Wednesday, February 29, 2012

Doa supaya dimudahkan segala urusan dan hajat

KULIT BAYI MENGELUPAS


Kulit bayi mengelupas? Tidak perlu risau kerana ia biasa dialami oleh bayi.
Apa yang anda perlu lakukan adalah :

*Menjaga suhu ruangan bayi agar tidak terlalu dingin atau panas
*Membiarkan kulit kering tersebut mengelupas dengan sendirinya
*menyapu losyen
Kulit kering ini biasanya akan hilang dengan sendirinya

MEMERAH SUSU IBU

MEMERAH SUSU IBU

Sebab-sebab perlu memerah susu ibu:

*untuk membekalkan susu ibu kepada bayi yang terpisah daripada ibu sama ada kerana bayi/ibu dimasukkan ke hospital, atau ibu bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh
*bayi tidak dapat melekap pada puting payudara ibu dengan berkesan disebabkan lahir pramasa atau masalah oral
*untuk melegakan bengkak payudara atau duktus tersumbat dan mengelakkan mastitis
*puting payudara yang luka/melecet
*meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu

Cara memerah susu:

Memerah dengan tangan

*memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
*basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
*sediakan bekas yang bersih dan steril
*lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
*boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
*buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
*melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
*tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
*buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
*tekan payudara ke belakang ke arah dada
*perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
*teruskan memicit sehingga susu keluar
*perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
*buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
*tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
*ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
*tukar ke payudara yang satu lagi
*urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
*perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
*setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

Memerah dengan pam payudara

*baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
*basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
*basuh tangan dengan bersih
*duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
*rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
*posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
*mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
*boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
*pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
*masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan umum:

1) Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
2) Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3) Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4) Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
5) Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6) Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7) Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8) Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Sumber: thewomens.org.au, breastfeeding.com, breastfeeding.asn.au, my.inova.com

PANDUAN MEMILIH PAKAIAN BAYI


PANDUAN MEMILIH PAKAIAN BAYI

BAGI bayi yang baru dilahirkan, mereka sangat sensitif dengan keadaan persekitaran. Malah ada kajian yang dilakukan telah membuktikan bahawa kulit bayi adalah paling sensitif selain lebih nipis, kurang pigmentasi dan mempunyai kadar kelebatan kelenjar peluh yang tinggi.

Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan kulit bayi mudah terpengaruh dengan rangsangan dan panas matahari.

Oleh yang demikian, ibu bapa perlu berhati-hati ketika membeli pakaian dan secara tidak langsung perlu tahu bagaimana hendak memilih pakaian bayi agar kulitnya kekal sihat dan lembut.

Bukan itu saja, ibu bapa juga harus tahu bagaimana hendak menjaga pakaian bayi agar ia tidak memudaratkan kulit bayi.

Dari segi pemilihan baju, ia tidak hanya bergantung kepada corak dan warna baju.

Sebaiknya ciri-ciri seperti mudah dipakai, mudah ditanggalkan dan fabrik daripada jenis yang membolehkan bayi menyesuaikan suhu badannya dengan baik harus diberikan perhatian.

Jika boleh elakkan daripada menggunakan sebarang serbuk biologi atau pelembut kain ketika mencuci pakaian bayi kerana dikhuatiri akan merengsa kulit bayi yang sensitif dan lembut itu.

Terdapat beberapa ciri-ciri yang harus dijadikan panduan untuk memilih baju bayi anda.

Ikuti panduan berikut

Kain daripada kapas.
Pakaian yang dibuat daripada kain kapas boleh membantu menjaga kesihatan kulit bayi. Memakaikan bayi anda pakaian daripada kain kapas akan melindungi kulit bayi daripada kerengsaan disebabkan sentuhan atau geselan. Selain itu kain kapas mudah menyerap peluh dan sesuai dipakai ketika cuaca panas. Ketika musim hujan pula, kain kapas membantu tubuh bayi kekal hangat.

Pilih saiz yang tepat.
Ada ibu bapa yang membeli pakaian bayi agak besar dengan alasan boleh dipakai lebih lama tetapi jangan juga membeli pakaian yang hanya muat-muat badan dan terlalu ketat.Bayi sepatutnya memakai saiz new born dan sekiranya bayi anda dilahirkan besar, sebaik-baiknyanya pilih saiz pakaian bayi berusia satu hingga enam bulan. Usah pakaikan bayi dengan pakaian besar kerana ini membuatkan si kecil sukar bergerak dan kelihatan besar.

Elakkan baju bertali.
Hindarkan memilih pakaian bayi yang perlu diikat. Fesyen bertali hanya sesuai untuk orang dewasa dan bukannya bayi.Sebaliknya pilih baju yang berbutang pada bahagian depan kerana ia lebih mudah untuk anda memakaikannya.

Berleher lebar.
Pilih pakaian yang berleher lebar atau bulat supaya kepala bayi dapat masuk dengan mudah menerusinya dan berlengan lebar.

Butang.
Baju yang mempunyai butang di bahagian hadapan sesuai dan mudah dipakai sepanjang enam bulan pertama usia bayi.Manakala baju yang mempunyai butang pada bahagian bawah memudahkan kerja menukar baju dan lampin.

Penjagaan pakaian bayi

Asingkan pakaian
Jangan campur pakaian anda dengan pakaian bayi ketika membasuh.Mengasingkan pakaian bayi membantu mengelakkan bakteria pada pakaian dewasa terkena pakaian bayi anda.Ini menjamin kebersihan sekali gus menjamin kesihatan kulit bayi anda.

Guna sedikit sabun
Basuh pakaian bayi menggunakan sedikit sahaja sabun.Sabun yang terlalu banyak digunakan menyebabkan kulit bayi merengsa.

Cara basuhan tangan
Jika basuh menggunakan tangan, elakkan memberus terlalu kuat.Sebaiknya anda gosokkan dengan tangan sahaja dan ketika membilas pastikan benar-benar bersih dan bebas daripada sabun untuk mengelakkan sebarang kerengsaan apabila dipakai semula oleh bayi.

Cara basuhan mesin
Gunakan program basuhan lembut.Program basuhan biasa boleh merosakkan pakaian bayi dan sebaiknya usah guna cecair pemutih kerana ada bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit bayi merengsa

'' Jam Biologi Mama ''

'' Jam Biologi Mama ''

Tiada usia “betul” atau “salah” untuk mengandung, tetapi bakal ibu perlu faham isu yang mungkin dihadapi dengan peningkatan usia.

Mengandung merupakan titik permulaan kepada pengembaraan yang paling hebat dalam kehidupan seorang wanita. Tidak kiralah apa jua usia anda, seorang wanita dalam usia 20-an, ataupun 40-an, usia sememangnya mempengaruhi anda dan si manja yang belum lahir. Teruskan membaca bagi mengetahui bagaimana usia boleh mempengaruhi kehamilan anda.

Dalam Usia 20-an

Dekad 20-an merupakan dekad terbaik untuk menjadi hamil kerana purata kemuncak tahap kesuburan wanita adalah pada usia 24 tahun. Telur lebih kurang berisiko mengalami ketidaknormalan genetik, manakala risiko komplikasi kesihatan (bagi ibu dan bayi) adalah agak rendah berbanding wanita yang lebih tua. Anda juga lebih bertenaga – berupaya untuk pulih lebih cepat apabila terpaksa berjaga malam menjaga si manja.

Dalam awal usia 20-an, anda mungkin baru memulakan kehidupan dan kerjaya anda serta mungkin akan mendapati kesukaran memenuhi permintaan kewangan dan emosi apabila mempunyai anak. Namun, apabila usia meningkat, anda akan menjadi lebih matang dan berupaya mengendalikan permintaan alam keibubapaan.
Memasuki 30-an yang Hebat!

Dari segi fizikal, umur usia 30 (dan ke atas) menandakan perrmulaan penurunan tahap kesuburan wanita. Terdapat banyak perbezaan apabila anda berusia 30 dan 35 tahun. Peluang menjadi hamil di awal usia 30-an adalah lebih rendah berbanding lewat 20-an, dan risiko untuk kecacatan kelahiran pula akan meningkat sedikit. Tetapi, pada usia 35 tahun, risiko seperti kadar keguguran, kehamilan ektopik dan juga komplikasi berkaitan kehamilan (tekanan darah tinggi, diabetes) akan meningkat dengan banyak.

Pada usia ini, anda lebih mantap dari segi kewangan dan mungkin telah mempunyai ritma kehidupan yang selesa bersama pasangan anda. Wanita dalam usia 30-an berupaya menggunakan pengalaman hidup mereka untuk membantu dalam pengasuhan. Mereka juga mempunyai banyak tenaga dan kebingkasan yang diperlukan apabila mengasuh anak kecil. Wanita dalam usia 30-an juga berupaya membekalkan apa yang diperlukan (dari segi emosi dan kewangan) kepada anak mereka.

Berbangga dengan Usia 40-an

Walaupun berkeputusan untuk mula berkeluarga setelah lebih stabil dalam kerjaya dan hubungan bersama pasangan sering dianggap sebagai langkah yang lebih bijak, namun wanita lebih sukar hamil pada usia ini. Keberkesanan telur akan menurun dengan banyak dengan peningkatan usia dan jika anda hamil sekalipun, terdapat 24-54% peluang anda boleh mengalami keguguran jika berusia dalam lingkungan 40-44 tahun. Komplikasi kehamilan seperti hipertensi dan diabetes akan meningkat dengan usia. Pakar kesuburan menyatakan ia hampir mustahil bagi wanita untuk hamil menggunakan telur mereka sendiri setelah mencecah usia 46 tahun dan memerlukan penderma telur jika masih ingin hamil.

