Tuesday, September 25, 2012

Demam lagi

Bismilla hirrahmaa nirrahiim

Assalamualaikum wbt .... 

Semalam 24/9/12 selasa, balik dari tempat kerja, ibu tunggu papa balik untuk pergi jemput qa'id. so ibu mandi dan nak bersiap. tapi tak lama kemudian papa balik bersama qa'id. bagus la papa dah balik dan qa'id pun ada sama. 

Papa masuk ke bilik tapi ibu tengah solat asar. papa keluar semula sebab tak mahu ganggu ibu solat. selesai solat papa masuk semula ke bilik. ibu tengok qa'id diam aje. tapi ibu tak syak apa-apa. then papa inform, qa'id demam. terus ibu amik qa'id, dukung qa'id dan peluk si manja ibu. 

Memang badan qa'id sangat panas. qa'id pun merengek kesakitan. mungkin tak selesa bila badan tak sihat. ibu susukan qa'id. qa'id terlelap. ibu tenung qa'id yang terlena, sayu, sebak, sedih dan bingung. qa'id baru sahaja sembuh demam seminggu ... dah demam balik semula.

Ibu tanya papa, ada ke sesapa yg demam di rumah mak noor. papa cakap dia tak tahu .... ibu menitiskan air mata ... kerisauan menyelubungi .... ibu tak suka lihat qa'id sakit. sakit hati ibu melihat qa'id sakit. walaupun hanya demam. kalau ibu boleh pindahkan demam tu, ibu sanggup tanggung demam tu.

Ibu letakkan cool fever di belakang qa'id. sengaja ibu buat macam tu sebabnya kalau tampal di dahi qa'id akan tanggalkan. lepas maghrib, wan lumurkan asam jawa ke kepala dan badan qa'id. wan basahkan kain napkin dan balutkan badan qa'id. selepas asar td ibu buka baju qa'id da lapkan badan qa'id dengan napkin basah, kurang sikit panas. wan balut lg badan qa'id dengan napkin basah supaya panas tu cepat diserap.

Malam td qa'id tidur tanpa baju. hanya pakai lampin dan seluar pendek. wan suruh ibu buat macam tu supaya suhu panas dalam badan cepat keluar. dan ibu perlahankan kipas agar qa'id tidak terlalu sejuk. kalau demam qa'id tak juga sembuh, ibu akan bawa qa'id ke klinik. 

Hari ni rabu 25/9/12, ibu call maknoor tengahari td tuk bertanyakan keadaan qa'id. maknoor maklumkan qa'id dah tak demam. syukur alhamdulillah. ibu juga dapat dengar qa'id menjerit td. lega hati ibu. rupanya anak maknoor yg lelaki bongsu tu demam dah 2 hari. so mungkin juga sebab itu, qa'id demam. 

Apapun ibu bersyukur semuanya selamat. ibu tak sabar nak balik rumah nak jumpa anakanda al-qa'id si manja ibu. kat ofis ni ibu hanya dapat tengok gambar aje. rasa geram pulak kat qa'id yg comel tu .... balik nanti siap la qa'id, ibu gomol qa'id cukup2 !!!

Tuesday, September 18, 2012

Bubur nasi daging cincang

Semalam ibu masakkan resepi baru tuk qa'id ... ikutkan kat rumah tu xde benda pun yg boleh dimasak sebab ibu tak shopping tuk makanan qa'id. so apa yg ada dalam peti ais tu, yg boleh dimasak, ibu masak aje la. baik ada dr xde. sebab last week ibu tak masak, so rasa bersalah pulak pada mak noor.

Nak dijadikan cerita dalam peti ais tu ibu jumpa mince meat yg ibu beli 2 weeks ago. hurrmmmm fikir punya fikir akhirnya terhasil lah menu bubur nasi daging cincang. nasib baik la ada mince meat ni. ibu pun dah lupa. tapi sayur plak xde. macam tak lengkap aje resepi kali ni ... xpe la, hentam saja lah.

Kaedahnya ... ibu jerang air dalam periuk ... masukkan mince meat, sebiji kentang dipotong dadu, nasi setengah senduk dan dua biji kurma. dah masak tu ibu biarkan dia suam, baru la dikisar. rasa dia boleh tahan jugak sedapnya, kalau letak garam sikit lagi sedap. timbul rasa lemak-lemak manis daging dan kurma tu. ibu guna nasi sebab malas nk jerang beras, amik masa yg lama. sebenarnya takde la lama sangat pun cuma ibu malas nk tunggu je. 


10 months old

Yay!! Semalam 17/9/12 isnin genaplah umur anakanda al-qa'id 10 bulan .... anakanda al-qa'id semakin bertambah umur ... semakin membesar .... syukur alhamdulillah. Seperti biasa ibu takkan berhenti berdoa untuk anakanda al-qa'id. Semoga qa'id jadi anak yg beramal soleh ye sayang !! love you sooooo much!!!

