juga merangsang perkembangan dan kematangan kelenjar mamari.

Prolaktin – merangsang penghasilan susu ibu.

Oksitosin – merangsang pancutan susu ibu, merangsang pengecutan uterus selepas kelahiran.

……………………………………………………………………………………

Nota: Satu contoh homeostasis yang mudah… kawalan air kencing oleh ginjal. Apabila cuaca panas, kandungan air dalam badan akan berkurang kerana dikeluarkan sebagai peluh. Kekurangan kandungan air dikesan oleh reseptor akan menyebabkan hormon ADH dirembeskan dengan banyak oleh kelenjar pituitari. Kehadiran hormon ADH yang banyak akan menambahkan ketelapan tubul ginjal terhadap air, maka air yang akan dibuang sebagai air kencing diserap semula ke dalam darah. Kesannya air kencing menjadi pekat kerana kandungan air di dalamnya kurang. Keadaan sebaliknya berlaku apabila cuaca sejuk, itulah sebabnya mengapa kita kerap kencing bila hari hujan.

Ubun-ubun bayi



Kepala bayi dibentuk oleh beberapa lempeng tulang, yaitu satu buah tulang di bagian belakang, dua buah tulang di kanan dan kiri, serta dua buah tulang di depan. Ketika lahir, belum semua tulang itu menyambung satu sama lain dan terdapat celah di antaranya. Bila diperhatikan, ada dua celah di kepala bayi, yaitu yang besar di depan dan yang kecil di belakang. Yang di belakang atau ubun-ubun kecil saat bayi lahir sudah menutup.

Ubun-ubun besar masih berdenyut artinya belum menutup. Umumnya ubun-ubun besar mulai menutup saat anak berusia 9 bulan, dan sebagian besar sudah menutup pada usia 18 bulan. Di usia 24 bulan (2 tahun) ubun-ubun harus sudah menutup. Jika ubun-ubun belum menutup, perlu dicermati adanya kelainan, seperti hidrosefalus (pembesaran tengkorak kepala), sindroma Down, atau hipotiroidisme (kekurangan hormon tiroid).

Berapa lingkar kepala anak anda? Bagaimana perkembangan anak anda normalkah? Jika lingkar kepala dan perkembangannya normal, maka tidak ada masalah. Diobservasi saja. Tapi, jika salah satu atau keduanya tidak normal, sebaiknya anda segera konsultasi ke doktrr anak untuk pemeriksaan lebih lanjut.

dr. Setyo Handryastuti, SpA(K)

Anatomi Payudara

Penting untuk mengetahui anatomi payudara supaya kita faham bagaimana ia berfungsi dan bagaimana mengekalkan fungsinya… (bukan senang untuk mengekalkan penghasilan susu berterusan selama 6 bulan dan seterusnya 2 tahun!)

Kelenjar Mamari
Kelenjar mamari atau kelanjar susu adalah suatu organ yang terdapat pada mamalia betina (perempuan) untuk menghasilkan susu untuk anaknya. Kelenjar eksokrin ini merupakan ciri mamalia iaitu menyusukan anak dan juga daripada mana nama kelas “mamalia” itu sendiri terhasil.

Struktur kelenjar susu.
Komponen asas kelenjar susu adalah alveolus yang dilapisi sel perembes susu dan dikelilingi oleh sel mioepitelia. Alveolus ini berkumpul untuk membentuk sekumpulan lobus dan setiap lobus mempunyai duktus laktiferus yang menjurus ke bukaan pada puting susu. Sel mioepitelia boleh mengecut, sama seperti sel otot, dan seterusnya menolak susu daripada alveolus melalui duktus laktiferus ke arah puting di mana susu akan terkumpul pada duktus sinus di bawah areola.

Perkembangan dan kawalan hormon
Perkembangan kelenjar susu dikawal oleh hormon. Kelenjar susu sebenarnya terdapat pada kedua-dua jantina lelaki dan perempuan. Namun begitu kesan rembesan hormon pada ovari merangsang perkembangan kelenjar susu pada perempuan. Hormon estrogen menggalakkan perkembangannya manakala hormon testosterone merencat pertumbuhannya.

