Friday, March 29, 2013

Mandi manda di Port Dickson

24/03/2013 ahad - mandi manda di pantai disini Port Dickson, kali kedua datang bawa qa'id mandi sini ... kali ni belah petang, cuaca baik, cerah dan angin sempoi bahasa .... air plak pasang so leh la mandi dengan seronoknya. 

 









seronok anakanda al-qa'id dapat main air, mandi sepuasnya ... telan air pun banyak juga tu .... lepas mandi terus ke rumah wan lang, bilas kat sana. sebab belah malam ada majlis akikah.

Majlis akikah dua pupu al-qa'id

24/03/2013 ahad - ibu bawa qa'id ke Port Dickson umah wan lang sebab ada kenduri akikah cucu wan lang yg juga dua pupu qa'id. Pergi bertiga je .... ibu papa dan qa'id... wakil atuk ngn wan yg tak dapat hadir sebab kena pergi Family Day di Lumut, Perak.



Papa amik peluang potong jambul baby. nama baby muhammad umar hayyan. Ibu tak sempat bertanya lanjut pasal umar sebab sibuk mengejar qa'id yg tak pernah duk diam. sedikit yg ibu tahu, umar lahir secara pembedahan sebab songsang. apapun semua selamat dan sihat belaka. comel sangat baby umar ni ... buat ibu rasa nk preggy lagi !!

Wednesday, March 27, 2013

Hujung minggu di Sungai Tekala

10/03/13 ahad, papa tetiba ajak ke sungai tekala. ini kira pertama kali bawa qa'id mandi sungai. bawa mandi kolam awam pun tak pernah .... ehehhe ... sibuk la katakan !!







Alhamdulillah hari ahad yg cerah, tenang dan happy !!

Tuesday, March 19, 2013

Berjimba-jimba

Ini adalah kali pertama ibu dan papa bawa qa'id mandi manda di sungai. bukan main seronok lagi anak ibu dapat main air. ahad 10/3/12 yg lepas papa bawa qa'id dan ibu ke sungai tekala. gerak dari rumah lebih kurang jam 10.00 pagi. dalam perjalanan ke sana, qa'id tak pernah duk diam menyebabkan qa'id tertumus ke depan dan dahi qa'id terhantuk pada radio kereta semasa papa brek mengejut. qa'id menangis dan peluk ibu. tetiba qa'id senyap, rupanya qa'id terlelap.

Sampai ke sungai tekala qa'id terus terjaga, masuk je ke pusat rekreasi, qa'id teruja tengok air, tak sabar2 nak masuk dalam air. orang ramai macam biasa dan meriah. tapi tak susah nak cari tempat sesuai tuk dijadikan port. pada mulanya, ibu bawa qa'id main air kat kawasan cetek, kemudian baru la papa pula bawa qa'id mandi kat tempat yg ramai orang dan lebih dalam. ibu tak berani nak bawa qa'id mandi kat tempat dalam sebab ibu tak pandai berenang. ehehheh !! tinggal la ibu kesorangan berendam dalam air sambil menikmati dan memerhati kawasan sekitar. kalau ibu ikut sama, nnt habis la barang2 kita dikebas orang. 

Tak lama kemudian papa dan qa'id balik semula ke tempat ibu, qa'id dh memang totally wet dan papa pun sama. qa'id menggigil kesejukan, muka pun dh nampak kebiruan manahan sejuk. ibu suapkan qa'id nasi lemak, banyak qa'id makan. anak ibu lapar sebab penat main air dan mandi manda. tak lama lepas tu papa ajak balik sebab orang semakin ramai, lagipun dh agak lama berendam. kat port kita tu pun ada orang lain yg join. so dah tak selesa. dalam kereta qa'id terlelap sepanjang perjalanan. ibu lega sebab ibu tahu qa'id kepenatan. dan memang time qa'id tidur pun jam 1 ptg. sampai ke rumah ibu tidurkan qa'id, ibu pun turut terlelap juga. 

Terima kasih pada papa kerana sudi bawa qa'id dan ibu jenjalan mandi air sungai. nnt ada masa kita datang lagi. 

16 bulan

Dah sangat lama ibu tak update blog qa'id ni. banyak benda nak update tapi asyik tangguh aje menyebabkan sume idea hilang .... yang paling ibu sedih umur qa'id dh masuk 16 bulan pada ahad lepas pun ibu betul2 lupa. maafkan ibu ye sayangku.

