Monday, October 29, 2012

1st birthday present

2 minggu 5 hari lagi qa'id akan sambut 1st birthday ... ibu berdebar-debar sebenarnya nih ..... berdebar menunggu apa yg bakal berlaku ... sebab papa dan ibu ada perancangan untuk sambut birthday qa'id tp melihatkan keadaan sekarang membuatkan ibu jadi berdebar ... 

Sabtu lepas 27/10/12 ibu berkesempatan ajak papa ke pasaraya untuk belikan hadiah hari jadi qa'id. ibu decide tuk beli lebih awal sebab itu je masa yg ada ... sebabnya papa dah ke kuala kedah outstation selama 2 minggu ... so itu bermakna papa kemungkinan takde untuk menyambut birthday qa'id. 

Apapun ibu berharap papa dapat balik untuk kita sesama celebrate birthday qa'id. kalau papa xde, xsyok la ... sedih pun ye jugak .... jom berdoa semoga papa dapat balik !!

Ni hadiah yg ibu belikan tuk qa'id ... harap sangat qa'id suka. 




Ibu bukan apa, sebelum ni beli toy tuk qa'id mesti x qa'id tak main ... sepahkan ada lah .... geram rasa nya ... x nak beli kesian pulak ... 

Hadiah ni sume ibu belum buka lagi ... just amik gambar dan tengok dr luar aje ... nnt bila dh sampai masa, br show pada semua orang .... 

Ibu tengah duk fikir kat mana nk letak gym ni nnt .... mesti atok dan wan bising .... sebab makan ruang !!! 

Aidil Adha

Salam Lebaran Aidil Adha !!

Well, xde yg menarik pun untuk dikongsi di sini ... ibu x berkesempatan tuk snap picture qa'id di pagi raya ... tapi ada beberapa keping gmbr qa'id beraya di rumah cik na ... 





Qa'id langsung tak mahu duk ngan cik na, so cik na kasi biskut cokolat, qa'id pegang sambil tu makan, habis comot, coklat penuh muka dan tangan. 

Cik na nk pegang qa'id sebab nak biar ibu makan dengan selesa, tp qa'id tak mahu. qa'id nk bertempek dengan ibu. so sepanjang makan, selama itu la qa'id duk atas riba ibu. nasib baik qa'id well behave, duk makan biskut cokolat sambil makan apa yg ibu suap. qa'id xde la nak kacau ibu makan pun. bagus anak ibu ni. cuma bila dh bosan tu qa'id mula la buat aksi gimnas .... ibu letak bawah qa'id tak mahu ... so terpaksa la makan cepat2.

Time nk amik gambar ni, papa yg tolong amikkan. tengok la aksi qa'id tu ... yg peliknya qa'id sgt well behave ... senyap aje, bertempek atas riba ibu ... ibu suh berjalan pun qa'id tak mahu ... ralit duk tgk abg adam main bola ... biskut juga masih dlm genggaman ... 

Tapi dh nak balik baru la qa'id mula nak berjalan. agaknya qa'id segan kot sebab ramai sepupu kecik2 lagi duk berkeliaran. kat rumah semua org dewasa. bila kat tempat lain, jarang jumpa sepupu, suasana baru, qa'id jd pendiam. ikut perangai ibu ... hihi .. dh agak selesa, br la nk mula explore, tp dh nak balik dh ... 

Xpe la sayang, nnt kita pegi umah cik na lg yer ... kita pegi tengok baby cik na ... sepupu br qa'id !!

2012 babies

Raya kedua 11 zulhijjah 1433 bersamaan 27/10/12 sabtu, qa'id dapat lagi sorang sepupu. Nama da ada cuma belum announce lg. sepupu qa'id ni adalah anak cik na iaitu kakak ibu. newborn baby boy seberat 3.85kg, lahir secara normal. alhamdulillah.