Pembentukan kelenjar susu sudah terbentuk sejak kelahiran lagi, iaitu pembentukan duktus laktiferus tetapi tiada alveolus. Semasa akil baligh hormon estrogen mula dirangsang untuk menghasilkan cabang-cabang duktus yang kemudiannya akan berkembang menjadi alveolus. Alveolus sebenar hanya akan terbentuk semasa kehamilan dengan pertambahan hormon estrogen dan progesteron yang akan membentuk lebih banyak cabang duktus serentak dengan pembentukan lebih banyak tisu adipos dan salur-salur darah.

Kolustrum akan mula dihasilkan pada peringkat akhir kehamilan dan seterusnya pada hari-hari awal selepas kelahiran. Susu sebenar akan dihasilkan beberapa hari selepas itu apabila kandungan progesteron mula menurun manakala kandungan prolaktin mula meningkat. Hisapan bayi akan merangsang pengeluaran oksitosin yang akan merangsang pengecutan sel mioepitelia yang menyebabkan pancutan susu.

Tips mengatasi hidung bayi tersumbat



Hidung tersumbat adalah masalah klasik yang dialami oleh seorang bayi pada bulan bulan pertama kehidupannya. Kondisi ini membuat bayi susah untuk menghisap ASI dari puting susu ibunya sehingga bayi menjadi gelisah, apalagi tersumbatnya hidung kerap terjadi pada malam hari.

Berikut beberapa tips yang dapat dilakukan untuk mengurangi masalah hidung tersumbat pada bayi.

* Terlentangkan bayi pada tempat tidur lalu teteskan 2 – 3 titis larutan saline ke lubang hidung kanan dan kiri secara bergantian. Setelah dititisi larutan saline, segera tengkurapkan bayi atau pada posisi yang nyaman. Larutan saline boleh dibeli di farmasi terdekat.
* Jika produksi lendir berlebihan, hisaplah menggunakan alat penghisap lendir khusus untuk bayi. Alat ini boleh diperoleh di farmasi/toko alat alat kesehatan. Baca cara pemakaiannya dengan cermat.
* Tinggikan bagian kepala tempat tidur bayi.
* Susui atau berikan minuman yang cukup untuk bayi.
* Sebelum tidur, bayi boleh dimandikan dengan air hangat atau jalankan shower air panas bagi menghirup wap air yang muncul dari shower.
* Bila berlanjut, segera ke doktor.

Keluar bersama-sama bayi baru anda



Dalam beberapa hari atau minggu bayi baru dilahirkan, apabila anda ingin keluar, terasa pelbagai persediaan perlu dilakukan untuk keluar walau hanya seketika. Jangan jadikan ini semua suatu perkara yang menyukarkan hidup anda.

Berikut tip untuk memudahkan anda.

1. Pastikan beg bayi anda telah disediakan barang keperluan asas seperti lampin, pakaian bayi, sapu tangan, botol susu dan susu. Jadi apabila anda ingin keluar semua telah tersedia. Barangan untuk bayi ini adalah sedikit berbanding apabila bayi telah berusia 6 bulan ke atas, di mana barangan lebih banyak perlu disediakan.

2. Jika bayi anda menyusu susu formula, pastikan anda membawa air, susu dan botol yang mencukupi andai kata anda tersangkut di jalanan.

3. Sediakan juga baju simpanan untuk anda jika bayi anda muntah atau mengotorkan baju anda.

4. Keluar berjalan tidak semestinya kerana untuk sesuatu yang istimewa. Ada kala anda perlu keluar seketika untuk mengambil angin. Jadi cubalah keluar setiap hari dengan bayi anda seperti bersiar-siar di taman.

5. Jika anda keluar untuk perjalanan yang jauh, buat perancangan agar bayi tidur ketika dalam perjalanan.

6. Jika anda bermalam di luar, pastikan bawa sesuatu seperti mainan, selimut kesukaan bayi agar bayi anda tidak terasa kurang selesa dengan suasana baru. Ada kala bayi meragam kerana ‘beralih rumah’.

7. Pastikan keselamatan terjaga. Stroller dan baby car seat dalam keadaan selamat. Jauhkan bayi daripada tidur berhampiran riben, tali atau sesuatu yang boleh menjerut leher bayi. Rumah rakan atau keluarga anda mungkin berbeza dari rumah kita yang selamat untuk bayi.

