Friday, March 30, 2012

Menangis photos

Gelagat bby qa'id menangis !!! sooooo comel .... tang mata tu tetap bulat !!!







Baby qa'id menangis sebab ibu x layan dia, sibuk duk snap picture qa'id .... ni la hasilnye ....

2 AM

aku x tahu kenapa dan apa masalah dengan qa'id mlm td. balik dr umah maknoor, mcm biasa papa akan main2 dgn qa'id sementara aku mandi dan solat. 

then aku bersihkan badan qa'id, tukar lampin, susukan qa'id sambil baring... aku terlelap dan qa'id pun terlelap jugak agaknya. dlm kul 9 mlm br terjaga sb qa'id kejutkan aku....

aku bw qa'id keluar ke ruang tamu, yah duk main2 dengan qa'id. x lama lepas tu papa masuk umah and dukung qa'id bawa keluar ... kawan2 papa dtg tuk food testing katanya ... aku kat dapur masak... lapar pulak

aku duk masak kat dapur, qa'id duk main dgn yah. lepas makan aku bawa qa'id masuk bilik tuk tidurkan. qa'id terlelap ... aku plak keluar umah cr handpon dlm keta. tp tetiba terdengar bunyi baby menangis. rupanya qa'id dh terjaga... aduhai, x sampai setengah jam bby lelap. 

aku berlari ke bilik tuk dodoi qa'id tp dia xmau lelap dh. dh lewat mlm tp qa'id masih x mahu tidur. simptom mengantuk mmg dh ada. papa masuk bilik, layan qa'id sbb aku dh penat and letih sgt... aku solat isyak dan bersiap tuk tidurkan bby...

dlm kul 12 lbh papa tgk video eksiden di desa pinggiran. aku pun tgk sama, dengan qa'id atas riba. lepas tgk tu, aku cuba tidurkan qa'id, mmg xde harapan la jawabnya. susukan qa'id kiri then kanan then kiri then kanan tp qaid mengamuk dan menagis kuat. 

aku minta papa bw masuk buaian ke dlm bilik, letakkan qa'id dlm buaian, lg la qa'id mengamuk, keraskan badan. papa dh tensen ... capai tuala terus masuk bilik air... mandi . aku angkat qa'id dr buaian, dukung bby bacakan ayat qursi dan selawat syifa hingga bby berhenti menangis.... 

bila dh reda, aku baringkan baby sambil susukan. kejap aje qa'id dh lena. aku lega sgt .... aku x sedar bila aku terlelap. pg td terkejut bunyi alarm phone .... mengantuk yg amat ... nk buka mata pun susah... 

pg td terpaksa kejutkan qa'id, sebab nk anta bby ke umah maknoor... dlm keta, bby mamai dan tetiba terlelap ... kesian sangat qa'id ... bby sangat penat dan x cukup tidur ... mengantuk sgt tu yg terlena dlm keta.

br td aku teringat kejadian semalam ... and terus call maknoor ... tanya keadaan qa'id. maknoor kata qa'id tidur dr aku hantar dia hingga la sekarang. aku pun ceritakan la apa yg berlaku mlm td. maknoor kata mungkin ada gangguan.... bby senang tidur kalau mengantuk, walaupun dia xde menunjukkan simptom gangguan tu, tp kalau dh jam 2 pg br tidur and lepas baca ayat quran br senyap, tu maknanya ada la sesuatu yg mengganggu. baby nk cakap x pandai lg, so menangis aje la. 

aku plak xde pengalaman, atuk dan wan plak xde, lagi la haru... papa???? hurrmmmmm. tu pun nasib baik papa ada, kalau papa xde, mau aku menangis sama ngan bby. so apa yg mengganggu qa'id aku x pasti, xnak meneka apa2. cuma kejadian ini akan aku jadikan pengalaman dan pengajaran.






Thursday, March 29, 2012

Botak for 2nd time photos

22 mac lepas, en amzah dan mak noor telah botakkan kepala qa'id. aku yg minta diorg tolong botakkan, ...sekali minta tolong, terus je buat, minta tolong papa sampai berbuih mulut, apa pun xde .... sedih sangat, papa lebih afdal tuk cukurkan kepala anak....

keesokan harinya atok dan wan berangkat ke mekah membawa jemaah umrah ... 


ini la rupa qa'id kalo ibu snap pic dia ... qa'id akan bulatkan mata dan ngangakan mulut .... keletah sungguh beraksi depan kamera .... comel sgt !!!




cannot sleep well

last 3 days, my son cannot sleep well. he also slept late at night .... er er er ..... 

dh lama x praktis bahasa inggeris ... makin teruk plak rasanya ... x berapa nk kompiden dh menulis dlm BI ... aduhhhhhaai

hr isnin lepas 26 mac, qa'id meragam sebab sakit perut. perut bby kembung. malam kemarin plak dh ok sket tp masih meragam lg. tp qa'id lebih awal jam 10 mlm. semalam plak qa'id terganggu lg, susah betul nk tidurkan bby ... qa'id terlelap lebih kurang setengah jam semasa menyusu ... bila dh kenyang, terus terjaga ... 

risau dibuatnya .... macam biasa qa'id menangis, xnak bermain sangat ... qa'id mcm terganggu dan kepenatan ... mungkin sebab x cukup rehat agaknya .... 

aku harap baby sihat walafiat !!! x sanggup tgk anak ada masalah !!

Tuesday, March 27, 2012

Semalam .....

semalam, isnin 26/3/12 ..... banyak perkara berlaku semalam ... tp aku cuma nk cerita apa yg berlaku antara aku dengan qa'id aje....

semalam hanya kami berdua di rumah ... parents-in-law mmg xde ... pegi mekah ... papa keluar anta sarah ke kelas tuisyen, yah plak keluar pegi beli makanan rabbit. so tinggallah aku dengan bby qa'id....

waktu maghrib, qa'id dh terlena di pangkuan aku setelah menyusu. mmg qa'id mengantuk sangat. aku plak tgh layan The Amazing Race 20 ... abis je tv show, aku terus dukung qa'id bawa masuk ke bilik tuk tidurkan bby.

masuk je ke bilik, aku letakkan bby atas tilam, dan bby masih mamai.... aku bangun tuk tutup lampu sebab nk sambung susukan bby. so, susukan qa'id sambil baring .... selalunya qa'id akan tidur tapi kali ni bby jaga.... dia tarik kuat nenen dengan mata terbuka luas memandang sekeliling. pada sangkaan aku, qa'id mmg taknak tidur lagi gamaknya. so, aku biarkan qa'id main sorang2 sebab aku nk solat maghrib. mcm biasa la kalau tinggalkan walau sekejap, qa'id akan melalak.

selesai solat, aku bawa qa'id keluar, tgk tv cerita The SMASH .... layan tv sambil riba bby .... timang2 bby, borak2 dan macam lg. sehingga akhirnya dia tenyeh mata dan menguap. dh menagntuk kot ... fikirku !! so belum sempat cerita habis, aku dh bawa qa'id masuk ke bilik tuk tidurkan dia.

macam biasa aku susukan tuk tidurkan qa'id..... habis yg kiri, aku beralih plak yg kanan .... ternyata qa'id masih tak mahu tidur .... aku plak mmg dh mengantuk ... tp mana mungkin aku tidur dulu sebelum anak tidur??? mmg x mungkin la...

aku rasa geram plak kat qa'id, dia dh memang mengantuk sangat, mata dh merah, tangan duk tenyeh2 mata dan muka, sampai calar balar dh kepala dia duk cakar. menguap toksah cakap la... kejap2 menguap. tp masih degil x mahu tidur.

