Monday, May 6, 2013

My man

Papa dan qa'id .... saling tak tumpah .. bak kata pepatah mana lagi tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi ... pendek kata copy paste !! love both of you !!



Tak dinafikan kebanyakan cakap qa'id serupa papa .. terutama tang mata .. tp ramai yang tak sedar tentang mata ibu juga bulat cuma terlindung di sebalik spek mata ... hanya kawan2 dan keluarga terdekat aje yg kata mata qa'id mirip ibu !! buntang ... apa pun qa'id anak ibu, papa ayah qa'id .. jadi tak ada apa yg nak dihairankan .... 

oh susu anakku !!

Buat salah apa pun tetap comel ... xde alasan tuk ibu taknak bersihkan karpet ... adooiii !!




30/04/2013 (selasa) 22:37

Bakul merah

Ibu sayangkan qaid sepenuh hati ... walaupun qa'id dah keluarkan sume kain kotor dari bakul dan sepahkannya ... pastu qa'id panjat pula bakul kain tu ... anak ibu memang lasak dan bijak !!! ibu hanya tersenyum bila qa'id menangis sebab tak berani nak turun !! so cute of u my dear ..



30/04/2013 (selasa) 19:32

Sepetang di kandang kambing

Atuk selalu nak bawa qa'id tengok kambing, akhirnya hasrat itu tertunai jua. qa'id memang enjoy walaupun kepenatan, lapar dan mengantuk !! anak ibu memang fighter and champion !! tp tewas juga bila terlena dalam pangkuan ibu ... sayang qa'id sepenuh hati ibu !!













28/05/2013 (ahad) 14:43

Thursday, May 2, 2013

Mulberry

Menikmati buah mulberi di pagi hari .. Qa'id bangun tidur ibu terus bawa ke belakang rumah petik mulberi .... qa'id petik terus masuk mulut ...












270413 (sabtu) 8:39

Qa'id sujud

Alhamdulillah anak ibu dh sihat ... sujud syukur !!



230413 (selasa) 19:55

Get well soon sayangku

Tidur tanpa baju ... kesian anak ibu ni ... masih lagi demam .... 



230413 (selasa) 6:53

Sujud

Sejuk hati bila tengok anak sujud ... qa'id selalu tengok ibu solat .. kali ni bila ibu bentang sejadah qa'id tetiba je sujud ... ibu terkedu terpaku dan sebak !! ibu bentang 2 sejadah sebab tak mau qa'id kacau ibu semasa solat .... 

Ya Allah, engkau la yang maha mengetahui, mengasihi dan mendengar ... semoga anakanda al-qa'id menjadi anak yang soleh, amin ya rabbal aalamin 

Qa'id masih lagi demam ... semoga cepat sembuh anakku !!


220413 (isnin) 19:56

Monyok

Otw ke Hospital Serdang melawat newborn boy ... sepupu qa'id anak pak teh (abang ibu) .... qa'id monyok sebab demam .... selepas tngok baby, ibu bawa qa'id ke klinik jumpa doktor, amik ubat demam !!



210413 (ahad) 15:04

Demam kali ke-8

Buat kesekian kalinya .... dah agak lama qa'id tak demam, kali ni demam nak bercakap !! 


210413 (ahad) 12:48

Berkemban

Baru lepas mandi ... 


200413 (sabtu) 9:23

Good morning

Buah hati intan payung kesayangan ibu ... muka qa'id baru bangun tidur ... otw ke rumah maknoor hantar qa'id ... ibu nk pegi keje ... papa yang hantar kan !!



170413 (rabu) 7:13

Serban

Anakku, dikau la segala-galanya bagi ibu ... hidup ibu lebih bermakna dengan kehadiran mu ... keletahmu menggembirakan ibu ... hilang segala masalah ... kasih dan sayang ibu hanya untuk mu sayangku ... Ibu sayangkan qa'id sangat2 !!


150413 (isnin) 19:54


Gelongsor

Ini lah dia anak lelaki ... ibu biarkan aje qa'id explore apa yg ada depan mata .... anak dalam proses pembelajaran dan membesar ... kalau dihalang nanti lain pulak jadinya !! ibu memantau supaya tak berlaku apa-apa yg tidak diingini !! 



120413 (jumaat) 19:14

Hand made mini chair

Wan beli kerusi ni di cameron highland ... buatan tangan masyarakat orang asli ... cantik dan comel .... qa'id la yg seronok dapat main ....

Mula2 tu mmg nk duk ats kerusi ni je ... dah lama, x heran dh !!


100413 (rabu) 18:52

Cute monkey

New friend ..... entah mana datang toy ni .... 


Main kejap aje, tgk tu, dh tarik-tarik nak cabut !!


070413 (ahad) 20:58

Rise and shine

Good Morning sayangku ... rise and shine !!!


040413 (khamis) 7:55

Bertukang

Dah nama anak lelaki ... x heran la kalo kecik2 lagi dh suka bertukang .... lipat kaki meja dulu ... dh besar nnt buat meja plak ye sayangku !!!



030413 (rabu) 21:24

Selongkar

Hobi anakanda al-qa'id  ..... selongkar beg ibu mencari harta karun .... pandai dia buka zip keluarkan satu-satu barang !! pilih mana berkenan !!

Wahai anak, ibu xde simpan harta karun sayangku .... akhirnya qa'id jumpa benda yg boleh dibuat main .... key chain kunci bilik .... itu pun jadi lah !!




310313 (ahad) 14:08