Monday, November 26, 2012

Botak kali ke-3

Nak update blog pun rasa macam dah xde semangat. sebabnya ibu dah tak boleh upload photo banyak2 seperti selalu. so ibu hanya boleh update cerita sahaja. so sad !!

Kali ni ibu nak cerita tentang qa'id yg dah berumur 1 tahun 1 minggu 2 hari pada hari ini 26/11/12. cepat sungguh masa berlalu. ibu dah niat dalam hati dan dah luahkan pada papa, genap setahun umur qa'id ibu nak botakkan kepala qa'id. ikutkan hati dh lama nk botakkan sebab ibu rimas tengok rambut qa'id yg tumbuh semakin panjang. dalam masa yg sama tumbuh tak sekata. masih terasa ketajaman rambut qa'id yg terbantut pertumbuhannya. so ibu rasa rimas.

So hari rabu lepas 21/11/12 ibu berpesan pada maknoor, minta tolong cukurkan rambut qa'id esok hari. iaitu samada hari khamis atau jumaat. kerana hari khamis dan jumaat serta isnin adalah hari yg elok untuk potong rambut atau kuku. 

Khamis pagi ibu bawa qa'id ke klinik untuk check-up 1 tahun. petang tu ibu datang untuk jemput qa'id, kepala qa'id dah dibotakkan. ibu sangat teruja dan qa'id sangat la comel !!! ini adalah kali ketiga qa'id dibotakkan. sedih sebab tak boleh share gambar qa'id kat sini .... 

Kali pertama cukur, rambut tumbuh bahagian atas sahaja. orang panggil cukur bantal. kali kedua cukur, rambut qa'id tumbuh bahagian belakang aje. dah macam professor la pulak bahagian atas tumbuh agak perlahan, itu pun tak semua tumbuh. ada rambut yang terbantut pertumbuhannya. ibu tak pasti adakah ianya normal. 

Kata orang tua, cukur la rambut anak yg masih kecil ni hingga 40 kali, insyaAllah anak akan jadi seorang yang bijak ... ibu tak pasti adakah ianya betol atau tidak ... yg ibu tahu bayi yang dilahirkan sememangnya bijak !! tinggal lagi kita sebagai ibu bapa yg kena bimbing anak-anak !! sebab ibu cukur rambut qa'id banyak kali sebab rambut qa'id tumbuh tak sekata dan sebab ibu rimas tengok rambut qa'id panjang. kalau rambut papa panjang pun ibu paksa papa potong .... tapi sejujurnya ibu suka lelaki berambut panjang ... dalam banyak2 gambar papa, gambar yg berambut panjang tu yg ibu suka.... camana tu???


muka tak puas hati sebab tak boleh main remote control !!

Thursday, November 22, 2012

Check-up satu tahun

Pagi tadi ibu bawa qa'id ke klinik desa untuk check-up. hasilnya .....

Berat 8.5 kg
Panjang 77 cm
BMI 14
Lilitan kepala 45 cm

Ni sedikit selingan ibu nk cerita kat sini. sebab berlaku satu kejadian yg buat ibu rasa sgt terganggu. alkisahnya, seawal 7 pg dah siap dan keluar dr rumah jam 7.15 pg. sempat la bg qa'id mkn dulu. makan roti cicah air milo je pun. untuk isi perut aje.

Sampai ke klinik memang sangat awal 7.18 pg ... klinik belum buka lg. papa tetiba naik darah. sebab papa sangkakan yg klinik dah buka. ibu plak menyangkakan yg papa sedia tahu klinik beroperasi jam 8 pg. dah tu sampai awal sgt, takkan nak tunggu lama kot. dah tu nak pergi breakfast dulu, tak tahu nk pegi makan katne. alih2 ibu cakap kita tunggu je la ... setengah jam je lagi pun. 

10 minit nk jam 8, tiba la pulak satu fmli ni. dia pun nk wat check-up juga. ibu nampak gaya dia mcm nk potong Q. so ibu keluar dr kereta dan dengan niat yg murni nak la berborak dengan dia .... dgn harapan dia tak potong Q. sambil borak sambil berjalan menuju ke pintu klinik. dia betul2 duk depan pintu klinik. sikit pun tak beranjak. sebaik sahaja pintu klinik dibuka, dia meluru masuk dan terus amik nombor. tanpa rasa bersalah, sepatah kata pun xde. ibu rasa terkilan. langsung tiada budi bahasa. 

Itu la contoh sikap manusia yg mementingkan diri sendiri. Kalau org lain tentu dah sound org tu ... tp bg ibu, ibu tak pandai nk sound org ... walaupun dh terang2 org tu buat salah kat ibu. biarlah ibu simpan rasa dalam hati. sejujurnya ibu terasa hati dengan org td .... tp disebabkan qa'id ibu bersabar dan senyum serta happy je. 

