Sunday, April 22, 2012

Mak Noor

Ini la insan yang bertanggungjawab menjaga qa'id dengan penuh kasih dan sayang. Mak Noor sudah anggap qa'id sebagai anak sendiri, menjaga qa'id dengan baik, membantu ibu dan juga menjadi rujukan serta tempat ibu bercerita dan mengadu mengenai qa'id. sepanjang ibu berpantang, mak noor yang banyak menjaga qa'id dan ibu, sepanjang 2 bulan ibu bekerja sebelum kontrak kerja ibu tamat, dan mungkin pada masa akan datang juga, beliau la yang akan menjaga qa'id. ibu yakin dan percaya pada mak noor, beliau akan sudi menjaga qa'id apabila ibu memerlukan.




Ibu sangat terhutang budi dan berbanyak terima kasih pada mak noor. ibu sangat menghargai segala yang mak noor lakukan tuk kita sekeluarga terutama untuk qa'id. ibu doakan agar mak noor sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Allah SWT atas segala kebaikan yang dicurahkan kepada kita sekeluarga.



Saturday, April 21, 2012

Massaging time !!!

Foto-foto ni ibu snap pada 17/4/12 selasa. Qa'id dh genap 5 bulan. suka bebenor anak ibu bila papa massage !!! tengok aje la aksi si manja ibu ni ... bukan main lagi dia.







ibu selalunya massage qa'id selepas mandi. ibu sapukan lotion pada peha, betis dan lengan qa'id sambil urut perlahan-lahan. qa'id senyap aje bila ibu massage !!


Friday, April 20, 2012

Susah nak tidur atau tak mahu tidur atau tak boleh tidur??

Ibu betul-betul buntu bila qa'id langsung taknak tidur walaupun ibu dh cuba tidurkan qa'id. hari ni 20/4/12 jumaat, qa'id bangun tidur jam 9 pg td. hingga sekarang jam 5ptg, qa'id masih tak tidur. qa'id meragam bila ibu letak, bila ibu riba qa'id meragam juga, qa'id hanya stop meragam bila ibu dukung sambil berdiri. kalau sekejap xpe, kalau lama ibu pun penat juga. 

semalam 19/4/12 pun sama. qa'id tidur tghr setengah jam dan petang stgh jam. malam pula qa'id tidur lewat. ibu susukan qa'id, qa'id nenen sekejap aje, pastu tarik dan gigit nenen ibu. qa'id main-main semasa nenen. qa'id menangis beria bila ibu solat dan mandi. 

apa salah ibu hingga qa'id jd macam tu??? qa'id tak cukup susu ke??? qa'id tak ngantuk ke??? hari ni ibu tak sempat pun nak buat power pumping sebab qa'id tak mahu tidur. ibu berkepit aje dengan qa'id. satu keje apa pun tak boleh. 

kenapa dua hari berturut-turut qa'id tak boleh tidur atau susah nak tidur atau tak mahu tidur???  walaupun pak cik cuni dan mak su sarah ada, tapi ibu tak suka nak harap orang tuk jaga qa'id. even papa pun ibu x harap tuk jaga qa'id.

seminggu ibu jaga qa'id, qa'id buat perangai macam-macam. ibu sabar demi sayang ibu pada qa'id. ibu tak salahkan qa'id, sebab ibu juga takde pengalaman. ibu kesian sangat pada qa'id.

