Tuesday, June 25, 2013

Botak kali ke-4

Tak perlu cerita panjang, tajuk dah menjelaskan segala-galanya ... layankan saje aksi si comel al-qa'id ha'il ..






Sebenarnya ibu dah agak lama tak ambil gambar qa'id ... kamera ibu pun berehat aje dalam simpanan ... so kali ni ibu berkesempatan tuk ambil gambar qa'id .... ini lah dia !! 

Atuk dan wan happy tgk qa'id dh botak .... ibu happy berganda !! senang nak mandikan ... ngeeehheh

25/06/2013
khamis

Jubah

15/5/13 rabu. atuk dan wan telah ke mekah membawa jemaah umrah untuk kali kedua pada tahun 2013 ni. kali ni ibu kirim baju jubah untuk qa'id. ibu tak sabar nk tgk jubah yg atuk dan wan beli. ibu terbayangkan jubah kain kapas yang bercorak jalur2 kebiasaan dipakai oleh orang tua-tua dan warna pula kalerful. sebab ibu nak jadikan baju raya tahun ni. tema warna baju raya tahun ni adalah biru. tapi bila atuk dan wan dh balik, inilah dia ..... ibu tak tahu kain jenis apa tapi kain jubah ni sangat lembut, bukan kain kapas dan plain. atuk beli 3 helai, kesemuanya warna krim ... huhuhu ... lagi 2 helai ibu x snap lagi. cuma salah satunya ibu simpan tuk pakai raya nanti. sebab saiznye lebih besar. baju yang qa'id pakai dalam gambar ni dan lagi sehelai saiz kecil dan senteng. so ibu pakaikan aje la .... comel sesangat anak ibu bila pakai jubah !!



updated 2/7/13 selasa

Another design of jubah


Wednesday, June 19, 2013

Kasut baru

Sekian lama ibu nak belikan kasut baru tuk qa'id, akhirnya dapat juga. kesian anak ibu pakai kasut sehingga dah ketat. saiz kasut ni agak besar, ibu sengaja belikan yg besar sedikit, sebab qa'id membesar dgn cepat, so kasut ni boleh pakai lama sikit .... 


Monday, June 17, 2013

1 tahun 7 bulan

Hari ini 17/6/13 isnin, genaplah umur anakanda al-qa'id 19 bulan bersamaan 1 tahun 7 bulan. 

Qa'id begitu pesat berkembang sehingga ibu sendiri tidak mampu tuk ingat kesemuanya. kadang tu bila teringat benda tu dah banyak hari berlalu. kalau ada gambar boleh la ibu update. selebihnya ibu tak sempat nak catatkan dalam diari. ibu sendiri pun tak sempat tuk tulis diari sendiri. maafkan ibu ye sayang. 

Semakin qa'id membesar ibu jadi semakin bizi menguruskan qa'id. masa tuk diri sendiri pun memang sekejap sangat. ibu tak boleh tinggal and biarkan qa'id bermain sendiri, nak tak nak ibu kena sentiasa perhatikan setiap perbuatan qa'id. kadang bila ibu terlalu penat, ibu lupa banyak benda. apa pun ibu seronok dapat lihat qa'id membesar depan mata dan dalam jagaan ibu sendiri.

Apa yang boleh ibu kongsikan di sini, qa'id semakin becok bercakap, semakin lasak memanjat dan melompat. satu hari qa'id tetiba panjat sofa dan main fius kipas. terkejut ibu dibuatnya, pujuk baik-baik suruh turun, dia boleh pulak lompat ke sofa sebelah. aduh anak, betol2 buat ibu nak gugur jantung.

Qa'id dah panggil ibu dengan jelas dan bermakna, agak amik masa juga tuk qa'id panggil ibu. kalau mama tu dari 6 bulan dh pandai. ibu bersabar tunggu masa qa'id panggil ibu. kalau beri arahan yang mudah sambil bantu qa'id, qa'id dh boleh ikut dan buat. contohnya, wan minta qa'id ambilkan bantal, qa'id akan buat dengan happy. bantal tu memang berat dan besar, qa'id akan berusaha tarik dengan sebelah tangan. iyah iyah bunyinya ...

