Thursday, December 12, 2013

Gelembung

Assalamualaikum wbt

Ahad 8/12/13, balik je dari kelas jahit, papa maklumkan ibu, qa'id terkena iron. bagai nak luruh jantung ibu ... qa'id menangis-nangis datang nak peluk ibu ... kesian si anak.

Ibu nak tengok qa'id tak kasi. nak sapu ubat tak kasi, appapun ibu terpaksa juga curi-curi peluang tuk sapukan aloe vera pada tangan yang terkena iron. 

Ni la dia hasilnya, kalau qa'id benarkan ibu letak aloe vera, in sya Allah takkan jadi gelembung mcm ni !! 

curi-curi sapu aloe vera ... dah gelembung !!


keesokan harinya ... x boleh buat apa dah, tempat yang terkena iron semua dh gelembung !!

Ini kali ke tiga terkena iron ... memang tak serik anak sorang ni !!

Demam

Assalamualaikum wbt

Sudah agak lama anakanda al-qa'id tidak demam... dan sejak berumur dua tahun, ini lah kali pertama al-qa'id demam. Demam pulak berpakej .... ibu demam dulu pada hari isnin 9/12/13 .... lemah longlai gagahkan jugak datang kerja .. balik umah jemput al'qa'id, mak noor kata qa'id demam, badan panas. 


Malam tu memang demam qa'id semakin menjadi-jadi. ibu pantau je suhu badan qa'id. bagi ubat demam ... sekitar jam 7 malam suhu 38 darjah. qa'id memang lemah, makan pun taknak, minum susu sebotol kemudian tidur waktu maghrib.


Sekitar jam 11 malam ibu amik suhu dah kurang sikit. 37 darjah aje. tetiba qa'id muntah sekitar jam 2 pagi. ibu bersihkan, tukar cadar, cek suhu naik semula 38 darjah. kemudian bagi ubat bontot ... qa'id sambung tidur. 


10/12/13 selasa, Jam 5 pagi qa'id muntah lagi sekali, sekali lagi tukar cadar. ibu bagi ubat makan sekali dengan ubat bontot, qa'id sambung tidur. 


Hari ni ibu tak kerja, pepagi jam 8 qa'id bangun ceria je ... walaupun badan masih panas. bermain sekejap kemudian merengek balik semula. sempat juga minum susu dan makan bubur nasi, sebelum tidur sekejap sekitar jam 11 pagi, kemudian muntah lagi, keluar semua susu dan bubur nasi ... ambik suhu, 39 darjah. masukkan ubat bontot pulak sekitar 1 tengahari.  


Ibu pindahkan qa'id ke tilam toto, sebab tilam dah lenjan dengan muntah!! ibu teman qa'id tidur, sebab ibu pun demam juga .... bangun sekitar jam 3 petang, suhu badan qa'id 39.4 darjah. ibu dah mula risau, ubat bontot dah 3 biji, stok ubat bontot dah habis. tinggal ubat biasa je. terus bagitahu atuk dan wan, nak bawa qa'id ke klinik. sebelum suhu naik ke 40 darjah.


Atuk dan wan bawa ke klinik zalfah. orang ramai tapi terpaksa sabar menunggu. lega dapat jumpa doktor, doktor periksa kemudian berikan ubat. ibu selit sekali ubat demam untuk diri sendiri. Sampai umah, dah malam, lepas isyak ibu terus tidurkan qa'id. ibu pun collapse jugak. 

Keesokan paginye, 11/12/13 rabu, cuti umum, ibu bangun subuh tengok muntah qa'id sudah kering kat baju ibu dan bantal. qa'id tidur lena. suhu badan dah turun, ibu tak cek berapa. tapi qa'id nampak semakin sihat, badan masih panas tp tak tinggi mcm semalam.

Sepagi qa'id ceria, tiba tengahari qa'id lemah balik semula. selepas beri ubat ibu tidurkan qa'id. ibu pun tertidur juga. petang jam 4 bangun tidur, qa'id ceria. ibu berikan ubat seperti biasa. Qa'id pun dah minta nak makan nasi. makan 2 suap terus stop, minum air suam aje. sebelum tu bagi air kosong, lepas minum muntah, sampai 3 kali ibu tukar baju sebab qa'id muntah ke ibu. bila bagi air suam, dah tak muntah lagi.