Hari ni 18/9/12 selasa, ibu rasa happy sangat, sebabnya ibu perah susu dapat banyak .... last week serius ibu cakap ibu tak perah pun ... ibu jadi malas sebab perah dpt sikit aje. dalam 2 oz. sedih dan bersalah dibuatnya. hajat nk buat power pumping on weekend tapi seperti biasa mmg tak sempat. tapi alhamdulillah qa'id kerap nenen, so bila permintaan banyak susu pun keluar banyak jugak la. 

Esok ibu akan perah 2 kali supaya susu dapat banyak. rasa bersemangat balik semula tuk perah bila tengok hasilnya. InsyaAllah

Friday, September 14, 2012

Demam luar biasa

Belum habis lagi bercerita bab demam. kali ni ibu nak sambung cerita demam qa'id yg amik masa lama tuk sembuh. boleh dikatakan demam yg tak normal. siang hari badan qa'id normal, qa'id aktif tetapi bila malam, badan qa'id tersangat panas, menangis dan merengek sepanjang malam.

Kalau ikutkan semalam 14/9/12 khamis, dh masuk 8 hr qa'id demam. antibiotik dh habis, ubat demam, selsema dan cair kahak tinggal sikit je lg. qa'id pun sihat seperti sediakala, siap boleh bermain dan belajar berjalan. ibu mana yg tak risau kalau anak demam jatuh sakit bagai.

so semalam, belah pagi ibu dan papa bawa qa'id ke klinik ada appointment untuk check-up sepuluh bulan. ceritakan pada nurse apa yg berlaku dan nurse minta cepat-cepat bawa qa'id ke klinik. petang ibu minta untuk balik awal sebab nak bawa qa'id ke klinik. otw nk jemput qa'id, ibu call maknoor dulu tanya keadaan qa'id. qa'id masih lg tidur. so ibu tak sampai hati nak jemput. papa melencong ke laluan lain.

Dalam kereta, papa tetiba aje cadangkan bawa qa'id jumpa ustaz. kiranya nak ubati demam qa'id ni ikut cara tradisional la. ibu diam saja, dalam pala otak ibu fikirkan yang papa mungkin tak sampai hati nak bawa qa'id ke klinik tambah lagi papa tak suka sekiranya qa'id kena amik darah. atau mungkin juga papa tak mahu bawa qa'id ke klinik kerajaan sebab servisnya lambat. atau mungkin juga papa taknak bawa ke klinik pakar kanak-kanak sebabnya kena bayar mahal. huuurrmmmm ..... 

Kemudian ibu tanya apa yg membuatkan papa nak bawa qa'id berubat secara tradisional? sebab setahu ibu papa akan melenting kalau bercakap tentang benda macam tu. Bagi ibu pula, ibu tak membantah sebab bagi ibu apa saja boleh berlaku. lebih2 lagi kalau melibatkan benda-benda halus ni. cuma ibu tak bersuara pada papa sebab ibu tahu papa jenis yg tak percaya semua tu. tapi bila akhirnya papa yg beri cadangan, ibu rasa lega. bukan apa, kalau betul la ada gangguan makhluk halus, qa'id tak perlu makan dan minum ubat yg macam2 kalau sebenarnya qa'id dah sembuh dan tak perlukan ubat-ubatan lg. dan badan qa'id panas waktu malam aje, sampaikan nk tidur pun tak lena. itu dah kategori demam yg tak normal. 

Sebelum ke rumah maknoor, papa ke rumah sorg utz untuk buat apointment. nasib baik dia free dan dia minta datang petang ni juga. pesan utz bawa kunyit hidup. Ibu dan papa tiba di rumah maknoor, qa'id masih tidur. sambil tunggu qa'id jaga dr tidur, kami berbual-bual. macam2 petua yg diberikan oleh atuk hamzah tuk ibu dan papa amalkan. bila qa'id dh bangun, terus gerak ke rumah ustaz yg dimaksudkan. ibu ingatkan utz tu yg ubatkan qa'id. rupanya ibu utz tu yg buatkan. 

Borak-borak dengan nenek tentang apa yg berlaku. kata nenek, qa'id ni ketegur. apa tu??? katanya ada sesuatu telah ditegur oleh baby dan sesuatu itu follow baby. boleh jadi ketegur arwah, air atau angin. (mungki ada banyak lg, tp itu yg disebut nenek) kalau kita potong kunyit tu, dan warnanya merah, itu ialah ketegur arwah dan air. Ibu tetiba teringat sewaktu pulang beraya di kampung, ibu bawa qa'id ke tanah perkuburan menziarah kubur atok ayah dan tok mek. kalau ketegur air, boleh jadi sesuatu itu berada dalam bilik air di mana-mana sahaja. boleh jadi di rumah kita sendiri. 

Nenek ambil kunyit dan bawa ke dapur. nenek keluar dengan sepotong kunyit yg dah dipotong. ibu tengok memang warnanya sangat merah. nenek jampi sedikit dan sapukan di setiap sendi seluruh badan qa'id. pesan nenek, jangan mandikan baby dulu. lagipun baby demam jangan dimandikan. 