td aku dh tukar lampin, sapu minyak yuyi, letak bedak dan tukar seluar. tapi qa'id seolah2 x selesa ... sakit perut agaknya..... disebabkan dh lewat, aku lagi sekali tinggalkan qa'id yg tgh melalak tu tuk solat isyak ... belum solat lg, qa'id dh melalak mcm apa ntah ...menangis meraung tekan suara. aku nk solat pun x senang. solat aku x khusyuk, rakaat pertama aku dh menagis sama. solat sambil menangis.... sepanjang solat tu juga qa'id menangis teresak-esak.

aku pun turut menangis ... sambil doa sambil menangis ... tetiba papa masuk bilik ... bawa qa'id keluar, qa'id masih menangis ... lama juga qa'id menangis. hingga papa terpaksa bawa masuk qa'id ke bilik semula.... tp bila aku pegang aje, qa'id stop nangis ... sedu sedan masih ada!! aku peluk dan tenangkan bby. sedih sangat ... aku pandang bby dan bby pandang aku ... seolah2 memahami each other. kalau dlm keadaan biasa, mmg qa'id x pandang aku mcm tu. 

papa ternampak aku menangis, dia duk sibuk tanya kenapa, kenapa, kenapa ???.... aku rimas ditanya kenapa.... bukannya nk tenangkan aku, tp duk sibuk nk tahu kenapa aku menangis..... bila aku cakap x payah tanya kenapa, papa terus keluar bilik!!!

tinggallah aku dengan qa'id ... aku pandang qa'id and tenung anak mata bby .... qa'id pun sama, cara dia pandang aku penuh makna .... penuh pengertian .... aku cium dahi dan peluk qa'id ... air mata aku mengalir lagi ... qa'id juga peluk aku kuat2.... 

aku cuba jd ibu yang baik ... tp kadang2 aku tewas dengan mainan perasaan ... aku cuba jd sempurna untuk anak aku .... tp kadang2 x mampu ... bukan mudah tuk jadi ibu sebenarnya, terlalu banyak pengorbanan, cabaran dan tenaga diperlukan ... itu pun belum tentu memadai tuk hasil yg kita harapkan. apapun semua tu kita kena berserah dan tawakkal pada Allah SWT.... hanya kepada Allah SWT !!

Wednesday, March 21, 2012

Ibu susuan

Oleh sebab stok susu yang aku perah dah habis, aku jd sangat kecewa dan risau kalau qa'id tak dapat khasiat secukupnya dr susu ibu sebab terpaksa minum susu formula. so aku luahkan la kerisauan aku tu dlm fb. x sangka plak dpt perhatian dr kak ngah. so dia msg aku melalui hp. 

kak ngah tanya dan pelawa susu kauthar tuk qa'id. aku gtau papa, dan papa ok je. so aku kompim ngan kak ngah. semalam, balik dr keje, singgah umah kak ngah di pinggiran putra, amik stok susu kauthar. 

bersyukur sangat ... qa'id dpt susu ibu, walaupun bukan susu aku tp aku lega. boleh la tampung stok susu sementara aku perah kat tempat keje... aku jd x sedap hati bg qa'id minum susu formula... walaupun qa'id suka minum susu formula tp aku rasa kecewa sbb susu aku x mencukupi tuk qa'id....

walaupun kak ngah bagi x banyak tapi satu plastik susu tu agak banyak juga kuantitinya.... agak qa'id boleh minum lebih dr 3 kali kenyang la kot ... walaupun x hisap terus dr kak ngah, tp dh boleh dikira ibu susuan sebab qa'id kenyang minum susu tu....

aku dan papa x kisah sangat tentang hal ni sebab kitorg yakin pd susu ibu.... lgpun kak ngah adalah family kitorg juga, so xde rasa ragu. InsyaAllah qa'id akan sihat dan dpt khasiat yg diperlukan untuk membesar. aku juga doakan qa'id akan jd insan yg beramal soleh dan berguna!

aku juga berharap kauthar nye susu mencukupi ... dan juga berharap mendapat keredhaan drpd suami kak ngah... sbb semalam aku ada gtau ibu pasal hal ni .. dan ibu mention tentang tu.


Serak-serak seksi

Ahad lepas 18 mac, perasan suara qa'id dh lain. tp x teruk sgt, masih boleh dengar la suara bby berubah. keesokan harinya aku jemput qa'id dr umah maknoor, terkejut dengar suara qa'id makin serak ... teruk benar seraknya... tp baby x batuk. aku sangat kesian, rasa bersalah dan sedih dengan keadaan qa'id.

aku ajak papa pegi klinik tp papa xnak. katanya jgn ajar anak makan ubat bila sakit.... kecewa sungguh aku dengan papa... pegi klinik bkan nak amik ubat semata2 .. tp nk dapatkan nasihat pakar ... so doktor boleh tgk keadaan kesihatan anak camana ... 

so terpaksa la tunggu 2 ke 3 hr lg, kalau masih x kurang, kena bawa ke klinik juga. 

dan semalam aku perasan serak dh berkurang. hari ni harap2nye bby makin sembuh serak nye tu .... risau juga kalau ada jangkitan ke apa ke. 

itu la akibatnya kalau asyik menangis aje. menangis biasa xpe la, ni menangis teran suara..... macam geram pada sesuatu aje. agaknya bby nk tunjuk perasaan kot, maklumlah, bby dh makin membesar, makin bijak, dh pandai tunjuk perasaan.



Monday, March 19, 2012

Menangis kena tinggal

kadang2 bila qa'id nangis aku jd sakit hati sbb x mampu nk tenangkan dia ... x memahami kehendak dia ... qa'id juga langsung x bagi peluang pd aku tuk tinggalkan dia walau sekejap .. aku ada keje nk buat dan x boleh nak dukung dia memanjang ... terpaksa letak dia and buat keje ... dia akan nangis semahunya, meraung tekan suara ... bila keje aku dh siap, aku akan ambil dia angkat dan peluk ... qa'id akan balas pelukan aku dengan erat dan berhenti menangis, teresak2 dan berhenti menangis ... rasa bersalah sangat pd anak tp apa lg harus aku buat klau dia x mahu dan x boleh letak walau seketika.... nnt org akan kata aku manjakan anak kalau asyik dukung aje ... padahal, aku ajar qa'id baring di bawah ... cuma bby yg x mahu ... aku x salahkan qa'id sebab bby kecik lg dan x tahu apa2 ...

Qa'id yang ceria

bangun pagi aje, qa'id akan ceria, senyum2, ternganga-nganga bila agah..... aku akn susukan qa'id pepagi bila bby bangun .... hari2 dia ceria buat aku senang hati dan happy sokmo. tgk wajah comel dia yg ternganga-nganga bila diagah tu, hati rasa bahagia sangat.... bila qa'id dh kenyang aku akan peluk dia, bby dh pandai balas pelukan ... bangga menjadi ibu qa'id ... happy sgt !!

qa'id akan menangis dan merengek bila terjaga dr tidur dan xde orang di sebelah.... so aku akan baring di sebelah sambil susukan dia ... qa'id akan sambung tidur semula. kalau dia betul2 dh terjaga dia x menangis ... dia akan main-main sorang diri. bila diagah bby akan senyum dan ternganga-nganga mengekek....



