Thursday, December 12, 2013

Gelembung

Assalamualaikum wbt

Ahad 8/12/13, balik je dari kelas jahit, papa maklumkan ibu, qa'id terkena iron. bagai nak luruh jantung ibu ... qa'id menangis-nangis datang nak peluk ibu ... kesian si anak.

Ibu nak tengok qa'id tak kasi. nak sapu ubat tak kasi, appapun ibu terpaksa juga curi-curi peluang tuk sapukan aloe vera pada tangan yang terkena iron. 

Ni la dia hasilnya, kalau qa'id benarkan ibu letak aloe vera, in sya Allah takkan jadi gelembung mcm ni !! 

curi-curi sapu aloe vera ... dah gelembung !!


keesokan harinya ... x boleh buat apa dah, tempat yang terkena iron semua dh gelembung !!

Ini kali ke tiga terkena iron ... memang tak serik anak sorang ni !!

Demam

Assalamualaikum wbt

Sudah agak lama anakanda al-qa'id tidak demam... dan sejak berumur dua tahun, ini lah kali pertama al-qa'id demam. Demam pulak berpakej .... ibu demam dulu pada hari isnin 9/12/13 .... lemah longlai gagahkan jugak datang kerja .. balik umah jemput al'qa'id, mak noor kata qa'id demam, badan panas. 


Malam tu memang demam qa'id semakin menjadi-jadi. ibu pantau je suhu badan qa'id. bagi ubat demam ... sekitar jam 7 malam suhu 38 darjah. qa'id memang lemah, makan pun taknak, minum susu sebotol kemudian tidur waktu maghrib.


Sekitar jam 11 malam ibu amik suhu dah kurang sikit. 37 darjah aje. tetiba qa'id muntah sekitar jam 2 pagi. ibu bersihkan, tukar cadar, cek suhu naik semula 38 darjah. kemudian bagi ubat bontot ... qa'id sambung tidur. 


10/12/13 selasa, Jam 5 pagi qa'id muntah lagi sekali, sekali lagi tukar cadar. ibu bagi ubat makan sekali dengan ubat bontot, qa'id sambung tidur. 


Hari ni ibu tak kerja, pepagi jam 8 qa'id bangun ceria je ... walaupun badan masih panas. bermain sekejap kemudian merengek balik semula. sempat juga minum susu dan makan bubur nasi, sebelum tidur sekejap sekitar jam 11 pagi, kemudian muntah lagi, keluar semua susu dan bubur nasi ... ambik suhu, 39 darjah. masukkan ubat bontot pulak sekitar 1 tengahari.  


Ibu pindahkan qa'id ke tilam toto, sebab tilam dah lenjan dengan muntah!! ibu teman qa'id tidur, sebab ibu pun demam juga .... bangun sekitar jam 3 petang, suhu badan qa'id 39.4 darjah. ibu dah mula risau, ubat bontot dah 3 biji, stok ubat bontot dah habis. tinggal ubat biasa je. terus bagitahu atuk dan wan, nak bawa qa'id ke klinik. sebelum suhu naik ke 40 darjah.


Atuk dan wan bawa ke klinik zalfah. orang ramai tapi terpaksa sabar menunggu. lega dapat jumpa doktor, doktor periksa kemudian berikan ubat. ibu selit sekali ubat demam untuk diri sendiri. Sampai umah, dah malam, lepas isyak ibu terus tidurkan qa'id. ibu pun collapse jugak. 

Keesokan paginye, 11/12/13 rabu, cuti umum, ibu bangun subuh tengok muntah qa'id sudah kering kat baju ibu dan bantal. qa'id tidur lena. suhu badan dah turun, ibu tak cek berapa. tapi qa'id nampak semakin sihat, badan masih panas tp tak tinggi mcm semalam.

Sepagi qa'id ceria, tiba tengahari qa'id lemah balik semula. selepas beri ubat ibu tidurkan qa'id. ibu pun tertidur juga. petang jam 4 bangun tidur, qa'id ceria. ibu berikan ubat seperti biasa. Qa'id pun dah minta nak makan nasi. makan 2 suap terus stop, minum air suam aje. sebelum tu bagi air kosong, lepas minum muntah, sampai 3 kali ibu tukar baju sebab qa'id muntah ke ibu. bila bagi air suam, dah tak muntah lagi.

Dalam pada demam pun masih lagi sempat pecahkan sebotol antibiotik. baru mkn 2 kali, habis semua antibiotik tumpah. botol kaca pecah dan serpihan kaca berterabur. terpaksa la ibu ke klinik amik yang baru. nasib baik tak perlu bayar. 