Thursday, April 19, 2012

Power Pumping

Semalam 18/4/12 rabu, ibu mula buat power pumping. power pumping ni ibu buat selama sejam. dalam tempoh sejam tu, ibu pam breast sebelah kanan contohnya, selama 10 minit. lepas tu ibu tukar ke breast belah kiri pula. pam selama sepuluh minit. kemudian tukar semula ke breast kanan, begitu lah berselang seli sehingga sejam. 

power pumping ni untuk stimulate hormon serta kelenjar agar menghasilkan susu lebih banyak. ibu x faham sgt istilah sebetulnua. tapi itu yg ibu faham la. bila kita pam kerap maka susu pun akan banyak terhasil. sesuai dengan konsep demand and suply. mcm tu lah lebih kurang.

ibu harap sementara ibu tak bekerja ni, ibu boleh buat stok susu untuk qa'id. tapi x tahu la boleh ke tidak sebab qa'id direct BF skang ni. bila ibu perah masa qa'id tidur, sikit aje dpt. 1 oz pun xdpt. itu sbb ibu buat power pumping. 

semoga Allah permudahkan usaha ibu.

Wednesday, April 18, 2012

5 months check-up

Hari ni 18/4/12 rabu ibu bawa qa'id ke klinik untuk check-up 5 bulan. papa x dapat temankan sebab kena hadiri mesyuarat. so, terpaksa la minta tolong pak ngah anta kan. 

Qa'id bangun pagi ni dengan ceria sekali. Tanpa buang masa ibu terus mandikan qa'id dan pakaikan baju dan cloth diapers. Ibu sengaja pakaikan CD sebab nanti di klinik senang nak buka dan pakaikan. stoking pun ibu tak pakaikan sebab kebetulan semua stokin qa'id ibu basuh dan masih basah di jemuran. lagipun check-up kali ni qa'id kena injection. so kalau pakai CD,  senang tak perlu nak selak seluar.

sampai ke klinik lebih kurang jam 10.05 mnt pg. hari ni ramai pula orang. terpaksa la tunggu giliran. ibu minta pak ngah balik dulu tapi dalam pukul 11 pg nanti datang jemput ibu dan qa'id.

dalam pukul 10.20 pg, nama qa'id dipanggil. ibu bawa qa'id untuk ditimbang dan ukur panjang/tinggi serta ukur lilit kepala. selesai, tunggu lagi dalam 10 minit baru masuk jumpa nurse. waktu ibu pakaikan qa'id baju dan CD, qa'id tetiba meragam. ibu pujuk qa'id, qa'id stop meragam. ibu ingatkan qa'id meragam sekejap aje. rupanya makin teruk sewaktu berada dalam bilik nurse. seluruh ruang klinik bergema suara qa'id seorang. ibu tahu qa'id lapar dan mengantuk. sebab itu qa'id meragam. 

selesai sahaja injection, ibu terus bawa qa'id masuk ke bilik penyusuan untuk susukan qa'id. qa'id terus menyusu dan terlena. ibu kasihan pd qa'id. kalau papa ada tentu kita dh boleh terus pulang ke rumah, dan qa'id boleh menyusu dan tidur dengan lena. 

sambil memangku qa'id ibu sempat buka buku rekod kesihatan qa'id. ibu tengok apa yg tercatat dalam buku tu untuk check-up kali ni. tadi semasa timbang dsb ibu tak sempat berborak dengan nurse tuk bertanyakan keadaan qa'id. tapi sepanjang berada dalam bilik nurse pun, xde apa yang nurse maklumkan dan hanya bertanyakan perkembangan qa'id aje seperti baby dah boleh merangkak ke? ibu jawab, ye!! merangkak dan guling-guling. 

so ibu ingatkan semua ok aje. tapi bila ibu tengok dalam buku terutama yang ada gambarajah graf tu, baru ibu perasan graf qa'id ada yg menurun masuk ke line yang berwarna. dibawah hasil keputusan check-up :-

berat 6.6kg
panjang 68cm
BMI 14
lilitan kepala 41cm

kalau nk dibezakan dengan keputusan check-up 4 bulan, berat qa'id naik 0.6kg aje drpd 6.0kg. alhamdulillah berat qa'id naik juga. panjang qa'id 63cm. BMI 15 dan lilitan kepala 38cm. yang membuatkan graf qa'id menurun ialah BMI qa'id tak seimbang. qa'id lebih tinggi/panjang, tak seimbang dengan berat. hurrmmmmm anak ibu ni tinggi orangnye bila besar nanti. InsyaAllah. 