8. Fleksibel, jika perlu berhenti untuk membuat sesuatu berkaitan dengan bayi anda, bersedia untuk berhenti. Jangan fikir ini menyebabkan anda tidak efisien.

9. Berpakaian mengikut keadaan. Jika anda ingin ke pusat beli-belah yang sejuk, pastikan bayi anda memakai pakaian yang labuh menutup tangan dan kaki, serta bawa selimut jika terlalu sejuk. Atau jika anda keluar ke tempat yang panas, pastikan bayi anda memakai pakaian yang nipis. Dapat mengelak bayi anda tidak selesa dan meragam.

Lihat, Dengar dan Cakap

Perkembangan qa'id dr hari ke sehari sangat memberangsangkan... seronok melihat bby semakin sihat, peka, sensitif dan membesar depan mata. qa'id semakin bijak dan pandai, bby dh peka pada persekitaran. terutamanya bunyi dan pergerakan. apabila terdengar bunyi yg menarik perhatian, bby akan melilau cari. sama juga kalau ada pergerakan. itu maknanya bby sudah pandai melihat.

setiap kali bangun dr tidur, bby akan termenung. kemudian akan bermain sengsorang. seolah2 mengajak berborak. bila kita agah2 bby akan bagi tindakbalas. comel sangat. aku rasa bahagia sgt. bby juga dh pandai mengajuk. dia keluarkan lidah, jelir lidah tiru perlakuan papa dia. 

bila time shower pun sama. bby suka bila baju dibuka. bby senyum2 dan gelak2 bila dibogelkan.... sebelum ni setiap kali nk mandikan bby akan menangis. drpd start buka baju hinggala siap berpakaian. menangis x henti, pujuk pun tak guna. tapi sejak aku habis pantang dan jaga bby, bila nk mandikan dia menangis apabila tersentuh air mandian. dan ada satu ketika tu, buat pertama kali dlm sejarah, bby x nangis langsung. aku excited sangat. tapi itu la buat julung kalinye. selepas itu bby hanya akan nangis selepas selesai mandi sewaktu nk pakaikan baju. 

hingga hari ni qa'id membesar begitu memberangsangkan. bby dh nampak, dh pandai main2, pandai senyum dan gelak, bila diagah lagi la dia galak, ajak orang berborak, suka tegur orang. waktu ni sangat berharga dan menyeronokkan. qa'id manja sangat dengan semua orang. alhamdulillah !!

Wednesday, January 25, 2012

Bayi Susu Ibu

Toy

Hari isnin lepas 23 jan, qa'id mendapat 1st toy dr ummi yah. sejenis alat mainan muzik. bila tarik tali, ia akan mengeluarkan bunyi ... walaupun qa'id x pandai lg main toy, tp dia bijak, bby suka dan leka bila dengar bunyi dr toy tu. bby senyap aje. seolah2 menghayati lagu. bila dengar je, bby akan melilau mencari di mana bunyi tersebut. suka sgt tgk gelagat bby qa'id.

bby qa'id berumur 2 hari, dia mendapat hadiah drpd papa. papa belikan qa'id hipo. ibu pula, sempena kelahiran bby, ibu telah beli sebiji dslr kamera semata2 tuk ambil gambar qa'id. qa'id suka bergambar, bila nampak je ada org nk amin gambar, bby akan jengilkan mata bolat.

Breast Feeding


1st time bf bby adalah semasa kat hospital ... aku x boleh bergerak sebab c-sect ... bby plak asykkat bb tidur ... aku nk pegang bby pun susah ... terpaksa panggil nurse minta tlg angkat bby letak sebelah aku tuk nenen. 

mulanya sgt kekok, menyakitkan dan memenatkan, susu pula pd awalnya xde (nurse picit nipple aku kuat2 tuk keluarkan susu, sakit sgt) .. tp aku xde pilihan lain. kena usaha juga tuk susukan bby sekerap mungkin. sebabnya tentu la xnak bby lapar, kalau kurang nyusu boleh menyebabkan jaundis. kena juga bagi nenen untuk merangsang pengeluaran susu. kalau x menyusu breast boleh jadi bengkak dan aku akan kena demam susu pulak ...  