3 hari berturut2 qa'id tak selera makan, terjelepok aje lemah longlai. asyik nak berpeluk dengan ibu. kebetulan ibu pun demam juga, masing2 tidur. ibu terpaksa makan walaupun selera takde sebab tak mahu badan lemah, nanti x larat pulak nak jaga qa'id sorang2. papa pulak time ni la dia sailing. tapi hari rabu papa tiba2 muncul. 

Hari ni 12/12/13 khamis, kesihatan qa'id masih lagi demam. ibu pun sama!! semoga cepat sembuh seperti sediakala ... weekend ni nak pergi berjimba-jimba !! in sya allah 

Tuesday, December 3, 2013

3 minggu kemudian

Assalamualaikum wbt

Dah masuk minggu ke tiga misi weaning off anakanda al-qa'id. Alhamdulillah semuanye berjalan lancar. cuma bila setiap kali nak tidur malam qa'id akan minta nenen, terpaksa la ibu bagi alasan nenen habis. bila qa'id tidur, tengok wajah anak, rasa sayu, sedih, bersalah sangat. pasrah aje lah ... dah dua tahun ... kena la stop kan susu badan. kesian tengok anak tapi apa boleh buat !! 

Apa pun ibu syukur dapat berikan qa'id susu badan selama 2 tahun, walaupun selepas setahun tu hanya susu badan waktu malam sahaja iaitu sebelum tidur, semasa tidur ... bangun pagi je terus bagi susu formula !! sebenarnya senang aje nak didik anakanda al-qa'id, yang jadi sukar sebab ibu yang belum jadi ibu yang sempurna untuk qa'id ... ibu tak pandai dalam banyak perkara tentang parenthood ... ibu mengaku kelemahan ibu, ibu masih dalam proses pembelajaran sebagai seorang ibu.

Yang menariknya tentang qa'id yg dah dua tahun ni, qa'id semakin bijak bertutur ... cepat aje qa'id ikut apa yang orang cakap ... percakapan baik, percakapan buruk, percakapan kosong, percakapan kelakar, percakapan bahasa pasar, semuanya qa'id akan ikut ... pastu tergelak-gelak ... ramai yang kata qa'id tak pelat dan bercakap dengan jelas dan terang, cuma masih ada juga pelat kanak-kanak yang masih tak boleh sebut huruf dengan sempurna seperti S & R ... 

Sejak dari kejadian Handphone tempohari, ibu memang akan cakap "NO" kalau qa'id minta untuk tengok babanana atau zikir. so sebagai ganti ibu sendiri yang akan alunkan zikir tuk qa'id. kerap kali alunkan zikir qa'id ingat hampir kesemua zikir ... tetiba qa'id akan minta ''ibu, ila ila, bila ibu alunkan zikir ila hilas tulil firdaus, belum habis lagi qa'id menyampuk, ''ibu allah wujud'' .... ibu pun layan la alunkan zikir Allah Wujud Qidam Baqa' ... belum habis lagi qa'id minta '' ibu, Allah hu" ... dushhh pulakk .... bila acap kali ... ibu jadi geram ... so ibu alunkan zikir lain-lain. 

Alhamdulillah qa'id boleh alunkan zikir hampir sempurna bila dia bersendirian bermain sorang-sorang !! sebutan jelas walaupun x tepat !! huhuhu ... rugi rasanya ibu tak boleh nak rakam keletah qa'id sebab qa'id pantang nampak handphone ... so bagi mengelakkan qa'id meragam sebab ibu tak kasi handphone, x dapat la merakam aksi qa'id mengalunkan zikir ataupun bercakap !!

Sabtu lepas 1 dis 13, ibu berdua dengan qa'id ke pusat rekreasi air di presint 6 putrajaya ... sesaje pegi sana semata-mata nak bagi ikan makan !! walaupun hanya setengah jam aje, tapi kami berdua seronok dapat habiskan masa bersama. In Shaa Allah ada masa dan rezeki kita pergi lagi ye sayangku.. takde gambar ... mana nak control qa'id mana nak snap pic ... qa'id plak suka benar duk tepi jeti ... risau dia jatuh ke dalam air !! ikan plak dh macam ikan pirana !!



Friday, November 22, 2013

Orang sibuk dia pun sibuk jugak ..

Assalamualaikum wbt

Budak tengah membesar ... lagi seminggu genap 2 tahun ... kalau dibiarkan keluar rumah dan bermain sendiri ... ini lah jadinye !! 