Ada juga wanita yang berjaya hamil dalam usia 40-an mereka, dan melahirkan bayi sihat. Secara amnya, ibu yang lebih berumur akan cenderung membuat keputusan pengasuhan yang lebih bijak berbanding ibu yang muda. Mereka turut mempunyai jaminan pekerjaan dan kewangan serta lebih pengalaman. Wanita dalam usia 40-an mempunyai hubungan yang lebih stabil bersama pasangan mereka, dan ini menyediakan asas kukuh yang diperlukan untuk berkeluarga.

Komplikasi Meningkat dengan Usia!

Kajian kerapkali menunjukkan risiko bagi kanak-kanak dilahirkan dengan kecacatan kelahiran yang lazim seperti Sindrom Down dan ketidaknormalan Kromosom, sememangnya mempunyai kaitan dengan usia ibu. Corak yang sama juga boleh dilihat dalam risiko untuk keguguran.

Ketahui Tahap Kesihatan Anda

Semua wanita menjadi tua pada kadar berbeza dan sememangnya tiada masa betul untuk mula berkeluarga. Walaupun anda sihat secara fizikal untuk hamil dalam usia 20-an, namun penyelidikan menunjukkan ibu dalam usia 30-an dan 40-an lebih berkeupayaan dari segi kewangan dan emosi untuk menjaga kesejahteraan diri sendiri dan bayi mereka. Cabaran akan datang tanpa mengira usia dan terpulang kepada anda untuk menentukan bagaimana anda akan menghadapi permintaan alam keibubapaan

Peranan Pasangan Anda

Walaupun terdapat kaum lelaki masih boleh menjadi ayah dalam usia 60-an dan 70-an mereka, namun banyak kajian menunjukkan kualiti sperma akan menurun dengan peningkatan usia. Ini akan menyebabkan masa yang lebih lama untuk mencapai kehamilan bagi si ibu. Kecacatan genetik dalam sperma juga lebih cenderung apabila usia meningkat.

PENYUSUAN BAYI KEMBAR

PENYUSUAN BAYI KEMBAR

Menyusu bayi kembar adalah cabaran yang hebat bagi ibu bapa yang hebat. Sebaik mengetahui kandungan adalah bayi kembar, ibu-ibu (dan juga bapa-bapa) perlu:
1. bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima kehadiran 2 bayi (atau lebih) serentak
2. bersedia untuk kemungkinan bayi lahir pramatang
3. bersedia untuk kemungkinan kelahiran secara pembedahan caesarean
4. membuat perancangan corak penyusuan yang akan diberi kepada bayi

Persediaan mental adalah sangat penting bagi ibu yang bercadang memberikan penyusuan eksklusif untuk bayi kembar kerana akan timbul persoalan tentang “susu tidak cukup”. Ramai menganggap susu ibu akan tidak cukup lebih-lebih lagi pada hari-hari awal kelahiran maka salah seorang atau kedua-duanya secara bergilir mungkin akan diberi susu formula!

Para ibu harus sedar dan yakin bahawa berapa ramai pun kembar yang dilahir serentak, susu ibu pasti cukup untuk mereka. Beberapa tips yang boleh diamalkan:

1. Menyusu seawal 1 jam pertama.
Ramai ibu sudah sedia maklum tentang keperluan menyusu seawal 1 jam pertama ini untuk merangsang penghasilan susu ibu.
Sekiranya ibu melahirkan bayi pramatang dan kurang berat badan, penyusuan ibu adalah ‘ubat’ paling mujarab untuk menambah berat badan bayi kerana susu ibu memang dicipta untuk bayi baru lahir walau berapa pun usianya ketika dia lahir.
Sekiranya ibu melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, mintalah bantuan jururawat untuk membantu memposisikan kedudukan ibu untuk menyusu pada jam pertama. Sebaiknya berbincang awal dengan doktor atau jururawat bertugas hasrat ibu untuk menyusu pada 1 jam pertama sebaik mengetahui pembedahan akan dijalankan.

2. Menyusu sekerap mungkin
Secara puratanya bayi baru lahir menyusu antara 8-12 kali dalam tempoh 24 jam. Bagi bayi kembar, ibu-ibu boleh menyusu kedua-duanya serentak pada masa yang sama atau secara bergilir mengikut keselesaan ibu. Rujuk rajah posisi penyusuan bayi kembar seperti di bawah.
Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima positif oleh ibu kerana ini menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan.
Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu setiap setengah jam. Jika ibu menyusu bayi seorang demi seorang aturkan masa menyusu supaya si kembar tidak menangis ketika yang seorang lagi sedang menyusu.

3. Banyakkan berehat
Ibu-ibu perlu berehat dengan secukupnya untuk mengurangkan stress yang akan mengganggu penghasilan susu ibu. Ibu boleh tidur apabila bayi tidur. Sesetengah ibu selalu menjadikan masa tidur bayi sebagai masa ibu untuk membuat kerja. Ini adalah kurang tepat kerana ibu juga perlu berehat dan menenangkan fikiran. Suami harus memainkan peranan membantu menguruskan perkara-perkara lain sementara ibu menumpukan kepada menguruskan bayi.

4. Minum banyak air dan makan makanan berkhasiat
Air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Amalkan minum air sambil menyusu atau selepas menyusu sekurang-kurangnya segelas air, jus atau susu. Ibu menyusu perlu makan makanan berkhasiat secukupnya untuk menampung kehilangan kalori semasa penyusuan. Ibu-ibu juga digalakkan makan vitamin, kalsium dan zat besi seperti yang diambil semasa hamil.

5. Hadkan pelawat
Perkara ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana ramai pelawat yang terdiri daripada rakan-rakan, jiran dan saudara mara ingin berkongsi kegembiraan dengan kehadiran bayi kembar. Namun begitu ibu masih perlu memperuntukkan masa bersama bayi terutama privasi ketika menyusukan bayi. Minta pelawat tinggalkan bilik ketika masa menyusu telah tiba, ambil masa privasi anda kerana ianya penting untuk memastikan kelangsungan produksi susu ibu.

6. Bersedia dengan soalan “Cukupkah susu?”
Soalan ini mungkin akan ditanya oleh ramai orang malah mungkin dari diri ibu sendiri. Biarpun ibu menyedari tentang konsep “demand and supply” dalam proses penghasilan susu ibu namun soalan ini mampu menggugat kepercayaan dan keyakinan ibu untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi. Abaikan soalan-soalan sebegitu malah tidak perlu berhujah panjang untuk menyakinkan orang lain tentang “cukup susu”. Apa yang penting ialah yakinkan diri sendiri dan pasangan bahawa susu ibu mencukupi untuk menampung keperluan kedua-dua bayi kembar. Banyakkan berdoa semoga Allah melimpahkan rezeki untuk anak-anak.

7. Posisi penyusuan ibu
Berikut adalah rajah posisi yang boleh dipilih untuk ibu menyusukan bayi kembar. Ibu boleh menyusu serentak kedua-dua bayi dalam satu masa atau menyusu seorang dahulu kemudian diikuti oleh seorang lagi atau minta bantuan orang lain memberi susu perahan kepada seorang bayi sementara ibu menyusu yang seorang lagi. Pastikan kedua-duanya mendapat peluang direct feeding yang sama.
Walau apa pun posisi yang dipilih oleh ibu pastikan ianya selesa, tidak menyakitkan bahagian belakang atau abdomen. Gunakan banyak bantal sebagai sokongan.

8. Persediaan Susu Perahan
Ibu-ibu perlu bersedia dengan stok susu perahan sebagai persediaan untuk kembali bekerja. Untuk bayi kembar sudah semestinya keperluannya sekali ganda jika dibandingkan dengan seorang bayi sahaja. Bersedialah dengan mula memerah seawal 2 minggu selepas bayi lahir untuk mendapatkan stok yang mencukupi untuk keperluan 2 orang bayi.

Kepada ibu-ibu yang akan melahirkan bayi kembar, tahniah saya ucapkan. Sesungguhnya anda telah Allah pilih untuk dikurniakan 2 orang zuriat pada satu masa. Yakinlah bahawa Allah akan mengurniakan bersama kelahiran itu rezeki (susu ibu) yang mencukupi untuk mereka

MANFAAT KACANG HIJAU TERHADAP IBU MENGANDUNG


MANFAAT KACANG HIJAU TERHADAP IBU MENGANDUNG

Manfaat kacang hijau khususnya untuk ibu hamil telah dikenal sejak beberapa dekade yang lalu.Antara nutrisi dan manfaat yang terdapat dalam kacang hijau adalah seperti berikut :

Asam Folat
Asam folat sangat penting dikonsumsi pada trimester awal kehamilan (bahkan sejak sebelum hamil) ia berguna untuk perkembangan sistem saraf pada bayi. Hal ini tentunya berhubungan dengan tingkat kecerdasan bayi. Asam folat juga mencegah terjadinya kecacatan pada bayi seperti bibir sumbing, kelainan jantung, spina bifida, dan kecacatan lainnya. Asam folat juga dapat kita jumpai pada kacang kedelai, brokoli, bayam, avacado, dan lain-lain.

Vitamin B1 dan B2
Vitamin ini bermanfaat untuk membantu penyerapan protein, pertumbuhan janin, melancarkan pencernaan, menjadi katalis untuk perubahan karbohidrat menjadi energi, serta membantu fungsi saraf. Kekurangan vitamin ini dapat menyebabkan beri-beri, mudah lelah, dan konstipasi. Kacang hijau sangat baik untuk mengatasi kelelahan saat kita hamil kerana kandungan vitamin B1-nya.

Protein tinggi
Protein bermanfaat untuk pertumbuhan dan perkembangan organ pada janin. Bila protein tidak mencukupi, maka pertumbuhan organ bayi tidak sempurna serta terjadi kecacatan. Penelitian terbaru menyebutkan bahwa konsumsi protein yang cukup saat hamil, akan meningkatkan volume rambut bayi.