syukurla, walaupun aku dlm keadaan serba payah, namun berjaya menyusukan bby. pertama kali tgk bby muntah susu, aku panik. panggil nurse, nurse nasihatkan aku sendawakan bby selepas menyusu. kalau xpun tidurkan bby sedikit mengiring. kalau muntah susu dan bby dlm keadaan terlentang, takut nnt susu masuk semula ke peparu. 

hari terakhir aku di hosp, ada 3 org nurse dtg, diorg ni ada kursus BF di hospital tu, so dia dtg melawat wad bersalin tuk berjumpa dgn ibu2 tuk tunjuk ajar mengenai penyusuan bayi baru lahir. dpt la belajar sedikit sebanyak mengenai BF. ye lah, aku x sempat nk amik kelas BF. 

minggu kedua puting sangat sakit. hujung nipple berkematu dan berdarah. nipple rasa nk putus. ngilu dan menakutkan setiap kali nk nyusu bby. tp aku gagahkan diri terus susukan baby walaupun sakit, tahan sakit setiap kali bby nenen dan kuatkan semangat menyusukan bby.  lama kelamaan, semuanya kembali pulih ... puting x sakit lagi sebab dh lali. aku mmg berazam tuk bg susu bdn sepenuhnya pd bby.

setelah pulih drpd sakit nipple, mslh lain plak timbul. breast aku membengkak. pd mulanya sebelah kanan. lepas nyusukan bby, surut kejap. beberapa hari lepas tu bengkak semula. sakit sangat sampai nangis. aku terpaksa makan ubat tahan sakit. wlaupun susukan bby, tetap x surut bengkak. hr ketiga aku ke klinik. makan ubat yg dok kasi disamping tuam dan urut serta pam. alhamdulillah sembuh. 

bby dh masuk 2 bulan, belah kiri plak bengkak, aku terus buat benda yg sama. tapi kali ni aku dh stat pam dan buat stok susu. 1st time pam aku dh lupa, tp kuantitinya lebih kurang 20ml. dan sehingga hari ni 25 jan, paling banyak 180ml. pecahkan rekod sendiri. sebelum ni paling banyak pun 120ml je. alhamdulillah, semua tu rezeki anak.

ramai yg kata anak lelaki kuat menyusu. so aku prepare la dan bersedia. tp setakat hr ni qa'id xde la kuat menyusu. minggu pertama dulu aku menangis sebab ada satu hari tu qa'id menyusu aje, bdn aku plak kepenatan, aku rasa teramat tension. minggu yg sama juga aku nangis lagi sebab qa'id xnk menyusu dan aku plak risau kalau bby terkena jaundis. aduhai !!

bby dh berumur dua bulan, berat hanya 5 kg aje. bby nyusu mcm biasa, kdg kerap, kdg jarang2. tp nampak la, bdn bby dh berisi terutama bahagian muka. pipi dh tembam. bila dia kurang nyusu aku akan perah. ada masa qa'id x suka menyusu belah kanan. apa sebabnya pun aku x tahu. dia akan tolak dengan kuat dan meraung. bagi je belah kiri, dia senyap.

yg seronoknye bila qa'id habis menyusu, bby akan pandang aku dan senyum. comel sgt gelagat bby. mulut dia comot dgn susu. bila dh kenyang, dia akn happy, gelak2. bila bby terlalu dahaga, dia faham sgt bila time nk nyusu. letak je ke dada, mula la mulut nganga mencari, bila lambat sikit dia nangis marah, bila puting dh dekat ngn mulut, bby jd gelojoh ... dia hisap dgn penuh perasaan. bahagia saat bby menyusu.