Susu formula

Semalam 18mac hr ahad, lepas kenduri di rumah syida, aku ke presint 9 tuk beli susu formula qa'id. totally no idea nk beli susu apa. so yg mana ada kat kedai tu aku amik je....

papa pilih enfalac A+ ... harga dia boleh tahan juga mahalnya. beli yg tin kecik aje sbb tuk percubaan. takut qa'id x sesuai dgn susu tu. harga kat tin RM45 tp dpt harga murah sikit dr harga kat tin. 

aku sedih sebab terpaksa berikan susu formula pd qa'id. tp aku xde pilihan lg sebab stok susu dh habis. aku doa sgt qa'id ok dgn susu tu dan doa agar qa'id sihat dan dpt segala khasiat yg diperlukan tuk tumbesaran. 

hari ni qa'id dh stat minum susu lembu .... camana la agaknya .... sedih sgt! aku bagi sekali dengan nestum yg aku beli ms kat kampung ritu. mana la tahu qa'id x kenyang dgn susu lembu.

aku perasan semalam qa'id dh mcm nk makan. aku mkn biskut tiger, dia tgk ralit sgt. mulut dia plak meleleh ... chup chap chup chap ... aku try sua ke mulut, mmg dia nganga. letak skit kat mulut, tp qa'id x pandai lg makan makanan pejal. tp bila papa dia suapkan susu tepung, dia dh pandai minum drpd sudu. comel aje mulut dia minum susu sambil chup chap chup chap !!!

semalam suara qa'id berubah drpd biasa ... jd serak2 aje ... aku dpt rasa mcm qa'id sakit tekak, apa taknye dia asyik menangis aje.... menangis dia skang dh pandai teran suara... itu yg buat serak ... tgk dulu 2 3 hari ni, kalau x hilang juga aku akn bw qa'id ke klinik. risau juga kalau bby sakit tekak ...


Bagai langit dengan bumi

weekend lepas 17 & 18 mac, dpt la jumpa arissa sbb ibu dia bawa ke rumah ... tp setiap kali jumpa bby tidur ... belah pg dia tidur ... belah malam jumpa lg sebab ada majlis cukur jambul .... tidur ... esok nye ke kenduri adik syida, pun tidur ..... 

menurut mak dia, arissa berjaga malam. siang dia tidur. qa'id pun pernah juga mcm tu. kemudian ajar dia time tidur yg betul.... tp qa'id walaupun tidur, dia senang terjaga kalau persekitaran bising

arissa dh nk masuk dua bulan tp aku perasan yg di sgt slow ... aku x pasti adakah itu normal.... dan mcm bby br lahir, lembik lg... x aktif sgt !! tidur memanjang.

yg eloknye tentang arissa, dia senang dijaga. sbb tidur memanjang satu hal la, lg satu letak aje, dia x menangis. dan boleh tidur dengan sendiri kalau baringkan dia. so letak aje, boleh la pg buat keje kita. untung la mak dia. qa'id plak x boleh letak langsung. pegang sambil duduk pun dia meragam. apatah lg kalau letak ke bawah dan tinggal. memang dia menangis semahunya. 

qa'id dua bulan dh kuat, boleh ditimang2 dan angkat dada kalau letak meniarap. dukung pun x perlu mcm dukung baby lg. dh leh dukung dengan tangan sebelah. 

memang arissa dan qa'id berbeza mcm lngit dan bumi. jantina mmg la berbeza, qa'id boy arissa girl. so perkembangan juga berbeza sgt2 la. arissa mmg ikut mak dia yg lemah lembut. qa'id ikut papa dia yg aktif dan lasak.... huhuhhuuuu

apapun aku doakan kedua anak ini sihat walafiat!!

Thursday, March 15, 2012

Kelebihan seorang IBU, mustajab doa untuk anaknya

Kelebihan seorang IBU, mustajab doa untuk anaknya

Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya.

* Kewajiban anak memenuhi panggilan ibu lebih utama dibandingkan menyempurkan ibadah sunat. Dengan hadith ini, dihukumkan menurut fiqah bahawa memenuhi panggilan ibu adalah wajib berbanding meneruskan solat sunat.

* Doa ibu sangat mustajab – sama ada maksud baik atau tidak. Oleh itu, ibu perlu berhati-hati dan usah ikut perasaan.

* Ibu harus sentiasa memantau dan mengambil tahu akan keadaan kehidupan anak-anaknya agar tidak terjadi salah faham antara kededuanya.

* Ibu harus sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, terlebih lagi pada waktu solat dinihari.

* Ibu harus sentiasa menjaga mulutnya dan usah mudah tersinggung – maafkanlah dan nasihatkan serta sentiasa berdoa untuk anaknya.

* Sebagai pengasuh, ibu perlu dilengkapi ilmu demi memupuk anak yang soleh.

Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: “Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.”

Bersalin spontan melalui vagina

Bersalin spontan melalui vagina

Ia merujuk kepada proses bersalin spontan tanpa bantuan forsep, vakum atau alat-alat lain.

Prosedur

1.Doktor akan menganggar saiz bayi dan saiz bukaan serviks untuk memastikan tiada halangan semasa bersalin.

2.Semasa proses kelahiran, bukaan atau diameter serviks akan mencapai 10 cm bagi memastikan bayi boleh melaluinya.

3.Vagina dan bukaannya juga akan meregang sehingga diameternya berukuran sekurang-kurangnya 10 cm.

4.Apabila bayi mula memasuki vagina, otot dan kulit anda akan meregang ke tahap yang ekstrim.

5.Labia dan perineum (kawasan di antara vagina dan anus) akan mengembang dan mencapai tahap regangan yang maksima.

6.Anda akan merasa kulit anda seperti terbakar.

7.Sekiranya perlu, doktor anda akan melakukan episiotomi iaitu insisi kecil di bahagian bawah vagina (biasanya di sebelah kanan).

8.Apabila bayi anda keluar, anda akan berasa kurang selesa. Doktor akan meminta anda berhenti meneran buat sementara. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada jururawat menyedut dan membersihkan hidung serta mulut dari cecair amnion dan mukus.

9.Setelah selesai, anda akan disuruh untuk meneran sekali lagi untuk mengeluarkan bahagian bahu bayi.

10.Tali pusat bayi seterusnya akan dikepit kemudian digunting.

11.Plasenta akan keluar secara spontan atau mengambil masa lebih kurang setengah jam. Doktor anda mungkin akan menekan bahagian bawah abdomenuntuk membantu mengecutkan rahim dan melonggarkan plasenta. Anda akan disuruh meneran untuk membantu proses pengeluaran plasenta.

12.Doktor akan memastikan plasenta dikeluarkan sepenuhnya. Sekiranya terdapat tisu plasenta tertingal, doktor akan memasukkan tangan ke dalam uterus anda untuk mengeluarkan bahagian yang tertinggal

10 Perkara Menarik Tentang Bayi Baru Lahir

10 Perkara Menarik Tentang Bayi Baru Lahir

* Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.

* Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.

* Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.

* Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.

*Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.

* Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.

* Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.

* Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut.

* Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.

* Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu.

BERHUBUNG DENGAN BAYI

BERHUBUNG DENGAN BAYI

Hubungan dengan bayi anda bermula sebelum ia dilahirkan. Ketahui apa yang berlaku dalam kandungan!

Tahukah anda bahawa komunikasi dengan bayi anda bermula lama sebelum kelahirannya? Anda tidak perlu menunggu sehingga si manja berada dalam dakapan anda. Seawal 16 minggu di dalam kandungan, bayi boleh mendengar suara ibunya dan bunyi lain di persekitarannya. Malah, perut ibu adalah persekitaran yang paling merangsangkan dan interaktif untuk perkembangan bayi.

Bolehkah Dia Mendengar?

Bayi tinggal dalam persekitaran yang sentiasa dipenuhi dengan bunyi-bunyian, getaran dan pergerakan. Kandungan bukanlah tempat yang sunyi seperti yang disangka, tetapi bayi yang belum lahir masih dapat mendengar suara dan bunyi dari dunia luar. Pada minggu ke-16, bayi boleh mendengar sebelum telinga terbentuk sepenuhnya pada minggu ke-24. Walau bagaimanapun, suara ibulah yang paling berkesan, kerana ia dipindahkan terus ke kandungan melalui badan ibu itu sendiri.