Lemak
Lemak bermanfaat sebagai cadangan makanan pada tubuh, melindungi organ, serta menjaga kestabilan suhu tubuh kita maupun bayi kita. Lemak pada kacang hijau berkadar rendah serta baik untuk jantung. Kacang hijau dikonsumsi terutama oleh wanita hamil penderita preeklampsia kerana lemak pada kacang hijau baik untuk tekanan darah.

Karbohidrat Kompleks
Karbohidrat kompleks dicerna tubuh lebih lama sehingga energi kita lebih stabil bila mengkonsumsi karbohidrat kompleks. Dengan mengkonsumsi kacang hijau yang mengandung karbohidrat kompleks, kita akan merasa kenyang lebih lama serta tidak mudah lelah.

Kalsium dan fosfor
Kalsium berfungsi untuk petumbuhan tulang pada janin serta meningkatkan kepadatan tulang ibu. Fungsi utama fosfor adalah pemberi energi, membantu metabolisme lemak dan karbohidrat, sebagai penunjang kesehatan gigi dan gusi, untuk sintesa DNA serta penyerapan dan pemakaian kalsium. Kalsium akan bekerja lebih maksimal jika dikonsumsi bersamaan dengan fosfor. Keperluan kalsium dan fosfor pada saat hamil meningkat kerana unsur ini penting untuk pertumbuhan tulang bayi. Bila konsumsinya tidak mencukupi maka bayi akan mengambil kalsium dari tubuh ibu sehingga ibu di kemudian hari berisiko mengalami osteoporosis.

Serat
Serat berfungsi membantu kelancaran proses pencernaan serta memelihara kesehatan saluran cerna kita. Terhambatnya proses pencernaan akan mengakibatkan penyerapan nutrisi yang tidak maksimal oleh tubuh.

info :mom(me)world

MANFAAT BUAH MANGGA BAGI IBU MENGANDUNG


MANFAAT BUAH MANGGA BAGI IBU MENGANDUNG

Buah mangga terutama mangga yang masih muda dapat mengatasi rasa mual. Mangga muda dan matang, manakah yang lebih baik? Apa saja manfaat dan kandungan gizi yang terdapat pada buah mangga.

Buah dan sayuran sangatlah penting untuk dikonsumsi terutama saat hamil kerana kaya akan nutrisi. Alangkah baiknya kita mengetahui kandungan nutrisi makanan maupun minuman yang kita konsumsi agar kita tidak ragu lagi untuk mengkonsumsinya kerana baik untuk kesehatan. Kali ini mommeworld akan berusaha mengupas apa saja manfaat buah mangga untuk ibu hamil.

Gizi yang terkandung didalam serta manfaat buah mangga antara lain :

* Serat yang tinggi.
Serat sangat diperlukan tubuh untuk kelancaran pencernaan. Keluhan ibu hamil seperti sembelit dapat teratasi dengan cukupnya konsumsi serat baik serat larut maupun tidak larut air. Bila pencernaan kita tidak lancar, maka penyerapan nutrisi oleh tubuh akan terganggu. Untuk menambah dos serat setiap harinya, dianjurkan untuk mengkonsumsinya sedikit demi sedikit. Penambahan porsi serat secara tiba-tiba akan menimbulkan kelebihan gas dalam perut sehingga membuat kita tidak nyaman.

* Kalium/potassium.
Kalium berguna untuk menyeimbangkan cairan dalam tubuh. Terlalu banyaknya cairan yang tertahan dalam tubuh dapat menyebabkan kaki kita menjadi bengkak.

* Antioksidan.
Mangga pun merupakan sumber beta-karoten dan vitamin C. Beta-karoten adalah zat yang di dalam tubuh akan diubah menjadi vitamin A (zat gizi yang penting untuk fungsi retina). Beta-karoten (dan vitamin C) juga tergolong antioksidan, senyawa yang dapat memberikan perlindungan terhadap kanser kerana dapat meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh berbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari atau kosmis, asap rokok, dan pengaruh-pengaruh lingkungan lainnya. Radikal bebas secara tidak langsung akan mengakibatkan terhambatnya perkembangan janin. Tentunya radikal bebas sukar kita hindari, oleh sebab itu antioksidan sangat penting dikonsumsi. Vitamin A sangat baik untuk perkembangan organ penglihatan janin kita.

* Sumber energi.
Buah mangga mengandungi gula yakni sukrosa dan karbohidrat yang baik untuk sumber energi sehingga gula darah kita menjadi stabil. Buah mangga dapat dijadikan snack yang sehat. Snacking penting untuk menjaga kestabilan gula darah dan menjaga agar suasana hati kita lebih stabil.

Hal yang perlu diperhatikan dalam memilih buah mangga yang baik adalah pilihlah buah mangga yang tidak terlalu lembek dan tidak berbau terlalu menyengat. Tapi hati-hati bagi wannabe-moms yang memiliki gangguan pada perut. Anda lebih baik memilih buah mangga yang sudah matang kerana mangga muda memiliki tingkat keasaman tinggi sehingga mungkin berisiko mengiritasi perut.

info : mom(me) world

Apa yang dijangka berlaku pada saat saat akhir kehamilan?

Apa yang dijangka berlaku pada saat saat akhir kehamilan?

Di saat saat akhir kehamilan, anda mungkin mengalami kontraksi Braxton Hicks yang kerap yang boleh menyebabkan anda percaya bahawa anda mungkin akan bersalin. Kontraksi Braxton Hicks tidak kuat, tidak menyakitkan dan selalunya berakhir selepas 20-30 min. Walaubagaimanpun sekiranya kontraksi Braxton Hicks anda berserta dengan tanda tanda berikut, anda mungkin bakal bersalin dalam masa terdekat atau beberapa hari lagi:

* Rasa bertenaga dengan tiba tiba dan nak berkemas atau ‘Nesting Instinct’
* Rasa lega pada bahagian atas perut dan kurang sukar bernafas- Ini disebabkan bayi yang sudah turun atau kepala sudah engage.
* Kerap kencing- disebabkan tekanan kepala pada pundi kencing
* Sakit perut
* Cirit-birit
* Keluar lendir tercalit darah dari faraj – menunjukkan serviks sudah terbuka akibat tekanan dari kepala bayi
* Berat badan menurun
* Sedikit peningkatan dalam tekanan darah

Walaubagaimanapun cuma sesetengah wanita sahaja yang mungkin mengalami tanda tanda tersebut. Sekiranya anda tidak mengalaminya, jangan risau. Badan setiap wanita adalah berbeza dan berubah dari kehamilan pertama dan seterusnya. Jadi apa yang anda mengalami kali pertama mungkin tidak berlaku kali kedua.

Tanda-tanda dibawah menunjukkan anda akan bersalin bila bila masa

* Lendir faraj bercampur darah yang lebih pekat
* Sakit perut setiap 5 minit tidak berhenti lebih dari 2 jam
* Keluar air ketuban- berlaku cuma 15% wanita sahaja

Sekiranya sakit sudah ketara dan anda tidak lagi dapat berdiri sehingga terpaksa berbaring atau duduk untuk menahan sakit, eloklah ke hospital dengan segera. Pada masa ini serviks anda mungkin sudah terbuka melebihi 3 cm

MASALAH BAYI TAK MAHU DIRECT FEEDING


MASALAH BAYI TAK MAHU DIRECT FEEDING

Apakah punca keadaan ini berlaku?
Bagaimanakah mengembalikan minat bayi bagi menyusu secara terus?

Terdapat dua kemungkinan utama bayi tidak mahu menyusu secara terus dari ibunya.

(1) Susu terlalu banyak
Keadaan ini biasanya berlaku diperingkat awal kelahiran bayi. Pada ketika ini, sistem badan ibu masih belum dapat mengenalpasti jumlah pengeluaran susu yang diperlukan oleh bayi. Manakala bayi pula masih dalam peringkat mempelajari teknik menyusu. Pada peringkat ini biasanya bayi sukar mengawal kadar susu yang dihisap. Sekiranya susu ibu terlalu banyak, kemungkinan besar mereka akan menghadapi masalah sering tersedak. Sekiranya keadaan ini sering berlaku, sedikit sebanyak bayi akan mengalami trauma dan mengelak untuk minum susu secara terus dari ibunya.

(2) Bayi lebih suka minum melalui botol berbanding secara terus (direcy feeding)
Ada ibu-ibu yang keliru dengan keadaan ini. Ada yang beranggapan bayi mereka menolak susu mereka dan lebih sukakan susu formula. Ini kerana biasanya keadaan ini disebabkan oleh lubang pada puting susu yang besar dan bayi tidak perlu bersusah payah menggerakkan rahang mereka untuk menyusu. Jika dibandingkan dengan menyusu secara terus, bayi perlu menggerakkan rahang bagi mendapatkan susu. Oleh itu, mereka lebih suka susu botol sebab tak perlu berusaha terlalu gigih.