Ahad 17/03/13 yg lepas genaplah umur anakanda al-qa'id 1 tahun 4 bulan. ibu rasa masa berlalu begitu cepat hinggakan ibu lupa untuk catat segala perkembangan qa'id .... ibu dh janji untuk update sentiasa tapi ibu tak mampu .... nak kata busy kt tempat kerja tu, biasa2 aje ... kat rumah sabtu dan ahad memang x dapat la nk update .... kat opis plak, payah nk update sebab ada aje orang yg datang pantau pergerakan dan aktiviti. kadang tu bila ada masa, mood plak xde, idea nk menulis hilang ... so asyik tangguh aje hinggakan dah tak tertulis dah .... maafkan ibu ye sayang.

Ahad lepas nak bawa qa'id ke zoo negara pun terpaksa batalkan sebab qa'id kepenatan seharian tak tidur, follow papa pergi kenduri ... otw balik dr kenduri qa'id terlelap sambil nenen, jadinya ibu dan papa decide kita terus balik rumah aje la, kesian qa'id seharian tak tidur. takde rezeki bawa qa'id tengok binatang kat zoo negara. apapun next week kalau jadi kita sekeluarga akan ke Lumut tuk family day hajah aminah (onyang). papa mungkin tak join sebab ada hal kerja.

Sempena umur qa'id yg semakin meningkat ni ibu doakan semoga anak ibu muhammad al-qa'id ha'il membesar menjadi seorang yg beramal soleh, baik budi pekerti, berani, kuat semangat, bijaksana dan sihat walafiat. semoga qa'id dilindungi, disayangi, berjaya dalam hidup, bahagia dan panjang umur. Amin ya rabbal alamiin. 


PETUA RAWAT BABY BATUK ATAU SELSEMA


Terjumpa petua ni dalam fb ... teringat qa'id yg selsema dan batuk dh masuk 3 bulan lebih ... bg ubat klinik dan homopati tp tak berkesan .... ibu nk cuba salah satu petua yg diberi, harap berkesan. sedih tengok qa'id asyik batuk berkahak, nk buang kahak tak pandai lagi, hidung plak berair meleleh aje sepanjang masa. insyaAllah ...

1. Makan madu asli.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.

2. Guna kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangityer.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

3. Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..

4. Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

5. Gunakan daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.

Friday, March 1, 2013

Miracle




Kejadian 27/2/13 rabu yg lalu ... belum pernah jadi lg mcm ni selama qa'id lahir ... ibu pelik dan maknoor terkejut. ibu duk perah otak memikirkan kenapa tp akhirnya ibu biarkan aje. mungkin qa'id terlalu mengantuk. 

Alkisahnya, pg rabu tu ibu buat susu untuk qa'id semasa qa'id masih tidur. dengan harapan qa'id terjaga terus saje nenen. tp qa'id tak bangun walaupun ibu kejutkan. ibu terpaksa juga kejutkan qa'id, bg nenen, qa'id nenen dalam mamai, then ibu tukar lampin, tukar baju dan seluar. qa'id masih mamai. ibu angkat qa'id nak bawa masuk kereta, qa'id terjaga, qa'id tegur dan bercakap bahasa baby. ibu layankan aje. dlm kereta, ibu riba dan peluk qa'id, qa'id senyap aje, mcm selesa dlm pelukan ibu, ibu tak syak pape. wan dan atuk panggil qa'id nak suh duk depan atas riba wan, qa'id senyap je. rupanya qa'id terlelap. subhanallah .... memang miracle !! patut la no respon, rupanya lelap lentok baik punya !!

Dah nk sampai umah maknoor br la ibu terdetik nk snap picture qa'id. sampai ke umah maknoor, maknoor terkejut bila tgk ibu dukung qa'id keluar dr kereta. terus maknoor siapkan buaian, ibu terus aje letak dalam buaian. sewaktu letak dalam buaian tu qa'id terjaga dan menangis. tp bila maknoor buai, qa'id sambung tidur. ibu terus gerak ke tempat keje. malamnya maknoor gtau ibu qa'id bangun jam 11 pg td. subhanallah. 

Dari bayi lagi qa'id memang susah tidur dan senang jaga, kalau dh jaga tu mmg payah dh nak tidur balik semula. tapi kali ni lain macam plak gayanya. tp sekali tu je la. pastu xde dah ... 

Check-up

26/2/13 selasa yg lepas, papa bawa qa'id ke klinik desa tuk rutin check-up. kali ni papa bawa qa'id sendirian. ibu tak dapat nk teman sebab ada audit kat tempat kerja. ibu tak tahu apa yg berlaku semasa check-up tersebut, papa kata xde apa cuma rutin biasa je. ibu catatkan aje la hasil check-up tu kat sini. 

Berat 9.2kg
Panjang 79cm
Lilitan Kepala 46cm
BMI 15

Next appointment 21/5/13 nanti.