Wednesday, March 26, 2014

Berkelah di Pantai Pasir Lanun, Mersing bhg.2

Assalamualaikum wbt

Sambungan entri semalam .... 

Memang puas hati qa'id dapat bermain, berjemur panas, berkubang hingga tak mahu makan, tak mahu naik ke darat !! 


seronok bermain dengan kawan .... 







bilas sebelum balik .... terkejut tengok kesan burn .... teruk benar nampaknya 



mengantuk tapi nak makan jugak .... makan sambil mata hampir tertutup 




Terbongkang tidur .... kepenatan !!



Kesan burn tu memang memedihkan menyakitkan... qa'id menangis setiap kali lepas mandi bila ibu lap dengan towel .... kesian sangat ... kesan burn tu akan ambil masa yang lama untuk hilang !!

Ibu sendiri pun burn jugak ... lepas bersihkan diri kulit muka tegang je dua tiga hari, kemerah-merahan ... memang tak prepare sunblok pun ... ni semua akibat last minit punya kerja !!!

Tuesday, March 25, 2014

Berkelah di Pantai Pasir Lanun, Mersing

Assalamualaikum wbt

Dua minggu lepas papa ajak berkelah di pantai pulak .... lokasi kali ni Pantai Pasir Lanun, Mersing ... agak jauh sedikit dari rumah ... lebih kurang 30 minit perjalanan ... tapi berbaloi kerana tempat dia memang heaven ...

Berkelah sendiri tak best .. so kena ada member ramai2 baru syok ... kali ni ofismate papa join sekali .... sebenarnya ofismate papa yang ajak .... mereka sekeluarga yang sediakan makan minum .. oleh kerana inilah kali pertama kitorang berkelah .... ibu hanya sempat buat dessert aje !! apapun next time kalau buat piknik lagi ibu dah tahu apa yang perlu ada !! huhuhuhu 

Apapun ibu terhutang budi dengan mereka !! 






















Sampai aje, qa'id terus meluru ke pantai ... ajak makan qa'id tak mahu ... bermain tanpa menghiraukan sesiapa ....

Tetiba qa'id datang minta nak makan mee .. kena pujuk ngan papa la tu ... apa sahaja mee qa'id suka ... nasi tak suka ...

Sebelum balik memang kritikal ... tak makan pujuk .... akhirnya kena paksa juga balik ... memang menangis, meronta dan meraung la ... 

Dalam kereta ... dah kena air-cond, kejap aje terlelap sewaktu mengunyah mamee monster !! aduhai anak !!

Badan yang terdedah memang burn ... seminggu lebih qa'id kena kuarantin ... papa tak bawa keluar bermain ke taman mainan .... lawak betul papa ni ... 

Sunday, March 23, 2014

Minum petang di sebuah warung

Assalamualaikum wbt

Satu petang papa balik dari kerja terus ajak ke pantai .... katanya nak jumpa kawan, sambil minum petang di sebuah warung ...

Ibu seperti biasa la, wajib ambil gambar ... kali ni rajin nak bawa cik nikon ... kalo tak cik sony peneman setia !!

Keluar aje dari kereta anakanda al-qa'id terus berlari ke pantai ... pantai berdekatan rumah ni selalunya surut ... so biarkan aje la dia berlari ... pantang nampak air .. terus aje meluru laju dan lompat ke dalam air untuk bermain air ... pengunjug warung tu terpinga-pinga dibuatnya ... ibu tergelak aje dengan papa .... lepas order minum baru papa bergegas ke pantai ... kalau dibiarkan ... lenjun nanti !!!








Lepas minum bawa qa'id main air pantai yang jauh sikit dari warung ... inilah jadinya ..... Qa'id berlari sebab air dah pasang ... sebelum tu kami berjalan-jalan di tengah2 ... sikit je lagi nak sampai ke pulau .. tapi melihat gelombang air semakin mendekat dan air pun makin naik rapat ... terpaksa berpatah balik .... 



Nasib baik kami cepat ... lepas 5 minit kami sampai daratan air dah memenuhi pantai ... fuhhhh

Tuesday, March 4, 2014

Sepupu baru

Assalamualaikum wbt

Banyakyang ibu dah lupa nak update ... so beberapa hari ni ibu update yang mana ibu ingat ajela ... itu pun nasib baik ada gambar dan berlaku baru-baru ini .... maafkan ibu ye sayang ... duduk Mersing ni kira beruntung la sebab ada internet .... boleh la update selalu .. In Sya Allah

Ok sebelum gerak ke Mersing ni, hari Sabtu 15 Feb 14, Qa'id menerima berita gembira iaitu qa'id mendpat sepupu baru ... newborn boy ... anak pak ngah abul dan mak ngah syida. Mereka mendapat cahayamata kedua .... sepasang sudah .... seronok rasanya .... apabila keluarga semakin berkembang ... so atuk ada 3 cucu .. 2 lelaki dan seorang perempuan.

*****************************************************************
Newborn Boy 15/2/14 Sabtu
Pemilik nama Muhammad Arif Haikal




*****************************************************************
Rumah maknoor ... bersama Yaya dan 2 orang kakak yang ibu tak kenal siapa mereka ... anak jiran Maknoor .... Jumpa Maknoor dulu sebelum gerak ke Mersing 





Well qa'id pun sebenarnya dah pandai minta adik dan baby .... ibu dan papa senyum aje bila qa'id cakap nak adik !!! In Sya Allah sayangku ... qa'id akan dpat adik juga nanti ... sama-sama kita berdoa ye !!

Monday, March 3, 2014

Pantai Mersing Bah.2

Assalamualaikum wbt

Seronoknya dapat ke pantai setiap hari .... tapi pantai Mersing ni sunyi ... tak banyak aktiviti .... tak sesuai untuk mandi manda .... mungkin sebab tu pantai Mersing tak glemer kot ... qa'id ke pantai nak main air kalau boleh ... tak mandi pun takpe ... tapi memang takde orang mandi pun ... so nak jejak kaki ke gigi air pun rasa risau ... 

22 Feb 14 hari sabtu, kali ni ke pantai belah pagi pulak, pantai ni dilengkapi taman rekreasi, ada taman permainan untuk kanak2, trek jogging ... sambil papa berjogging dengan kawan dia, ibu bawa qa'id jenjalan hirup udara segar dan menikmati pemandangan sunrise .... ramai yang datang bersama keluarga, lepak-lepak, menyembang, jogging ... tapi takde sorang pun yang mendekati pantai .... malah mereka pelik tengok ibu bawa kamera dan ambil gambar qa'id.