Tuesday, January 24, 2012

Sleeping qa'id

dh 2 bulan anak aku ni ... cepatnye masa berlalu. namun perjalanan masih panjang tuk qa'id explore dunia.

sambil menyusu sambil menaip. kali ni nk cerita tntg qa'id tidur ....

awal2 dulu mmg bby tido aje ... senang tido ... after a few week, bby dh besar n menyusu bdn mencari rentak tido .. tido sekejap bby akn bgn tuk feeding ... time ni aku dh mula rs tido terganggu ..then bby mula meragam ... siang tidur mlm meragam ... aku pun mkn kurang tidur ... terpaksa ikut rentak bby ... bby tido aku pun kena tido.

kepala time ni memg ting tong ... nasib baik ada maknoor... aku masih berpantang, at least makan aku maknoor yg masak.

qa'id dr umur seminggu sudah diajar tidor meniarap .. mak mentua yg mulakan .. hingga la sekarang qa'id tido meniarap ... kalo tidor terlentang qa'id mudah terkejut, terjaga dan nangis !! tidur bby x lena. 

tiap kali nk tidur, mcm2 cara aku buat tuk dodoikan bby ... awal2 dulu aku tak pandai dodoikan bby. tapi lama2 tu dh faham apa yg bby selesa. tp kadang2 x menjadi juga. kena cuba cara lain pulak.

mmg tension nk tidurkan bby.. susah sgt, bby pernah suka tidur atas dada, tp seminggu aje. lepas tu, bby xnak tdur atas dada lg. then aku dodoi mcm menyusu plak. mmg penat sgt ... berat bby 5 kg, mmg lenguh. tp dgn cara tu je boleh buat bby tido. untill now. 

lepas ni mcm mn plak nk dodoikan bby. aku kekurangan idea bila terlalu penat. aku biar ja bby nangis. sampai la mak mentua aku terpaksa tolong. huhuhu

nk harapkan papa, mmg susah la. dia bila bby nangis, mula la dia tension, bila dh tension, dia marah2 ... aku naik cuak kdg2 risau kot2 dia buat pape kat bby. 

skang ni dh agak terkawal sikit ... sejak aku habis pantang, minggu pertama tu mmg meragam je memalam. then skang ni dh ok. bby tido lewat mlm supaya dia tidur lena. bangun kul 3 pg tuk feeding, then sambung tidur semula. subuh bangun lg sekali ... then bangun dlm kul 7 atau 8 pg ... bby akan tidur semula dlm kul 10 pg hingga tghr ... kul 12 atau kul 1 ptg, br dimandikan.

kadang2 qa'id senang tidur, tp jarang sekali berlaku ... mmg bertuah @ miracle la kalau bby tidur dgn senang. 

sejak drpd aku habis pantang, banyak yg aku belajar drpd bby ... bukan senang menjadi ibu ... nak tidurkan bby pun kena kreatif ...

sejak qa'id berumur 2 bulan, bby dah pandai angkat kepala tinggi2 hingga dada pun terangkat, terutama apabila bangun tidur atau bila meniarap ... aku pernah dengar kalau kita ajar anak tidur meniarap, bby cepat merangkak ... insyaAllah. 


Monday, January 23, 2012

Newborn gegurl

semalam 22 jan 2012 ahad, seorang lagi cucu atok dan wan lahir .... dpt sepasang cucu ...

qa'id dpt sepupu pangkat adik ... girl lg ... qa'id jd abang, selaku yg sulung, qa'id seorang protector pd adik2 dia x kira la sepupu ke apa ke.... mcm papa juga .. 

syida melahirkan baby girl di hospital kajang jam 12.13 pg semalam ... secara normal ... tahniah syida dan abul !! 

hari pertama syida duk umah bapa mentua, hari ni baru balik berpantang di umah ibunya !! selamat berpantang ... beruntung syida dpt berpantang ngn ibu sendiri di rumah mak ayah sendiri !!

(gambar akan diupload kemudian)

Saturday, January 21, 2012

Baby Poops

During qa'id's 1 month old, setiap hari bby berak, najis bby berketul-ketul macam susu basi, warna kuning oren... then bila dh masuk bulan kedua, qa'id dh kurang berak ... 2 or 3 days baru berak ... najis dia padat macam mayonis ... warna pun pekat sikit ... kencing pun dh berbau ...

tiap kali nk berak qa'id amik masa tuk teran .. bila kuar je, bby nangis kelegaan ... kadang2 tu menangis semasa meneran ... aku risau dan fikir mcm2 .. sembelit ke bby ... tapi kalau minum susu ibu xkan ada masalah sembelit.

setakat hari ni, qa'id xde masalah buang air besar ... walaupun bukan setiap hari ... tapi normal la bila 3 hr sekali berak, kuar banyak2. aku terpaksa basuh kat sinki dan bby akan menangis kesejukan.