Bagaimana mengatasinya

- Susukan bayi secara kerap. Bagi bayi yang baru dilahirkan, sebaiknya susukan setiap 2 jam sekali. Kejutkan bayi dari tidur sekiranya perlu. Selain dari untuk mengelakkan payudara menjadi bengkak, ia juga mengelakkan masalah demam kuning bagi bayi yang baru dilahirkan
- Sekiranya payudara membengkak, perah dahulu susu sebelum mula menyusukan bayi. Ini akan mengurangkan jumlah susu dalam payudara dan sekaligus mengelakkan flow susu menjadi terlalu laju ketika proses penyusuan
- Selepas menyusukan bayi, sebaiknya perah susu hingga ke titisan terakhir. Selain dari membantu menggalakkan pengeluaran susu, ia juga mengelakkan payudara menjadi cepat bengkak sebelum sesi penyusuan yang seterusnya
- Gunakan pam yang elok dan sesuaikan diri dengan pam tersebut. Terutamanya sekiranya menggunakan pam manual.
- Susukan bayi mengikut keperluan mereka. Sama seperti masa nak mengajar mereka minum dengan susu botol, jangan bagi option. Pastikan mereka menyusu secara terus walau pun sedikit, tapi jangan paksa secara keterlaluan. Berhenti sekiranya mereka menolak. Suakan kembali ketika mereka kelihatan haus. Anak perempuan saya kurang menyusu berbanding abangnya, bagi mengelakkan dari dia kekurangan susu, saya perlu sentiasa bersedia bagi menyusukannya. Kalau tengah malam pun, dia "ek" sikit je terus sumbat dengan susu. Biasanya menyusukan bayi ketika mereka agak mamai lebih mudah.
- Jangan susukan bayi ketika mereka terlalu lapar. Offer susu secara berkala. Eg: sejam sekali, atau setengah jam sekali.
- Susukan bayi dalam suasana yang tenang. Jauhkan diri dari kebisingan dan distraction lain
- Banyakkan sentuhan dengan bayi dan luangkan lebih banyak masa dengan bayi.
- Elakkan penggunaan puting kosong
- Pada hujung minggu, haramkan langsung penggunaan botol walau pun ketika berada diluar. Pelajari teknik penyusuan
di tempat-tempat awam.
- Jangan marah dan jangan paksa. Sabar. Takkan buat sekali terus berjaya. Ambil cuti panjang sekiranya perlu untuk
luangkan lebih banyak masa dengan bayi.

BILAKAH BAYI MULA MELIHAT


BILAKAH BAYI MULA MELIHAT

Bayi baru lahir ternyata belum dapat melihat dengan sempurna seperti kita orang dewasa. Seiring dengan bertambahnya usia bayi, maka fungsi penglihatannya akan menjadi semakin sempurna.

* Pada saat baru lahir, biasanya bayi hanya dapat mengesan cahaya dan gerakan sahaja. Pada usia 3 bulan pertama, ia akan mulai mengikuti gerakan Anda atau benda yang lewat di depannya. Bayi juga belajar untuk mengenali warna pada fase ini, jadi mulai kenalkan macam-macam warna pada si kecil.
* Menginjak usia 4-5 bulan, bayi belajar untuk mengenali ‘kedalaman’ atau volume suatu benda. Proses ini mencakupi pertumbuhan proses belajar di otak bayi akan benda-benda yang dilihatnya.
* Pada usia 6-8 bulan, penglihatannya semakin sempurna. Walau bayi biasanya memfokuskan perhatiannya pada benda-benda yang berada dekat dengannya, ia juga mulai mengesan adanya orang atau benda yang berjarak agak jauh darinya.

Justeru itu, pertumbuhan fungsi penglihatan si bayi tidak berhenti hingga di usia 8 bulan saja. Tapi secara gradual, penglihatannya akan semakin baik dan menjadi sempurna bahkan hingga usia 6 tahun. Oleh sebab itu, ibubapa sangat dianjurkan untuk menstimulasi perkembangan anaknya melalui aktiviti dan permainan) – baik bentuk benda mahupun warna – yang diharapkan akan membantu proses belajar si kecil

''PELUKLAH ANAK ANDA SETIAP HARI''

''PELUKLAH ANAK ANDA SETIAP HARI''

Berikan anak anda pelukan setiap hari.Ada kajian yang menunjukkan anak yang di peluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

Apabila dipeluk setiap hari terutamanya seorang ibu,anak tahu kita sayang dia.Dia akan tahu kita menjadi penyokong paling kuat.Anak akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya.Emosinya akan terbela.

TIPS MELATIH ANAK CEPAT BERCAKAP

TIPS MELATIH ANAK CEPAT BERCAKAP

1. Anda hendaklah selalu bercakap dengan anak anda. Walaupun mungkin anak langsung tak memperdulikan anda dan seronok bermain saja, tapi anda jangan putus asa. Teruskan berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak anda. Ucapkan sesuatu perkataang itu berkali-kali depan dia. InsyaAllah dalam beberapa ketika saja, anak anda akan mampu meniru apa yang anda ucapkan. Masa tu, TUHAN sajalah yang tahu betapa gembiranya hati anda apabila anak anda sudah pandai meniru percakapan anda.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas.

3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak.

5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

7. Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak anda mampu mengikutnya.

8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Andainya anak-anak sudah mula boleh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Aiman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Aiman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.

10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan

ANTARA PETUA NABI SAW AGAR DIKURNIAKAN ANAK


ANTARA PETUA NABI SAW AGAR DIKURNIAKAN ANAK

satu artikel menarik di Harian Metro bertajuk ‘Hindari penyakit dengan bersedekah‘. Dalam artikel tersebut ada di nyatakan satu petua yang diajar oleh Nabi SAW agar mudah mendapat anak.

Berikut dikongsikan petikan daripada artikel tersebut untuk panduan bersama khususnya kepada mereka yang sukar untuk hamil.

Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:

“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”

Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:

“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”

Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Jelas bahawa, setiap apa yang Nabi SAW ajarkan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dan PASTI ADA KEJAYAAN! Yakinlah. Walaupun mungkin ia nampak macam petua yang sangat simple, tapi kalau anda amalkan dengan istiqamah dan yakin yang betul, saya pasti, anda akan dapat manfaatNya, insyaAllah.Yang pentingnya, anda kena amal dengan niat dan yakin yang betul.

Jadi, perbanyakkanlah istighfar dan mohon keampunan pada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kemudian, banyakkanlah bersedekah (semata-mata kerana Allah Ta’ala). InsyaAllah, sampai masanya, Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata

BAYI HISAP JARI NORMAL !!!

BAYI HISAP JARI NORMAL !!!

Kajian menunjukkan bahawa bayi
memang suka menghisap dan ia tidak
dipengaruhi oleh penyusuan. Bayi yang
suka menghisap jari atau tangan didapati
lebih mudah tidur malam kerana ia dapat
membuatkannya selesa. Sesetengah bayi
akan menghisap jari apabila mereka berasa
penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi
anda bukannya lapar selepas menyusu.
Kelakuannya itu adalah normal.
Janganlah risau. Tabiat ini akan
berkurangan apabila mereka mempelajari
benda-benda baru. Kebiasaannya,tabiat
sebegini akan hilang apabila bayi
mencecah umur sembilan bulan hingga
setahun. Menurut kajian yang dilakukan
oleh American Dental Association, tabiat
menghisap jari tidak akan memudaratkan
dan menyebabkan masalah kepada
pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika
ia diteruskan melebihi usia empat hingga
lima tahun. Kajian mendapati antara 85 dan 99 peratus kanak-kanak akan berhenti menghisap jari atau tangannya sebelum
mencecah usia ini. Jadi, tiada apa yang perlu
anda khuatirkan bukan?

menangis ditinggalkan

semalam 28 feb hari selasa ....

seperti kebiasaan, aku akan drop qa'id di umah mak noor setiap pagi ... selalunya qa'id masih tidur tp terpaksa angkat, tp bila bawa dia keluar rumah, qa'id akan jaga sebab suasana cerah langit ... kadang qa'id dh bangun awal pagi, senang nk angkat sebab dia dh jaga... bila otw anta ke umah mak noor, leh layan, peluk cium qa'id dulu.....

semalam bila mak noor amik, qa'id ok lg ... aku masuk keta, tutup pintu dan said bye bye qa'id, dia nangis, keta dh gerak dia masih menangis. hari ni plak, bila mak noor dukung, qa'id masih ok lg. tp bila dia pandang aku yg nak masuk keta, dia stat nangis ... 

esok lusa mungkin xnak lepaskan aku pergi keje ...

aduh, tersentuh naluri keibuan aku... qa'id makin bijak skang ... seolah2 dia tahu yg ibu dan ayah tinggalkan dia tuk pegi keje ... aku jd x sampai hati nk tinggalkan qa'id ...

ibu sayangkan qa'id sangat2 ....

KELEBIHAN BINATANG PELIHARAAN UNTUK ANAK-ANAK


KELEBIHAN BINATANG PELIHARAAN UNTUK ANAK-ANAK

Menurut American Academy of Child and Adolescent Psyciatry,
anak-anak yang mempunyai binatang peliharaan sendiri mempunyai banyak kelebihan....antaranya ianya dapat meningkatkan 'self esteem' dan 'self confidence' mereka. ia mengajar anak kita untuk memahami konsep simpati dan empati.antara kelebihan yang dibincangkan ialah:

* binatang peliharaan mengajar anak-anak tentang kehidupan - pembiakan, kelahiran, kesakitan dan kematian....semasa arnab kami mati anak saya mula lah bertanya...kalau hantar hospital arnab ni boleh hidup semula ke ibu? disitulah peranan kita menerangkan konsep kematian sesuai dengan perkembangan umurnya....
* binatang peliharaan juga mengajar anak-anak tentang tanggungjawab - setiap hari mereka akan memberi makan dan membersihkan sangkar.
* ia juga mengajar tentang menghormati makhluk Allah yang lain.

menurut sumber ini juga, anak-anak yang bertingkahlaku terlalu kasar dengan binatang sehingga tahap mendera adalah menunjukkan bahawa mereka mengalami masalah emosi dan jika perlu hendaklah dirujuk kepada psikatrist

MANFAAT MENGGENDONG ANAK

MANFAAT MENGGENDONG ANAK

Gaya pengasuhan menggendong atau babywearing tercetus dari secarik kain sederhana yang digunakan untuk menggendong bayi. Tak hanya jalinan kelekatan saja yang dihasilkan dari menggendong, namun ada berbagai manfaat yang muncul dari kegiatan menggendong bayi.

Untuk bayi :

* Menenangkan. Anda dan bayi bergerak dan beraktiviti bersama. Buah hati Anda akan mendengar suara Anda ketika Anda berbicara dengan orang lain. Ia ikut merasakan emosi Anda, dan yakin Anda memberinya rasa aman serta nyaman.