Balik aje ke rumah, qa'id macam biasa, dia akan bermain dan bertatih. selepas maghrib, qa'id tertidur sambil nenen. qa'id nampak penat. ibu terus bawa ke bilik tuk tidurkan qa'id. tapi qa'id terus terjaga bila ibu angkat nak dukung. dah tu masuk ke bilik qa'id tak mahu tidur dan ajak ibu bermain. ibu pulak yg sleepy. ibu biarkan qa'id bermain sendiri sebab ibu penat. sedar-sedar aje ibu tengok qa'id dh terlena di sebelah ibu. rupanya ibu terlelap sebentar tadi. 

Ibu pastikan yg qa'id betul-betul tidur, ibu keluar untuk cuci kain. sorg pun xde di ruang tamu. sunyi dan sepi. ibu beranikan diri keluar rumah. lepas onkan mesin basuh terus ibu masuk ke dalam rumah. terus masuk ke bilik. ibu amik wudhu dan solat isyak. selepas solat ibu duduk di sebelah qa'id sambil baca yasin. Ibu doakan semoga qa'id sembuh dari sebarang penyakit dan gangguan. disebabkan keadaan qa'id yg tak menentu, ibu jadi hilang fokus, risau dan tak cukup rehat. 

Alhamdulillah semalaman, qa'id tidur dengan lena, walaupun badan qa'id panas tapi qa'id tidak lagi menangis dan merengek sepanjang malam. itu dah petanda positif. pagi tadi qa'id bangun dengan ceria dan comel sangat. I love you so much son!! ibu cuba sedaya upaya, dengan izin ALLAH swt, ada jalannya. itu semua ketentuan dr ALLAH swt. 

Thursday, September 13, 2012

Resepi berprotin untuk baby 9 bulan

Minggu ni ibu tak masak untuk qa'id. tak sempat dan barang2 nak masak juga tak ada. ibu boleh aje masakkan bubur nasi tapi qa'id tak suka. maknoor pun kata kat ibu, tak payah masak sebab maknoor masak tuk semua baby yang dia jaga. maknoor masak bubur nasi letak garam sikit. qa'id makan pulak.

mungkin qa'id tak makan yg ibu masak sebab ibu tak letak garam dan gula. ada sebabnya kenapa ibu tak letak garam dan gula. semua itu untuk kesihatan qa'id juga. tapi ibu tak boleh nak halang orang lain daripada memberikan qa'id garam dan gula. nanti kalau ibu larang, apa pulak kata mereka, lagipun org tu dah berpengalaman jaga ramai baby dan kanak-kanak. 

Ibu tahu garam dan gula ada kebaikan dan keburukan, ibu sedaya upaya seimbangkan semua benda tu dalam makanan qa'id demi kesihatan anak ibu. 

Sejak qa'id berumur 9 bulan, ibu mula berikan makanan berprotin seperti ayam, daging dan ikan. so ibu nak share kat sini resepi yg ibu buat tuk qa'id. seperti biasa ibu gunakan sweet potato dan juga labu sebagai sumber karbohidrate bagi menggantikan beras. cara masakan sama je, ibu masak labu dahulu ... bila dah habis ibu masak sweet potato pulak, dah habis ibu masak beras pulak, bergilir-gilir. beras tu ibu guna nasi yg dah dimasak terlebih dahulu. kalau guna beras, amik masa yg lama pulak tuk rebus. 

Bahan-bahan yang ibu gunakan ialah :-

Labu @ sweet potato @ beras (nasi) 
Kentang @ carrot
Brokoli @ bayam 
Isi ayam @ mince meat @ meat ball
Rempah sup

Cara membuatnya :-

Panaskan satu sudu minyak masak dalam periuk, tumiskan seulas bawang putih, seinci ginger, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih, jintan manis, jintan putih dan rempah (bahan-bahan untuk masak sup).

Bila dah naik bau, ibu masukkan mince meat @ ayam @ meat ball. kacau sehingga keluar air dari bahan tadi. 

Dah agak masak, barulah ibu masukkan air putih, kentang @ carrot @ brokoli. biarkan ia mendidih. 

Kemudian masukkan labu @ sweet potato. Masak sehingga lembut. baru masukkan bayam (optional). (Labu dan sweet potato cepat lembut dan masak jika nak dibandingkan dengan kentang dan carrot).

Bila semua dah masak, sejukkan seketika kemudian blend sehingga menjadi bubur yg lembut dan creamy. 

Bahan-bahan untuk masak sup tadi ibu buang sebelum blend. kalau blend bersama, ia akan memberi rasa yg kuat pada bubur. takut nnt baby tak mahu makan. garam dan gula juga tak masukkan sebab rasa manis dr ayam dan daging serta bahan-bahan sup td dah cukup. kalau guna nasi, masukkan nasi bersama dengan air, kentang dan carrot supaya nasi tu akan kembang. 

Sekali masak boleh tahan sehinga 4 ke 5 hari ... simpan dalam fridge. kalau simpan dalam tempat beku, tahan lagi lama. 

Sewaktu bagi qa'id makan, satu sudu tuk qa'id, dua sudu tuk ibu .... hehheh. rasa dia sedap, bau pun sedap. bubur perisa sup !!

Tengah fikir menu untuk 10 bulan .... apa ye???