Pada hari yg sama juga ibu pergi melawat newborn bb di hospital putrajaya. sangat la comel, meruntun hati dan ibu rasa kasih tengok baby ni. ibu tak berkesempatan tuk dukung baby sebab drpd ibu sampai hingga la ibu dh nak balik, asyik nenen aje .... huhuhu ... so ibu dh rindu pada si kecil ni. nnt bila papa balik, kita pergi melawat cik na dan baby ye !! pastu singgah tengok hariz pulak.

Sebelum ni sepupu qa'id yg lahir adalah anak pak da abi, abang ibu. Nama sepupu qa'id tu muhammad hariz. lahir pada 17/8/12 jumaat, 2 hari sebelum hari raya puasa. lahir secara pembedahan dengan berat 1.8kg di hospital serdang. tarikh lahir hariz sama mcm qa'id ... bulan dan tahun aje yg berbeza.

muhammad hariz bin habibullah


Ibu, papa dan qa'id sempat melawat mak da ayu di hospital tapi malangnya tak dapat berjumpa dengan hariz. hariz dimasukkan ke wad icu sebab kelahirannya ada masalah. ibu hanya dapat tengok hariz melalui gambar fb aje. hingga la ke hari ni 29/10/12 ibu belum berkesempatan tuk melawat hariz. papa sibuk dan jarang ada dirumah sejak selepas raya. apa nak buat !!

Selepas raya juga, ibu dapat pangkat nenek .... ehehehheh ... anak saudara ibu dapat anak lelaki diberi nama Aniq Qie Aisy. dilahirkan secara pembedahan sebab baby songsang. berat baby 3.02kg dan dilahirkan pada 3/10/12 rabu. 

aniq qie aisy bin syamsuri
Bila agaknya boleh melawat aniq ni ... dia kat kelantan .... nak tengok cucu yg sorang ni !!


Thursday, October 25, 2012

10 months review

Walaupun baru 10 bulan, ibu rasa anak ibu dah membesar melangkaui umur sebenar. perkembangan qa'id begitu cepat sekali hingga tak terkejar dibuatnya. kadang tu ibu rasa macam belum puas menatang qa'id sebagai bayi, mengagah dan melayan kerenah bayi dan apa sahaja berkenaan bayi. memang qa'id masih bayi tapi entah kenapa ibu rasa mcm qa'id ni melangkaui umur ... cepat sangat qa'id membesar hinggakan ibu rasa ketinggalan. belum lg puas tuk khatam satu tahap, qa'id dah ke tahap yg seterusnya. ibu belum lagi boleh memahami qa'id di satu2 tahap dan belum sempat dapat menikmati tahap tu, qa'id dh maju kedepan. ibu yg kena kejar perkembangan qa'id. lelah semalam masih belum hilang, kena pula hadap letih hari ni dan esok hari sudah tentu penat akan muncul. tapi menyeronokkan !!

Sewaktu entry ni ditulis, qa'id dh berumur 11 bulan 6 hari. tinggal tak sampai sebulan lg, qa'id akan genap satu tahun. nampaknya ibu kena ubah cara, lepas ni jgn lg fikir kebelakang, ibu kena set mind, apa agaknya esok hari, kalau hr ni qa'id mcm ni, esok tentu dh lain. macam tu br la ibu rasa tak ketinggalan. ibu sentiasa update perkembangan qa'id dalam buku catatan ibu dan mungkin itu juga la yg membuatkan ibu rasa qa'id membesar begitu cepat. sedangkan itu adalah sesuatu yg normal. perkembangan qa'id memang cepat dan ikut landasan yg betul.

Oleh itu ibu sememangnya bersyukur sangat2 pada Allah diatas kesemua rezeki dan nikmat yg dikurniakan. jadi bila qa'id dh genap setahun ibu takkan lg buat review by months. sedaya upaya akan ibu update setiap masa .... dan cuba untuk memikirkan apa pula next ... terutama masa depan qa'id. dan sepanjang masa juga, ibu kena lah mengajar qa'id macam-macam mengikut perkembangan bayi.

