Thursday, August 30, 2012

Raya pertama

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Memang tidak dapat dinafikan lagi, raya kali ni merupakan julung kalinya anakanda al-qa'id menyambut aidilfitri ... senang cerita raya pertama dalam hidup anakanda al-qa'id. pada umur 9 bulan apa yang qa'id mampu ingat kan. qa'id pun belum tahu apa itu raya. huhuhuhu ... x kisah la, lagipun bila qa'id besar nanti, qa'id akan baca blog yg ibu buat khas untuk qa'id ni. 

Semestinya ibu yg excited lebih. maklumlah, sebagai ibu sudah pastinya akan membuat segala persiapan tuk anakanda dan juga papa. tapi ibu nak cerita tentang persiapan raya dan sambutan raya anakanda al-qa'id je.  

Persiapan sederhana sahaja. tema kali ni hijau. so ibu usaha carikan baju warna hijau tuk qa'id, x kisah la camana sekalipun asal ada hijau. jumaat malam 10/8/12 papa bawa qa'id, ibu dan mak su sarah jenjalan di dowtown jalan reko. memang niatnya nk carikan baju raya untuk qa'id. kat sini tak banyak baju untuk baby usia qa'id. ada juga ibu jumpa baju yg sesuai tapi dia jual asing baju dan seluar. mahal plak tu. sehelai baju dah rm20, seluar rm20 ... rm40 br leh dpt sepasang. dah tu nak kena matchingkan baju dan seluar pulak. buang masa dan duit. akhirnya beli sepasang kasut tuk qa'id then gerak balik.

Esoknya hari sabtu 11/8/12 ibu dan papa ke kedai manjaku. kebetulan pulak kat manjaku ada sale. esok last, nasib baik sempat datang. walaupun dah nak habis sale, tapi pilihan baju banyak lagi. harga sangat murah. sepasang leh dapat rm12.90. beza sangat kan!! branded dan kain berkualiti. corak dan warna menarik dan sesuai tuk baby. akhirnya ibu jumpa baju raya tuk qa'id. kaler hijau oren. happy dan bersyukur sangat. then ibu pilih lagi 4 pasang baju untuk qa'id. so baju raya qa'id ada 5 pasang. siang dan juga malam. puas hati sebab papa bagi green lite. ibu suka !!!

Dah alang-alang murah tu, apa salahnya beli banyak, lagipun qa'id dah makin membesar, dh banyak baju yg tak muat, dan ibu pun jarang beli baju tuk qa'id. so time macam ni la untuk ibu amik kesempatan. memang berbaloi-baloi. so lepas ni dapat la kita sekeluarga beraya dengan penuh kesyukuran. alhamdulillah.

Tiba lah hari yg dinanti 19/8/12 ahad, Yeay.... hari ni hari raya. ibu bangu seawal 6.30 pg tuk bersiap. qa'id masih lg lena. tapi jam 7.30 ibu terpaksa kejutkan qa'id tuk siapkan qa'id. ibu rasa bersalah dan kesian sangat sebab qa'id masih mengantuk dan ibu tak suka kacau qa'id tidur sebenarnya. apatah lg malam td qa'id tidur lewat. tapi ibu terpaksa sebab kita kena pergi ke rumah onyang.

Sewaktu semua orang duk solat sunat raya, terjadi la pulak satu tragedi yg sungguh memilukan. ibu tak tahu camana leh jadi camtu sedangkan qa'id duk sebelah ibu aje. duk main-main dengan jelly, qa'id tetiba melayang dari sofa menjunam jatuh ke lantai tikar rotan di rumah onyang. dahi qa'id mencium lantai, berbekas jalur-jalur rotan pada dahi qa'id. ibu terkejut dan terpempam, terus aje angkat dan gosok dahi qa'id. tenangkan qa'id dan peluk qa'id. qa'id menagis kesakitan.

Tak lama kemudian pak cik cuni sampai dan ibu ceritakan apa yang berlaku. baru ibu sedar yg dahi qa'id benjol, membiru dan calar balar. ibu tak sangka jadi macam tu sekali. rupanya qa'id jatuh di tempat yg sama qa'id terjatuh semalam di rumah. alkisahnya malam td ibu tengah iron baju raya banyak-banyak, qa'id elok aje duk main atas tilam. sambil tgk ibu, qa'id duk main, ibu sambil iron sambil bercakap dengan qa'id. tetiba je qa'id melayang jatuh ke lantai. kepala depan jatuh dulu menyebabkan dahi qa'id terhentak ke lantai. hentakan kuat sebab katil tinggi kot. kesian anak ibu. ibu terus angkat, dukung, gosok-gosok dahi qa'id dan peluk anak ibu. 