Berbuallah dengan bayi anda tentang apa-apa sahaja! Bercerita kepadanya, bacakan buku atau puisi kepadanya, mainkan muzik yang menenangkan ataupun berbual dengannya tentang hari anda. Bayi secara semula jadinya akan membentuk hubungan yang lebih baik dengan ibunya, kerana suara ibu didengarinya setiap hari dan untuk tempoh yang lebih lama. Suami anda juga boleh mencipta hubungan sedemikian dengan kerap bercakap dengan bayi. Apabila bayi dilahirkan, ia akan mengenali dan memberi tindakbalas lebih baik kepada suara bapanya.

Sentuh Bayi Anda!

Seawal minggu ke-15, si ibu boleh merasakan pergerakan bayi, walaupun tendangan bayi tidak akan dirasa sehingga minggu ke-20. Pada tahap ini, bayi sudah boleh merasakan sentuhan dari luar kandungan. Dengan mengurut dan membelai perut anda dengan lembut, anda boleh membantu merangsangkan bayi anda supaya memberi tindakbalas. Ada ibu bapa yang bermain dengan bayi mereka: menekan dengan lembut satu bahagian abdomen dan merasakan tindakbalas dari bayi yang mencucuk kembali bahagian yang sama.

Berikannya yang Terbaik

Ketika mengandung, adalah penting bagi anda untuk mengambil pelbagai makanan untuk memberikan khasiat kepada bayi untuk membesar dengan sihat. Makanlah pelbagai buah-buahan dan sayuran serta karbohidrat seperti nasi, roti dan pasta – yang terdiri dari jenis penuh bijian. Ambil kandungan protein secukupnya melalui ikan dan produk berasaskan tenusu seperti susu, keju dan yogurt. Lebih penting lagi adalah pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi serta zink.

Nikmati Setiap Saat Bersama Anak Anda!

Ada pakar yang berpendapat bahawa semua rangsangan ini mengganggu perkembangan semulajadi otak bayi. Banyak lagi yang perlu dipelajari tentang otak yang sedang berkembang dan keadaan optimal yang diperlukannya untuk berkembang dengan baik. Tiada ibu bapa yang akan memasang muzik yang sangat kuat ke telinga bayi baru lahir ketika ia sedang tidur, apatah lagi dengan bayi yang belum lahir!

Walaubagaimanapun, bercakap dengan bayi dan bermain “mencucuk” dengannya tidak akan membawa kesan sampingan yang negatif dan pastinya membantu membina hubungan yang erat antara ibu bapa dan bayi sebagai langkah pertama ke arah komunikasi. Secara keseluruhannya, pengalaman mengandung adalah sangat menakjubkan dan perlu dinikmati setiap saatnya!


Oleh Dr Tan Ay Eeng, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi


Doa Memperbanyakkan Susu..




Maksudnya:
 
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.

Cara-cara mengamalnya:

# Berdoa:

“Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”

# Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.

# Baca Surah Al Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah.......

Bimbingan Awal Untuk Ibubapa/Penjaga

Bimbingan Awal Untuk Ibubapa/Penjaga

Beritahu klinik berhampiran dalam masa 24 jam selepas keluar dari hospital supaya jururawat dapat melawat ibu dan bayi di rumah dalam masa beberapa hari akan datang.

Susukan bayi anda sepenuh masa dalam masa enam bulan pertama dan teruskan penyusuan ibu sehingga anak berumur dua tahun. Kerap membuang air besar adalah normal bagi bayi yang diberi susu ibu.

Bayi anda mungkin mengalami jaundis dalam beberapa hari selepas lahir. Dapatkan nasihat perubatan secepat mungkin apabila jaundis dikesan. Jangan jemur bayi anda.

Pastikan tali pusat bayi anda bersih dan kering.

Ibu mesti membasuh tangan selepas menukar lampin bayi.

Rasa suhu air sebelum memandikan bayi anda. Sentiasa isikan besen mandi dengan air sejuk dahulu sebelum air panas.

Dapatkan imunisasi untuk bayi anda mengikut jadual untuk melindunginya daripada mendapat jangkitan yang teruk.

Daftar kelahiran bayi anda dalam masa 14 hari

Idealkah Berat Bayi Anda?

Idealkah Berat Bayi Anda?

Melihat bayi yang sihat atau montel memang membuat kita rasa geram. Namum pernahkah anda terfikir apakah berat tubuh bayi anda adalah berat yang ideal dan bersesuaian dengannya? Jangan terlalu asyik dan suka bila melihat tubuh bayi semakin montel kerana jika alpa, bermakna anda membiarkan risiko obesiti menghampiri bayi anda.

Berat Ideal

Berat bayi yang normal sewaktu lahir adalah 2.5 kilogram ke atas. Jika kurang dari angka itu, bermakna bayi lahir dengan berat tubuh yang kurang. Kenaikan berat tubuh bayi yang normal dan sihat boleh dilihat dalam 3 bulan pertama. Pada usia 1 hingga 3 bulan, kenaikan berat tubuh yang normal adalah antara 150 - 250 gram seminggu. Pada usia 4 - 6 bulan pula, kenaikan berat badannya haruslah antara 350 - 450 gram sebulan. Pada usia antara 10 hingga 12 bulan pula, berat badan si kecil sebaiknya bertambah antara 250 - 350 gram sebulan.

Antara 1 hingga 6 bulan, pertambahan berat tubuh bayi biasanya berlaku dengan cepat. Apabila masuk usia 6 bulan ke atas, pertambahannya akan mula perlahan. Salah satu faktornya kerana bayi sudah mulai aktif bergerak. Hati-hati jika bayi yang berusia lingkungan 4 bulan hanya mengalami pertambahan berat tubuh kurang dari 200 gram seminggu, itu bermakna bayi mungkin menghadapi masalah kurang makan.

Bayi Sihat Vs Obesiti

Selalunya orang menyangka bayi yang montel dan berisi adalah bayi yang sihat tanpa disedari bahawa bayi itu berisiko menuju ke arah obesiti. Bayi akan menjadi gemuk jika jumlah makanan yang diambil melebihi dari keperluan tubuhnya. Kalori yang berlebihan akan terkumpul dan tersimpan menjadi lemak. Sel-sel lemak ini akan membesar dan melebihi dari jumlah yang dimiliki oleh bayi dengan berat tubuh yang normal.

Selalunya, si kecil yang tergolong gemuk mempunyai selera makan yang tinggi kerana telah diajari dengan tabiat pemakanan sebegitu. Kerana itu si kecil yang berat tubuh berlebihan selalunya sukar untuk turun berat badan kerana mempunyai nafsu makan yang tinggi.

Anda perlu risau dengan fenomena ini kerana obesiti berisiko menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan dan penyakit. Si kecil yang obesiti berisiko mendapat hipertensi (darah tinggi), diabetes dan gangguan ortopedik.

Diet Pada Bayi

Sebaiknya bayi yang baru lahir hingga berusia 6 bulan diberi susu ibu berbanding susu formula. Ini kerana susu lembu mempunyai kadar lemak yang lebih tinggi dari susu ibu. Diet pada anak yang berusia 1 tahun ke bawah seeloknya dilakukan setelah mendapat konsultasi doktor. Mengurangkan jumlah makanan yang diambil bukanlah satu tindakan bijak kerana si kecil sedang dalam proses tumbesaran dimana dia amat memerlukan gizi yang baik untuk tubuhnya.

Sebaiknya berikan anak makanan yang mengandungi serat yang tinggi dan paling penting, elakkan dari makanan yang manis, berlemak dan juga makanan segera

Jom Lihat Zodiak Si Kecil...