Dalam pada demam pun masih lagi sempat pecahkan sebotol antibiotik. baru mkn 2 kali, habis semua antibiotik tumpah. botol kaca pecah dan serpihan kaca berterabur. terpaksa la ibu ke klinik amik yang baru. nasib baik tak perlu bayar. 

3 hari berturut2 qa'id tak selera makan, terjelepok aje lemah longlai. asyik nak berpeluk dengan ibu. kebetulan ibu pun demam juga, masing2 tidur. ibu terpaksa makan walaupun selera takde sebab tak mahu badan lemah, nanti x larat pulak nak jaga qa'id sorang2. papa pulak time ni la dia sailing. tapi hari rabu papa tiba2 muncul. 

Hari ni 12/12/13 khamis, kesihatan qa'id masih lagi demam. ibu pun sama!! semoga cepat sembuh seperti sediakala ... weekend ni nak pergi berjimba-jimba !! in sya allah 

Tuesday, December 3, 2013

3 minggu kemudian

Assalamualaikum wbt

Dah masuk minggu ke tiga misi weaning off anakanda al-qa'id. Alhamdulillah semuanye berjalan lancar. cuma bila setiap kali nak tidur malam qa'id akan minta nenen, terpaksa la ibu bagi alasan nenen habis. bila qa'id tidur, tengok wajah anak, rasa sayu, sedih, bersalah sangat. pasrah aje lah ... dah dua tahun ... kena la stop kan susu badan. kesian tengok anak tapi apa boleh buat !! 

Apa pun ibu syukur dapat berikan qa'id susu badan selama 2 tahun, walaupun selepas setahun tu hanya susu badan waktu malam sahaja iaitu sebelum tidur, semasa tidur ... bangun pagi je terus bagi susu formula !! sebenarnya senang aje nak didik anakanda al-qa'id, yang jadi sukar sebab ibu yang belum jadi ibu yang sempurna untuk qa'id ... ibu tak pandai dalam banyak perkara tentang parenthood ... ibu mengaku kelemahan ibu, ibu masih dalam proses pembelajaran sebagai seorang ibu.

Yang menariknya tentang qa'id yg dah dua tahun ni, qa'id semakin bijak bertutur ... cepat aje qa'id ikut apa yang orang cakap ... percakapan baik, percakapan buruk, percakapan kosong, percakapan kelakar, percakapan bahasa pasar, semuanya qa'id akan ikut ... pastu tergelak-gelak ... ramai yang kata qa'id tak pelat dan bercakap dengan jelas dan terang, cuma masih ada juga pelat kanak-kanak yang masih tak boleh sebut huruf dengan sempurna seperti S & R ... 

Sejak dari kejadian Handphone tempohari, ibu memang akan cakap "NO" kalau qa'id minta untuk tengok babanana atau zikir. so sebagai ganti ibu sendiri yang akan alunkan zikir tuk qa'id. kerap kali alunkan zikir qa'id ingat hampir kesemua zikir ... tetiba qa'id akan minta ''ibu, ila ila, bila ibu alunkan zikir ila hilas tulil firdaus, belum habis lagi qa'id menyampuk, ''ibu allah wujud'' .... ibu pun layan la alunkan zikir Allah Wujud Qidam Baqa' ... belum habis lagi qa'id minta '' ibu, Allah hu" ... dushhh pulakk .... bila acap kali ... ibu jadi geram ... so ibu alunkan zikir lain-lain. 

Alhamdulillah qa'id boleh alunkan zikir hampir sempurna bila dia bersendirian bermain sorang-sorang !! sebutan jelas walaupun x tepat !! huhuhu ... rugi rasanya ibu tak boleh nak rakam keletah qa'id sebab qa'id pantang nampak handphone ... so bagi mengelakkan qa'id meragam sebab ibu tak kasi handphone, x dapat la merakam aksi qa'id mengalunkan zikir ataupun bercakap !!

Sabtu lepas 1 dis 13, ibu berdua dengan qa'id ke pusat rekreasi air di presint 6 putrajaya ... sesaje pegi sana semata-mata nak bagi ikan makan !! walaupun hanya setengah jam aje, tapi kami berdua seronok dapat habiskan masa bersama. In Shaa Allah ada masa dan rezeki kita pergi lagi ye sayangku.. takde gambar ... mana nak control qa'id mana nak snap pic ... qa'id plak suka benar duk tepi jeti ... risau dia jatuh ke dalam air !! ikan plak dh macam ikan pirana !!