Hari ni jatuh lg sekali di tempat yg sama, memang la bengkak biru dahi anak ibu. ibu dah panik dan nak menangis. nasib baik atuk muncul dan atuk minta ais tuk tuam dahi qa'id. tapi qa'id mengelak. qa'id tak mahu, sakit sangat la tu, nak tuam pun tak mahu. ibu dh menangis sambil kehulu kehilir cari papa. 

Ini la penangan pagi raya. ibu rasa sangat bersalah dan terkejut. ibu susukan dn tidurkan qa'id dalam bilik onyang. ibu harap xde yg serius berlaku pada qa'id, seharian ibu tunggu kalau-kalau qa'id muntah atau demam. malam nya plak kita nak gerak balik kampung, lg bertambah-tambah risau dibuatnya. balik dr beraya, ibu terus tidurkan qa'id. malam nye semua keluarga berkumpul di rumah tuk beraya. qa'id nampak cam ok je, ibu suapkan nasi impit. ibu tak mahu qa'id kelaparan. 

Selepas selesai majlis, barulah gerak balik kampung. sepanjang perjalanan qa'id tidur atas tilam baby, hingga la sampai ke kampung baru qa'id jaga. lega rasanya bila qa'id jaga dengan ceria. Ibu dan papa tak beli baby carseat tuk qa'id sebab qa'id memang takkan duduk dalam tu. qa'id bukan jenis yg duk diam di satu tempat. so kalau beli pun, qa'id tak duduk, membazir aje. duit tu bleh guna tuk beli baju or barang-barang keperluan qa'id yg lain.

Ibu stop kat sini tuk kali ni .... nanti ibu sambung cerita qa'id beraya di kampung pulak !!


Friday, August 17, 2012

9 bulan

Hari ni 17/8/12 jumaat, genaplah umur anakanda ibu muhammad al-qa'id ha'il 9 bulan. Subhanallah ... syukur ya Allah ... diatas nikmat rezeki kurniaanMU pada ku .... anak adalah anugerah juga amanah dari Allah swt. Ibu bertanggungjawab menjaga amanah Allah yang tidak ternilai ini dengan sebaik mungkin.  Setakat ini qa'id membesar dengan baik tanpa banyak masalah. harapnya akan berterusan selamanya.

Semoga anak ibu al-qa'id sihat, menjadi anak yg taat, beriman dan beramal soleh, berjaya dalam hidup, bahagia dan panjang umur. Ibu doakan agar semua urusan dan usaha qa'id dipermudahkan oleh Allah swt.

Qa'id anak yang baik, ibu sayang sangat pada qa'id.

Wednesday, August 15, 2012

8 months review

Benda pertama yg berlaku bila qa'id genap 8 bulan ialah, ibu botakkan kepala qa'id buat kali ketiga. 19/7/12 hr khamis, ibu minta tolong mak noor botakkan. kebetulan ibu tinggalkan qa'id di rumah maknoor sebab ibu ada interview PPSPPA di KL. balik dr interview, terus pegi jemput qa'id. tak sabar nak tengok anak ibu. sampai je umah maknoor, ibu tengok kepala qa'id dah botak, ibu teruja sangat. qa'id sangat comel bila kepala gondol. tersangat la comel. licin berkilat dicukur maknoor dan atuk hamzah.

Bila dah gondol, qa'id plak duk geleng-geleng kepala tak henti-henti. agaknya rasa ringan di kepala la tu. mungkin juga pelik sebab rambut dh takde. hehheheh .... comel sangat gelagat qa'id menggelengkan kepala. tersengih-sengih dia. malamnya qa'id jatuh katil buat kesekian kalinya. ibu dah hadang dengan bantal, rupanya qa'id dh pandai panjat bantal tu. aduhaaaiiii anak, bijak nye kamu.

22/7/12 ahad, 3 kali qa'id terjatuh terhentak kepala dalam masa 2 jam. yg paling teruk masa terjatuh yg pertama. qa'id duk berdiri berpaut pada meja tv. entah macamana tetiba dia tak sempat berpaut, terus terlentang dan terhantuk kepala pada lantai. kali kedua masa duk berdiri kat atas karpet, qa'id hilang keseimbangan, terus jatuh, kepala terhentak. kali ketiga plak dalam bilik tidur, terhentak pada kepala katil. ibu betul-betul risau hingga menagis. dalam pada duk memerhati dan berhati-hati tu, jadi jugak. 