walau apa pun xde apa yg perlu dirisaukan. graf berat qa'id meningkat normal. graf panjang mencanak naik. BMI qa'id turun menjunam sampai masuk ke line kuning. ukur lilit kepala qa'id masih dalam line oren. itu maknanya normal cuma sepatutnya garisan masuk ke dalam line putih. InsyaAllah next check-up ukur lilit kepala qa'id normal. ibu doa sangat-sangat. 

pesanan nurse pada ibu, balik rumah nanti terus bagi ubat demam. sebab suntikan tadi boleh menyebabkan demam. tapi hingga saat ini ibu belum bagi ubat demam pada qa'id sebab ibu yakin qa'id tidak akan demam. ibu juga doa qa'id akan terus sihat, membesar dengan baik, aktif, ceria dan kuat macam papa. 

Ceria bangun tidur

Hari ni 18/4/12 rabu, qa'id bangun tidur dengan ceria sekali. aku tengah buat power pumping, tetiba dengar suara qa'id manja. rupanya baby dh bangun tidur. angkat kedua belah kaki sambil tangan mencapai kaki dia buat suara manja.

Bila nampak je muka ibu, qa'id senyum-senyum. tangan dah terkapai-kapai minta diangkat. bijak betul si comel ibu ni. bila aje hulur tangan, qa'id tergelak manja. bila tangan ibu cuba tuk angkat, qa'id terlebih dulu angkat kepala dan bahu. bila angkat aje, qa'id sengih lebar dan tergelak manja.

Alangkah bahagia sangat bila tengok qa'id ceria.... !!

Merajuk

Dah pandai merajuk si comel al-qa'id ni. dah 2 kali qa'id merajuk. 1st time pada 14/4/12 sabtu. 2nd time 17/4/12 selasa. 

Situasi nyer sama, qa'id dh merengek-rengek nk nenen. tp ibu dia ni ada keje nk buat. qa'id tunggu punya tunggu tapi aku masih tak ambil dia. qa'id dh stat menangis. so bila dh siap keje, aku dukung bawa masuk bilik nak kasi nenen. selalunya kalau dukung aje qa'id otomatik stop crying. bila aku amik tuk nenen, qa'id tak benti menangis dan bila sua nenen qa'id tolak dan memalingkan muka. 

Huuurrmmmmm dh semakin bijak anak kecil ni. aku rasa sangat bersalah membiarkan qa'id tunggu. kesian anak ibu. so terpaksa la pujuk qa'id hingga bby stop crying. lepas tu baru qa'id nak nenen macam biasa. yang sedih nye qa'id nenen sambil sedu sedan dan tangis yang masih bersisa. 

Maafkan ibu nak, bukan niat ibu untuk membiarkan qa'id lapar hingga merajuk. tapi itu aje masa yg ibu ada tuk siapkan kerja ibu. dan masa yang sama juga qa'id minta disusukan. kerja ibu agak ambil masa yang lama. itu yang menyebabkan qa'id menangis. ibu cuba jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan juga isteri sebaik mungkin.

Tuesday, April 17, 2012

5 months

Hari ini 17/4/12 selasa, genap la umur anaknda ku al-qa'id 5 bulan .... syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi ... al-qa'id diberi kesihatan yang baik, sejak dr lahir hingga sekarang, baby sihat walafiat. bebrapa kali dapat suntikan yg boleh menyebabkan demam, tp qa'id x demam. walaupun pernah dijangkiti selsema dr aku, tapi x berpanjangan. qa'id pernah bengkak matanya kena gigit semut tapi surut tanpa perlu ke klinik. cuma yg merisaukan aku ialah, check-up bulan lepas nurse kata kepala bby kecil ... tapi qa'id tetap aktif macam biasa. alhamdulillah, syukur sangat.