Thursday, January 19, 2012

Kuat menyusu

Ramai yg bgtahu aku, anak lelaki ni kuat menyusu ... tapi aku tgk qa'id xde plak mcm tu ... dia menyusu macam biasa ... kadang2 tgk bby mcm nk nyusu ... tp bila sua nenen, bby tolak and teriak sebab taknak nenen ... lg dipaksa lagi dia meraung kuat ..

disebabkan tu juga breast aku kerap bengkak .. maklumlah susu aku banyak .. so nk xnak kena perah.. selalunya aku perah selepas 3 hingga 4 jam bby menyusu ... ada juga aku perah bila bby tido, tp siap je perah, bby bangun .... ada beberapa kali aku perah and isi dlm botol .. sebab nk bagi bby minum ... nk ajar dia minum susu dlm botol ... 

kalau dia terlalu dahaga, mmg xde mslh, dia akan minum ... tp kalau x dahaga sgt dia taknak minum susu botol .. buat mcm mana sekali pun, dia xkan minum dan mcm biasa la menangis sekuat2nya...
dh 2 kali pergi check up, berat qa'id x naik banyak ... 1st check up berat bby 4 kg ... 2nd check up hanya naik 1 kilo je ...



Sembur Air Liur

Sejak dua minggu lepas (awal bulan) aku perasan qa'id dh pandai main air liur ... dia keluarkan air liur dan main2 kat bibir comel ... kadang2 main air liur sehingga meleleh .. menitik2 ... sehingga hari ni dia belum nk menyembur lagi ... mungkin sedikit masa lagi bby akan stat menyembur ... 

aku pernah dengar org kata kalau bby menyembur air liur, rambut ibu akan gugur ... aku x perasan sgt rambut aku gugur atau tak ... rambut aku lebat sgt sampai x rasa rambut semakin kurang ... situasi ni normal kut ... xdela sampai botak plak jadinya ...

Mitten and Booties

Oleh sebab qa'id dh 2 bulan, secara rasminya x perlu lagi pakai mitten and booties ...

sebelum ni mmg aku dh cuba tanggalkan, then pakaikan semula sebab dia cakar muka. tp kali ni walau apa pun berlaku, qa;id dh x perlu pakai lagi ... sbb dh 2 bulan ... kalau terus pakai dikhuatiri nnt jari bby membengkok dan x boleh buka mcm jari normal ... so like it or not, cakar ke apa, kena juga biasakan bby ... insyaAllah lama2 nnt, dia dh x cakar muka ...

Bby cakar muka hanya bila nk tido aje ... time dia mengamuk nk tido, time tu la dia duk mencakar ... so think positive ... lagipun aku tgk tgn bby kotor sgt bila pakai mitten tu ... 

skang qa'id dh pandai hisap jari ... bila bby hisap jari kotor tu aku risau sgt ... kalau pakai mitten dia duk hisap kain ... kesian nengoknyer... so biar la bby rasa jari sendiri bila duk menghisap ... nnt pelahan2 aku bersihkan jari dia time shower.

kelakar bila time dia hisap jari ... kalo boleh semua jari nk dimasukkan ke dalam mulut dia yg comel tu ... sepenumbuk kecil tgn dia tu nk dimasukkan ... comel sgt gelagat qa'id .. lama2 nnt pandai la dia hisap hanya ibu jari .. sebab aku xkan ajar dia hisap puting ... hisap puting ibarat hisap angin ... nnt kembung pulak perut bby.


Wednesday, January 18, 2012

2 months

Semalam 17/01/2012, umur qa'id genap 2 bulan. 

Hr ni aku bw qa'id ke klinik tuk 2nd check up .... fortunately papa ada, so x perlu nyusahkan org lain. Hr ni qa'id kena inject .. aku sendiri yg pegang semasa injection ... nangis juga sekejap ... kt tmpt inject tu kuar darah sikit... cian anak ibu.