* Mengajarkan bayi bergembira. Umumnya bayi tidak ingin sendirian saat terjaga. Ia memerlukan seseorang berada di sampingnya. Ketika dalam kandungan, bayi setiap saat mendengar suara Anda dan belaian tangan Anda. Ketika menggendong, Anda menciptakan langkah-langkah berirama, mengajaknya tersenyum, mengajaknya bercakap. Itu semua merupakan cara mengajarkan bayi bergembira.

* Menstimulasi sistem keseimbangan. Sistem keseimbangan terletak di bahagian dalam telinga, yang bekerja sebagai sensor keseimbangan tubuh. Stimulasi saat Anda melakukan gerakan lembut pada saat menggendong seperti mengusap atau membelai bayi, membantu bayi untuk bernafas sehingga sistem keseimbangan tumbuh dengan lebih baik. Sistem keseimbangan yang baik dapat meningkatkan kemampuan motorik.

* Mengajarkan tentang dunia. Bayi ikut melihat apa yang Anda lihat saat ia dalam gendongan. Ia diajak untuk siap berinteraksi dengan lingkungannya. Dalam dekapan Anda, bayi dapat melihat dan mengamati kejadian di sekitarnya dengan perasaan aman. Ketika ia melihat ekspresi Anda, ia juga belajar tentang emosi.

* Belajar bicara. Bayi yang sering digendong punya keterampilan bicara lebih baik. Sebab bayi sudah memerhatikan dan mengikut percakapan Anda. Bahkan bayi boleh merasa ikut diajak bicara, kerana posisi bayi berada dalam level mata dan suara yang jaraknya cukup dekat dengan Anda.

Untuk Anda:

* Mudah disusui. Perangkat “Baby B” Babywearing dan Breastfeeding saling mendukung dalam manfaat yang satu ini. Saat menggendong, memudahkan Anda untuk menyusui bayi. Anda juga dapat memberikan posisi nyaman untuk bayi menyusu, dibandingkan bila ia hanya tidur di atas tempat tidur.

* Sambil bekerja. Menggendong bayi dapat membuat kehidupan Anda menjadi lebih mudah. Anda tak harus menunggui bayi di kamar sepanjang hari. Menggendong bayi dapat membebaskan Anda untuk tetap beraktiviti. Saat ia terjaga dari tidurnya, Anda boleh segera mengajaknya bersembang.

* Anda lebih perhatian. Posisi bayi di pelukan Anda yang dekat dengan pandangan Anda menjadikan Anda menjadi lebih memerhatikan gerak-gerik bayi. Keamanan dan kenyamanan bayi lebih mudah Anda rasakan. Anda pun jadi lebih mengenal kebiasan buah hati Anda. Anda belajar untuk peka dan merespon bayi dengan tepat.

* Mudah ditidurkan. Bila bayi sukar tidur, menggendong dapat mengenalpasti langkah selanjutnya setelah Anda yakin popoknya kering dan perutnya kenyang. Menggendong dapat menidurkan bayi dengan lebih mudah, diiringi nursery rhymes. Alunan musik, suara merdu Anda ditambah ayunan lembut adalah ramuan untuk menidurkan bayi. Bayi pun tidur lebih nyaman dan lama

tips-tips yang dapat dilakukan oleh ibu hamil pada saat kehamilan trimester pertama.

tips-tips yang dapat dilakukan oleh ibu hamil pada saat kehamilan trimester pertama.

* Carilah informasi sebanyak-banyaknya tentang bagaimana caranya menjalani kehamilan yang sehat baik melalui buku, media akhbar, televisyen, internet, dll.
* Mulailah dan segera membiasakan diri mengenakan baju-baju yang longgar, meskipun perut belum kelihatan membesar.
* Pada trimester pertama, ibu hamil sering mengalami mual dan muntah yang salah satunya dapat menyebabkan dehidrasi, oleh kerana itu perbanyaklah ibu hamil minum air putih atau jus buah di luar jadual makan.
* Makanlah jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang, ubi, dll
* Hindarkan makanan yang mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti hidangan bersantan, gorengan atau daging berlemak.
* Hindari aneka macam bau-bauan yang menyengat atau tidak disukai, hal ini untuk menghindarkan ibu hamil dari rasa mual dan muntah.
* Biasakan memberus gigi setelah ibu hamil makan atau setelah mengalami muntah.
* Untuk menghindarkan rasa mual dan pening, usahakan secara perlahan-lahan ketika ibu hamil hendak bangun dari tidur atau berbaring, jangan dilakukan secara sekaligus dan spontan
* Ada baiknya ibu hamil makan dalam kuantiti kecil namun sering, hal ini juga untuk menghindarkan ibu hamil mengalami mual dan muntah
* Sediakanlah selalu minuman dan makanan kecil yang mengandung kadar garam rendah di kamar tidur, hal ini dilakukan agar setelah makan makanan tersebut, ibu hamil terhindar dari rasa mual dan muntah pada saat akan beraktiviti. Makanan kecil yang dapat disajikan antara lain seperti biskuit, roti gandum, atau buah-buahan.
* Bergabunglah atau carilah teman yang juga sedang mengalami kehamilan, atau bergabung di komuniti ibu hamil agar dapat saling bertukar pikiran dan pengalaman.
* Makanlah biskut di pagi hari sebelum bangkit dari tempat tidur.
* Minumlah susu hangat bila ibu hamil mengalami insomnia atau kesulitan tidur.
* Bila ibu hamil mengalami sembelit, minumlah air putih minimal 12 gelas sehari.
* Jika ibu hamil merasa sakit di bagian bawah perut dan terlihat adanya flek darah, khususnya setelah kehamilan usia > 4 minggu, segera hubungi doktor

Tips Kehamilan Trimester Kedua

Tips Kehamilan Trimester Kedua

* Jangan mengambil barang dengan cara membongkok.
* Hindari aktiviti yang berat, seperti mengangkat beban berat, menarik secara berlebihan, mendorong berat, memanjat, jogging dalam waktu lama.
* Jangan melakukan perubahan aktiviti secara mendadak, misal memutar tubuh dengan cepat atau meloncat-loncat, kerana akan membahayakan janin dan ibu hamil akan mengalami kram otot.
* Perbanyaklah istirehat kerana beberapa organ vital di dalam tubuh ibu hamil seperti jantung, hati, ginjal, dan paru-paru bekerja lebih keras
* Mulailah merawat payudara agar produksi ASI berlimpah. Selalu bersihkan puting susu dan pijit-pijitlah daerah sekitar payudara dengan baby oil atau krim khusus payudara agar pembengkakan atau peradangan saat menyusui bayi dapat dihindari.
* Gunakan Bra yang mampu menyangga payudara dengan nyaman, menyerap keringat, dan tidak menimbulkan rasa sakit.
* Biasakan mandi dengan air hangat agar otot-oto rileks dan ibu hamil dapat cepat tertidur atau beristirehat.
* Bila ibu hamil hendak beristirehat, duduk atau tidur, sebaiknya posisi kaki lebih tinggi dibanding tubuh agar peredaran darah dalam tubuh tidak hanya mengumpul di daerah kaki sehingga pembengkakan atau varises dapat terhindar.
* Gunakan sepatu bertumit datar.
* Hindari makanan yang digoreng atau pedas.
* Perhatikan posisi tidur ibu hamil. Sebaiknya posisi tidur ibu hamil tidur dengan posisi miring ke sebelah kiri dengan posisi pinggang dilapik dengan bantal.
* Perhatikan sikap tubuh. sikap tubuh calon ibu saat berdiri, berjalan, duduk, dan tidur yang baik adalah tidak condong ke belakang kerana dapat menyebabkan tulang punggung melengkung sehingga tulang belakang sakit
* Sebaiknya ibu hamil makan dalam kuantiti kecil namun kerap.
* jangan tidur setelah makan, kerana menyebabkan perut menjadi panas sehingga daya kerja perut menurun dalam menyerap makanan
* Sebaiknya ibu hamil jangan berdiri terlalu lama (> 1 jam) kerana dikhawatirkan mengalami pembengkakan yang cukup signifikan di daerah kaki atau pengsan.
* Selalu berpikir positif selama menjalani masa-masa kehamilan dan hindari depresi atau stress

TIPS KEHAMILAN TRIMESTER KETIGA

TIPS KEHAMILAN TRIMESTER KETIGA

* Jangan terlalu banyak makan makanan berkadar garam tinggi kerana dapat menyebabkan kejang-kejang di kaki akibat penumpukan garam yang menyumbat aliran darah di kawasan kaki.
* Jika tidur, sebaiknya ambilah posisi mengiring, terutama mengiring ke sebelah kiri. Hal ini membantu dalam melancarkan peredaran darah ibu hamil
* Lakukan senaman seperti berjoging atau berenang untuk menghindari kram-kram.
* Hindari ibu hamil mengalami perubahan suhu tubuh yang terlalu drastis. Pada masa ini pembuluh darah ibu hamil berada pada titik kepekaan yang berlebihan sehingga menjadi sensitif. Kondisi ini dapat membuat ibu hamil menjadi cepat lelah.
* Jika terasa ingin selalu buang air kecil, jangan pernah menahannya, kerana hal ini dapat menyebabkan infeksi pada saluran pundi kencing.
* Ibu hamil lebih baik melakukan aromaterapi atau relaksasi agar jiwa dan perasaan ibu hamil tenang menghadapi persalinan
* Perbanyaklah istirahat untuk menyimpan energi menjelang persalinan.
* Lakukanlah urutan-urutan ringan dan lembut di seputar kaki. Urut menggunakan ibu jari setiap malam.