25/7/12 rabu, ibu dapat panggilan dari UPM, ibu ditawarkan kerja sambilan jawatan PT(P/O). tempat yg abah rekemenkan. alhamdulillah, dapat la duit raya tuk balik kampung. Maknanya qa'id kena la tinggal di umah maknoor selama ibu bekerja. sedih pulak ibu nk tinggalkan qa'id. 

26/7/12 khamis, ibu lapor diri di Pej Timb Naib Canselor, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, UPM. bermulalah ibu sebagai pekerja sambilan bergaji harisn. syukur padaMu Ya Allah. Qa'id plak bermula la hari pertama tinggal bersama maknoor. 

28/7/12 sabtu, qa'id belajar turun tangga. qa'id hulur tangan dan bila dh cecah lantai, dia cuba tuk turun. maknanya dia periksa dulu ketinggian tangga sebelum berani turun. kalau tinggi dia tak turun. banyak kali juga qa'id cuba dan akhirnya berjaya turun. qa'id tak dapat balance kan badan, tergolek jatuh. tapi percubaan seterusnya berjaya. qa'id tak tergolek lagi. hari yg sama qa'id belajar turun katil plak. qa'id hulurkan kaki ke bawah, dia cuba merasa samada kaki dia cecah lantai atau tidak. tapi tetiba je qa'id menggelongsor turun sebab cadar tertarik. nasib  baik landing tepat. kalau tak, tergolek juga. 

30/7/12 ibu belikan qa'id susu formula. sekarang qa'id dh minum campur. di rumah maknoor qa'id terpaksa minum susu formula, balik umah br dapat susu ibu. ibu perah susu di ofis tapi tk dapat banyak macam dulu. mungkin sebab agak lama tak perah. direct feeding tak sempat nk buat stok langsung. kali ni ibu beli susu lactogen. itu yg paling murah. itu aje yg ibu mampu. semua susu sama je, yg berbeza dan yg terbaik adalah susu ibu.

31/7/12 selasa, ibu perasan gigi qa'id yg keempat (yang kedua belas atas) dah tumbuh. rasa tajam-tajam bila ibu sentuh ngan jari. skang gigi qa'id dah tumbuh 4 batang. alhamdulillah setiap kali gigi tumbuh qa'id tak pernah demam. 

4/8/12 sabtu, qa'id selsema, berjangkit dengan  ibu. sebelum tu 2/8/12 khamis ibu tak pegi keje sebab demam tetiba. ibu tak hantar qa'id ke rumah maknoor. disebabkan ibu tak sihat, maka qa'id pun berjangkit la sama virus flu dr ibu. kesian anak ibu. dah tu ummi yah plak kena selsema juga, dia duk dukung dan cium qa'id, tersebar la virus dr ummi yah plak lagi. amik masa yg lama tuk sembuh sebab selagi ibu tak sembuh, qa'id pun tetap selsema. kesian sangat kat anak ibu. ibu minta maaf ye sayang. 

Hari ni juga ibu perhatikan qa'id turun tangga di pintu utama rumah. ibu biarkan qa'id buat sendiri, qa'id berusaha untuk turun sedaya upaya hingga berjaya. tangga depan pintu utama ada satu aje, tak tinggi dan luas. so qa'id bertenggek di tepi, qa'id rendahkan badan untuk sentuh lantai bawah. bila tersentuh, qa'id pusingkan badan, cuba cecah dengan kaki pula. pi mai pi mai, akhirnya qa'id berjaya turun tangga dengan kaki. ibu bertepuk tangan gembira. bijak sungguh anak ibu. tak putus asa dan berani mencuba, bijak atur langkah dan kuat semangat. bila badan dah cecah lantai bawah, qa'id agak goyah sewaktu nak landing. tapi dqa'id dh boleh imbang badan, so xde la jatuh atau terhentak kepala.

Ptang yang sama, ibu bawa qa'id masuk ke bilik sebab ibu nak solat asar. ibu letak qa'id atas tilam dan ibu masuk ke bilik air. keluar dr bilik air, ibu terkejut tgk qa'id xde atas tilam. rupanya qa'id dah berdiri di bawah berpaut pada cadar. papa yg kebetulan masuk sebelum ibu keluar dr bilik air pun terkejut tengok qa'id berdiri dan menghala ke bilik air. papa cakap dia xde buat apa-apa. ibu apatah lagi. memang sahlah qa'id turun sendiri sebab nak cari ibu dalam bilik air. Ini memang bahaya. silap haribulan qa'id boleh terjatuh sebab cuba tuk turun dari katil.