Jom Lihat Zodiak Si Kecil...

Kita selalu membaca tentang personaliti yang digambarkan melalui zodiak kelahiran. Gambaran Zodiak ini bukan hanya untuk orang dewasa tetapi juga mengambarkan personaliti bayi anda. Nak tahu bagaimana sifat si kecil anda? Jom kita lihat Zodiaknya.

AQUARIUS (20 JANUARI - 18 FEBRUARI)

Si Comel Aquarius mempunyai sifat kepimpinan, bijak dan cergas. Namun dia kurang pandai memulakan pergaulan. Anda boleh membantunya dengan sentiasa mendedahkannya pada persekitaran yang ceria dengan teman-teman seusianya untuk membantu dalam meningkatkan kemampuan bersosialnya.

PISCES ( 19 FEBRUARI - 20 MAC)
Si Kecil Pisces kena dapat perhatian lebih kerana mudah stress dengan faktor sekelilingnya. Kerana itu dia amat sensitif dan mudah menangis. Emosinya mudah tersentuh. Walaupun begitu Si Comel Pisces seorang yang mudah memberi dan menerima selain suka membantu.

ARIES ( 21 MAC - 19 APRIL)
Seorang yang aktif dan kerana itu anda perlu memberi perhatian pada Si Kecil Aries. Dia sukar duduk diam, ada saja yang ingin dilakukannya menyebabkan anda juga harus sentiasa mengawasinya. Keinginannya untuk meneroka ruang sekelilingnya amat tinggi dan ini mungkin menyebabkan dia sukar mendengar arahan anda. Kerana itu Si Kecil Aries mudah menonjol di kalangan rakan-rakannya kerana sikap yang selalu ingin menunjukkan kelebihan dan kepandainya.

TAURUS (20 APRIL - 20 MEI)
Si Kecil Taurus seorang yang berdikari namun agak degil dan suka melakukan sesuatu mengikut kehendaknya sendiri. Dia sentiasa mahukan perhatian dan belaian anda dan sukakan persekitaran yang tenang untuk melakukan aktivitinya.

GEMINI (21 MEI - 21 JUNE)
Si Kecil Gemini memang seorang yang aktif dan suka bergerak. Sifat ingin tahunya tinggi. Kerana itu dia suka meneroka ruang persekitarannya apatah lagi jika ia suasana yang baru baginya. Sikapnya yang suka menjelajah membuatnya tidak kenal rasa takut. Kerana itu Si Kecil Gemini tergolong pintar dan kreatif. Anda harus sentiasa memberi sokongan dan rangsangan agar dia tidak cepat bosan.

CANCER (22 JUN - 22 JULAI)
Mood Si Kecil Cancer sering berubah dan sering membuat kejutan. Kerana itu tidak hairanlah emosinya mudah terganggu dan mudah menangis. Dia sentiasa mahukan perhatian anda. Namun begitu Si Kecil Cancer mempunyai daya ingatan yang tinggi berdasarkan pengalaman yang dilaluinya.

LEO (23 JULAI - 22 OGOS)
Cerewetnya Si Kecil Leo. Dia mahu anda sentiasa menuruti kemahuannya. Dia sukakan perhatian orang sekelilingnya namun sukar berkongsi. Kerana itu dia mudah bertengkar kerana tidak mahu berkongsi permainan. Apa yang didapatinya mahu dikuasai olehnya sendiri.

VIRGO (23 OGOS - 22 SEPTEMBER)
Si Kecil yang aktif dan suka membantu. Tidak banyak karenah dan sukakan apa sahaja yang disediakan untuknya. Si Comel ini juga suka aktiviti yang bersifat rutin dan suka beriadah dengan rakan-rakannya.

LIBRA (23 SEPTEMBER - 22 OKTOBER)
Si Kecil Libra pandai memujuk dan membuat anda cair dengannya. Dia sukakan perhatian dari orang di sekelilingnya. Sekalipun emosinya mudah terganggu namun dia suka jika mempunyai rakan-rakan di persekitarannya kerana sikapnya yang pandai bersosial.

SCORPIO (23 OKTOBER - 21 NOVEMBER)
Bijak dan berusaha untuk mendapatkan apa yang diingininya adalah sikap Si Kecil Scorpio. Tetapi ada kalanya dia suka mengambil kesempatan daripada orang di sekelilingnya.

SAGITTARIUS (22 NOVEMBER - 21 DISEMBER)
Si Kecil Sagittarius mudah dibawa kemana sahaja kerana sikapnya yang pandai membawa diri. Semangatnya tinggi dan sukakan kebebasan serta cabaran di sekelilingnya.

CAPRICORN (22 DISEMBER - 19 JANUARI)
Si Kecil Capricorn seorang yang berdisiplin dan melakukan sesuatu dengan tujuan yang jelas. Malah dia sukakan penghargaan atas apa yang telah dilakukannya. Dia juga tidak suka terburu-buru dan jika melakukan sesuatu, dia akan lakukan sekadar yang termampu dan tidak suka memaksa dirinya

RUAM LAMPIN

RUAM LAMPIN

Ini adalah keadaan di mana kulit bayi, terutamanya pada bahagian punggung, kemaluan, selangkang dan bahagian dalam peha, menjadi merah dan mengalami keradangan. Kulit bayi adalah sangat sensitif dan jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh beransur menjadi luka merah dan boleh mendapat jangkitan.



Gejala-gejala

* Tompokan kasar dan merah pada bahagian punggung, kemaluan, selangkang dan peha.
*Lepuhan
*Luka kemerahan

Komplikasi

*Jangkitan bakteria dan kulat pada ruam.
*Jangkitan salur kencing.
*Ruam alahan kulit (Ekzema)

Punca-punca

Iritasi kulit disebabkan oleh
*Sentuhan berpanjangan dengan lampin yang basah dan najis.
*Sabun yang tidak dibasuh keluar sepenuhnya selepas mandi.
*Perubahan dalam pemakanan bayi yangmenyebabkan kencing dan najis lebih mengiritasi
kulit.
*Alahan atau iritan sentuhan pada ruangan dalaman lampin.

Penjagaan kendiri

*Tukar lampin bayi dengan lebih kerap.
*Sapukan krim penghadang pada bahagian yang cenderung setiap kali lampin ditukar.
*Biarkan bahagian sulit terdedah selama yang mungkin.
*Gunakan lampin berkualiti baik yang memastikan punggung bayi senantiasa kering.
*Runding dengan doktor jika ruam menjadi lebih teruk atau tidak sembuh.
*Sapukan krim penghadang sebanyak yang mungkin.
*Jangan guna lampin selama yang mungkin.
*Jangan gunakan seluar plastik.

Rutin penukaran lampin

*Cuci punggung bayi dengan bebola kapas. Guna sabun yang tidak berminyak wangi.
*Tepuk kering dan biarkan terdedah sehingga kering.
*Guna krim penghadang ataupun krim perlindungan.
*Bilas lampin yang kotor sebelum memasukkannya ke dalam baldi yang berisi cecair perendam lampin atau basuh serta-merta.
*Jemur lampin sepenuhnya di bawah sinaran matahari.
*Ambil langkah-langkah untuk mencegah berlakunya ruam lampin dari merawatnya

KERAK DIKEPALA BAYI

KERAK DIKEPALA BAYI

Apakah itu kerak kepala?

Kerak kepala kelihatan seperti kondisi kelemumur yang parah. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Dalam sedikit masa, sisik-sisik itu mula menanggal dan menjadi senang untuk dihapus buang, seperti kelemumur, tetapi selalunya ada rambut bayi yang terlekat.