17/9/12 - 17/10/12 .... itu la tempoh qa'id 10 bulan ..... yg ketara berlaku semasa 10 bulan ialah qa'id dh boleh berjalan ..... sangat teruja. ingat lagi semasa pulang ke kampung di kelantan, ramai sedara mara yg jumpa, mereka kata lg dua bulan boleh jalan dah ni. tapi belum pun sebulan, qa'id dah terkedek2 berjalan. wan kata qa'id ikut papa, umur 10 bulan dh boleh jalan. huhu

Rasanya ibu dah pernah update tentang qa'id sepanjang tempoh sepuluh bulan tu. tp xpe la, yg ni hanya la review sahaja .... ibu tulis balik semula dalam blog seperti yg ibu catat dalam buku harian ibu tentang qa'id.

17/9/12 isnin, memang betul, anak kecil lebih suka meniru perbuatan daripada mendengar kata-kata. oleh sebab ibu selalu bawa qa'id masuk ke bilik setiap kali ibu nk bersolat, maka bila qa'id tengok di tv gambar org tadah tangan berdoa selepas azan berkumandang, qa'id pun turut menadah tangan berdoa. tersentuh hati ibu!! apa tidaknye, qa'id selalu tengok ibu solat dan semasa berdoa ibu akan letakkan qa'id atas riba, berdoa sesama. 

Satu lagi anak kecil akan lebih terangsang sekiranya kita memberikan galakan kepadanya. apa sahaja yg qa'id buat, ibu akan bertepuk tangan dan ketawa gembira. pada mulanya qa'id agak pelik bila ibu beraksi macam tu, tapi lama kelamaan, qa'id pun turut excited, ketawa mengekek walaupun jatuh dan sakit. sabar je lah !!

18/9/12 selasa, maknoor bagitahu ibu, qa'id berjalan tak henti hari ni. practise make perfect ... walaupun jalan 2 3 langkah then jatuh tapi qa'id bersemangat kental dan terus berjalan. agaknya itu kebolehan baru, so qa'id sangat excited untuk meneroka kebolehan sendiri. 

19/9/12 rabu, satu lg yg ibu nampak, qa'id suka mendengar muzik. sebelum ni ibu hanya perhatikan qa'id akan pause bila dengar muzik background TV3. tapi kali ni qa'id goyangkan badan bila mendengar muzik dari kereta mainan kanak2. tapi bila dengar muzik dari radio dalam kereta xde plak qa'id nk goyang badan. 

22/9/12 sabtu, hari ni dapat luangkan masa seharian bersama qa'id di rumah. baru la ibu nampak keghairahan qa'id berjalan. bukan main konfiden lagi, takde rasa jemu, apatah lagi penat walaupun seluruh badan dibasahi peluh. oleh sebab qa'id dh pandai berjalan, ibu dengan andaian bahawa boleh tinggalkan qa'id dengan aktiviti baru nya itu, boleh la ke dapur untuk memasak ke apa kan, tapi sama jugak, menangis bila ibu xde depan mata. aduhai anak ... kalau dalam bilik, nk masuk bilik air pun payah, mesti menangis ... nak mandi apatah lg .... tp bila keluar je dr bilik air, automatik senyap .... haih geram dbuatnya .... 

24/9/12 isnin, qa'id tetiba demam, badan panas mendadak ... br seminggu demam sembuh, kini demam lg. ibu redha dengan ujian allah swt. ini br ujian kecil ... ini kali ketiga qa'id demam kalau tak salah ibu la ... 

26/9/12 rabu, ibu belikan satu berus gigi baby tuk qa'id. stat hari ni ibu akan berus gigi qa'id setiap hari sebelum tidur. berus sekali sehari je. gigi qa'id dh kuning ... huhu

29/9/12 sabtu, qa'id memang kerap jatuh, sebab terlalu lasak. tp kali ni qa'id terjatuh, muka terhantuk pada meja. so mulut qa'id bleeding. kesian sangat anak ibu menangis berjujuran air mata ... ibu risau kalau gigi qa'id yg patah. nasib baik xde pape ... 