Demam non-stop

Hari ni 13/9/12 khamis, ibu bawa qa'id ke klinik desa untuk check-up 10 bulan. last bawa qa'id check up sebelum puasa. hasil check-up hari ni .......

Berat 7.8 kg
Panjang/tinggi 74 cm
BMI 14
Lilitan kepala 44

3 bulan tak timbang berat baby qa'id tak sampai 1 kg pun. sedih sangat. sebabnya qa'id demam dan hilang selera makan.

Nurse minta ibu bawa qa'id ke klinik kerajaan untuk amik darah sebab qa'id demam melebihi 3 hari. hari ni masuk 8 hari qa'id demam. semalam rabu 12/9/12 qa'id dh tak demam, dah happy dan aktif sangat-sangat. tetiba malam tadi qa'id bangun jam 12 malam merengek-rengek. badan qa'id dah panas, tapi sua nenen, qa'id senyap dan terlena.. then jam 3 pg qa'id bangun lagi sambil merengek dan menangis. ibu terus bangun dan sapukan seluruh badan dan kepala qa'id dengan asam jawa. ibu tidur bersama qa'id di bawah beralaskan toto. then pagi tadi lagi sekali qa'id terjaga jam 6 pg. badan masih panas tapi kepala dan ok, kaki dh ok. cuma badan aje yg panas. ibu susukan qa'id dan bawa ke klinik. 

Petang nanti ibu nak bawa qa'id ke klinik lagi sekali untuk ambil darah. kelmarin hari selasa 11/9/12 ibu ternampak putih2 yang banyak pada dinding pipi qa'id belah dalam, itu menunjukkan yg qa'id panas dalam, sebelum ni pernah jadi macam tu sewaktu kat kampung raya lepas. ibu minta papa carikan buah sebduduk yg masak ranum tapi papa jawab tak jumpa. so hari ni qa'id demam semula. hari selasa lepas juga qa'id dah habiskan sebotol antibiotik. ibu nak bawa qa'id ke klinik tapi wan kata tak perlu sebab antibiotik tak habis lagi. so bila dah habis baru bawa ke klinik sekiranya demam belum sembuh. 

Ibu tersangat risau dan tak boleh nak fokus pada kerja bila teringatkan kesihatan qa'id. siang hari qa'id aktif dan badan tak panas. bila malam aje, badan qa'id panas sangat-sangat, kalau letak telur, boleh masak telur tu sekejap aje. disebabkan itu juga qa'id tak cukup rehat, badan qa'id semakin susut dan pucat. qa'id juga hilang selera makan. 

Ini kali kedua qa'id demam dan kali pertama qa'id demam teruk sehingga seminggu lebih. cepat la sembuh anakku, ibu risau dan ibu sayangkan qa'id.  

Wednesday, September 5, 2012

Demam mengejut

Alkisahnya semalam 4/9/12 selasa, ibu pulang ke rumah dari tempat kerja seperti biasa. selalunya ibu dan papa akan jemput qa'id bersama-sama. tapi bila ibu sampai di rumah, papa takde. ibu dh boleh agak yang papa akan jemput qa'id, mungkin lewat. sebelum maghrib baru la qa'id sampai ke rumah bersama papa dan kawannya.

Selepas maghrib qa'id merengek. ibu sangkakan qa'id lapar, so ibu sediakan makanan tuk qa'id. tapi qa'id tak mahu makan dan buat perangai. ibu minta papa tengokkan qa'id sebab ibu nak makan sekejap. selesai makan ibu uruskan qa'id, buka baju, lap badan qa'id, sapu minyak yuyi, tukar lampin dan pakaikan baju tidur. qa'id pulak merengek tak henti-henti. ibu nak pakaikan lampin pun susah, nak pakaikan baju apatah lagi. Ibu marahkan qa'id dan qa'id mula menangis kuat. papa dah keluar entah kemana. katanya nk cari plastik susu.

Ibu tutup lampu dan tidurkan qa'id. qa'id tidur tak sampai setengah jam, tetiba qa'id terjaga. ibu susukan lagi sambil baring sebelah qa'id. tetiba bunyi telefon mengejutkan qa'id dan ibu terpaksa bangun untuk jawab call. ummi yah call suh buka pintu. diorg dh balik rumah. qa'id plak terus jaga dan menangis. ibu susukan, qa'id tak mahu. ibu tukar nenen sebelah lagi. qa'id tolak. ibu pun biarkan qa'id menangis. mana la tahu dah penat nnt qa'id stop la menangis. 

Makin lama makin kuat qa'id menangis. ibu rimas, terus susukan qa'id lagi. tapi qa'id memberontak. ibu tak tahu nak buat apa dengan qa'id. ibu turun dr katil dan baring di lantai. qa'id ikut ibu, qa'id pun turun dari katil. bila qa'id turun dr katil ibu pula naik semula ke atas tilam. qa'id masih di bawah dan masih lg menangis. ibu angkat qa'id ke atas dan baringkan atas dada ibu. ibu pujuk qa'id. ibu cuba tepuk perut qa'id, hurrrmmmm bunyinya macam tembikai yang isinya dah busuk. qa'id kembung perut rupanya. kenapa la ibu tak terfikir dr td. kesian anak ibu. 