Takpe la sayangku ... bukan selalu pun qa'id boleh buat aktiviti macam ni ... asyik kena kurung je ... x best jugak kan?? tapi itu la, kalau di biarkan takut jadi benda lain pulak. Ibu tengah busy kemas rumah, papa pulak tengah bersihkan halaman rumah ... qa'id pun tidak ketinggalan jugak lah !! kanak-kanak sebaya ni memang kena pantau ... mereka cuma nak explore, bukan diorang tahu pun bahaya ke apa. lepa sikit je, tragedi la jawabnye .... ibu bapa juga yang dipersalahkan !! kadang tu ibu bapa beringat berhati-hati, tapi benda nak jadi, jadi juga. tapi terkilan la ... sebab kecuaian yang sedikit boleh membawa padah. Nauzubillah himinzaalik !!

Misi weaning off

Assalamualaikum wbt

Anakanda al-qa'id dah berumur dua tahun seminggu lebih kurang .... ibu nak cerita sikit tentang qa'id ... perkembangan yang berlaku pada qa'id. seminggu sebelum tarikh lahir qa'id, pada hari sabtu 9 Nov 2013, qa'id tetiba minta susu. sehari qa'id minum 4 botol susu !! sebelum ni qa'id sangat susah minum susu apatah lagi minta dibuatkan susu. kalau ibu buat pun pasti kesudahannya membazir sahaja. 1 bungkus susu tahan sebulan. 

Biasanya bangun tidur pepagi ibu buat susu. then itu je la ... xde dah lepas tu. tapi hairan pulak tetiba qa'id cakap "ibu nak susu tak? susu cokolet" selalu ibu akan tanya "qa'id nak susu tak? susu cokolet" qa'id copy soalan ibu. ibu terkejut dan terdiam seketika... dalam benak ... betul ke apa yg ibu dengar ni? ... betul ke qa'id minta susu ni? ke sesaja je sebab dia dh pandai bercakap ... ibu biarkan aje !!!

Tak lama lepas tu qa'id cakap lagi benda yang sama ... kali ni ibu mula berfikir ... betul ke qa'id ni, kang ibu buat, qa'id taknak minum, membazir pulak .... so ibu tanya balik untuk confirmation ... "betul ke qa'id nak susu ni?" ... qa'id balas ... "nak susu cokolet" .... ibu terdiam sejenak ... hurmmmm kejap lagi la ... tengok dulu kalau qa'id minta lagi sekali baru ibu buat. 

Dan bila kali ketiga qa'id minta, baru la ibu buatkan susu cokolet. ibu buat sikit je dulu dalam 4oz ... kalau tak habis xde la membazir. tak sangka qa'id habiskan susunye. then petang lagi sekali qa'id mintak. pun ibu buat kuantiti yang sama, juga habis licin. malam sebelum tidur ibu cuba buat susu walaupun qa'id tak minta. alhamdulillah, habis !! ibu plan malam nanti ibu nak cuba mulakan misi weaning ... ibu taknak kasi nenen pada qa'id sebelum tidur dan semasa tidur. kena mulakan perlahan-lahan didik qa'id tuk berhenti menyusu sepenuhnya. 

Ibu suarakan pada papa, untuk letakkan water heater dispenser atau kettle dalam bilik, senang nak buat susu bila qa'id mintak tengah malam buta ... xde la ibu nak keluar bilik ke dapur buatkan susu !! dalam seminggu percubaan dan misi weaning nampak macam berjalan lancar. bila qa'id merengek "ibu nak nenen" ibu akan bagi alasan nenen habis. 

Beberapa bulan sebelum nak masuk 2 tahun, qa'id susah nak tidur malam. tidur pun sangat lewat ... tertekan sangat dengan sikap qa'id yang asyik nak main je, taknak tidur, gigit nenen, nenen main-main, even dah tutup semua lampu termasuk lampu luar bilik, qa'id tetap tak mahu tidur. ibu yang tertidur dulu, tak perasan qa'id tidur jam berapa. kadang tu qa'id menangis, merengek, meraung sebab tak mahu tidur !! bila dah penat dan ibu tak layan, baru la qa'id tertidur sendiri. 

Selebihnya masih macam dulu jugak, tantrum menjadi-jadi ... semakin lasak dan tidak mendengar kata ... betul2 mencabar kesabaran ibu. kalau dah geram sangat ibu akan cubit atau jentik telinga qa'id. tapi bila tengok qa'id yang sedang lena tidur, rasa menyesal timbul. ibu akan salahkan diri sendiri ... kesian pada qa'id sebab kena marah, cubit dan jentik !!

2nd Birthday

Assalamualaikum wbt

Sempena anakanda al-qa'id genap 2 tahun, ibu dengan ingin untuk berkongsi rasa syukur dan gembira dengan ahli keluarga. Kebetulan pula pada tarikh yang sama family belah wan ada buat program hari keluarga. Jadi ibu ambil kesempatan itu untuk sambut hari lahir qa'id dengan mereka. 