Esok rabu, 18/4/12 qa'id ada apointment di klinik. aku harap sangat keputusan check-up esok semuanya baik belaka. kalau x silap esok qa'id perlu disuntik 2 kali serentak. x tahu la camana nanti. risau juga. 

Disebabkan dh lama sangat tak update tentang perkembangan bby qa'id, jd entry kali ni aku masukkan semua perkara yg aku x sempat nk update.

Selepas qa'id kena gigit dengan semut dan berjangkit selsema dr aku pd jumaat 6/4/12, petang balik dr keje aku jemput qa'id macam biasa, alhamdulillah qa'id dh sihat dan ceria serta aktif semula. maknoor cakap, qa'id berak. lega sangat bila bby berak.  Esoknya hari sabtu 7/4/12 qa'id berak 2 kali dalam sehari. patut la meragam aje rupanya bby sakit perut. kesian qa'id, sakit perut nk berak tp x boleh nk cakap, hanya mampu menangis aje. 

Qa'id dh pandai pusingkan badan, toleh kepala serta mendongak keatas bila kita riba. comel sangat gelagat qa'id, terutama bila aku riba, sambil tu aku makan. bila aku nak suap makanan ke mulut, dia mula la ikut pergerakan tangan, toleh ke arah aku sambil mendongak tengok aku suap makanan. kalau xde makanan pun qa'id suka buat macam tu, lama dia tenung aku, dengan muka comel dia .... aku geram, apa lagi, cium aje la .... 

Aku baru perasan qa'id suka nenen sambil baring. bila nk nenen aje, aku baringkan dia, sebabnya nk suh bby tidur. disebabkan itu juga, qa'id dah x suka nenen sambil riba. bila aku nenen sambil riba aje, mula la bby angkat badan dan tegangkan badan. satu hal lagi, kalau nenen sambil baring, menyebabkab aku pun turut sama tertidur, so puting akan ada dalam mulut qa'id. qa'id akan lepaskan nenen bila dia betul2 lelap. so kalau dia x lelap memang xde chance nak stop kan nenen dan tarik puting. aku juga yang susah sebab terpaksa tunggu lama tuk qa'id lelap. terpaksa melekap dengan qa'id. tak lupa juga qa'id dh pandai gigit puting .... walaupun gigi belum tumbuh, tapi agak menyakitkan juga bila bby gigit. terutamanya bila bby meragam, aku cuba kasi nenen, pasti dia akn gigit. geram agaknya!! dah tu skang dh pandai angkat kepala sambil nenen. itu time bby meragam juga. elok2 baring, dia dh x duk diam, sambil nenen bby angkat kepala seolah2 nak berguling dan digigitnya puting aku. kononya nk nenen sambil meniarap.

Hari sabtu lepas juga 7/4/12, satu momen yang sangat menyentuh perasaan apabila qa'id meragam dan aku dh buntu. atuknya amik qa'id, terus duduk atas sofa. atuk peluk qa'id sambil dodoi. qa'id terus lentokkan kepala atas bahu atok. atuk nyanyikan lagu yg orang nyanyikan sewaktu cukur jambul baby. entah apa istilahnya, aku x tahu. x lama lepas tu, kira abis juga la satu pusingan lagu atuk nyanyikan, qa'id terlelap. aku rasa rugi sangat x sempat snap pic masa tu. kalau dapat rakam, lagi bagus. nanti leh tunjuk pd qa'id bila bby dh besar nanti.

Hari isnin 9/4/12, aku mula guna pam spectra tuk perah susu. Breastpump tu dh lama dapat dr kak ngah, cuma aku belum cuci dan test lagi. so weekend lepas aku dh cuci dan cuba pakai sekejap. mula-mula guna memang macam x menjadi. susu keluar sikit aje. x sampai pun 1oz. tapi aku keep pumping, hinggalah susu keluar. aku kerapkan mengepam dan alhamdulillah susu keluar. tapi 2 kali pam tuk dapatkan satu plastik. apapun demi anak tercinta aku akan buat yg terbaik agar qa'id dpt exclusive breastfeeding. yg sedihnya aku belum sempat tuk buat power pumping. aku akan cari masa yg sesuai. insyaAllah.