Kalau minum susu, bagi je botol susu, suruh abooom, qa'id akan cari port tuk baring, selalunya qa'id akan pergi ke atuk dan baring di sebelah. selesai minum susu, botol kosong qa'id akan beri pada ibu, tak pun letak atas meja. kalau bawa qa'id keluar rumah malam, secara automatik qa'id akan cari moon. kalau ada walaupun bulan sabit, qa'id akan tunjuk sambil sebut moon. 

Sebenarnya kalau bab bercakap tu, qa'id cuba sedaya upaya tuk bercakap dengan aksen baby. dan ibu cuba memahami apa yg qa'id cuba cakapkan. tapi selepas sembuh dari terkena iron, asyik sebut sakit aje, sikit-sikit cakap sakit, bila tanya sakit kat mana qa'id akan tunjukkan kesan parut luka terkena iron. kadang dh malas nak layan sakit dia. hihihihi

Sejak beberapa bulan ni qa'id menunjukkan tantrumnye .... kadang ibu layan, kadang ibu penat dan tak larat nak layan. sikit-sikit merajuk, sikit-sikit menangis, suka baling-baling barang, suka pukul, marah-marah ..... tapi ibu tak kisah sume tu sebab pada umur qa'id tahap perkembangan qa'id akan melalui itu semua. jadi ibu belajar tentang qa'id dan jadikan sume tu sebagai satu pengajaran dan pembelajaran yang baik. 

Kekadang perlakuan dan percakapan qa'id yang di luar kawal, secara tetiba dan mengejut,  membuatkan masa-masa bersama qa'id suatu yang sangat adventure and chalenging. contohnya, qa'id tetiba sebut perkataan dengan betul dan tepat, bunyinya sangat comel. ibu teruja dan overwhelming. tapi lepas tu, di masa-masa yang lain qa'id dah tak boleh sebut balik perkataan tadi atau juga qa'id malas nak sebut. kekadang tu ibu buat sesuatu untuk mengajar qa'id, qa'id akan bagi reaksi yang cepat, kadang ambil masa. misalnya ibu nyanyikan satu lagu, nyanyi berulang kali, di masa yang lain, ibu nyanyikan balik semula lagu tu, qa'id akan sambung nyanyian ibu,  seronok sangat. qa'id cepat belajar dan sangat bijak. 

Ada masa qa'id unexpected, dan setiap hari ada sahaja benda baru yang ibu belajar dari qa'id, dan benda baru yang qa'id buat. sebelum ini ibu janji akan alert sentiasa, tapi rupanya susah juga nak alert semua, otak ibu x boleh nak save semua detik-detik penting yg berlaku. 

Apapun ibu sentiasa doakan yang baik-baik tuk anak ibu qa'id. ibu buat yang terbaik tuk anak ibu qa'id, ibu masih belum puas curahkan kasih sayang pada qa'id, rasa bersalah kerana selalu marah pada qa'id, ibu bertindak lambat apabila sesuatu insiden terjadi pada qa'id, biarkan qa'id bermain sendiri, tidak membelikan mainan tuk qa'id, ibu minta maaf ye sayang diatas segala kekurangan ibu. ibu sangat sayangkan muhammad al-qa'id ha'il. mmmmmuahhhs !!

Check-up setahun setengah

Pada 4/6/13 selasa ibu dan papa bawa qa'id ke klinik desa sungai merab untuk check up setahun setengah. sampai sana orang dah ramai so kena la tunggu turn. sambil tunggu papa layan qa'id main mini playground. qa'id main sengsorang. Nurse kemudian panggil tuk timbang dan ukur. selesai qa'id sambung main semula. kat rumah xde sume tu macam gelongsor. so dapat main qa'id leka.

tetiba datang la satu family ni nak bawa anak check-up. biasa la kan, bawa anak keck, terpaksa la bawa anak2 yg besar juga. adik beradik dua orang ni mungkin kakak dan adik lelaki, sangat lasak, kasar dan nakal juga. terus aje terkam pada tempat mainan. mulut bising, x hormat orang dan ikut sukati dia aje. badan masing2 besar.

Ibu diorg mungkin la x boleh nak kontrol sebab anak kecik, tapi nenek diorang tu diam aje, ada la beberapa kali tegur mulut. budak sebesar tu mana nk dengar kalao tegur mulut dari jauh. papa yang mulanya bersabar lama kelamaan rimas. so papa stopkan qa'id bermain menyebabkan qa'id meraung dan menangis. kecoh la satu klinik. ibu pujuk qa'id, bawa qa'id keluar bagi qa'id sedut udara segar. qa'id mengamuk dan masih meraung. suhu badan qa'id juga makin panas. papa datang setelah selesai smoking and bawa qa'id main permainan semula. budak2 yang tadi stop main dan behave. mungkin kena marah ngn mak atau nenek diorg kot sebab tengok qa'id memberontak tadi. 