Tips Menjelang Persalinan

* Mulailah melakukan persiapan fizikal dan mental untuk menghadapi proses persalinan. Persiapan ini sangat penting, terutama bagi calon ibu yang akan melahirkan untuk pertama kalinya dan ingin melahirkan secara normal. Dengan pesiapan mental, calon ibu dipastikan agar melewati persalinan dengan rileks dan penuh pemahaman akan apa dan mengapa hal tersebut harus terjadi.
* Bersiaplah mengalami kontraksi pada hari-hari menjelang persalinan.
* jangan panik bila ibu hamil mengalami kontraksi yang berlangsung beberapa minit lalu mereda atau menghilang. Namun jika kontraksi ini disertai dengan keluarnya cairan, baik cairan bening maupun darah, segeralah menghubungi doktor atau bidan atau segera pergi ke hospital.
* Jangan panik jika tiba-tiba air ketuban pecah saat ibu hamil sedang berdiri, kerana jalan lahir akan otomatik tertutup oleh berat badan bayi. Segeralah hubungi doktor atau bidan atau pergi ke hospital

Kelebihan seorang IBU, mustajab doa untuk anaknya

Kelebihan seorang IBU, mustajab doa untuk anaknya

Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya.

* Kewajiban anak memenuhi panggilan ibu lebih utama dibandingkan menyempurkan ibadah sunat. Dengan hadith ini, dihukumkan menurut fiqah bahawa memenuhi panggilan ibu adalah wajib berbanding meneruskan solat sunat.

* Doa ibu sangat mustajab – sama ada maksud baik atau tidak. Oleh itu, ibu perlu berhati-hati dan usah ikut perasaan.

* Ibu harus sentiasa memantau dan mengambil tahu akan keadaan kehidupan anak-anaknya agar tidak terjadi salah faham antara kededuanya.

* Ibu harus sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, terlebih lagi pada waktu solat dinihari.

* Ibu harus sentiasa menjaga mulutnya dan usah mudah tersinggung – maafkanlah dan nasihatkan serta sentiasa berdoa untuk anaknya.

* Sebagai pengasuh, ibu perlu dilengkapi ilmu demi memupuk anak yang soleh.

Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: “Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.”

Para ibu sekalian, berdoalah sentiasa akan kebaikan anak-anak anda di dunia dan akhirat

Peluk

Ibu peluk dan kendongmu sehingga umur mencecah tadika. Ibu peluk dan belaimu ketika sakit sepanjang dirimu meniti remaja dan kedewasaan. Ibu pelukmu tatkala dirimu meraih kejayaan demi kejayaan di persada dunia. Namun dirimu segan malu memeluk ibumu tanpa ada sebab dan peristiwa besar. Makin dewasa, makin segan dan ego utk memeluk ibu tuamu..Hari ini ibu berada di depan mata. Mungkin esok, ibu berpeluk tubuh di alam sana. Tak lagi merasa hangat tubuh ibu, hanya sejuk dingin yang tidak lagi membalas.

Monday, February 27, 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Pernah terbaca satu artikel perkara yang patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah diteling...a anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN

Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
...
1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?

RAHSIA ''BANTAL BUSUK ''

RAHSIA ''BANTAL BUSUK ''

Tabiat kanak-kanak tidak mahu renggang dengan bantal busuk dipanggil “clinging behavior” atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya. Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja. Sesetengah kanak-kanak menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka. Tingkah laku pautan (c...linging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak-kanak di peringkat awal. Biasanya tabiat ini bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka. Kanak-kanak yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka.

Perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi kanak-kanak ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal, membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis. Ada juga sesetengah kanak-kanak berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka. Ini merupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasinya itu.

Satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure). Kanak-kanak kecil belum memahami konsep kehilangan sementara. katanya. Mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka. Dengan melakukan perlakuan demikian seperti menggentel bantal, kain dan sebagainya membuatkan mereka rasa selamat dan tidak ditinggalkan keseorangan. Dalam hal begini, ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara. Ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan dengan cuba memisahkan anak dengan rakan karib mereka ini secara perlahan-lahan. Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini adalah ketika umur mereka mencecah 3 tahun. Sebaliknya jika dibiarkan, perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.

Namun, terdapat juga kanak-kanak yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasuki taska kerana malu kepada rakan-rakan yang lain. Aktiviti seharian di taska mudah mengurangkan kebergantungan kanak-kanak tadi terhadap bantal atau anak patung mereka.

Bantal Busuk Hingga Dewasa - Menurut pakar psikologi, memiliki bantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil. Memang tidak ada kesan sampingan, tetapi tabiat ini boleh berlarutan hingga dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal. Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini disebabkan ibu bapa mereka terlalu mengikut kehendak anak yang mahukan bantal busuk sentiasa ada bersama. Dalam hal ini, peranan ibu bapa dan pengasuh perlu ada untuk mengelakkan tabiat ini berterusan

MENDODOI SI KECIL

MENDODOI SI KECIL

Sekadar berkongsi kepada yang ada bayi dan yang akan berkahwin dan bakal mempunyai anak..

Kalau dilihat, memang berbagai ragam dan cara kita mendodoikan bayi...
... Ada yang menyanyi lagu dari artis yang tengah top sekarang atau lagu-lagu retro..
Ada yang berzikir......
ada yang sekadar berbunyi..dooo...do...doooo..
Berbagai2 rentak dan lagu yang dapat kita dengar...

Anda juga boleh memutarkan surah2 al-quran atau doa2 tertentu agar bayi anda sentiasa mendengar bacaan Al-quran, zikir dan sebagainya dan ianya akan sebati dengan jiwanya.
Bayangkan dari bayi lagi dia diperdengarkan bacaan surah2 al quran, zikir2 dan doa sehingga dia berumur 5 tahun...

Alangkah baiknya jika kita dapat berbuat demikian bagi mengantikan lagu2 yang tak membawa faedah. Sekurang-kurangnya anda sendiri dapat menghafaz sikit2 surah2 tersebut

5 PERANAN SEORANG AYAH

5 PERANAN SEORANG AYAH

Jika seorang ibu adalah ketua keluarga, maka ayah pula adalah pengasas keluarga tersebut. Dia memainkan pelbagai peranan penting tidak kira kecil ataupun besar. Satu komuniti yang kuat di dalam sesebuah negara yang teguh pentadbirannya terbentuk daripada keluarga-keluarga yang dibimbing oleh golongan ayah di rumah. Ayah membimbing, memberi kuasa serta menjadi mentor kepada ...keluarga dan rumahtangga. Anak-anak dilindungi daripada bahaya dan sebarang kecederaan. Ayah mengajar anak-anaknya menjadi seorang yang tabah, kuat dan berjaya di dalam hidup mereka.

AYAH SEBAGAI SEORANG PENSTABIL

Salah satu peranan penting seorang ayah adalah menjadi penstabil di dalam sebuah rumah. Seorang ayah perlu membimbing anak-anak mereka ke arah ke stabilan keluarga dan rumahtangga. Kehadiran ayah di dalam menangani cabaran-cabaran di luar rumah seperti suasana kemasyarakatan yang tidak baik dapat membantu perkembangan anak-anak

AYAH SEBAGAI SEORANG PELINDUNG

Si isteri dan keluarga perlu berasa dilindungi daripada dunia luar yang serba tidak menentu. Ayah perlu menjadi seorang pelindung kepada keluarganya did alam apa jua keadaan sekalipun. Setiap anak perlu melihat ayah mereka sebagai seorang hero idola mereka. Ayah juga perlu memberi keselesaan kepada anak-anaknya.

AYAH SEBAGAI SEORANG YANG DICONTOHI

Apabila anak-anak dibesarkan oleh seorang ayah yang komited, kemungkinan besar mereka berjaya dalam hidup pada masa hadapan adalah sangat tinggi berbanding dengan anak-anak yang dibesarkan oleh seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Ia bukanlah mengatakan bahawa anak-anak yang dibesarkan tanpa seorang ayah tidak akan berjaya dalam hidup mereka, tetapi tahap kejayaan anak-anak yang mendapat bimbingan seorang ayah itu adalah lebih tinggi. Ayah memberi keberanian dan keyakinan kepada anak-anak mereka. Memandangkan anak-anak sentiasa memerhatikan tingkah laku ibu dan bapa mereka, banyak perkara-perkara baru tentang kehidupan yang dipelajari mereka. Maka dengan itu adalah amat penting si ayah menunjukkan karakter yang baik tentang kehidupan kepada anak-anak mereka agar si ayah menjadi sumber inspirasi mereka.

AYAH SEBAGAI SEORANG PENCARI NAFKAH

Seorang ayah perlu menyediakan, pakaian serta tempat tinggal untuk keluarganya. Seorang ayah harus melakukan apa sahaja untuk menjaga kebajikan keluarganya tidak kira apapun pekerjaan yang dilakukan olehnya asalkan kerja itu halal dan mulia.