Jumaat 13/4/12 adalah hari terakhir aku bekerja di PICC. so secara rasminya aku menganggur. secara rasminya juga aku jadi surirumahtangga sepenuh masa dan menjaga qa'id sepenuhnya. hari sabtu dan ahad, semuanya berjalan lancar. Semalam 16/4/12, semua orang bekerja, tinggallah aku berdua dengan qa'id, (pak cik cuni ada tp biarlah.... ) qa'id meragam sepanjang hari. bby hanya nk didukung. kalau aku dukung dan duduk, mula la mulut comel dia tu berbunyi. bila bangun berdiri, automatically senyap. so aku xde la nk ikut sangat kehendak dia. kalau ikut,  xpe pun x boleh. 

Lepas mandikan qa'id biasanya bby akan mengantuk. so seperti biasa aku dodoikan qa'id dan aku dulu yg terlelap. tghr br jaga. aku tgk qa'id lena lagi, so aku tanpa melengahkan masa terus ke bilik air tuk mandi. selesai mandi, qa'id dh jaga. hurrmmmm nampaknya xde la chance tuk masak. so, aku makan aje dulu buah kurma. bila time aku nk solat zuhur, aku letak aje bby atas tilam. macam biasa bby akan menangis kuat, tekan suara. lama bby menangis hingga suara dh xde, tekak dh serak, tp masih tak mahu stop, terus juga menangis. bila angkat dukung aje, terus stop immediately. tapi esakan masih bersisa. aduh anak, betapa cerdiknya qa'id !!

Seharian menangis, dr pagi, bawa ke petang, hingga ke malam. senyap time tidur aje. itu pun merengek-rengek bila bby sedar yg aku xde di sebelah. qa'id selalunya semasa tidur, bila sampai waktu tuk nenen, bby akan cari. bila dia bergerak ke kiri dan ke kanan, tp xde sesiapa, mula la bby merengek mencari puting. itu la salah satu sebab aku x boleh ada jauh. mmg xde peluang tuk aku bersenang lenang walaupun sewaktu bby tidur.

So, hari ni 17/4/12 selasa, adalah hr kedua aku bersama qa'id. x tahu lg camana gelagat qa'id hr ni. nnt aku update kemudian bila berkesempatan.

Qa'id sekarang makin comel dan bijak. sejak dua menjak ni bila menangis aje, mula la dia buat mulut. macam2 dia buat ... geram aku tgk ... sebelum nangis lagi dia dh buat mulut, kira intro la tu. tersangatla comel. papa selalu mengadu, qa'id xnak kat papa. kalau duk ngan papa, x lama lepas tu qa'id menangis. kalau ibu amik je, qa'id terus senyap. aku cakap kat papa, sekarang bby kecil lg, mmg rapat dgn ibu. nnt bila dh besar mesti bby lebih rapat dengan papanye pulak. skang ni qa'id lebih rapat dengan atuk berbanding papa. so jangan sampai qa'id langsung xnak dengan papa. papa kena luangkan masa lebih dengan qa'id dan bila bersama qa'id tu kena la penuh kasih dan sayang. bby dia tahu kalau kita pegang dia dengan penuh perasaan kasih sayang atau tak. 

Qa'id memang tak memilih orang yg nk dukung dia. sesiapa je ok. nak aje kalau org dukung. elok senyap aje. tapi x sangka plak pd sabtu lepas 14/4/12, atuk bawa qa'id ke umah nyang. aku x ikut pun sbb atuk nk pg kejap aje. just nk bawa qa'id jalan-jalan katanya. atuk cakap qa'id menangis sebab lepas orang-sorang dukung qa'id. rimas agaknya. apa taknya semua orang geram tgk dia. tang matanya yang bulat !!