5/8/12 ahad, qa'id semakin lincah dan aktif meneroka ruang sekeliling. merangkak semakin laju, kerap bangun tuk berdiri bila jumpa meja, kerusi atau dinding. tak kenal erti penat dan letih dan sakit. apatah lagi baju memang sangat kotor sebab duk sapu lantai dengan lutut. kalau dah berpaut pada sesuatu, qa'id automatik akan berdiri, dan bila dh berdiri qa'id akan lepas sebelah tangan, badan pusing belakang, tersengih-sengih tayang gigi. kalau tangan yang berpaut td terlepas, dan qa'id hilang imbangan badan, qa'id akan terjatuh. tapi kali ni qa'id terjatuh terduduk. kalau sebelum ni, terus aje terhentak kepala. maknanya qa'id dah pandai imbangkan badan bila jatuh. 

7/8/12 selasa, masuk hr ke 4 qa'id selsema. tapi qa'id aktif bermain. Papa plak tak benarkan ibu bagi ubat selsema pada qa'id. katanya tak mahu sistem imunisasi dalam badan qa'id jd lemah kalau sakit sikit dh nk bagi ubat. tapi ibu beri juga ubat selsema bila tengok flu qa'id amik masa banyak hari tuk sembuh.

12/8/12 ahad, qa'id asyik duk praktis turun katil. sebelum ni pernah dah turun katil tapi sekali tu je la. qa'id dh tak buat lagi selepas tu. hari ni kebetulan papa ada, papa ajar qa'id turun katil. bila dah turun papa letak qa'id balik semula ke atas tilam, dan qa'id akan cuba turun. seronok pula qa'id ni. jatuh terduduk dan terhantuk pada bucu katil pun tak nangis. 

13/8/12 isnin, ibu bawa qa'id ke Alamanda bersama ummi yah dan mak su sarah. ibu nak survey kasut raya, sebab esok malam nk keluar lagi dengan papa. qa'id mengantuk sangat tapi qa'id tak mahu tidur so, ibu bawa la qa'id jenjalan. membulat mata qa'id. sampai rumah, qa'id terus tidur lena.

15/8/12 rabu, ibu jemput qa'id di rumah maknoor macam biasa. maknoor duk cerita, seharian qa'id main kenyit-kenyit mata. sebelum ni geleng-geleng kepala, kali ni dapat aksi baru pulak, kenyit2 mata. balik umah, atuk la yg duk melayan qa'id main kenyit mata.

Banyak perkara berlaku sepanjang qa'id lapan bulan ni. seronok dapat tengok perkembangan qa'id membesar depan mata. Ibu harap qa'id akan membesar menjadi anak yang baik.



2 hari lagi ....

2 hari lagi umur qa'id meningkat ke 9 bulan. Ibu tak dapat ungkapkan dengan kata-kata bahawa ibu sangat bersyukur, gembira dan bangga dengan qa'id. Terasa begitu cepat masa berlalu. umur qa'id makin meningkat. sedar aje dh 9 bulan. subhanallah !! lagi 3 bulan qa'id akan menginjak umur setahun. sekarang memang rasa cam lambat nye nk tunggu 3 bulan. tapi sebenarnya 3 bulan tu boleh jadi hanya sekelip mata je....

Qa'id begitu cepat membesar, hinggakan ibu sendiri tak sedar dan tak terkejar rasanya. masa plak begitu pantas. belum sempat ibu nk menikmati saat-saat bersama qa'id, qa'id dh maju kedepan terlebih dulu. ibu masih belum puas manja-manja dengan qa'id tapi skang qa'id dh sibuk nk explore dunia sekeliling. bagi qa'id semua yg ada di sekeliling adalah suatu yg baru dan perlu diexplore semaksimum mungkin. sedangkan ibu masih lagi belum puas bermain dengan qa'id.

Sekarang ni memang penat melayan kerenah qa'id. qa'id dh tak mahu duduk diam apatah lagi duduk atas riba ibu mcm baby. qa'id lebih suka merangkak meneroka sekitar dengan perasaan ingin tahu yg tinggi. Qa'id dh pandai turun naik tangga, turun katil, menangis panggil ma ma ma ma, berdiri tanpa berpaut dan segala skil yg lepas-lepas dah semakin mahir. 