Ibu cepat2 amik minyak yuyi dan sapu pada perut qa'id, urut dan tekan perlahan-lahan. qa'id menangis lagi tapi dah tak sekuat tadi. mungkin rasa sedikit lega selepas ibu urut. qa'id terlelap atas dada ibu bila ibu tepuk dan dodoi. ibu cuba tuk lelapkan mata tapi tak boleh. 

Tak lama kemudian, qa'id terjaga lagi. qa'id menangis lagi. ibu ulang buat benda yang sama macam tadi. qa'id berhenti menangis tapi masih teresak-esak. qa'id cuba tuk tidur lg. bila dah agak lena ibu cuba letak qa'id atas tilam, tapi qa'id tak mahu. qa'id mahu tidur dalam pelukan ibu. ibu terus sahaja dodoikan qa'id dan kali ni ibu berjaya letak qa'id atas tilam.

Ibu cuba tuk tidur, baru sahaja terlelap, sekali lagi qa'id terjaga dan menangis, ibu angkat qa'id dan susukan qa'id, ibu perasan badan qa'id panas. seluruh badan qa'id panas. sah lah qa'id demam. ibu buntu seketika. ibu tak tahu jam berapa sekarang, papa masih belum balik, ibu nak mesej atau call tapi hp tengah caj. jauh lak tu. akhirnya qa'id terlelap sambil nenen. 

Ibu tersedar bila papa buka pintu masuk ke bilik. ibu terus bagitahu papa qa'id demam. papa tanya ibu samada nk bawa qa'id ke klinik atau tak. hurrmmmmm rasanya tak perlu kot untuk bagi pilihan macam tu. qa'id memang tak sihat dan perlu ke klinik. so papa dan ibu bawa qa'id ke klinik. doktor berikan ubat demam melalui bontot dan beri juga ubat makan. doktor maklumkan, demam qa'id 38 darjah celcius. batuk berkahak qa'id yang dh hampir seminggu juga tak membimbangkan. peparu qa'id ok. doktor berikan juga ubat batuk cairkan kahak dan antibiotik juga ubat selsema untuk selsema qa'id yg sejak dr lepas raya masih belum sembuh.

Sebelum balik, singgah sekejap ke kedai mamak berdekatan klinik sebab papa nk bagi qa'id makan ubat. waktu tu lebih kurang jam 3pg lebih. sampai ke rumah, qa'id nampak ceria dan cuba bermain. macam tak mahu tidur pun iye juga. padahal qa'id tidur sekejap2 aje tadi. ibu dodoikan tapi qa'id tak mahu tidur. akhirnya qa'id terlelap dengan sendiri. lebih kurang jam 4 pg. bila qa'id tidur br ibu leh lelapkan mata. 

Pagi tadi 5/9/12 rabu, qa'id bangun sendiri, awal plak tu, terus sahaja ibu angkat dan bawa qa'id jumpa atuk.  badan qa'id makin panas. terus gerak ke rumah mak noor. ibu nak sangat bercuti hari ni tuk jaga qa'id tapi ibu tak layak untuk apply cuti lagi. ibu terkilan dan sedih sebab tak dapat jaga qa'id di saat qa'id memerlukan ibu macam ni. ibu harap qa'id cepat sembuh ye sayangku.

Ini kali kedua qa'id demam. kali kedua qa'id dapat selsema teruk dan kali pertama dapat batuk berkahak. 

Raya pertama ... sambungan


Jom sambung cerita tentang baby al-qa'id balik beraya di Kampung Alur Pulai, Bachok Kelantan, kampung asal ibu.

Gerak balik ke Kelantan malam raya pertama. setelah semua selesai, sanak saudara dah pulang ke rumah masing-masing, baru la boleh mulakan perjalanan, lebih kurang jam 12.30 malam. kebetulan Pak Lang Emi nak balik ke Raub so dia pun turut sama satu kereta. so dh otw kan, senang la. Qa'id dr petang td berjaga hingga dh lewat malam mcm ni, pun masih belum mahu tidur. ibu harap sangat qa'id akan tidur sepanjang perjalanan nanti.

Masuk aje ke kereta, ibu susukan qa'id, tepuk-tepuk, qa'id terlelap juga akhirnya. Ibu rasa lega dan masih juga berharap yg perjalanan kali ni qa'id akan tidur hingga tiba ke destinasi. sebab pengalaman sebelum ni, qa'id tak mahu tidur dan asyik menangis aje sepanjang perjalanan. ibu penat dan qa'id lg la penat, so ibu jadi risau. Kali ni papa minta ibu duk seat belakang bersama qa'id. disebabkan qa'id xde baby carseat, so ibu bawa tilam baby dan bentang kat seat sebelah. bila qa'id dh betul-betul lena ibu pindahkan qa'id ke tilam di seat sebelah ibu. ibu plak dh sleepy sangat sebab seharian tak berehat, cepat aje ibu terlelap. tapi tidur2 ayam je la. camana nak lena kalau tidur dalam keta yg terumbang ambing tu. dah tu pulak, kesian papa drive sengsorang. ibu nak teman tapi papa suh ibu tidur. katanya dia ok dan masih boleh drive.