Tak lama kemudian tiba giliran qa'id tuk berjumpa nurse. qa'id sepatutnya menerima suntikan tapi terpaksa ditangguhkan kerana qa'id demam. so nurse minta tuk datang sebaik sahaja qa'id sembuh demam. selesai urusan di klinik tersebut, ibu dan papa terus bawa qa'id ke klinik swasta tuk ambil ubat atas arahan nurse tadi. hari ni ibu terpaksa ambil cuti untuk jaga qa'id yang tidak sihat. ibu pun sebenarnya demam. mungkin demam ibu terjangkit pada qa'id sebab qa'id masih menyusu susu ibu.

Seminggu kemudian, pada 11/6/13 selasa, papa bawa qa'id ke klinik untuk suntikan. kali ini ibu tak ikut sama sebab kena kerja. so ini lah hasil check-up qa'id untuk kali ini.

Berat 10.3 kg
Panjang 83 cm
BMI 15
Lilitan kepala 45 cm
Keputusan Normal

Kreatif

Ini lah dia aktiviti qa'id yang tersendiri. kesian anak ibu sebab xde mainan mcm orang lain. tapi qa'id ni seorang yang kreatif .... walaupun xde mainan yang banyak, apa sahaja boleh dijadikan mainan. ibu bangga dengan qa'id !! Apa sahaja aktiviti yang qa'id buat termasuk la memanjat, ibu tak pernah marah. sebab ibu faham, cuma ibu akan perhatikan dan pujuk qa'id turun baik-baik. tapi kalau ada pak cik cuni, qa'id asyik kena marah aje. itu x boleh, ini tak boleh .... kesian anak ibu !!




26/5/13
Ahad
7.41 petang

Sekarang dah pandai minta pen dan kertas. masuk bilik aje, tunjuk pada bekas letak stationary ibu. bagi pen dan kertas, terus la qa'id conteng ikut suka !! qa'id tekan pen sehingga menembusi kertas. habis cadar tilam ibu jadi mangsa !!




29/5/13
Rabu
9.38 malam

Cekak rambut kuning

Ibu beli cekak rambut ni tuk pakai sebab rimas, tapi bagi qa'id jadi mainan .... akhirnya cekak rambut ibu patah dibuatnya !! hurrmmmm nak beli lain amik masa sayang oooii, ingat senang ke nak ajak papa pegi pasar malam???



1/6/13
Sabtu
5.11 petang

Isi masa lapang

Kesian pada qa'id sebab ibu dan papa jarang sekali bawa pergi jenjalan. so kali ni papa tetiba nak bawa qa'id ke putrajaya. akibat terlalu ramai orang di taman dekat PICC, so papa bawa ke taman dekat hotel Pullman. Dari pusat rekreasi air berjalan hingga ke pusat maritim putrajaya. Qa'id ikut aje ibu dengan papa. 





19/5/13
Ahad
6.59 petang

Bakul

Ini lah yang ibu maksudkan bermain sendiri. apa sahaja yang ada depan mata akan jadi mainan qa'id. kalau macam dah xde apa, qa'id akan masuk  ke dapur, pilih periuk belanga dan main sorang-sorang. 




25/5/13
Sabtu
10.30 malam

Baca buku

Adakalanya ibu buntu dan kesian pada qa'id sebab qa'id takde permainan macam kanak-kanak lain. ibu memang kadang-kadang aje belikan toy tuk qa'id. qa'id main toy tu tuk 15 minit then qa'id dh x layan lagi dh. qa'id lebih suka main sendiri. satu hari qa'id tetiba aje amik buku yng bersepah atas lantai, baring dan belek buku tersebut. nasib baik ibu sempat snap gambar !!