Kadangkala kerak kepala boleh menutupi seluruh kulit kepala tetapi ia juga boleh timbul di muka bayi, di keliling ruang lampin, ketiak dan hidung; di tempat-tempat ini ia diberi nama ekzema seborea (dermatitis) bukan kerak kepala.

Kerak kepala kerap berlaku di kalangan bayi bawah usia lapan bulan, sebab ia lazimnya bermula semasa tiga bulan pertama kehidupan bayi, tetapi boleh berlanjutan untuk beberapa minggu atau bulan lagi. Ia juga boleh berlaku bagi bayi yang lebih tua dan bayi bertatih. Walaupun kondisi itu kelihatan agak buruk, ianya tidaklah gatal dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaaan. Ianya tidak merbahaya dan tidak perlu dibimbangkan.

Apa menyebabkannya?

Adalah disangka ianya akibat hormon yang tertinggal dalam badan bayi anda dari kehamilan. Hormon itu merangsangkan sekresi dari kelenjar yang ada pada kulit kepala, membuatkan sel-sel kulit atas kepala bayi anda melekat ke kulit kepala. Sekresi berkurangan beberapa minggu atau bulan selepas kelahiran, justeru menerangkan bagaimana ia boleh hilang begitu sahaja.

Ia juga dikaitkan dengan sejarah kondisi alergi keluarga, seperti ekzema, termasuk masalah dermatitis seborea lain, iaitu kelemumur, di masa dewasa kelak.

Berapa lamakah ianya berlanjutan?

Ia selalunya hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan selepas kelahiran. Dalam kebanyakan kes ianya hilang apabila usia anak anda dua tahun, tetapi boleh berlanjutan atau datang semula secara bertompok-tompok untuk masa yang lebih lama.

Bolehkah ianya dirawat?

Terdapat beberapa strategi yang anda boleh cuba untuk menanggalkan sisik-sisik itu:

• Basuh rambut bayi anda secara kerap dengan syampu bayi kemudian tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus lembut.

• Gosok minyak bayi yang lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi anda, biarkan sekejap (semalaman jika mahu) kemudian tanggalkan kepingan-kepingan itu, dan buangkan minyak pada rambut dengan syampu bayi yang lembut.

Dalam kes-kes yang teruk di mana kerak kepala itu menjadi radang atau mendapat infeksi, doktor anda boleh mempreskripsikan krim antifungus, seperti krim 2 peratus ketokonazola.

Suda tentu anda teringin untuk duduk dan mengikis lapisan kerak atas kepala anak anda, tetapi elakkan ini, sebab membuat demikian akan menyebabkan tompok-tompok kemerahan yang boleh mendapat infeksi.

Kerak kepala akan hilang dengan sendirinya, tetapi bercakaplah dengan doktor atau pakar pediatrik anda jika kondisi itu berlarutan, atau menjadi lebih parah, atau merebak ke muka atau leher anak anda.

Kenali masalah kulit bayi anda

Kenali masalah kulit bayi anda

Geram sungguh melihat kulit bayi yang sungguh lembut dan mulus. Bagaimanapun, kulit bayi yang halus dan lembut ini mudah sensitif dan sentiasa terdedah kepada pelbagai penyakit. Ikuti beberapa masalah kulit yang dihadapi oleh bayi.

RUAM

Ruam merupakan masalah utama yang dihadapi oleh ibu-ibu yang memiliki anak kecil. Kulit mereka yang sensitif cepat bertindak balas dengan kerengsaan yang berlaku. Terdapat dua jenis ruam iaitu ruam panas, ruam lampin dan ruam susu.

1.Ruam panas

Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas.

Rawatan: Elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. Kain kapas merupakan alternatif terbaik untuk dipakaikan kepada bayi anda berbanding nilon dan poliester.

2.Ruam lampin

Ruam lampin pula merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi. Ruam lampin boleh berlaku jika bayi anda dibiarkan terlalu lama memakai lampinnya yang kotor kerana air kencing mahupun najis.

Rawatan: Segera ganti lampin setiap kali bayi buang air besar atau kecil. Bersihkan dengan air suam, bila perlu dengan sabun halus dan bilas sampai bersih dan keringkan. Hati-hati pada keadaan bayi yang alah pada penggunaan sabun. Sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit yang sedang radang terhadap hubungan dengan iritasi.

3.Ruam susu

Ruam susu ialah bintik-bintik putih yang sering muncul di muka, leher dan atas dada bayi.

Rawatan: Jika anda terlihat bintik-bintik seperti ini, tidak perlu risau kerana ia akan hilang begitu sahaja.

EKZEMA

Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. Keadaan ini menyebabkan rasa sangat gatal.

Rawatan: Tiada ubat yang boleh mengubati ekzema sehingga pulih. Mengawal ekzema secara berkesan boleh dibuat dengan mengamalkan sistem rawatan asas yang mudah.

ALERGI

Kulit terdapat kemerahan disertai rasa gatal yang timbul secara tiba-tiba. Biasanya ia berpunca daripada makanan, perubahan cuaca,ubat, binatang peliharaan, serangga dan sebagainya. Reaksi alergi pada kulit terjadi setelah tubuh berhubungan dengan suatu alergen, sama ada yang dihirup (misalnya debu), dimakan (misalnya makanan dan ubat), yang menempel di kulit (alergi kontak), disuntikkan (alergi ubat), atau gigitan (alergi gigitan serangga)

PERINGKAT-PERINGKAT KELAHIRAN

PERINGKAT-PERINGKAT KELAHIRAN


Kelahiran dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama bermula dengan bukaan servix dari 1 cm-10 cm. Peringkat kedua pula ialah kelahiran bayi dan yang ketiga kelahiran uri dari rahim.

Peringkat Pertama

Ialah peringkat yang paling lama. Disini bermula apabila anda mengalami kontraksi dan serviks anda membuka secara perlahan-lahan. Peringkat ini pula terbahagi kepada 2 iaitu fasa laten dan fasa aktif. Fasa laten ialah apabila serviks membuka dianatara 1-3 cm dan selalunya mengambil masa 8 jam maksima.

Kebanyakkan wanita tidak merasa terlalu sakit pada waktu ini kerana kontraksi tidaklah begitu kuat dan kerap lagi.

Fasa aktif pula ialah dimana kontraksi sudah mencapai tahap kuat dan serviks anda sudahpun membuka lebih dari 3 cm. Kontraksi mungkin terjadi setiap 4-5 min dan semakin lama untuk berhenti.

Anda boleh meminta ubat penahan sakit untuk mengurangkan sakit anda. Berbincanglah dengan doktor apa pilihan ada untuk mengurangkan sakit anda. Jangan cuba untuk meneran kerana ia tidak menolong anda mempercepatkan proses bersalin, sebaliknya ia boleh mengurangkan tenaga anda untuk proses meneran yang sebenarnya. Serviks selalunya membuka 1 cm setiap jam bagi anak sulung dan ia menjadi lebih cepat bagi kehamilan seterusnya.

Peringkat Kedua

Pada masa ini serviks sudahpun terbuka sebanyak 10 cm. Kontraksi sudah berada pada tahap maksima dan anda akan merasa kesakitan yang ketara. Bila kepala bayi sudah mencecah otot pelvis, anda akan merasai satu perasaan untuk meneran. Pada masa inilah anda digalakan untuk mempraktis teknik pernafasan yang diajar dikelas antental. Peringkat ini berakhir dengan kelahiran bayi selalunya berakhir kurang dari 1 jam.

Peringkat Ketiga

Anda dibenarkan memegang dan mencium sicomel anda pada masa ini. Peringkat ini berakhir dengan pengeluaran uri yang lengkap. Ia selalunya berakhir kurang dari ½ jam.