Sepanjang perjalanan ada beberapa kali berhenti untuk buang air. tetiba qa'id terjaga, ibu dh tak tahan nak ke toilet. so ibu minta papa tungu sekejap sementara ibu susukan qa'id. nasib baik qa'id sambung tidur semula. sewaktu papa berhenti tuk tidur di Stesen Minyak Di Gua Musang, qa'id masih lagi tidur lena. perjalanan disambung semula jam 7.30 pagi. sampai aje di ketereh, qa'id terjaga, ibu cuba tidurkan qa'id semula, tp qa'id dh tak mahu. hingga la sampai di rumah arwah atok ayah, qa'id menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Qa'id memang tak tahu pun kat mana qa'id berada tapi qa'id cool aje. takde la rasa pelik atau panik. qa'id happy macam biasa, so ibu pun happy juga sebab kita sekeluarga selamat tiba di kampung ibu di kelantan. 

syukur alhamdulillah, Qa'id kiranya dah tahu bezakan waktu tidur, siang dan malam. dan qa'id boleh tidur lena walaupun keadaan tak selesa terutama pada waktu malam, dalam kereta plak lagi. ibu bangga dengan qa'id.

Sampai di rumah arwah atok ayah jam 9.30 pg. Yang ada di rumah arwah atok ayah ialah pak teh sekeluarga, pak nik sekeluarga dan juga pak su keme sekeluarga. Ini kali pertama qa'id berjumpa dengan sepupu sepapat anak pak teh. yang lain qa'id dh pernah jumpa dah sebelum ni. ibu tak pasti qa'id boleh ingat ke tidak pada mereka semua sebab qa'id kecil lg. lagipun semua tinggal berjauhan dan memang susah nak jumpa. kalau boleh ibu nk qa'id selalu jumpa sedara belah ibu, untuk rapatkan lagi hubungan kekeluargaan. 

Seperti kebiasaan qa'id akan tidur lebih kurang sejam pada tengahari tp kali ni qa'id tak mahu tidur. atau mungkin juga qa'id tak boleh nk tidur sebab panas. almaklum la, rumah papan, memang membahang pada siang hari dan sangat sejuk waktu malam. qa'id hanya terlena sambil menyusu dan jaga setengah jam kemudian. 

Perancangan ibu untuk hari ni 20/8/12 isnin, nk ziarah kubur arwah atok ayah kemudian ke kubur arwah tok mek. kemudian beraya di rumah tok mek (ibu tiri ibu) then beraya di rumah mak long. tapi akhirnya ibu ubah fikiran, then decide tuk follow Pak Teh pegi beraya di kampung asal arwah atok ayah, sambil tu ziarah kubur arwah tok mek. Ingatkan tengahari dh boleh gerak. tunggu punya tunggu, jam 3.30 ptg br gerak. sebabnya pak teh tunggu kawan dia yg nk singgah beraya. dalam perjalanan ke rumah onyang, qa'id terlelap. sampai aje rumah onyang, qa'id terjaga semula. beraya dulu di rumah onyang sementara tunggu pak su keme sekeluarga datang tuk sertai kita ke kubur kejap lg. bila pak su keme dh sampai, br la ibu dan papa bawa qa'id ke tanah perkuburan tuk menziarah kubur arwah tok mek dan kubur arwah abang ibu (ibu tak tahu gelaran tuk arwah apa).

Selepas tu kita semua pergi beraya ke rumah adik arwah atok ayah. sebenarnya ini la kali pertama qa'id berjumpa dengan onyang dan juga saudara mara belah ibu. ibu syukur dan happy sangat dapat bawa qa'id berjumpa dengan diorang. ibu sendiri pun hanya berjumpa dengan mereka setahun sekali. tahun depan belum tentu dapat berjumpa mereka semua lagi. walau tak dapat jumpa semua pun takpe, yg mana ada aje lah. ibu sebenarnya nak jumpa dengan sepupu ibu (aunt gie) dan anak-anak dia, tapi raya ketiga baru la dia sampai ke kampung. 

Sebelum beraya ke rumah mak long, pak teh bawa kita beraya di rumah saudara-mara yg ibu sendiri tak rapat dengan mereka. sampai di rumah mak long dah nak masuk isyak. suami mak long pulak xde di rumah, so kena la tunggu dia sekejap. Kesian anak ibu, ibu tahu qa'id sleepy, penat dan lapar namun qa'id tak meragam. alhamdulillah. ibu bawa qa'id beraya hingga malam plak lagi, balik aje ke rumah, qa'id tidur dengan nyenyak sekali. 