Aksi birthday boy !!


Kek Coklat ibu tempah khas untuk qa'id dengan decoration minion kegemaran anakanda !!


Anakanda al-qa'id juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan salah seorang anak nek su (adik wan) ... Kek coklat sebelah tu kek birthday abg atif ... ibu tak sempat snap gambar abg atif sebab duk kejar dan pujuk qa'id !! ibu tak tahu camana nak jelaskan pangkat abg atif dgn qa'id !!


Cepat sungguh masa berlalu ... hari demi hari dilalui, tanpa disedari dh 2 tahun berlalu ... ibu sangat bersyukur dan gembira, qa'id membesar dengan baik, membesar depan mata ibu, rasa belum puas memberikan kasih sayang dan perhatian buat qa'id ... ibu harap qa'id jadi anak yang soleh, anak yang baik, anak yang taat.

Ibu akui ibu tak mampu berikan barang2 mainan yang macam-macam, makanan yang sedap2, pakaian yang cantik-cantik, hadiah yang menarik, ibu juga tak mampu untuk bawa qa'id jenjalan bercuti dekat atau jauh ... yang pasti ibu sayangkan qa'id, yang pasti ibu sentiasa doakan qa'id, yang pasti qa'id tetap di hati ibu !! 

Sunday, November 17, 2013

Al-qa'id turn TWO

Hari ni genap la usia anakanda al-qa'id 2 tahun .... Yeayyyy !!

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt atas anugerah dan nikmat yang dikurniakan. Ibu rasa sangat teruja dan terharu .... melihat anak ibu membesar depan mata, dari sekecil tapak tangan (perumpamaan untuk anak kecil ehehehhe) sekarang dah berusia 2 tahun. rasa macam baru semalam ibu lihat qa'id berbungkus berbedung, bersarung tangan dan kaki, setiap hari duk tukar lampin, buat susu, mandikan, sapu minyak yuyi, bagi makan nasi blender, baba cak, merangkak, bertatih, menangis, belajar bercakap. 

Hari ni qa'id dah pandai bercakap, faham percakapan, berlari dan berjalan, melompat dan memanjat, tantrum dan meragam, makan dan minum macam orang dewasa.... qa'id sangat bijak, sangat aktif dan lasak, dah tinggi dan sangat hensem. bila tengok qa'id sekarang, ibu rasa bahagia sangat. kasih sayang ibu hanya untuk qa'id.

Apa yang ibu harapkan ialah semoga qa'id menjadi anak yang beramal soleh, taat pada Allah swt, taat pada rasul saw, taat pada agama islam, taat pada al-quran, taat pada ibu dan papa. insyaAllah qa'id akan beroleh kejayaan, kebahagian di dunia dan akhirat. semoga qa'id akan jadi pembela ibu dan papa di akhirat nanti. 

Allah selamatkan qa'id (yeay)
Allah selamatkan qa'id (yeay)
Allah selamatkan al-qa'id ha'il (Allah)
Allah selamatkan qa'id (yeay yeay)

Itu lah lagu yang ibu selalu nyanyikan untuk qa'id ... qa'id akan sahut dengan perkataan dalam kurungan tu. 

Selamat Hari Lahir sayangku !! Ibu sayang qa'id ketat-ketat !!





Thursday, October 31, 2013

Kecurian akibat kecuaian

Sabtu lepas 26 okt 2013, ibu bawa anakanda al-qa'id jenjalan di The Mines, kasihan anak ibu asyik berkurung je dalam rumah. 

Nak dijadikan cerita, ibu nak ke toilet, so ibu tinggalkan qa'id dengan papa. selesai tunaikan hajat, ibu keluar menonong. ibu siap dukung qa'id gurau-gurau, tetiba ibu terasa macam ada yg tak kena. 

Kat tangan rasa ringan je, tadi rasa macam ada pegang beg lampin qa'id, tanya papa, tengok dalam beg plastik, alamak takde. rupanya ibu tertinggal beg lampin dalam toilet. aduyaiii

Ibu bergegas ke toilet tadi, misi mencari bermula, malangnye tak berjumpa, beg lampin dah tiada, ibu tanya pada cleaner, dia pun tak tahu, tak perasan dan tak nampak pun. 