Belah malam, qa'id meragam. aku rasa qa'id merajuk. sebab aku ngan papa x ikut kehendak dia. aku nenen dia sambil duduk atas sofa. dia main-main, tegangkan badan angkat punggung. aku paling geram kalau bby menyusu main-main. so aku bagi pada papa. aku ke dapur masakkan tuk papa sebab papa lapar. qa'id ngan papa mesti bising mulut, meraung, melalak, nak kata menangis pun tak. bila dah siap masak, aku bawa qa'id masuk bilik. kiranya nak nenen sambil baring la sebab aku tahu qa'id lapar dan mengantuk. tapi qa'id tolak mentah-mentah nenen. menangis aje tekan suara. aku cuba bagi belah kanan, taknak, bagi belah kiri plak, taknak. geram sangat rasanya. then papa amik, qa'id senyap kejap pastu tak sampai lima minit, qa'id menangis semula. kali ni memang lama. papa bagi pada aku, aku dukung pun qa'id tetap tak mahu stop nangis. aku bacakan surah al-fatihah sambil usap kepala, pun x jalan. aku bacakan ayat qursi kat telinga pun x menjadi. aku bacakan selawat syifa' pun xde benti gak menangis. atuk ngan wan xde. kami bertiga aje. aku semakin buntu, aku turut menangis. lama juga qa'id menangis. last sekali qa'id stop. aku baringkan dan susukan. tak sampai lima minit, qa'id dh terlelap. leganya rasa. tak lama kemudian atuk dan wan balik. 

Masa mandi qa'id sangat la happy. walaupun tak cukup nafas sebab qa'id tahan nafas bila kena air sejuk, tapi dia ternganga-nganga bila mandi. dah selesai mandi, masa tuk pakaikan baju. selalunya aku akan sapukan lotion kat peha, betis dan lengan bby. time ni la masa tuk aku urut baby. qa'id suka sangat, bby akan diam aje seolah-olah menikmati urutan. syok kena urut ngan ibu. papa urut pun sama, qa'id senyap aje. comel sangat.

Rasa cepat aje masa berlalu. qa'id pun dh lima bulan. lagi sebulan je lg nk masuk 6 bulan. dh boleh bg bby mkn solid food. skang ni aku ada bg qa'id mkn kurma. wan ckap kurma mudah hadam. Qa'id pun suka. bila qa'id berak aku perasan najis qa'id dh jd kaler gelap. bukan kuning lg dh.


Monday, April 9, 2012

toleh dan gigit

kali ni nk cerita tentang qa'id yg dah pandai toleh ke belakang ..... aku perasan hari sabtu lepas 7 apr 2012 ... waktu tu kat ruang tamu rumah ... qa'id duk atas riba papa ... papa duk atas sofa ... aku lipa kitorang tgh buat apa waktu tu tapi kalo tak silap tgh tgk tv .... sambil2 tu duk agah2 qa'id ... entah apa yg menarik perhatian qa'id tetiba baby dengan spontan toleh ke arah papa .... 

kiranya qa'id duduk atas riba papa, masing2 mengadap ke arah tv, tetiba qa'id toleh kepala ke arah papa, disebabkan bby kecil lagi so, bby toleh dan mendongak ke atas supaya dapat melihat muka papa .... comel sangat gelagat dia ... muka dia yg sedang mendongak menoleh tu sangat la comel ... dengan mulut ternganga, mata buntang seolah sangat curious dan penuh pengertian !!

hari yang sama juga aku perasan qa'id dh pandai gigit ... yg aku geram sangat tu, yg dia duk gigit tu adalah nipple aku sendiri ... sambil menyusu dia gigit, sakit sangat !! sebelum ni qa'id hanya pandai tarik aje, bila bby nk stop nenen, dia akan tarik nipple ... dan buat mulut comel ... tapi skang dia akan gigit .... 