AYAH SEBAGAI SEORANG PENDISIPLIN

Anak-anak perlu dibimbing sejak zaman kanak-kanak mereka lagi. Ayah haruslah menjadi pendisiplin kepada keluarganya. Anak-anak perlu menyingkirkan tabiat-tabiat buruk yang boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka. Si ayah perlu mengajar nak-anaknya bahawa sikap tamak, menipu, berbohong, mencuri, bersikap kurang ajar serta tingkah laku buruk adalah sikap-sikap yang tidak baik. Sebagai ketua keluarga di rumah, seorang ayah bertanggungjawab dalam mendisiplinkan anak-anak. Langkah-langkah mendisiplinkan anak-anak boleh diambil oleh si ayah jika anak-anaknnya melakukan kesalahan adalah seperti menyekat elaun perbelanjaan serta melarang mereka daripada bermain. Si ayah juga boleh memukul anaknya jika kesalahan yang dilakukan mereka berulangkali atau mereka tidak mengendahkan kata-kata si ayah. Tujuan seorang ayah mendisiplinkan anak-anaknya adalah bagi membantu mereka menjadi seorang yang berguna kelak. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Kepentingan sorang bapa di dalam sesebuah keluarga tidak boleh dinafikan. Peranan seorang ayah di dalam sesebuah keluarga sememangnya amat penting. Anak-anak cenderung menjadikan ayah mereka sebagai idola atau model mereka, maka dengan itu, si ayah perlu menjadi contoh utama kepada mereka

ANAK SOLEH DAN SOLEHAH IMPIAN IBUBAPA

ANAK SOLEH DAN SOLEHAH IMPIAN IBUBAPA

Betapa bahagianya ibubapa apabila anak-anak mereka menjadi seorang yang soleh dan solehah.Apakah harta yang lebih berharga selain memiliki anak-anak yang soleh dan solehah?Biar wang berbilion harta segunung pun belum tentu anda akan memiliki seorang pun anak-anak semulia ini.Impian memilikinya amat-amat tidak ternilai harganya.Maka,beruntunglah ibubapa yang memiliki anak-anak soleh dan solehah.Sesungguhnya doa anak-anak yang soleh akan menolong seseorang mukmin itu sesudah meninggal dunia

MENGENDALI ANAK SUKA MENGGIGIT

MENGENDALI ANAK SUKA MENGGIGIT

Perkara biasa, bayi sekitar 1 tahun menggigit. Tumbuh gigi menyebabkan dia ingin menggigit dan bila dia penat, mereka lebih ingin menggigit. Anak ini, sebenarnya tidak bermaksud tidak elok. Ketika umur ini, masih tidak tahu menunjukan perasaan dalam perkataan, jadi dia lepaskan dengan cara primitif iaitu menggigit. Dia pun tak tahu itu menyakitkan orang lain.

Berikut adalah tip mengendali anak yang suka menggigit :

a) Pastikan Selamat.
Ibu bapa atau pengasuh mesti memastikan anak dan kawannya yang ada potensi untuk digigit, dipisahkan atau dijarakkan daripada mudah digigit. Sebagai ibu bapa dan pengasuh anda mestilah tahu waktu dan keadaan bila kejadian ini bakal berlaku. Anda perlu tahu menjangka apa yang akan berlaku.

b) Awasi selalu.
Petanda seperti menghentak-hentak kaki, menangis, menjerit biasanya akan mengakibatkan kejadian menggigit. Awasi anak anda dan hentikan perlakuannya sebelum dia menggigit. Peluk dia berdekatan anda dengan meletakkan wajahnya ke bahu atau dada atau meletakkan tangan anda ke mulutnya dengan lembut tetapi tegas dan katakan kepadanya, ” Menggigit menyakitkan” atau ” Adik tak boleh sakiti kawan”.

c) Bertenang, Jangan Menyalahkan atau Menghukum.
Anda mungkin akan merasa marah dengan tindakan anak anda yang menggigit orang lain. Hukuman yang keras akan hanya membuatkan anak akan lebih memberontak dan melakukannya lagi.

d) Bantu Mereka.
Anak yang menggigit dan digigit memerlukan perhatian. Selain daripada bantuan seperti memeriksa luka yang mungkin ada pada anak yang digigit dan menenangkannya, anda jangan lupa kepada anak yang menggigit. Tunjukkan rasa prihatin anda padanya dan ingin tahu apa yang membuatkannya marah dan kecewa. Mereka masih kecil untuk dihukum dan dimarahi.

e) Jangan gigit anak anda balik.
Ada ibu bapa yang menggigit anak mereka dengan harapan anak mereka akan tahu bagaimana rasanya apabila digigit. Ini adalah tindakan yang salah kerana ia akan menyebabkan anak anda akan melakukannya semula. Bergurau dengan menggigit anak anda juga adalah sesuatu yang perlu dielakkan.

f) Galakan anak anda untuk dia mencari anda jika dia sedih dan kecewa.
Anda mungkin tidak ada bersamanya jika dia sedang melalui saat sukar seperti kecewa dan marah ketika barang mainannya dirampas atau diusik oleh orang lain. Katakannya padanya jika dia rasa marah dan kecewa, minta pertolongan orang lain seperti ibu bapa atau pengasuh. Apabila anak datang mengadu tentang perasaannya, berikanlah perhatian kepadanya.

g) Bercerita tentang apa yang berlaku.
Apabila keadaan tenang, bertanyalah kepada anak anda tentang perasaannya dan apa yang patut dia lakukan. Lakukan sedikit contoh lakonan seperti anda merampas mainan daripadanya dan katakan padanya jika ini berlaku beritahu kepada anda atau pengasuh. Ramai anak yang menggigit tetapi tidak akan melakukannya lagi jika kita tahu bagaimana untuk mengendalikannya.

Yakinlah ia adalah sesuatu yang normal dan boleh ditangani dengan mudah. Yang penting anda mesti sabar dan anak anda sebenarnya adalah cikgu yang baik untuk anda mengetahui dan mengenali tentang dirinya dengan lebih mendalam.

AIR LIUR BAYI MELELEH

AIR LIUR BAYI MELELEH

Sebenarnya perkara biasa apabila air liur bayi sering meleleh kerana pada usia ini (sehingga 4 tahun), proses penghasilan air liurnya memang aktif. Namun, Jika air liurnya keluar berlebihan, ia berisiko menjadi radang atau jangkitan disekitar mulutnya.Penghasilan air liur yang berlebihan juga mungkin salah satu tanda bayi hendak tumbuh gigi.Air liur yang meleleh ini tiada kaitan dengan mitos yang mengatakan ia ada kaitan dengan si ibu yang gagal memenuhi keinginan (mengidam) sewaktu mengandungkan bayinya dulu

Si manja jatuh katil

Si manja jatuh katil

Pada umur anak 5 bulan ke atas si manja anda sudah boleh bergolek2 jadi perlu pengawasan yg lebih supaya si manja anda tidak terjatuh.

Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
...
1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.

* Lebam pada bahagian belakang telinga.
* CT Scan menjunjukkan perdarahan ( bahagian putih) pada bahagian otak
TEMPAT TIDUR ANAK MENGIKUT ISLAM

Salah satu punca anak muda dibarat tertekan dan stress adalah disebabkan mereka tidak mempunyai ikatan kekeluargaan yang kuat. salah satunya ialah mereka telah diasingkan tempat tidur sejak dari bayi lagi...bayangkan ketika masih kecil, mereka menangis keseorangan sedangkan ibu dan ayahnya sedang nyenyak tidur...ianya telah membentuk personaliti anak-anak tersebut....
Sebagai ibu muslimah, kita perlulah sentiasa berada di sisi anak ketika mereka memerlukan kita.

hadis ada menyatakan bahawa:

"Order your children to observe Salat when they reach the age of seven and spank them for not observing it when they reach the age of ten, and arrange their beds (for sleeping) separately." (Abu Dawud)

Secara praktikalnya, anak kecil perlulah tidur bersama ibu bapanya terutama ketika fasa menyusu. ianya juga dapat mengeratkan kasih sayang dalam keluarga...ketika siang, ibu dan ayah sibuk bekerja, pada waktu malam sahajalah dapat dimanfaatkan untuk kita membina ikatan kekeluargaan bersama anak-anak....Bagi yang baru berkahwin laburlah untuk membeli katil yang besar untuk pelaburan jangka panjang.

Tips mengatasi anak manja

Tips mengatasi anak manja

Runsing kan kalau mempunyai anak kecil yang terlalu manja?. Apatah lagi sekiranya manjanya itu shingga mengganggu kemampuannya untuk berdikari.

Berikut adalah tips bagaimana menangani anak yang terlalu manja :

1. Merefleks kembali kepada sejarah lampau yang telah dilalui dengan anak. Kita perlu sedar bahawa apa yang telah berlaku di masa lalu bukanlah suatu alasan untuk terus memanjakan anak. Mungkin anak pernah melalui masa gelap, fobia terhadap sesuatu, atau apa pun alasan, kita harus terus bersikap objektif dalam mendidik anak. Tidak terlalu keras dan tidak pula sehingga memudaratkan masa depan anak.

2. Jangan terlalu sentiasa menumpukan perhatian kepada anak dan kehendaknya sahaja. Anak juga perlu diajar untuk memberi perhatian dan empati kepada persekitarannya dan memahami bahawa setiap orang juga punya kehendak dan perasaan.

3. Sekiranya anak merengek meminta perhatian, cuba alih perhatiannya terlebih dahulu dengan mengingatkannya tentang sesuatu ganjaran baik yang akan dia dapatkan sekiranya menjadi anak yang baik. Peringatan tentang ganjaran menjadi seorang yang baik ini harus selalu diulang-ulang kepada anak-anak.

4. Ajarkan anak cara bergaul yang baik. Misalnya, dengan mengajarkan anak kita meminjamkan barang yang diperlukan oleh temannya.

5. Berikan pelukan kasih sayang dan kata-kata yang membuat dirinya tenang.

6. Sekiranya keinginan anak bermanja secara tiba-tiba meningkat dan nampak dengan jelas ada reaksi pada waktu-waktu tertentu. Berikanlah waktu khusus untuk memenuhi kehendaknya itu secara beransur-ansur. Jadi lakukan perubahan secara berperingkat. Kurangkan sedikit demi sedikit, jangan terus berubah

Anak Melatih Kita Bersabar ?

Anak Melatih Kita Bersabar ?

Sabar itu tercermin melalui tiga kategori iaitu sabar dalam berkata, perbuatan dan hati. Sabar dalam berkata ialah tidak mengucapkan kata – kata kesat dan kasar. Sabar dalam perbuatan ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak baik kepada orang atau objek di sekeliling kerana marah. Sedangkan sabar dalam hati ialah bersangka baik dengan setiap yang berla...ku.

Saat anak baru dilahirkan, dia hanya mampu menangis untuk menyatakan segalanya tanpa batas waktu dan keadaan. Terkadang sang ibu terutamanya yang baru menimang cahaya mata merasa rimas dan kurang sabar dengan tangisan yang belum dapat dipastikan apakah solusi terbaik untuk bayinya. Lapar, sakit, tidak selesa atau inginkan perhatian ? Rasa letih, mengantuk dan kesibukan dengan kerja rumah yang ada sekurang – kurangnya akan menimbulkan rasa kurang senang di hati seorang ibu sehingga meleteri anaknya bahkan mungkin kurang sabar dalam perlakuannya.