Biar org buat kita, jgn kita buat orang .... 


Apa pun tak boleh

Pagi td ibu nak upload gambar birthday gift qa'id ... tp dah x boleh. kena sekat oleh google. katanya kapasiti 1G dalam picasa web photo dh penuh. kalo nak upload lebih banyak gambar, kena purchase .... hurrmmmm cam hampeh je ...

Kecewa sangat, sebab ibu memang suka upload gambar banyak. sebab tak puas letak sekeping dua ... lagipun gambar yg ibu upload tu saiz dia besar .. x suka nk kompress sbb nnt gambar x cantik ... 

Sejujurnya ibu tak ketahuan pulak ada limit mcm tu. ingatkan kita boleh masukkan sesuka hati ... hurrmmmm apa pun tak boleh .. sudahnya


Tuesday, November 20, 2012

Birthday boy

Sepagi dah spent time kat zoo negara ... walaupun tak dapat tgk kesemua binatang yg ada ... pasrah aje lah ... apa boleh buat. So layan je la kucing kat rumah

Ni semua gambar yg diambil selepas makan dan potong kek .. lebih kurang jam 6 ptg ... so ada lagi masa tuk qa'id bermain kat luar!

















Birthday treats

17/11/12 sabtu, genaplah umur anakanda al-qa'id satu tahun ..... SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG PERTAMA SAYANGKU !! i'm so happy and proud of you ..... syukur alhamdulillah !!

Sempena hari lahir qa'id yg pertama ini, ibu telah plan satu birthday treat untuk anakanda al-qa'id sebagai simbol meraikan birthday boy. ibu dan papa tak mampu untuk meraikan qa'id dengan mengadakan majlis meriah dengan menjemput sanak saudara yg sememangnya ramai ... so kami buat setakat termampu sahaja. yang penting ibu dan papa mendoakan qa'id dunia dan akhirat. kami sayangkan qa'id sepenuh hati !!

Alhamdulillah papa ada bagi merealisasikan plan ibu, so boleh la bawa qa'id dan ibu ke zoo negara. tujuannya nak bawa qa'id jenjalan melihat binatang dan explore dunia luar. asik terperuk di rumah aje. so sebagai meraikan qa'id juga balik dr zoo ibu dan papa belikan sedikit makanan untuk kita raikan birthday boy di  rumah bersama atok, wan dan lain-lain. so simple dan semua orang happy !!



Ini first time bawa qa'id dtg ke zoo ... dlm banyak2 tempat, zoo yg jd pilihan ibu ... sebab ibu fikir qa'id mungkin suka pada binatang mcm papa .. 


Datang seawal mungkin .. gerak dr rumah jam 10 pg, sampai 11 pg ... tp org dah ramai ... ibu buat persediaan mcm2 tuk datang sini dengan harapan dapat la bawa qa'id tengok semua binatang dan enjoy ... 


Melihatkan keseronokan qa'id melihat zirafah dan gajah, ibu sangat teruja dan tak sabar nak bawa qa'id tengok binatang yg lain pula ....










Tapi sempat tengok zirafah, gajah dan burung bangau aje .... cuaca tak mengizinkan .. tetiba mendung dan hujan turun dengan lebatnye ... terkilan sangat ... apa boleh buat, kita hanya merancang ...


Berteduh di bawah pondok berdekatan yg crowded, tunggu hingga hujan berhenti, apa pun tak boleh buat, berdiri sambil dukung qa'id bergilir2 ... lama sangat hingga qa'id tertidur ... bukan penat berjalan, tp penat menunggu hujan berhenti ... td ibu ajak papa naik tram tp papa xnak ... so, hadap je la, kesian qa'id !!





Aksi qa'id yg kepenatan dan mengantuk, bila ibu dukung, goyang2 sikit, qa'id terus lelap ... ibu sedih sgt tgk qa'id ... papa sibuk nak dukung qa'id yg tengah tidur !!, xpe la sekurang2 nye ibu boleh amik gmbr qa'id !!


Ibu terfikir kenapa sebelum ni ibu tak belikan kereta tolak atau stroller tuk qa'id. so waktu2 mcm ni boleh digunakan ... sebab nye qa'id ni tak suka duduk dalam kereta tolak dan stroller ... qa'id lebih suka bebas explore dengan kaki ... tp yg penatnya tentu la ibu dan papa .. kena kejar dan jaga qa'id supaya qa'id tak pergi ke tempat2 yg berbahaya ... 