semalam dia gigit lagi dan aku terkejut sebab sakit, so aku menjerit, dia terus lepaskan dan pandang aku dengan muka terpinga2 dan terperanjat ... buntang mata pandang aku .... bila aku ckp "sakit la sayang" dia senyum2 ... terus x jadi nk marah .... hish si manja ni sorang, cerdik betul dia!! 

aku ada belikan qa'id teether baru, so yg tu la dia duk test menggigit. kali ni nipple aku lak jd mangsa....  sekarang ni walaupun qa'id masih x pandai lagi pegang barang, tp kalo bby dpt pegang sesuatu pasti nak sumbat masuk ke mulut ... kalo bagi je apa kat tangan dia, mesti terus ke mulut !!! kalo tak dapat barang tuk digigit, dia akn gigit lidah sendiri .... 

sekarang ni qa'id dh x cukup ruang tuk meniarap dan pusing2 ... qa'id akan pusing sehala je... kalo pusing ke kanan, dia dh x pandai nk pusing balik ke kiri ... itu baru sehala dh tak cukup ruang ... pasti kalo qa'id dh pandai guling2 kiri dan kanan entah ke mana dia akan pegi ... 

nk tinggalkan qa'id sendirian atas tilam pun aku dh cukup risau ... bukan itu aje, sekarang tengah duk pakaikan baju pun dia asyik nak guling2 ... so aku bagi dia pegang sesuatu supaya aku boleh pakaikan pampers dan baju ... kena buat cepat2, kalo tak nnt bila barang tu dh terlepas dr tangan, qa'id akan pusingkan badan dia.

semalam 8 apr hari ahad, qa'id terlelap atas bahu atuk ... atuk baru balik dr surau, tgh tunggu yah dan ibu bersiap sebab nk anta yah balik ke kampus ... so atuk pegang la qa'id sekejap, atuk duduk atas sofa dukung qa'id sambil menyanyikan lagu yg org nyanyikan untuk baby semasa majlis cukur jambul sambil tepuk2 bontot dan belakang. qa'id lentokkan kepala atas bahu atuk, mata duk kelip2, tetiba menguap dan terus lelap ... aduh, senang dan comel sangat ....

atuk letakkan qa'id atas tilam bby, lama gak la qa'id tidur ... sempat juga la aku basuh kain, pegi umah abul... dh nk kul 9, tetiba trip, qa'id terus terjaga sebab terkejut ... aku angkat dan susukan qa'id tuk stopkan tangis .... dah tu, punya la susah nk tidurkan qa'id ... lewat juga la tidur malam td gara2 qa'id yg x boleh tidur ... dh tu aku kegeraman sebab qa'id gigit nipple ... dia xnak nenen betul2 ... 

satu hal lagi, aku risau dengan qa'id ni, dia nenen sekejap2 aje, entah kenyang entah tidak ... macam tak puas sebab asyik meragam aje sepanjang 2 hari ... aku duk risau, ada ke susu sebab qa'id nenen x bersungguh ... mcm susu xde je ... betul2 merisaukan aku !!

Friday, April 6, 2012

Mata bengkak + selsema

Pagi tadi jam 3.50 pg, qa'id tetiba bangun dan menangis kuat ... aku terkejut terus suakan susu .. qa'id xnak, aku tukar ke sebelah kiri, pun bby xnak... aku bg yg sebelah kanan, xnak juga, tukar lg sebelah kiri, taknak jugak lagi, tukar belah kanan lg, baru qa'id nak ... menyusu kejap dan terlelap. 

aku rasa kelainan pd tangisan baby ... sambil menyusu aku bacakan ayat kursi dan selawat syifa'.. disebabkan qaid nenen sambil baring, bila bby dh terlena, so susu akan terlepas dr mulut, agaknya bby terkejut, terus menangis ... kuat betul tangisan dia.