Saat anak telah mencecah usia kanak – kanak. Dia makin lincah, memanjat, menconteng dinding, memecahkan gelas dan meneroka setiap inci dunia yang berada di depan matanya. Jatuh bangun, adalah rencah kehidupannya. Si ibu sekali lagi kepenatan melayan kerenah anak – anaknya, apa yang pasti sebolehnya digari anak kecil itu agar dunia si ibu kembali aman.

Masa terus berlalu, zaman remaja dan dewasa terus ditempuhi oleh si anak dengan kerenahnya sendiri. Walaupun sudah lanjut usia, si ibu semakin kurang sabar dengan perangai anak – anaknya. Lisannya selalu menyatakan kesalahan anak – anaknya. Ingin dipukul, semuanya sudah pun dewasa.

Sedar atau tidak, anak itu menjadi sebahagian ujian Allah untuk kita yang bergelar ibu bapa meningkatkan kesabaran dalam hal – hal yang tidak kita senangi. Sedangkan Allah beserta orang – orang yang sabar dalam mengharungi segala musibah yang melanda hidup mereka. Saat kita menghadapi situasi yang kurang menyenangkan, cubalah untuk berbaik sangka terhadap apa yang terjadi. Cukuplah yang keluar dari lisan kita ialah doa – doa kebaikan dan kejayaan untuk si anak. Cukuplah pukulan sekadar menginsafkan dan peluk cium dengan penuh kasih sayang.

Anak kita adalah cerminan peribadi kita. Saat anak kelihatan menderhakai kita, semaklah kembali kederhakaan kita kepada perintahNya. Saat anak mulai enggan untuk mentaati kita, ukurlah kembali nilaian ketaatan kita kepadaNya. Kerana anak bukan sekadar diberi makan untuk terus hidup tapi perlu juga diberi didikan dunia dan agama untuk menjadi insan yang berbakti ketika di dunia dan penyelamat kita di akhirat sana

Besarnya Pahala Seorang Ibu..

Besarnya Pahala Seorang Ibu..
====================

1) Apabila seseorang wanita itu mula berasa sakit hendak melahirkan bayinya,maka Allah telah memberikannya pahala bagai orang berjihad ke jalan Allah.
...
2) Setelah wanita itu melahirkan anaknya,maka terhapuslah segala dosa2nya ibarat seperti baru dilahirkan semula.

3) Setiap urat yg putus semasa melahirkan itu maka Allah beri pahala bagaikan orang yg menunaikan haji.

4) Setelah lahir bayi itu disusui,maka setiap titis air susu itu diberi pahala dan kebajikan oleh Allah.

5) Seorang ibu yg menyusui bayinya sehingga tempoh dua thn,maka para malaikat dilangit akan mengkhabarkan bahawa syurga adalah wajib untuknya.

6) Apabila seorang ibu memberikan susunya kepada bayinya yg sedang menangis kelaparan,maka Allah memberikannya bersamaan setahun solat dan berpuasa.

7) Seorang ibu yg bersengkang mata pd waktu mlm kerana menjaga anaknya yg sakit,Allah memberinya pahala bagai memerdekakan 70 org hamba.

8) Seorang ibu yg menghiburkan hati anaknya,Allah memberinya 12 thn pahala beribadat.

Oleh itu wahai ibu-ibu sekalian jgnlah sekali-kali kita berasa terbeban dengan cabaran yang kita hadapi sedari mengandung hinggalah membesarkan seorang bayi itu..kerana nikmat pahala yang Allah kurniakan tidak terkira banyaknya...Alhamdulillah.

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU
=========================================

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
...
2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥

Stok susu

aduhaiiii anak ku .....

errrkkk ... camana nih??? baru seminggu qa'id dijaga maknoor, stok susu dh tak mencukupi. aku rasa cam dh banyak stok, tp upanya x cukup. aku terlupa banyak perkara terutama semakin besar baby semakin banyak dia minum.... jumlah yg aku simpan tu bertahan tuk seminggu lebih aje. alamak.... aku sebenarnya tak tahu kuantiti yg qa'id minum terus dari badan aku. aku pun x pernah kira kekerapan qa'id menyusu. 

sewaktu aku perah tuk simpanan pun, aku hanya perah dua kali sehari saja .. itu pun bukannya setiap hari ... bila qa'id tak menyusu dan breast dh full ... baru perah.... kadang jumlah nye sikit aje ... dlm 80 ml hingga 100 ml tuk both side....

patut la aku tgk org lain buat stok gila2 banyak .... aku betul2 tak terfikir itu semua.... my fault!! kata maknoor, qa'id macam tak puas menyusu, apa taknye, susu yg aku bekalkan tu susu yg diperah masa bulan pertama hingga ketiga. kandungan susu untuk tempoh tu sesuai tuk newborn aje. skang qa'id dh 3 bulan, so baby memerlukan lebih dr tu ...

kesian my son !!

skang aku kena work hard, perah sekerap mungkin, supaya cukup tuk qa'id menyusu.... nk tunggu hingga dua bulan memang x dpt la, kalau skang pun dh habis sume stok susu....






Saturday, February 25, 2012

Buaian dan baby carrier

hari ni 25 feb hari sabtu, papa belikan qa'id buaian dan baby carrier baru....

semalam papa balik dr kedah, qa'id sgt happy dpt jumpa papa.... gelak aje dia. then ibu suh papa belikan qa'id buaian kebetulan gaji dh masuk kelmarin dulu....

so tghr td papa keluar beli barang2 ... x sangka papa beli juga baby carrier ... sbb sblm ni dh beli satu brand anakku ... tp x best sebab ruang tuk kaki sgt sempit ... sebelum ni beli sebab terdesak and tanpa fikir panjang terus je beli ... kebetulan pegi alamanda ... bawa qa'id naik stroller tp qa'id x tahan lama duk dlm stroller, dia meragam .. so that's why terus pegi ke kedai anakku ... lagipun harga dia murah aje ... RM59.90 aje. sebelum tu pg tgk kat mother care, mahal sgt mcm apa ntah RM 599.

bb carrier yg baru ni ok sket, luas, selesa, lembut dan boleh ikut kesesuaian baby... warna dan design pun menarik... papa pilih kaler merah tuk qa'id, kaler feveret papa.... harga pun boleh tahan ... RM 79.90.... 

apa saja tu anak kesayangan, ibu dan papa usahakan yg terbaik tuk qa'id.

malam ni qa'id tidur dalam buaian baru .. siang tadi papa pasangkan, dan semasa entry ni ditulis qa'id sedang nyenyak tidur dlm buaian. walau apa pun aku tetap akan tidur dengan bby atas katil ... kerana itu yg sebaik-baiknye... ibu bapa digalakkan untuk tidur bersama anak agar hubungan yg terjalin lebih erat dan rapat serta kasih sayang dpt dipupuk dr kecil..... insyaAllah.....



Friday, February 24, 2012

Meraung, melalak dan menangis sekuat hati

semalam 23 feb hr khamis ...

bby qa'id susah tidur lg ... he is so sleepy ... jam 7 ptg bby dh lelap semasa menyusu, aku terlangkupkan dia atas tilam... dlm kul 8.30 mlm bby jaga.... kul 10 mlm sekali lagi qa'id terlelap semasa menyusu.... aku angkat bawa masuk ke bilik, qa'id dh buka mata. aku letak atas tilem tuk bedung, dia dah jaga.... 

kul 12 masih x boleh nk tidur, tp bdn dh lembik dan ngantuk, so aku decide tuk bedung dan dodoi. memang qa'id x suka kalau buat mcm tu. apa lagi, meraung, melalak dan menangis sekuat hati. aku sedih tp apa boleh buat ... kalau x buat mcm tu, qa'id susah nk tidur. aku plak byk lagi benda nk setelkan... dengan bengkak susu, kain bertimbun lg. kalau ada papa senang sikit, mintak papa pegang qa'id, leh la aku siapkan keje.

qa'id akhirnya terlena sebab kepenatan dan keletihan. mlm td juga bangun nenen 2 kali je..... aku juga terlena keletihan sejam selepas qa'id tidur, sebelum tu tuam bengkak susu, solat, lipat kain, kemas apa yg patut ... rebahkan badan, terus lena... pg td terjaga sebab qa'id kejutkan.... 


Wednesday, February 22, 2012

Malam bedung pagi dah bebas

Dh 3 hari aku perasan, qa'id tidur malam aku bedung supaya dpt tidur lena.... tp bangun pagi tuk menyusu tgk2 kedua belah tangan dh bebas .... x tahu masa bila tangan dia keluarkan .... bijak betul bby qa'id ni. aku bukan apa, risau dia x boleh tidur lena, sbb bila tgn dia terkeluar, bby asyik menggeliat dan terkejut aje. risau tidur nye terganggu.

hr ni 22 feb hari rabu, dh masuk hr kedua papa xde. pg td waktu angkat qa'id dr tidur, bby masih sleepy, tp masuk je dlm keta, qa'id buka mata. aku pun ajak la bby borak. aku peluk dia, kepala dia lentok ke dada sambil mata terbuka pandang abul di sebelah. maybe qa'id sangka itu papa. tp lepas je aku ckp tu bukan papa, itu pak abul, qa'id terus tutup mata. hurrmmmmm qa'id rindu papa agaknya. cian qa'id.

 

Monday, February 20, 2012

Al-qa'id 1 to 5 days old photos

koleksi gambar dari kamera handphone sony ericcson k350 i



al-qa'id 1 hari




al-qa'id 2 hari














 al-qa'id 3 hari





 al-qa'id 5 hari