Selepas hujan berhenti, ibu dan papa decide tuk balik ... qa'id pun dah terjaga dr tidur .. tp sampai aje di main entrance, hujan  seolah2 dh berhenti sepenuhnya .. so ibu ajak papa naik tram ... lagipun masa masih banyak lg ... tp tetiba aje hujan turun renyai2 ... memang ditakdirkan perancangan kita sampai setakat ni je ... so decide tuk gerak balik sebelum hujan makin lebat !! 

Singgah sekejap di The Mines tuk beli sedikit makanan dan juga kek birthday qa'id. Otw balik rumah, qa'id terlelap lagi sekali. sampai aje di rumah ibu letakkan qa'id buaian. 




Birthday boy sedang nyenyak tidur, so ibu hidangkan dulu makanan .. jemput semua makan sementara masih panas. tp kek letak tepi dulu, qa'id bangun nnt br buka tuk potong ... sebab nak amik gambar ... elok je selesai makan, qa'id bangun ... so terus aje potong kek ... qa'id dapat juga merasa seketul drumstick hot and spicy KFC .... 


Dapat seketul ayam, well behave aje ... kalau tak sudah tentu qa'id akan tak puas hati ... ehehehh ... tengok la tu, elok je duduk ngan papa tuk sesi potong kek !! 




HAPPY BIRTHDAY SAYANGKU ... semoga qa'id membesar menjadi anak yg beramal soleh, taat, bertanggungjawab, berjaya dan bahagia dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki dan disayangi !! ibu sangat bangga dengan qa'id !! mmmuahhhhs

Birthday eve

16/11/12 jumaat yg lalu papa tetiba decide bawa qa'id ke masjid pink putrajaya. entah apa angin papa kali ni baik hati nk bawa qa'id jenjalan waktu malam. qa'id sebenarnya sangat sleepy tp dah papa bersungguh nak bawa, so ibu pun siapkan la qa'id. 

Alang2 dah beli kasut baru tuk qa'id, so papa bersemangat sekejap tuk bawa qa'id jenjalan dengan kasut baru. kasut qa'id tu papa beli kat kedai manjaku BBB pada deepavali yg lalu, kira mcm sempena umur qa'id setahun. layankan gambar qa'id di perkarangan masjid pink putrajaya. 

 

Sampai aje, terus meluru ke arah acik yg jual mainan ni ... kebetulan parking betul2 depan pintu masuk masjid ... keluar keta je, qa'id meronta untuk turun dari dukungan ibu sebab ternampak mainan yang liplap liplap warna warni ... memang untung ler org yg amik peluang niaga kat sini ... 


Aksi qa'id yang rambang mata ... kalo boleh sume mainan qa'id nak ... 




Papa la yg rajin melayan kehendak qa'id ... ibu tukang amik gambar aje ...





Pada mulanya papa x beli pun mainan tu sebab memang dh tahu qa'id main kejap aje ... nanti qa'id akan rosakkan. so bawa qa'id ke tengah2 yg ada banyak rumput. 


Qa'id berlari macam tak cukup tanah .... excited kot sebab kawasan lapang dan luas, walaupun orang ramai tp masih lengang lg, lepas isyak br la ramai yg datang !!!




akhirnya papa lembut hati dan kasihan kan anak, papa belikan juga satu mainan tuk qa'id...



Tapi qa'id belum puas .... tak cukup satu, nak lg .. papa belikan lagi satu .... sebab papa dh penat kejar dan control qa'id yg begitu aktif berlari sana sini ...



Tengok la betapa papa kepenatan bermandikan peluh .... ibu hanya tersenyum sambil terus amik gambar ... biar papa rasa camana rasa jaga dan melayan anak ... hikhikhik


Papa kepenatan ... pergi sedut oksigen ... semput layan qa'id ..




toy dah rosak, qa'id gigit dan tarik ... hurrmmmm kejap aje


ok ... qa'id dh bosan main mainan ... sambung balik berlari ...



pantang jumpa lubang ... apa sahaja bendasing yg dijumpai mesti nak masukkan dalam mulut ... geram dibuatnya ...


Qa'id betul2 kepenatan .... time ni qa'id berdiri pun huyung hayang .... mengantuk ditambah dengan letih ... dah tu sampai terberak .... terus ajak balik ...



puas hati dapat bermain dan berlari dengan bebas ... kepala dan badan penuh keringat ...


sampai rumah, terus cuci berak, basuh badan qa'id sebab miang duk berguling atas rumput td, segarkan badan qa'id yg dibasahi keringat, tukar baju baru ... kasi nenen sambil baring, terus collapse !!! puas hati !!