Hurmmmm ibu rasa sedih sebab beg tu kesayangan qa'id pemberian dari rakan sekerja ibu. kecewa sebab beg lampin pun ada yang nak curi. dalam beg tu hanya ada 2 keping lampin pakai buang serta sehelai towel kecil. bukannya ada barang berharga pun. seingat dan seyakin ibu, memang takde barang berharga dalam beg tu. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Perkara nak jadi, kita bukannya boleh jangka, dan memang tak jangka yang beg baby pun orang ada hati nak curi, dalam toilet perempuan pulak lagi. moral of the day, pencuri tak mengenal jantina, tak peduli beg itu sapa punya, yang penting peluang dah ada depan mata, rembat aje la. 

Anggap saja beg itu rezeki pencuri tu, rezeki yang tak halal untuk dia pada hari itu, tak tahu la apa yg dia buat dengan hasil curian dia tu, mungkin dia akan campak aje bila tengok isi beg, tapi ibu sedih la sebab beg qa'id hilang, disebabkan kecuaian ibu sendiri, ibu minta maaf ye sayang !!

Inilah beg yang dimaksudkan, beg the smurf !!




Monday, October 14, 2013

22 bulan

tik tok tik tok ... cepat sungguh masa berlalu, sedar atau tidak usia anakanda al-qa'id dh nak masuk 23 bulan pada tanggal 17 okt 2013 nanti. sebulan kemudian anakanda al-qa'id mencecah 2 tahun (24 bulan) ... insyaAllah!

segala puji bagi Allah swt yang memberikan nikmat hidup ini kepada hambanya ... sungguh ibu bersyukur dengan nikmat Allah swt ini ... dengan rezeki yang tidak pernah putus ... dengan kasih sayang dari Allah swt dengan segala rahmat dan keberkatan yang Allah swt telah kurniakan untuk kita ... syukur alhamdulillah !!

sungguh ibu tidak menyangkakan semua ini terjadi dalam hidup ibu ... memiliki anugerah Allah yang sangat bernilai iaitu al-qa'id ... walaupun serba kekurangan, namun itu semua adalah rezeki dari Allah swt untuk ibu ... hampir dua tahun ibu memikul amanah yang Allah swt berikan untuk ibu ... dan sepanjang itu juga ibu banyak mengharungi dugaan dan cabaran sebagai seorang ibu .... kadang terfikir dibenak, adakah sudah cukup dengan apa yang ibu berikan pada anak ibu, kasih sayang, perhatian, material, mental dan fizikal untuk qa'id?? adakah anak ibu mendapat apa yang sepatutnya dari seorang ibu ??? agaknya apakah takdir anak ibu, apakah masa depan qa'id bila dewasa nanti, adakah qa'id berbangga menjadi anak ibu ??? dan seterusnya bermacam lagi persoalan yang bermain di minda ibu.

sesungguhnya ibu tiada jawapan kepada persoalan itu sume, yang ibu tahu hanya lah berdoa, berdoa dan terus berdoa .... semoga qa'id menjadi anak yang beramal soleh .... itu sangat penting sekali ... kerana anak yang soleh sahaja yang mampu membahagiakan ibu bapa dan anak yang soleh akan berjaya di dunia dan akhirat. insyaAllah !!

*********************************************************

sudah agak lama ibu tidak bercerita mengenai perkembangan qa'id di sini .... maafkan ibu kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya .... 

ini adalah gambar terkini qa'id ... ibu ambil pada 18, 23 & 28 sept 2013 ... qa'id berumur 22 bulan ...





anak ibu semakin membesar ... membesar dengan sihat, cedas, cergas dan pintar serta bijak pandai .... sekarang anak ibu semakin becok, semakin bijak, semakin cergas dan bersemangat. kasihan anak ibu, bermain seorang diri, sekeliling orang dewasa, so qa'id berkomunikasi dengan orang dewasa, cuma pada hari minggu sahaja qa'id bergaul dengan kanak-kanak sebayanya. setakat ini ibu tak nampak pengaruh negatif pada qa'id, perkembangan kognitif lancar dan qa'id sangat peka. kesihatan juga baik, cuma demam, selsema dan batuk sahaja. menurut maknoor, qa'id menjadi ketua kepada kanak-kanak lain ... dan qa'id berkawan baik dengan semua kanak-kanak di sana.

ibu perhatikan di rumah, qa'id bermain sendirian, dengan barang2 dapur seperti periuk, besen senduk dan lain-lain yang boleh dicapai. toys yang ibu belikan qa'id jarang sekali usik ... selebihnya qa'id akan bermain dengan handphone ibu. bila dah bosan qa'id akan berlari-lari, melompat, memanjat. pantang pintu rumah terbuka, qa'id akan meluru berlari keluar ... kalau dah kat luar tu mmg banyak lah aktiviti fizikal dia ... macam-macam la yang dia nak explore. yang tak tahannya berkaki ayam atas tar ... selamba je lari ... padahal kalau ibu pijak, memang sangat sakit kerana batu2 timbul dan tajam.