Hari kedua 21/8/12 selasa, plan ibu ialah nak beraya di rumah mak nik dan paknik di pasir mas, pergi beli barang di bandar kota bharu, pergi ke rumah tok mek (mak tiri ibu), dan ke rumah kawan ibu di kandis, ibu nk bawa qa'id mandi pantai. gerak keluar dr rumah jam 11 pg, papa nk jumpa kawan dia, so ibu ikut aje la. lepas jumpa, papa plak ikut je kawan dia tu pegi beraya entah kemana-mana entah. plan nk ke rumah mak nik cancel sebab mereka plak pergi ke kenduri dan seharian pergi beraya. selepas puas kawan papa bawa kita pergi beraya dan kenduri baru la pegi ke rumah kawan papa. ibu terpaksa ikut aje la. dan petang jam 6 br la gerak ke bandar kota bharu. sampai di pasar siti khadijah, semua kedai dah tutup dan diorang tengah nak tarik grill utama. kecewa sangat. nak marah pun ada. so ronda-ronda aje la di pasar malam kawasan sekitar bandar kb tu. untuk pujuk diri sendiri, ibu belikan dua helai busha rompers tuk qa'id. 

Sebelum balik kawan papa ajak makan sup belut. papa yg nak sangat makan, ibu tak suka sgt. sampai kat kedai yg dituju, ibu makan nasi goreng daging goreng kunyit ready made. malas nk fikir nak makan apa. ibu makan terlebih dahulu dan papa tengokkan qa'id. qa'id memang dah tak selesa sebenarnya, sebab seharian berjalan di luar, sleepy, melekit dan penat. so biasa la kalo baby meragam. yang papa pulak, dia malas nak pegang qa'id dan agaknya nk tunjuk yg dia tu papa yg tegas la konon, sampai hati papa letakkan qa'id atas lantai yang kotor, berpasir dan segala macam benda ada kat lantai tu. ibu terkejut tengok papa sanggup buat qa'id macam tu, terus xde selera makan. ibu geram, sedih dan kecewa sebab tak sampai 2 minit jaga anak, dh macam-macam. orang lain yg waras rasanya takkan letak anak yg masih kecil kat tempat kotor mcm tu. ibu jadi malu pada kawan papa yg turut terkejut dan tegur papa. papa selamba jawab, "biar dia rasa". qa'id belum tahu apa-apa lg, kesian qa'id.

Ibu stop makan, air pun tak sempat minum, terus aje dapatkan qa'id. papa cepat aje ke meja tuk makan tanpa rasa bersalah. papa makan bukan main lagi, tak ingat anak isteri, sambil tu duk tunggu kawan yg nk datang join tp tak nampak batang hidung pun lg. ibu dh memang xde mood, malas nk layan sesapa lg dh. papa perasan tp buat-buat tak faham. dh agak lama tp kawan papa belum muncul lg, so papa ajak balik. angkat punggung je, kawan papa muncul, ibu dh bosan dan rimas. dalam kereta otw balik papa marah ibu sebab tak bertegur sapa dengan isteri kawan papa td. tak pasal2 ada drama swasta. ibu tak suka org buat anak ibu sesuka hati melampau mcm tu walaupun papa sendiri. Sampai di rumah, ibu bersihkan qa'id dan selesai tukar baju, qa'id terus lena kepenatan dan mengantuk yg amat. 

Hari ke-3 22/8/12 rabu, plan nak ke KB sekali lagi sebab ibu nak beli barang sikit. semalam semua kedai dh tutup, so hr ni paksa juga papa pegi. sepanjang jalan papa moody dan menyumpah sebab jalan jam teruk. sampai ke KB dah tengahari. ibu diberi masa sejam tuk cari dan beli barang. papa pula bawa qa'id jenjalan. so ibu tak tahu papa bawa qa'id ke mana. selesai urusan, otw balik ibu memang tak tahu jalan dan papa ikut suka dia redah aje, akhirnya sampai juga ke rumah tok mek (mak tiri ibu). beraya dengan tok mek setengah jam. terus gerak ke kenduri kawan papa pulak. kalau urusan ibu pasti muka papa mencuka, moody dan sumpah seranah. tapi kalau urusan papa, senyum sampai telinga. sampai aje di rumah kawan papa, qa'id tengah tidur sambil menyusu. so ibu stay dalam kereta sehingga qa'id jaga. selesai di rumah kawan papa, giliran beraya di rumah kawan ibu pula. 

Ibu nak bawa qa'id mandi pantai. ini kali pertama qa'id ke pantai dan mandi air masin. kebetulan rumah kawan ibu berdekatan dengan pantai, so ibu dah rancang lebih awal dengan kawan ibu sebelum balik ke kampung lg. ibu excited nak tengok reaksi qa'id mandi pantai. papa plak sedih sebab tak dapat mandi, papa tak bawa baju spare tuk mandi. ibu sendiri pun xnak mandi cuma nk main air je. tapi alang-alang dh masuk dalam air tu, mandi terus la. papa jadi jurugambar aje. ok gak tu. kalo tak nnt sapa yg nak amik gambar qa'id kalau semua mandi. qa'id kesejukan sebab hari semakin lewat senja. angin laut yg kuat menyebabkan qa'id menggigil. sampai di rumah kawan ibu, ibu bilas badan qa'id dengan air paip, pakaikan baju baru (baju tidur) dan gerak balik ke rumah. family kawan ibu jemput makan mlam bersama tapi disebabkan keadaan tak mengizinkan, makan terpaksa la ibu tolak. 