Ibu rasa sangat penat untuk mengawal setiap pergerakan qa'id. sekarang semua boleh jadi merbahaya untuk qa'id. qa'id masih belum tahu apa-apa. qa'id kerap terjatuh dan kepala terhentak pada lantai, tapi sekarang qa'id dh boleh imbangi badan. tapi masih juga risau sebab qa'id dah mula memanjat. dan satu lagi ibu susah nak wat keje kalau xde org tuk tengokkan qa'id. sebab qa'id dh bijak cari ibu kat mana. ibu letak depan tv, ibu ke dapur, seminit lepas tu qa'id dh tersembul depan pintu dapur. baju qa'id memang toksah cakap la, kotor hitam. sehari 4 pasang baju salin.

Qa'id hanya akan stop bila tidur sahaja. sekarang ibu rasa qa'id senang tidur. mungkin sebab terlalu penat bergerak aktif. kadang tu susah juga. ikut mood qa'id juga la. apapun ibu harap qa'id sihat walafiat dan ceria sentiasa. Ibu sayang qa'id sangat-sangat dan ibu bangga dengan qa'id !!

Ada masa nnt ibu akan update perkembangan qa'id 8 bulan. ibu x boleh nk update sebab lappy masih belum siap repair. dh sebulan lamanya. entah la ....


Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan Qa'id

Ramadhan pertama buat anakanda qa'id. macam-macam terjadi terutama time berbuka. anak ibu masih kecil, baby lagi, br 8 bulan lebih, memang la tak layak berpuasa lagi. hehehhe. tapi qa'id pun dh mcm org berpuasa juga lagaknya. itu yg buat ibu risau sebenarnya. 

Ibu sempat berpuasa bersama qa'id 5 hari je. hari ke 6 ibu dh mula keje kat tempat baru setelah hampir 4 bulan jadi surirumah.... so ibu terpaksa hantar qa'id ke rumah mak noor. ibu tak tahu camana jadual makan qa'id di rumah mak noor. ibu nak tanya tapi segan plak. selalunya ibu bagi 3 kali sehari. sekarang ibu tak tahu qa'id makan berapa kali sehari. dah tu ibu tak tahu qa'id makan apa kat sana. ibu ada sediakan makanan bekal tuk qa'id. tp entah la, camana agaknya maknoor bg anak ibu makan.

Susu plak ibu terpaksa beli formula milk. kat ofis, ibu perah sekali sehari je. itu pun sikit aje keluar. tak tahu mana silap, pam yg ibu guna tu pun satu hal, dia tak sedut abis. pastu pulak ibu x dapat nk pam 3 jam sekali. kat ofis ibu takde peti sejuk tuk bekukan susu perah. 

Setiap petang ibu jemput qa'id, qa'id dah tahu ibu datang. nampak je ibu tersembul muka pintu, qa'id merangkak laju dapatkan ibu. ada sekali tu qa'id tunggu ibu kat muka pintu. nampak je ibu keluar dr keta, qa'id dh melonjak gembira. seronok sangat.... nasib baik setiap pagi bila hantar qa'id tak meragam atau menangis. yg sedihnya sebab terpaksa kejutkan qa'id pagi-pagi buta. kesian anak ibu. qa'id masih sleepy dan memang qa'id patut tidur lagi. tp dh terpaksa bangun. sebolehnya ibu tak mahu qa'id bangun. tp qa'id kalo dh bangun, mmg xde harapan tuk tidur semula. 3 hingga 4 jam kemudian br qa'id tidur lg. 

Sewaktu berbuka memang mencabar. ibu riba qa'id sambil tu makan. qa'id plak time tu la nak main. so berperang la ibu dengan qa'id dengan papa. mana nak makan, mana nak layan qa'id. qa'id plak semakin aktif, lincah dan agresif. almaklumlah, makan kat bawah. kalau makan kat meja rasanya boleh elak dr menarik minat qa'id untuk mengusik hidangan. qa'id bertindak lebih cepat dan tak dapat dijangka. tp setakat ni belum lg berlaku perkara yg tak diingini. 

Ibu tak sampai hati nk letak dlm baby cot. ibu cadang nk beli walker tapi banyak plak halangan nya. lepas berbuka ibu terlupa dan kadang tu tak sempat nak bagi qa'id makan. qa'id kenyang dengan susu ibu aje. itu pun kalau kenyang la. harap sangat qa'id kenyang. tapi ibu ada juga kasi qa'id buah kurma sebijik dua. dan bagi susu sebelum tidur. 