minda kanak-kanak seusia qa'id memang fresh dan mereka boleh menyerap pelbagai bahasa. qa'id cepat ingat apa yang didengari dan dalam situasi tertentu qa'id akan ulang balik apa yang didengarinya. ibu selalu dengar qa'id baca zikir yang ibu zikirkan tuk dodoikan qa'id. tapi sebutan masih lagi dalam bahasa kanak-kanak... yang hujung je kedengaran jelas. syukur kerana qa'id tidak pelat ... kami semua akan bertutur dalam bahasa yang betul supaya qa'id tidak akan pelat.

dari segi rutin harian, seperti sebelum ini qa'id cerewet dari segi makan. sekarang ibu perhatikan qa'id memag tak gemar makan nasi bilamana bersama ibu dirumah. qa'id lebih gemar makan mee. tak kisah lah mee apa, asalkan bukan nasi. kalau suap laksa, berselera betul dia makan. begitu juga bihun, kue teow dan mee kuning, serta spagheti. time tidur qa'id pun semakin membesar semakin berubah. pagi bangun jam 8 pagi, tidur balik semula jam 3-4 petang. lajak ke maghrib baru nak bangun .... dah tu malam plak jam 12 mlm br nk tidur ... ibu yang penat sebab selagi qa'id tak tidur ibu takkan boleh berehat dengan aman.

tidak dinafikan qa'id menunjukkan tantrum .... kadang tu ibu rasa tensen sangat ... serba tak kena dibuatnya bila qa'id tantrum ... setiap kali qa'id tantrum, ibu biasanya akan menjauhkan diri dari qa'id buat seketika, bila dh reda baru ibu beri perhatian pada qa'id. sesetengah perkara ibu boleh ikut kehendak qa'id, sesetengah perkara ibu kena bertegas. walaupun qa'id mengamuk, ibu malas nak layan, takut nanti qa'id jadi terlalu manja. tengok la gambar2 tu sume ... sejak dah berjinak-jinak dengan gajet ... qa'id jadi leka .... pantang nampak handphone ibu, mesti minta nak tengok video. kalau tak kasi, qa'id mengamuk. bila kasi qa'id gelak2 manja. kalau dah leka, apa pun qa'id tak hirau. ibu kadang jadi serba salah. kadang tu tercubit juga paha dan perut qa'id bilamana tak dengar cakap. lepas tu timbul rasa bersalah ... manalah si kecik ni tahu apa-apa, dia sedang dalam proses belajar, apa pun balik-balik ibu juga yang bersalah !! itu lah cabaran dalam membesarkan dan mendidik anak-anak kecil !!!



Wednesday, September 4, 2013

20 bulan

28 Ogos 2013 hari rabu ibu bawa qa'id ke klinik untuk check-up 21 bulan ... ibu bersama qa'id tanpa papa menemani ... hasil check-up kali ni :- 

Berat :- 10.5 kg
Panjang :- 86 cm
Lilitan kepala :- 48 cm

Jika dibandingkan dengan result check-up 1 tahun 6 bulan ... perkembangan qa'id merosot teruk ...berat tak naik langsung ... memang ibu akui, dan itu juga yang merisaukan ibu .... ibu ada belikan supplement tuk tambahkan selera makan, tp tak berkesan sangat brand pharmaton syrup. so kali ni ibu cuba bagi supplement brand appeton chewable plak. harap-harap qa'id berselera makan selepas ni ...  

Ibu saje je nak share gambar qa'id yg dah  1 tahun 9 bulan ni. dh besar anak ibu ... terasa cepat je masa berlalu !! 







Despicable me ... ba ba ba .... ba ba na na

Buat pertama kalinya .... ibu bawa qa'id masuk pawagam tengok movie ... despicable me 2 ... hanya ibu berdua bersama qa'id ... papa work ... buat pertama kalinya ibu drive bawa qa'id sejauh itu dari rumah ... buat pertama kalinya ibu dan qa'id keluar berdua ke alamanda .... buat pertama kalinya qa'id makan pop corn .... ibu pun tak tahu nak kata apa lagi dah ... betul2 tak percaya dengan apa yg ibu buat bersama qa'id. 

Qa'id suka sangat dengan lagu ba ba na na .... ibu ajak papa bawa qa'id tgk wayang, tp papa busy, kebetulan movie despicable me masih ditayangkan, ibu taknak buang masa dan x suka tunggu lama-lama, terus aje minta kebenaran papa. mulanya memang ragu2 juga ...boleh ke ibu buat sume ni seorang diri. bila dh tekad, terus saje buat, lantak la apa nk jadi kan ... 