23/5/13 
Khamis
8.29 malam

Berus gigi

Bukan senang nak berus gigi qa'id dan bermacam2 cara ibu lakukan untuk berus gigi qa'id. satu hari ibu dah malas nk layan kerenah qa'id sewaktu berus gigi, ibu berikan aje berus ti direct pada qa'id. ibu masuk ke bilik air tuk basuh muka dan berus gigi ibu. bila keluar dari bilik air, tengok qa'id bersungguh-sungguh berus gigi sendiri. hehehehehehhe


12/5/13 
Ahad
10.12 malam

Qa'id buat surprise

20/5/13 isnin sekitar jam 4.54 petang qa'id sampai ke opis ibu dengan papa. pada awalnya ibu tak tahu pun qa'id datang ... bila ibu turun tuk berjumpa dengan papa, qa'id pun ada sama. so ibu bawa qa'id ke opis ibu sekejap. ibu rasa excited bila jumpa qa'id setelah seharian tak bersama qa'id. ibu rindu sangat2 pd qa'id .... setiap hari mesti ibu tak sabar nak balik and jemput qa'id di rumah mama. 




Nampak sangat muka baru bangun tidur kan anak ibu ni !!! 

Carwash

Anak ibu ni memang rajin. apa taknya kalo leh buat sesuatu sambil bermain memang la dia rajin. menyelam sambil minum air. tengok la tu, banyaknye rendam kain ke dalam buih, cuci ketanya sikit-sikit aje. huhuhu

Ummi yah la ni yang mengajar qa'id, kalo papa memang xde dah. kebetulan hari ni cuti umum, ummi yah ada, so dia la yang rajin melayan qa'id. aktiviti hari cuti ......







24/5/13 
Jumaat
10.39 pagi

Iron little man

Bangun tidur di satu pagi, terus aje terkam iron yang tengah on. qa'id pegang iron tu dan terus kena. nasib baik la qa'id tak terlepas iron tu, kalo tak habis la keseluruhan tangan dihempap iron. kejadian berlaku dengan pantas sekali, yg ibu terfikir waktu tu ialah amik ubat gigi and sapu pada tempat yang kena iron. 
qa'id menangis sekejap aje tapi kuat. 


Ibu tak sempat nk amik gmbr sebaik selepas kejadian, anak tgh sakit takkan la ibu sibuk nk amik gmbr plak kan. ini pun ibu terfikir tuk snap setelah balik dari kerja, singgah jemput qa'id. terkejut juga petang tu tgk lengan qa'id. bila papa singgah bengkel keta, baru ibu terfikir tuk amik gmbr lengan qa'id yg melecur teruk ni. 

Sedih dan terkilan sgt dgn apa yg berlaku, harap qa'id dh serik dan tak buat lagi lepas ni. sakit terkena iron mmg pedih dan menyengat. tapi anak kecil yg tak tahu apa-apa, ibu yg rasa bersalah sgt2. 


samapi rumah, ibu mandikan qa'id, qa'id sibuk duk picit kesan lecur. alih-alih qa'id dah pecahkan. ibu sapukan lidah buaya, qa'id mengelak sbb sejuk dan berlendir. kejadian ni berlaku pada 31/5/12 jumaat sekitar jam 7.00 pg. 


Tips :- sebaik je terkena air panas atau iron atau apa sahaja yang sewaktu dengannya, terus aje sapu dengan lidah buaya. lidah buaya menyejukkan dan tempat terkena benda panas tadi, tangan tidak akan melecur dan melepuh. berkesan tuk orang dewasa juga. 

Demam kali ke-9

Boleh dikatakan kerap juga al-qa'id demam. kali ni demam sebab ibu demam dan qa'id menyusu susu badan ibu. ibu rasa itu la puncanya. ibu minta maaf ye sayang. 

Demam memang nampak macam sakit biasa je ... tapi bermula dengan demam la penyakit lain akan datang. jadi kalau anak demam cepat2 bawa ke klinik. selepas ibu bawa qa'id ke klinik amik ubat, ibu singgah ke farmasi tuk beli termometer. senang tuk ukur tahap kepanasan demam qa'id. 


Gambar ni diambil jam 3.18 pagi pada 4/6/13 selasa. qa'id terjaga dari tidur kebetulan ibu lapar dan papa baru balik. terus papa ajak keluar makan di kedai mamak seksyen 15 BBB. makan roti canai pisang. huhuhu !!!


Ini lah dia koleksi ubat demam qa'id. alhamdulillah qa'id dah sihat keesokannya. Ibu yang demam tak ingat !! nasib baik qa'id demam x melarat walaupun menyusu susu ibu semasa ibu tengah dilanda demam yang teruk.