Masuk aje dalam kereta, qa'id dah terlena kepenatan. sampai di rumah, qa'id tidur dengan nyenyak sekali. kesian anak manja ibu tu. beraya sakan. papa decide tuk pulang ke KL esok pagi. sebelum tu singgah dulu di rumah pak ngah untuk beraya. 

23/8/12 khamis, plan nak balik selepas subuh tak menjadi sebab papa tidur nyenyak. ibu tak sampai hati kejutkan papa. sebab papa kena berehat secukupnya tuk drive sorg diri. ibu memang tak boleh drive. so tengahari gerak balik KL. sebelum tu ibu ajak papa singgah ke kubur arwah atok ayah. ibu belum lagi bawa qa'id beraya dengan pak ngah. nasib baik pak ngah ada di ketereh, boleh la singgah sekejap. kalau tak, entah pukul berapa plak lagi untuk sampai ke rumah pak ngah di gua musang. perjalanan dari ketereh hingga ke kuala krai slow moving sebab banyak kereta. jalan plak satu lorong aje. sepanjang perjalanan qa'id bersama dengan ibu di seat belakang. rutin qa'id tidur, makan, main, menyusu dan menangis. tapi anak ibu baik orangnya, tak banyak ragam sejak dari balik ke kelantan hingga la sepanjang perjalanan balik ke KL. ibu bangga dengan qa'id. so lepas ni ibu tak risau kalau nk bawa qa'id travel jauh. 

Sewaktu beraya di rumah pak ngah, mak ngah perasan yg bibir qa'id merah. mak ngah periksa dalam mulut qa'id, ada benda putih-putih pada dinding pipi, gusi dan dalam bibir. ibu sebenarnya dah perasan benda putih tu pada hari selasa. tapi ibu tak tahu benda tu apa. ibu masej mak noor tanya apa benda tu, katanya benda tu ruam. sebab badan qa'id panas dalam so putih-putih tu akan muncul. kena cepat2 sapu ubat, takut nanti bila dah serius, boleh menyebabkan qa'id demam dan tak berselera makan. itu dah tahap bahaya. mak noor pesan suruh sapukan pati santan dicampur dengan daun cekur manis, stim seketika dlam rice cooker (letak atas nasi yg baru dimasak). sapu pada keseluruhan dalam mulut qa'id. ibu cerita pada papa, papa buat tak kisah aje. senyap dan terus beraya. balik rumah dah malam, so mana lagi ada jual santan, mana nak cari daun cekur manis. kat kampung klinik 24 jam memang takde.

Tapi mak ngah ada petua lain, mak ngah suruh bagi qa'id makan buah senduduk yg masak ranum. Buah senduduk yg masak ranum akan merekah, warna dia purple kehitaman, rasa dia manis dan bila makan seluruh mulut akan berwarna purple. bagi baby makan sehingga hilang putih-putih tu. kalau nak tahu dah hilang atau tak, bila baby berak, akan keluar putih-putih tu bersama poop. waktu tu juga papa pergi cari buah senduduk yang kebetulan memang tumbuh melata di sekitar rumah pak ngah. terus aje suap qa'id sebab ibu rasa ubat yg mak ngah bagitahu ni lebih senang dan mudah. balik ke KL, papa pergi cari di atas bukit belakang rumah atok. alhamdulillah qa'id sembuh dan sihat.

Sepanjang perjalanan pulang ke KL, papa singgah di beberapa tempat tuk ke toilet dan singgah makan di gua musang. ibu pula bila dh masuk maghrib, ibu tukarkan baju qa'id,  lap badan qa'id dengan tisu basah, tukarkan lampin, pakaikan baju tidur dan susukan qa'id sehingga qa'id tertidur. semua tu ibu buat dalam kereta yang tengah bergerak laju. kesian papa asyik berhenti aje. qa'id pun tak banyak meragam, qa'id tidur dari maghrib hingga la esok pagi. sampai di rumah atok jam 12 malam, qa'id tak jaga pun bila ibu angkat. betul2 mengantuk dan lena. bagus la, susah nk tengok qa'id tidur lena macam tu. Alhamdulillah selamat semuanya. selamat pulang ke kampung, selamat beraya dengan sedara mara, selamat pulang semula ke KL. 

Ini merupakan pengalaman pertama qa'id menyambut hari raya. Ibu harap qa'id happy dan ibu berusaha sedaya upaya untuk menjadikan sambutan raya qa'id menjadi suatu yang sangat bermakna dan sukar dilupakan. walaupun pada awalnya berlaku insiden yg menakutkan ibu, tapi alhamdulillah semuanya ok disebabkan anak ibu yg sangat kuat semangatnya. Penangan raya kali pertama ni, qa'id mendapat banyak duit raya ... bagi ibu pula, hari raya ibu sungguh bermakna sekali dan ibu seronok sangat2 dapat sambut raya kali ni dengan anak ibu. walaupun masih kecil, qa'id telah buatkan raya ibu meriah dan penuh sejarah yang tersendiri. Terima kasih sayang, ibu sayang qa'id sepenuh hati ibu. mmmmmuahhh!!