Time sahur, ibu kena bangun awal tuk susukan qa'id. lepas tu baru ibu leh keluar tuk bantu apa yang patut. ada juga beberapa kali qa'id bangun sama time sahur. pastu dah tak tidur semula. pernah juga ibu tak makan sahur sebab qa'id minta susu sewaktu sahur. kebetulan pula ibu terlewat bangun sahur. memang parah. apapun ibu dahulukan qa'id dalam setiap perkara. ibu pastikan keperluan qa'id dipenuhi baru ibu setelkan hal ibu. ibu sayang qa'id sangat-sangat.

Puasa dh nak abis dh pun. tinggal 4 hr je lg. ibu akan ingat momen yg berlaku sepanjang puasa kali ni. tahun depan kalau umur panjang, kita bersua lagi. mungkin tahun depan dah lain sebab qa'id pun dh besar. InsyaAllah .......

Tuesday, August 7, 2012

Protein

Ibu mula perkenalkan makanan yang mengandungi protein pada qa'id setelah genap umur qa'id 8 bulan. Umur 7 bulan pun dah boleh berikan protin sebenarnya tapi ibu yang tak begitu yakin. sorry sayangku... ibu cuma tambahkan ikan bilis dalam makanan qa'id. itupun sekali dua aje. 

Sekarang pun ibu hanya berikan ayam sahaja. ibu cuba juga berikan ikan tapi papa komplen, katanya hanyir. so ibu cakap pada papa, kalau taknak hanyir, belikan la ikan yg mahal mcm salmon. beberapa hari kemudian papa bawa balik ikan siakap 2 ekor. ibu belum sempat buat apa-apa, wan dh masak ikan siakap tu. hurrmmmm nasib la bila terpaksa berkongsi ni. 

Resepi sama je cuma tambah ayam yang dikukus aje. dan ibu juga buatkan stok ayam untuk qa'id tapi ibu rasa tak perlu buat stok ayam pun xpe. ibu akan cuba pelbagaikan menu untuk qa'id, insyaAllah.

2 atas 2 bawah

Seronok sangat bila tengok anakanda al-qa'id dah ada 4 batang gigi susu. bukan main lagi dia sengih tayang gigi. yang tak tahan nye tu, semakin kerap plak qa'id gigit nenen ibu. seriau dibuatnya. memang mancung la hidung qa'id ibu tarik nnt. hehhhehhe

Macam biasa la memang susah nak snap gambar gigi qa'id. nampak aje ibu pegang kamera, otomatik baby stop sengih ... tangan sibuk duk nak tarik tali kamera .. td bukan main lg bergurau senda bergelak ketawa tayang gigi ... nampak aje kamera, qa'id dah tahu yang ibu nk snap pic dia. sekarang dia dh bijak, nampak kamera aje dia nk sambar. nk pegang dn macam2 lg. kalau sebelum ni qa'id tak heran pun dengan kamera. almaklumlah perasaan ingin tahu baby semakin berkembang. benda lain dah biasa pegang, biasa tengok takde sape larang. tapi kamera memang ibu tak bagi chance tuk qa'id pegang.

Ibu akan update tentang gambar gigi qa'id lain kali. ni pun duk curi-curi update kat komputer ofis. Ibu dh geram tahap maksimum dh ni, lappy ibu tak siap lagi format !!!

Oh my lappy !!

Rindunya kat blog anakanda al-qa'id ni. dah lama ibu menyepi, tak menulis dan berkongsi cerita. ibu bukan bizi sangat pun cuma lappy ibu skang tengah di format. sebelum ni ibu guna windows 8 customer preview. memnag seronok guna wins 8 tu. cuma ibu rasa tak sesuai dengan lappy ibu. lgpun banyak aplikasi yg ibu tak guna. so macam sia-sia aje ibu masukkan wins 8 tp tak manfaatkan benda tu. 

Papa pun tak suka sgt dgn wins 8. katanya leceh. ibu pun tukar la balik semula ke wins 7. minta sepupu papa formatkan. tapi hingga ke hari ni masih belum siap lagi. ibu dh naik rimas dan tensen sebab terlalu rindukan lappy. drpd 20/7/12 hingga 7/8/12 ... agak-agak 18 hr dh ibu berjauhan dengan lappy sampai broadband pun dh kena blocjed. aduhaiiiiiii !!!

Harap sebelum raya, lappy dh pulih dan ibu boleh update tentang qa'id.