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, qa'id sangat la good, well-manner, behave and cool. dalam pawagam pun qa'id relaks dan enjoy the movie sehingga la cerita tamat. ibu bangga dengan qa'id.... sekarang ni asyik duk tengok trailer despicable me yg ibu download kat tab tanpa rasa bosan... ni la dia, kenangan bersama qa'id di alamanda dan gsc... 25 Ogos 2013 hari ahad !!








Duit raya aidilfitri 2013

Taaa Daaaaaa ... inilah dia koleksi duit raya qa'id ..... ibu saje je nk share suka-suka .... ini baru gambar sampul ... belum isinyer lagi .... ibu belum kira lagi total sume duit raya qa'id ... tunggu syawal habis .. lagi 2 hari je lagi !!! 



Tuesday, August 20, 2013

Kawan baru

Buat pertama kalinye ibu dapati qa'id tunjukkan interest pada sesuatu benda. dan sesuatu tu jadi kesukaan qa'id. ibu perhatikan kanak-kanak sebaya qa'id sangat sukakan upin-ipin, ben10, angry bird dan bermacam-macam lagi ... qa'id pulak gemarkan watak despicable me. 

Baru ibu faham kenapa seseorang kanak-kanak boleh meminati sesuatu watak kartun. memang ibu bapa yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam mendidik anak-anak. qa'id sendiri, ibu secara tidak sengaja menunjukkan video klip lagu ba ba na na ... sebabnya hanya nak pujuk qa'id. tapi tak sangka pulak qa'id suka dan ralit. suatu hari ibu ke the mines, dan bawa qa'id ke stall yang jual anak patung. qa'id terus aje menjerit "ibu, ba ba na na" sambil tunjukkan pada patung tersebut. mulanya ibu gembira sebab qa'id mengenali watak kartun tersebut. ibu amik satu dan berikan pada qa'id. qa'id terus ambil dan peluk. memang takde niat pun nak beli. tapi terpaksa beli dan bayar sebab qa'id taknak lepaskan. walaupun pujuk qa'id dengan patung ba ba na na yg lebih murah dan lebih besar. qa'id tetap geleng kepala sambil berkata "tak nak" ... mulanya rasa bangga sebab qa'id sudah menunjukkan minat dan bersifat ingin memiliki sesuatu. tapi selepas itu rasa macam, betul ke tindakan ibu ni ... adakah ini baik tuk qa'id atau sebaliknya?? 

Jadi mungkin la kanak-kanak yang sangat meminati upin ipin dan sebagainya tu, bermula dengan secara tak sengaja atau disengajakan oleh ibu bapa dan keluarga masing2. apa pun ibu dan papa bertanggungjawab dalam hal ini. sebelum ni ibu ada juga install education apps dalam hp. seperti mengenal binatang, mengenal ABC, 123, alif ba ta dan sebagainya .... memang betul, kanak-kanak sebaya qa'id cepat belajar, sangat meminati sesuatu yang visual, nada bunyi dan pergerakan. qa'id akan ralit, leka dan senyap. sampai satu ketika ibu cuba untuk hentikan qa'id daripada menghadap hp ibu, tp qa'id tetap mahu juga. pantang nampak ibu pegang hp, mula la minta nak tengok. setakat ni qa'id xde la melalak mengamuk bagai kalau tak kasi main hp. kalau cakap elok2 qa'id dengar. kalau tetiba rampas memang qa'id marah. 

Setiap aktiviti qa'id sekarang ditemani ba ba na na .... tidur bertemankan ba ba na na .... naik kereta mesti ada ba ba na na ... bangun tidur cari ba ba na na .... huhuhu. comel plak gelagat qa'id dengan ba ba na na !! qa'id dh ada kawan baru skang. 

Raya lepas qa'id tetiba buat gaya gangnam style ... ibu terpinga-pinga2 sekejap. sape la yang ajar ank ibu bergangnam ni ... teringat sorang kawan opis, anak dia menari-nari bila dengar lagu gangnam style !!

tengok la tu, trademark qa'id .. mulut muncung !!





Qa'id baru bangun tidur, terus minta ba ba na na ... bagi hp .. terus behave ... ni sume umpan supaya qa'id tak kacau ibu semasa drive hantar dan jemput ke rumah mak noor !!

Saturday, August 17, 2013

1 tahun 9 bulan

Hari ni genap la usia anakanda al-qa'id 1 tahun 9 bulan bersamaan 21 bulan !!!