Apa yang berlaku selepas bersalin

Selepas bersalin, doktor selalunya akan memeriksa tekanan darah, denyutan nadi dan pengecutan rahim untuk memastikan semuanya normal. Untuk beberapa jam seterusnya, anda mungkin akan merasa sakit seperti senggugut dan kadang-kadang ia berlanjutan untuk beberapa hari.

Anda digalakan untuk memberikan susu badan kepada bayi. Bagi yang tidak mampu menyusukan, infant formula akan diberikan. Bayi akan diperiksa secara menyeluruh oleh pakar bayi dan sekiranya tiada masalah, anda dan bayi akan dibenarkan pulang keesokkan harinya

TIPS SI COMEL TIDUR LENA

TIPS SI COMEL TIDUR LENA

*Urutan tubuh.

Anda urutlah bayi anda dengan urutan asas dimana anda haruslah mengurutnya di seluruh bahagian tubuhnya bermula dari bahagian kaki, tangan dan badan si manja. Tahukan anda dengan urutan sebenarnya anda mampu membuatkan bayi anda tidur dengan lebih lena lagi. Saranan Suri adalah baik sekiranya anda lakukan urutan tersebut selepas bayi anda selesai mandi pagi atau petang.

*Mendodoikan bayi dengan lembut.

Pada dasarnya bayi anda akan lebih selesa apabila berada dalam dakapan si ibunya. Mengapa kerana bayi anda akan berasa selamat untuk seketika waktu.

*Dukung pada bahu.

Bayi akan meresa lebih selamat dan selesa sekiranya di dukungkan dengan cara begini kerana ia dapat mendengar alauna lagu yang anda nyanyikan kepadanya. Disamping itu bayi anda juga akan dapat melihat benda-benda yang berada di sekelilingnya dengan lebih jelas lagi. Lama – kelamaan si bayi akan tidur degan sendirinya. ;)

*Tepuk manja. (si manja sedang tidur mengiring)

Tepuklah punggu bayi anda secara perlahan-lahan dengan lembut secara berirama kerana dengan cara ini bayi anda akan berasa lega. Tapi ingat ketika bayi anda telah tidur maka anda haruslah berhentikan diri anda dari terus menepuk si manja.

Balutan.

Apabila bayi anda suda lena tidur, makan anda ambillah waktu tersebut untuk membalutkan bayi anda dengan selimut yang sedikit nipis. Pastikan balutan tersebut tidak terlalu kuat dan ketat. Tahukan anda dengan cara ini akan membuatkan bayi anda tidur dalam keadaan selamat di samping dapat membantunya tidur denga lebih lama lagi tanpa sebarang ganguan terserentak dari tidurnya.

*Tetapkan waktu tidur.

Biasakan bayi atau si manja anda tidur pada satu-satu masa yang di tetapkan. Supaya bayi anda akan mudah merasa mengatuk tika waktu tidurnya sudah tiba.

*Pencahayaan.

Bayi tidak suka tidur dalam keadaan terlalu terang – benderang. Akan tetapi bayi lebih suka tidur pada kedaan pencahayaan yang suram. Cara ini memudahkan bayi anda tidur dengan lena sambil diiringi muzik zikir yang melembutkan. Insyallah bayi anda akan tidur dengan sebaiknya. Pencahayan juga perlu supaya kita sebagai ibu bapa akan dapat mengawasi kedaan bayi dengan lebih baik lagi.

*Beri Bayi anda makan awal.

Tahukah anda bayi anda akan dapat tidur dengan lenanya sekiranya makanan yang anda berikan kepadanya mencukupi. Ini akan mengurangkan peningkatan bayi anda untuk terjaga semula dari tidurnya

GASTRIK KETIKA HAMIL

GASTRIK KETIKA HAMIL

Wanita hamil seringkali mengalami bisa hati atau gastric. Ini disebabkan oleh timbunan gastric acid dalam perutnya. Perjalanan tali usus menjadi lebih lembap ketika hamil. Rahim yang kian membesar menekan pada perut menyebabkan asid perut bertakung. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan atau kepedihan pada bahagian ulu hati. Masalah ini mudah diatasi dengan meminum lebih susu dan menentukan perutnya tidak kosong dengan memakan makanan sedikit-sedikit tetapi kerapkali. Jika masalah ini menjadi lebih teruk, rawatan yang khusus boleh diberikan dengan memberi ubat yang mengandungi Antacid seperti gelusil actal atau magnesium trisillicate

Ibu Hamil yg Tidur Bedengkur Bayinya Lebih Ringan Daripada Berat Yang Normal

Ibu Hamil yg Tidur Bedengkur Bayinya Lebih Ringan Daripada Berat Yang Normal

Berdengkur menandakan adanya gangguan nafas yang mengurangi kualiti tidur seseorang. Pada ibu hamil, berdengkur juga berimpak pada pertumbuhan janin dalam kandungan sehingga cenderung lahir dengan berat badan lebih rendah.

Untuk membuktikan hal itu, sebuah penelitian berskala kecil dilakukan oleh Dr Alison Fung dari Melbourne's Mercy Hospital for Women. Penelitian itu melibatkan 41 ibu hamil di Victoria, 10 di antaranya dilaporkan berdengkur oleh suaminya saat tidur.

Dr Fung yang merupakan seorang doktor kandungan mengamati pertumbuhan janin melalui Ultrasonografi (USG) serta mengukur berat badan bayi saat lahir. Ia lalu membandingkannya dengan kebiasaan berdengkur yang dialami para isteri, berdasarkan laporan para suami.

Hasil analisis menunjukkan, kesepuluh ibu hamil yang kalau tidur selalu berdengkur akhirnya melahirkan bayi dengan berat badan rata-rata 30 peratus lebih rendah dari normal. Keadaan yang sama hanya dialami oleh 6 dari 31 isteri yang tidak berdengkur, atau kurang lebih hanya 20 peratus.

Temuan ini membuktikan, kebiasaan berdengkur pada ibu hamil berkaitan dengan perkembangan janin dan berat badannya waktu lahir. Meski demikian, Dr Fung mengimbau ibu hamil agar tidak terlalu cemas kerana temuan ini masih harus diteliti lebih lanjut.

"Kami membuktikan bahawa kecenderungan berdengkur saat hamil boleh menghambat pertumbuhan janin, tapi ini belum bisa dipastikan," ungkap Dr Fung yang akan mempresentasikan temuannya ini dalam Australasian Sleep Conference di Sydney, seperti dikutip dari Ninemsn.

Berdengkur dialami oleh 20-35 peratus ibu hamil, bahkan yang semula tidak pernah berdengkur. Diyakini, peningkatan berat badan saat hamil membuat otot pernafasan terdesak sehingga menyempit di bahagian tenggorokan lalu berbunyi saat dilewati udara.

Meski tidak semua, kebanyakan orang yang ngorok akan mengalami Obstructive Sleep Apnea (OSA) atau henti nafas saat tidur. Menurut penelitian, OSA menyebabkan suplai oksigen tidak lancar dan ini diyakini dapat mempengaruhi pertumbuhan janin dalam kandungan

ADAKAH SUSU IBU BOLEH TERCEMAR ??

ADAKAH SUSU IBU BOLEH TERCEMAR ??

Adakah susu ibu boleh tercemar?

Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.

Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..

Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar..

Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.

Payudara adalah steril

payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi. Ini kerana, ‘askar-askar’ dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.

Ini berbeza bila susu yang disimpan. Askar2 tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut

Susu ibu basi?

Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju.
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.

Susu ibu pelbagai rasa..

Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.
Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.

Susu ibu boleh bertukar warna

Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.