Nurse kata injection kali ni boleh buat bby demam... risau dibuatnya... sejak lahir hingga umur 2 bln, qa'id x pernah demam. alhamdulillah .. kuat anak ibu ni. harap sangat kali ni qa'id x demam.

td semasa di klinik, nurse marah dan bengang. sebabnya kitorg sampai lewat tghr. dlm kul 12.30 tghr. satu lg nurse marah sebab baby nangis ... aku agak kecewa dgn nurse tu ... period gaknya ... bby nagis tu biasa la ... so x perlu la nak marah2 ... lagi satu kalo datang lewat pun apa mslhnya? mestila ada sebab nape lewat. bodoh nye nurse !!

check up td amik masa sekejap sangat ... dlm 15 minit je .... sampai terus cek bby dan injek ... itu pun nk bising2 ... bangang tol !!


Mengatasi Bayi Kembung Perut



Bagaimana mengatasi bayi kembung perut

Bayi kembung perut biasanya menangis disebabkan oleh angin kolik atau perut masuk angin .
Bagaimana mengenal pasti bayi kembung perut

Bayi anda menangis sepanjang hari tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembung perut bayi anda bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulih apabila bayi mencapai umur 3 bulan.
Apakah penyebab kembung perut bayi anda?

Beberapa kemungkinan anda mengalami kembung perut Alahan terhadap laktosa. Alergi susu lembu. Ketidakmatangan usus. Keadaan usus pramatang bayi anda menyebabkan pencernaan karbohidrat tidak sempurna.Ini menyebabkan kembung dengan angin perut yang berlebihan. Sendawa dengan betul selepas bayi menyusu badan atau bayi menyusu botol Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut. Ibu bapa yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan penjagaan bayi. Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
Berapa ramai bayi yang mengalami masalah perut kembung?

Setiap 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.

Apakah simptom kembung perut pada bayi anda?

Bayi akan menangis sepanjang hari sekuat hati dalam jangka masa yang lama. Kedua belah kakinya ditarik ke perut dan tangannya dikepal-kepal.
Adakah masalah perut kembung boleh menyebabkan masalah penyakit lain?

Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik. Walaupun begitu, anda akan rasa tertekan jika bayi anda meragam dan menangis sepanjang hari dan berhari-hari disebabkan masalah angin perut. Anda terlalu kecewa dan risau apabila melihat keadaan bayinya.

Bagaimanakah mengatasi kembung perut bayi?

Pada kebiasaannya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur 3 bulan ke atas. Rawatan khusus untuk perut kembung tidak khusus. Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor anda mungkin akan memberi ubat dimethicone mengurangkan simptom kembung. Langkah-langkah mengatasi simptom kembung perut bayi di rumah. Usap bahagian belakang bayi anda. Selimutkan dan dodoikan bayi anda dengan lemah lembut . Kurangkan bunyi bising Bawa bayi anda bersiar-siar di luar rumah. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi anda,jika anda rasa tertekan atau penat.
Bila patut rujuk masalah kembung perut bayi kepada doktor?

Tangisan bayi anda seakan-akan dalam kesakitan Ada simptom-simpton la in seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit. Bayi anda tiba-tiba demam.

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah perut kembung bayi?

Kaedah penyusuan susu botol mestilah betul. Gunakan saiz puting yang sesuai. Sendawakan bayi anda apabila selesai menyusu. Kembung perut bayi atau perut masuk angin merupakan masalah perut yang tidak daratkan. Kembung perut bayi adalah masalah yang mencabar dan memerlukan kesabaran anda. Diagnosa bayi kembung perut amat penting untuk mengelakkan penyakit-penyakit lain yang bahaya.

Ibu bapa perlu berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :

* Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.
* Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
* Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.
* Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.
* Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.
* Bawa bayi anda bersiar-siar di taman
* Tukar pemakanannya. Cuba kurangkan makanan yang boleh menyebabkan angin atau mengembungkan perut bayi.
* Mainkan muzik perlahan, kurangkan cahaya lampu dan bunyi televisyen
* Biarkan bayi mendengar bunyi yang berulang seperti bunyi pembersih vakum atau mesin basuh
* Tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol air hangat
* Dukung bayi sambil mendodoi atau menyanyi perlahan.