Anak ibu makin membesar ... makin lasak, makin lincah, makin bijak, makin cerdik dan sangat adorable !! setiap masa ibu fikirkan qa'id, bila teringatkan qa'id je mesti ibu ketawa sendiri, menangis, geram, sayu ... semakin hari semakin sayang ... rasa macam belum puas tuk curahkan kasih sayang .... nak beri yang terbaik dari masa ke masa. rasa macam cukup la qa'id seorang dalam hidup ibu .... tapi buat masa ni memang qa'id seorang sahaja di hati ibu .... dan qa'id memang akan sentiasa merajai hati ibu sampai bila-bila !! ibu setulus hati menyayangi qa'id !!

Sejak beberapa bulan lepas, perkembangan qa'id lebih kepada percakapan. qa'id tidak becok dan x banyak cakap, tapi setiap hari semakin banyak perkataan yang qa'id boleh sebut ... walaupun tidak sempurna tapi semakin banyak perkataan baru dalam diari kata qa'id. ibu tak sempat nak catat semua tapi ibu memang perasan setiap perkembangan qa'id .... dan yang ibu paling teruja, qa'id memanggil "ibu" ... sebelum ni "bu" sahaja. alangkah gembiranya rasa .... menyelinap ke segenap rongga ... overwhelming !! ibu masih ingat kejadian itu, 7/8/13 hari rabu, sehari sebelum raya, ibu tidur petang bersama qa'id, dan qa'id bangun tidur minta nenen "ibu, nak nenen !!!" terus ibu peluk qa'id ... terharu sangat !! terima kasih sayangku ... ibu sangat sayangkan qa'id. dan panggilan ibu itu cukup sempurna dan bermakna sekali ... xkan ibu lupa !!

Yang merisaukan ibu ialah, qa'id sangat cerewet makan dan minum susu. jika di rumah pengasuh qa'id kerap  minum susu, tapi jika bersama ibu, qa'id tak suka. sentiasa membazir, dan tak makan pujuk ... mcm2 cara ibu buat supaya qa'id minum susu, tapi berkesan sekejap aje. seterusnya membazir. so ibu belikan supplement untuk tambah selera makan. tapi makan tak jalan je jugak !! ibu risau, cukup ke khasiat yang qa'id perlukan. adakah kanak2 sebaya qa'id yang lain pun sama situasinya macam qa'id?? 

Alhamdulillah qa'id sihat walafiat ... bdn panas tapi tidak la sampai demam ... syukur sangat ... bagi ibu, kalau qa'id demam sikit je ibu dh risau macam apa ntah. ibu tak sanggup lihat qa'id sakit!! 

Harapan ibu hanya satu, ibu sentiasa doakan dan harapkan yang qa'id menjadi anak yang beramal soleh, taat pada Allah, taat pada rasul dan nabi, taat pada al-quran dan taat pada ibu dan papa. insyaAllah mudah-mudahan hidup qa'id berkat dunia dan akhirat !!



* ibu tak sabar nak dengar qa'id bercakap satu ayat lengkap selain daripada "ibu, nak nenen" .... dan juga tak sabar nak tunggu qa'id bertanyakan soalan cepu mas bila dh pandai cakap nanti .... adakah anak ibu akan jadi becok ???? ehehhheehh

Friday, August 16, 2013

Moncong .....

Sejak dua menjak ni qa'id suka bergambar .... nmpk je ibu pegang kamera, qa'id spontan buat aksi ... dalam banyak2 gambar yg ibu snap ... aksi mulut muncung mesti ada .... mula2 tu qa'id sendiri yang buat ... bila ibu ckp "buat mulut ..." lagi la qa'id suka buat .... geram betul nengoknya !!

Ini gambar 1st qa'id muncung .... 25/6/13








Thursday, August 15, 2013

Ramadhan 2013 di Kelantan

Gelagat dan aksi qa'id semasa berada di kelantan ramadhan lepas. Ibu dan papa bawa qa'id balik ke kelantan selama 4 hari ... dari 1 ogos hingga 4 ogos 2013. dua hari stay hotel di Kota bharu kemudian stay di rumah arwah atok ayah di bachok !!

Tak mahu pandang kamera ....


suka buat mulut macam ni bila suruh senyum ...



Aksi ape ntah ..... 


senyum ke apa nih ???


Qa'id kepenatan, tertidur sambil makan biskut ... 


Papa belikan kopiah raya tuk qa'id ...


meowwwww meoowwww .... sebelum ni pernah belikan satu untuk qa'id ... main sekejap pastu rosak sebab qa'id baling ...


Ibu belikan baju raya tuk qa'id ... murah sangat RM28 sahaja


menikmati sate ikan selepas penat jenjalan di pasar malam bandar KB


InsyaAllah ada rezeki nanti kita balik kelantan lagi !!