Thursday, July 24, 2014

Melatih anak ke tandas

Assalamualaikum wbt

Rentetan kisah anakanda al-qa'id belajar tak pakai diapers .....

Seminggu pertama memang sangat mencabar, memenatkan, tension dan geram. Ini gara-gara ibu yang tidak sabar dan beranggapan qa'id dah matang dan mengerti. Apa lah ibu nih .... qa'id kecik lagi lah, tak faham apa-apa. 

Minggu kedua pula ada perkembangan memberangsangkan. Beberapa kali terbabas dan qa'id sangat penat dengan kerenah ibu sebab diasak dengan soalan yang sama serta ugutan. 

Minggu ketiga ibu dah boleh menarik nafas lega. Qa'id dah well trained, cuma ibu masih berhati-hati bila melihat gelagat qa'id yang mencurigakan. Bila keluar dari rumah, kena pakaikan diapers sebab ibu tak yakin,manalh tahu tetiba qa'id minta nk kencing. 

Akhirnya minggu keempat qa'id dengan jayanya tak pakai diapers di rumah dan di luar rumah. Kalau nak kencing, qa'id akan cakap dan berlari ke toilet. Ibu pula yang penat melayan. Baru je duduk nak buat keje, qa'id pulak nak kencing. Qa'id akan panggil hingga ibu datang. Baru lah qa'id akan kencing. Pernah ibu lengahkan, tengok-tengok qa'id dah kencing di muka pintu tandas. Lepas kejadian tu, ibu kena lah cepat-cepat kalau qa'id kata nak kencing.  

Berak pula, qa'id masih perlu berak dalam diapers. Pernah qa'id rasa nak berak tapi bila masuk toilet, berak tak keluar. Beberapa kali qa'id keluar masuk tandas cuba berak. Dah petang barulah ibu pakaikan diapers, terus aje qa'id berak. Tapi pernah juga satu hari tu qa'id terdesak sangat, cakap nak berak laju-laju, terus masuk toilet, terus aje berak, belum sempat duduk betul-betul. Aik boleh pulak??? 

Tapi sehingga sekarang qa'id akan berak dalam diapers. Belah malam bila qa'id dah tidur baru pakaikan diapers. Selagi qa'id tak tidur selagi itu ibu tak pakaikan. Setakat ini dah dua bulan qa'id tak pakai lampin siang hari, ibu dah jimat duit untuk diapers. Syukur alhamdulillah.

Ibu nak share apa yang ibu buat sepanjang mengajar qa'id tak pakai diapers.

~ Penting untuk seorang ibu bersedia mental dan fizikal. Mendidik anak kecil ni sungguh mencabar kesabaran. Tapi ia akan jadi mudah kalau ibu lebih bersedia.    

~ Seeloknya kena ada bantuan serta sokongan dari suami dan sesiapa sahaja yang ada dalam rumah. Sebab kalau ibu seorang sahaja yang nak pantau setiap saat, memang payah, tapi tak mustahil, sebab itu lah kena ready mentally n physically.

~ Kerap bertanya pada anak kecil "nak kencing tak??", sebaiknya setiap setengah jam untuk hari pertama. haaaa sanggup ke nak tanya setiap setengah jam, kalau ibu sendiri ada banyak keje nak buat??? 

~ Hari kedua boleh la ulang tanya soalan sama setiap sejam. Bergantung pada anak lah. Kalau ibu yakin, setiap 3 jam sekali pun dah ok. Kerap tanya soalan sama ni sebab nak buat dia tahu, faham, sedar dan bosan. Sebab anak ni dia belum tahu apa rasa nak kencing. 

~ Bila beberapa kali dia terbabas, then baru kita ubah soalan. Sebab dia tengah belajar macamana rasa nak kencing. Dan cuba faham kenapa ibu selalu tanya benda sama. "nak kencing tak?? kalau nak kencing bagitahu ibu, ibu bawa masuk tandas". 

~ Dah agak anak macam tahu dan faham tapi masih taknak cakap bila dia nak kencing, ibu boleh tanya "kalau nak kencing masuk mana??? macam tu la lebih kurang. Kita nak dia tahu lokasi untuk kencing. 

~ Ibu sendiri pun kena alert sikit dengan tingkahlaku anak, sebab kadang tu dia nak kencing tapi hanya bagi hint sebab malas nak cakap atau tak tahu nak cakap atau malu nak cakap. Macam dia duk kepit-kepit anu, atau duk menggentel anu atau perubahan pada riak wajah. 

~ Bila anak dah tahu, faham, sedar dan bosan, dia sendiri akan ulang soalan pada ibu. so ubahlah soalan jadi ayat mengajak, menyuruh atau beritahu macam, "kalau nak kencing, pergi toilet ye" benda nye sama je. so anak akan cepat faham maksud kita. 

Ok lebih kurang macam tu lah. Setiap anak lain pula kerenahnya. Ibu dan anak kena bina keyakinan diri sendiri. Bila dah ibu dan anak yakin, semuanya akan ok. Anak tak akan kencing merata, kalau nak kencing anak akan bagitahu dan terus berlari ke toilet. So ibu dapat la berjimat dari membeli diapers setiap bulan.

Ibu tak pandai sangat nak bagi tips. Ibu share apa yang ibu lalui bersama anakanda Al-Qa''id. Setiap ibu pasti ada cara yang tersendiri dalam melatih anak tak pakai diapers. Sebab ibu pun belajar dari anak jugak kan. Setiap hari ada je benda baru yang ibu belajar dari seorang anak.. betul tak???

Apapun anakanda Al-Qa'id sekarang ni dah tak pakai diapers lagi pada siang hari. Dah pandai ke toilet sendiri. Lepas ni ibu akan ajar qa'id untuk cuci sendiri kencing. Ibu sangat bangga dengan qa'id. Sayang qa'id sangat-sangat.