NIKMAT MENJADI SEORANG IBU


NIKMAT MENJADI SEORANG IBU

Ungkapan " Syurga di bawah telapak kaki Ibu ", cukup mengambarkan betapa istimewanya menjadi seorang wanita yang bergelar ibu. Walaupun tugas dan tanggungjawab yang dipikul amat berat, ia tidak seharusnya menimbulkan keluh kesah kepada Ibu.

Sebenarnya jika anda tahu apa yang bakal anda perolehi sebelum dan semasa bergelar ibu, anda tentu ingin menjadi ibu untuk selama-lamanya. Mari kita sama-sama berkongsi himpunan dari hadis-hadis Rasulullah S.A.W tentang KEISTIMEWAAN IBU.

Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para Malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.

Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat baginya pahala orang-orang yang berjihad kepada jalan Allah.

Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya Allah berikan dia satu kebajikan.

Apabila semalaman sibuk tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membinan agama Allah


Apa yang tercatat di sini adalah sebahagian kecil dari keistimewaan seorang ibu disisi Allah. Kalau kupu-kupu pun tahu meletakkan telurnya di bawah daun supaya musuh tidak memusnahkannya, anda sebagai ibu betapalah lagi patut kasih dan cinta terhadap bayi-bayi anda sendiri, yang dilahirkan dengan segala derita dan susah payah

PENYIMPANAN SUSU IBU

PENYIMPANAN SUSU IBU

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Expressed Breast Milk (EBM)

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

* bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
* catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
* simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
* jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
* susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
* jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
* sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
* jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang

SUSU IBU CAIR BUKAN TAK BERKHASIAT

SUSU IBU CAIR BUKAN TAK BERKHASIAT

Kajian menunjukkan bahawa kandungan lemak dan tenaga dalam susu ibu sebenarnya meningkat selepas bayi berumur setahun. Susu ibu disesuaikan dengan perkembangan anak-anak, membekalkan jumlah khasiat secukupnya pada masa yang diperlukan. Malah, kajian juga menunjukkan antara umur 12 hingga 24 bulan, 448 milimeter susu ibu membekalkan peratusan berikut untuk keperluan harian minima anak anda:

1. Tenaga 29%,
2. Folate 76%,
3. Protin 43%,
4.Vitamin B12 94%,
5. Kalsium 36%,
6. Vitamin C 60%,
7. Vitamin A 75%

Mencairkan Perahan Susu Ibu yang disejukkan/dibekukan

Mencairkan Perahan Susu Ibu yang disejukkan/dibekukan

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;

* Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
* Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
* Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
* Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda

2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);

* Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
* Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.

TIPS PENTING:

1. Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu). Rujuk artikel Penyimpan Susu Ibu.
2. Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
3. Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
4. Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
5. Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
6. Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH:

* TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
* TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
* TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
* Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.

Susu perahan juga boleh dipanaskan menggunakan pemanas (warmer):

AJAIBNYA TANGAN SEORANG IBU

AJAIBNYA TANGAN SEORANG IBU

Ketika kita lapar…tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus…tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis…tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira…tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk…tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi…tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah…tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan…tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit…di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad…
Ketika jenazah ibu nak dimandikan…
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib…
Sentuhan ibu, sentuhan kasih…
Boleh membawa ke Syurga Firdausi…
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi

SIFAT KEIBUAN MEMBUAT OTAK LEBIH CERDAS

SIFAT KEIBUAN MEMBUAT OTAK LEBIH CERDAS

Beruntunglah bagi mereka yang punya sifat keibuan. Meski belum menjadi ibu, wanita yang punya sifat lemah lembut dan penyayang layaknya seorang ibu dapat menghasilkan sel-sel saraf baru di otaknya yang mungkin akan membuatnya lebih cerdas. Demikian hasil kajian para peneliti.

Setidaknya itulah hasil kajian yang diiungkapkan oleh peneliti dari Tufts University’s Cummings School of Veterinary Medicine, London. Meskipun kajian ini baru dilakukan pada tikus, namun otak tikus yang dianalogikan sebagai otak manusia itu terbukti mengalami pertumbuhan sel-sel baru ketika melakukan aktiviti seorang ibu.

Dalam kajiannya, tikus yang belum pernah melahirkan diberi seekor haiwan peliharaan untuk membangkitkan rasa keibuannya. Tikus-tikus itu dirangsang untuk dapat berperilaku seperti seorang ibu diantaranya melindungi piaraan menggunakan tubuhnya hingga mengantarnya tidur di sarangnya. Dari hasil scan otak tikus selama kajian berlangsung, terjadi peningkatan jumlah sel-sel saraf di otak tikus.

Kajian sebelumnya pernah menyebutkan bahwa haiwan pengerat yang sedang menyusui (laktasi) mengalami peningkatan formasi sel saraf pada otaknya. Namun kajian ini adalah kajian pertama yang menunjukkan manfaat sifat keibuan pada makhluk hidup yang belum memiliki anak.

Peneliti memfokuskan penelitian pada bagian otak subventricular, yaitu bagian otak yang memproduksi sel-sel yang berhubungan dengan pengenalan bau dan sifat-sifat keibuan. Tikus betina dewasa yang bersikap keibuan dilaporkan lebih banyak memiliki sel-sel saraf pada bagian otak tersebut daripada tikus yang tidak pernah berhubungan dengan anak-anak.

Meski demikian peneliti masih belum tahu penyebab peningkatan produksi sel-sel otak pada tikus. Namun peneliti menduga hal itu disebabkan oleh hormon prolaktin yang menstimulasi perilaku keibuan dan pembentukan formasi sel saraf di otak. Semakin sering berhubungan dengan anak-anak maka produksi sel saraf di otak akan semakin meningkat.

“Kjian ini menunjukkan bahwa memiliki sifat keibuan adalah sebuah keuntungan dan anugerah. Terbukti dengan berperilaku seperti seorang ibu, sel-sel baru akan tumbuh pada otak dan mungkin akan membuat seseorang lebih cerdas. Beruntunglah mereka yang akan dan sudah menjadi seorang ibu,” kata sang peneliti, Robert Bridges seperti dilansir dari Livescience, Selasa (22/12/2009)

TIPS MENGATASI BAYI TERSEDAK SUSU

TIPS MENGATASI BAYI TERSEDAK SUSU

Sejak akhir-akhir ini banyak kes kematian bayi akibat tersedak susu, boleh dikatakan setiap bulan ade saja kes sebegini dilaporkan.Bayi hanya insan yang kecil tidak mengenali apa-apa lagi perbuatan manusia ,tidak mampu untuk mengalihkan botol susu tersebut hanyalah mengharapkan insan-insan disekelilingnya menjaganya..

Apabila terjadinya kejadian seperti itu sudah tentu sekali ibu bapa tersebut berasa amat sesal kerana kecuaian mereka atau pengasuh yang tidak ambil berat tentang keselamatan bayi tersebut. sumber dari Metro ini kami ringkaskan untuk peringatan semua.


Sebab-sebab bayi tersedak susu

* Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
* lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
* Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan
* Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah

Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi.

* Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
* Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
* Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
* Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
* Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

Cara Rawatan jikalau Bayi Tersedak susu

* Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.
* Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar ,
* dalam keadaan duduk menghadap kehadapan
* tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan
* Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan.
* Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Minum susu botol

Hari ni Qa'id dh berumur 1 bln 4 mgu ... tgl lg 1 bln lbh je lg aku akn bersama qa'id sblm msuk keje smla.

skang dh kena ajar bby minum susu pakai botol .... nnt senang nk tinggalkan baby pada pengasuh!!

Gelagat Qa'id


uuuhhhhhhuuuaaaarrgghhh .... best nye menguap


saya mengantuk lagi la ibu ...




eceh, senyum senyum plak dia ...