1/10/12 isnin, kemahiran berjalan dh semakin baik, jatuh dah kurang sikit dan langkah pun makin jauh. tangan pun turut sama explore ... ada je benda qa'id capai dan jatuhkan ... 

2/10/12 selasa, qa'id demam lagi sekali .... sejak dr hr ni juga qa'id semakin kurang menyusu badan, nenen sekejap sekejap dan perhatian mudah terganggu.

5/10/12 jumaat, kali ni qa'id jatuh agak teruk, jatuh kebelakang, kepala belakang terhentak kuat. qa'id sedang seronok berjalan tetiba badan tak seimbang dan jatuh terduduk dan terus tertumus ke belakang. aku terpana seketika sebab terkejut. aduh ... qa'id jatuh tak terkira dh rasanya, berpuluh kali dah ... 

8/10/12 isnin, jumaat, sabtu dan ahad lepas papa mandi bersama qa'id. hari ni pulak ibu mandikan qa'id, qa'id menangis beria, ibu curah air ke badan qa'id, qa'id meronta-ronta, kelakuan qa'id sangat pelik.

15/10/12 isnin, kali ni qa'id semakin kurang menyusu, minum air putih pun tak mahu, selera makan semakin kuat, berjalan dan bermain tanpa henti ... bermain tu bukan bermaksud bermain permainan tp bermain cara qa'id ... susah ibu nk jelaskan. disebabkan kurang minum air dan menyusu, berak pun dah berketul2 ... geram sangat rasanya bila qa'id tak mahu minum air. ibu risau qa'id akan sembelit. lagi satu setiap kali gosok gigi mesti menangis meronta-ronta. ibu tak peduli, ibu gosok juga.

Wednesday, October 24, 2012

Suka-suka

Seronok pulak qa'id ni duk dalam raga pasaraya. gambar ni ibu snap guna kamera hp je ... hp plak cap ayam je .... bukan smart phone ... tak mampu nk pakai smart phone lagi .... so kualiti gambar agak blur ... tak kisah la, ni pun dh ok kan ... ehehehh. 






Ini plak, papa bawa qa'id naik eskelator ... saje je nak bagi qa'id rasa ... sudahnya qa'id asyik nak naik aje ... kalau tak qa'id menjerit dan bertempik ... 






Gambar2 ni diambil pada 20/10/2012 sabtu, di alamanda shopping centre

Tuesday, October 23, 2012

Aktiviti hujung minggu

Ni la dia, sejak dapat kaki, berjalan non-stop ... tiada penat, lelah, letih langsung ... time rehat adalah time tidur ...               

Dah tu, selera makan makin bertambah, makan pun non-stop tapi kurang minum air .... 

Aktiviti hari minggu, bangun pagi terus turun katil nak keluar jenjalan dan bermain, lepas makan sambung lagi ..... tidur pun dah kurang ... sekali sehari ... 

Tak tahu la aktiviti qa'id di rumah maknoor camana ... sebab balik je ke rumah, sambung lagi berjalan dan bermain. 

Dah mlm lepas dinner, ibu bawak masuk bilik, kalau penat nenen kejap dh tidur .. kalau tak ngantuk, turun katil balik semula, main apa aje yg ada ... kemas baju dalam bakul, sepahkan barang2 ibu dan papa dalam drawer dan macam2 lg ... 





qa'id tak balance, jatuh terduduk dan terus jatuh ke belakang pulak, kepala terhentak kuat ... 
mengemas bakul kain selepas reda menangis terjatuh 




camera lense cap pulak ... 



daging kambing ... yum yummy

kiri daging kambing, kanan tauhu
comotnye, seluruh badan berbau kambing
petik daun pokok bunga wan .... kalau wan tahu, kompem kena babab


tengok tu, nak masuk dalam rumput jugak

anak happy, ibu bahagia


mana nk pegi agaknya tu
intai rabbit la tu ...

berani betul hulur jari pada gemuk dan debab ... kena gigit baru tahu ..

terjatuh dalam lobang ... kesian anak ibu ...