aku buat benda sama ... tukar2 susu. tp kali ni qa'id meronta2 ... aku dh mula tak sedap hati, .... so aku angkat qa'id letak atas dada, peluk erat2 dan usap2 badan serta kepala qa'id sambil baca ayat qursi dan selawat syifa'. akhirnya qa'id terlelap. 

aku sesungguhnya x tahu waktu tu sebenarnya pukul berapa. tapi papa kata kul 4 pg..... lebih kurang la kot. sebabnya alarm hp aku bunyi.

lagi sekali qa'id terjaga, aku still cuba susukan qa'id tp bby xnak ... sebolehnya aku cuba tuk bagi qa'id minum susu tp setiap kali tu dia tolak dan menangis. aku perasan qa'id menangis lain dr kebiasaan dengan mata yg tertutup rapat. papa terus amik qa'id, bukak baju, tukar lampin, sapu minyak ... tp qa'id masih menangis ...

aku cuba tenangkan qa'id, dukung and peluk bby agar dia tenang ... kali ni aku minta papa bawa qa'id jumpa ibu. ibu mungkin tahu kenapa bby nangis...

so papa bawa qa'id keluar, dan alarm hp aku bunyi lg. so aku tahu time tu kul bape. 5.50 pg.... 

bila papa masuk semula ke bilik, papa dengan muka cemas bercampur marah bagitahu aku mata qa'id bengkak. bila aku tgk, ya Allah, memang bengkak dan merah. qa'id masih lg teresak2... 

kesian anak aku .... nape leh jd mcm tu. td sewaktu duk tukar lampin bagai, aku langsung tak perasan mata qa'id bengkak ... sebab qa'id tutup mata sambil menangis. lampu bilik pun kitorg x buka ... so keadaan bilik cerah dr lampu bilik air saja.

ibu masuk ke bilik, aku tgh susukan qa'id.... ibu kata mungkin digigit semut ... kemudian qa'id bersin-bersin plak .... ni dh kompen berjangkit dengan aku ... sbb aku dh 4 hr flu x baik2 lg ... dh tu duk berkepit aje dengan si manja tu, senang la nk merebakkan virus influenza... 

dh lg satu penyakit ... yg bengkak mata belum pun reda, tambah lg satu, selsema pulak ... memang parah ... papa terpaksa ponteng kerja ... aku pun hampir2 juga ponteng kerja tapi bila fikir2 balik, aku tak boleh jaga qa'id sbb aku selsema ... nnt demam plak kang si manja tu ...

ibu tettiba masuk lg ke bilik aku, agah2 qa'id dan gtau suh bawa qa'id keluar sbb abah nk tgk keadaan qa'id .... papa yg bawa qa'id keluar ... aku tukar pakaian dan keluar dr bilik... duk lepak2 kat ruang tamu ... yah riba qa'id ... senyap aje si manja tu .... bengkak mata pun cam dh surut sikit ... dlm kul 7 aku amik qa'id bawa masuk ke bilik dan susukan bby atas riba ... aku tak baringkan sebab qa'id taknak ... bila bby dh terlelap, aku cuba baring, menangis lagi .... aduhaiiiii

aku pujuk2, tepuk2, dia senyap sambil menyusu .... tp x lama ... qa'id kembali menangis ... so aku kejutkan papa, minta papa jaga qa'id, aku nk bersiap2 ke tempat keje. qa'id hantar ke umah maknoor.... aku mmg x boleh jaga bby sebab aku x sihat .. takut nanti berjangkit pd qa'id plak. 





ibu harap qa'id sihat dan ceria seperti sediakala .... ibu sayang qa'id sangat2 ... balik keje nanti ibu jemput qa'id ye ... esok ibu bawa qa'id jalan2 naik keta ngan papa !!!

Tuesday, April 3, 2012

Qa'id dan ketot

suka betul qa'id kalo bg ketot kat dia ... ralit main dgn ketot ... ibu snap pun dia x layan !!