Sunday, January 11, 2015

Hari pertama sesi persekolahan anakanda di taska

Assalamualaikum wbt

What a blessful sunday. Mulakan hari dengan Bismillah. Hari ni merupakan hari penting untuk qa'id.

Ibu dah jaga jam 5 pagi, terkebil-kebil seketika. Tak sedar terlelap semula. Bila terjaga dah terlewat. Alamak! anak sekolah hari ni. Hari pertama pulak tu. Dah jadi kelam kabut.

Ibu kejutan papa. Ibu bersiap. Kejutkan qa'id. Ibu minta papa yang uruskan qa'id. Kalau ibu yang uruskan, qa'id akan meragam. Kalau dengan papa, qa'id takkan meragam. Sebab ibu garang kot .. ahahhahah ! ibu ada benda lain nak buat la sayang, kelam kabut pagi ni. Itu yang minta tolong papa. Nasib baik papa ada. Qa'id tak nangis pun. Good boy!

So papa yang mandikan, lapkan badan, pakaikan baju dan seluar, sikat rambut, pakaikan stokin dan kasut. Ibu siapkan beg sekolah qa'id. Masak air, buat minuman dan buat susu. 

Setel semua, kami gerak ke sekolah sebelum7.30 pagi. Ibu dan papa sama-sama hantarkan qa'id.






Waktu kami sampai, dah ramai yang sampai lebih awal. Qa'id awalnya taknak masuk, tapi papa terlebih dulu dukung dan bawa masuk. Ibu turut masuk ke dalam. Qa'id tak nangis, cuma tak nak duduk di kerusi. Bila dah agak selesa qa'id mula nampak mainan, terus terkam main dulu, lama jugak pujuk suruh duduk di tempat. tak makan pujuk. Mainan lagi syok!

Tetiba minta nak buang air pulak. Lepas buang air barulah qa'id nak duduk kat tempat dia. Qaid nampak semakin selesa. Ada plak senior yang semeja dengan qa'id layan qa'id main. So ibu cari peluang untuk keluar diri kelas tu. Tak sanggup dengar anak-anak menangis, mengamuk, menjerit dan meragam. 

Sebelum ke toilet tadi, ada sorang dua je yang menangis. Masuk semula ke kelas, kelas jadi gegak gempita, scary sangat dengar budak-budak menagis. Suasana macam histeria. Rupanya pintu kelas dah tutup. Mak bapak semua kat luar, ada beberapa parents je yang stay sebab nak pujuk anak. Selebihnya cikgu yang memujuk. Memang scary betul. Macam-macam ragam. Dari yang tak menangis, terus menangis sebab tengok kanak-kanak lain menangis. 





Kat luar, ibu tunggu sekejap sambil intai qa'id. Risau juga qa'id menangis bila tersedar ibu takde. Papa pulak dah ke klinik. Papa masih belum recover sepenuhnya chicken pox. 

Ibu lega sangat, dan bersyukur sebab kebimbangan ibu dah beransur hilang. So ibu harap tak perlu bimbang lagi dah lepas ni. Qa'id membuktikan yang qa'id sangat berdikari,mudah sesuaikan diri dan sangat matang. Bangga dengan qa'id. Nervous pun dah hilang. Cumanya ibu sebolehnya nk stay sebab nak tengok apa yang qa'id belajar. Camana qa'id belajar, apa yang qa'id belajar dan sebagainya. Tapi nanti mengganggu pulak. Takut qa'id tak selesa dan meragam tetiba. 

Tengahari tadi semasa jemput qa'id, qa'id ok aje, elok je salam dengan cikgu. Cikgu tolong qa'id pakai beg sekolah. Bila qa'id nampak ibu, qa'id happy je. 

Dalam kereta bukan main lagi dia bercerita. Ibu tanya sepatah, berpatah perkataan dia balas. So ibu betul-betul lega dah sekarang. Allah SWT telah permudahkan segalanya. Cuma sebelah stokin qa'id lesap hilang semasa ibu bawa qa'id ke toilet. Stokin itu ibu tinggalkan di bawah kerusi qa'id. Datang balik tengok dah takde. Takpe la, nak buat camana dah nak hilang. Kalau ada rezeki nanti jumpa la balik. In Sya Allah.

Friday, January 9, 2015

Tiba masa untuk ke sekolah

Assalamualaikum wbt

Tetiba aje tersedar yang anakanda al-qa'id tahun ni dah masuk 4 tahun. November tahun lepas qa'id genap 3 tahun, so ibu rasa macam qa'id baru je berumur 3 tahun. Sambil duk borak dengan papa, kami rasa qa'id dah seeloknya dihantar ke taska. 

Ibu cadangkan hantar aje ke taska yang paling dekat, dalam kawasan taman perumahan ini juga. Tak perlu hantar jauh. Lagipun kat Mersing ni bukan macam kat Kajang. Macam2 pilihan ada. Tinggal lagi duit aje yangg ada atau tidak. 

Beberapa hari kemudian papa ambilkan borang di taska kemas, dan ahad lepas 3hb kami sama-sama bawa qa'id pergi daftar. Nasib baik sempat lagi. Walaupun tarikh pendaftaran dah tutup tapi pihak taska masih menerima pelajar. Alhamdulillah. 

Tapi hari kami pergi daftar, qa'id dh mula buat perangai. Dalam kereta kata nak ke taska, tetiba dah sampai tak nak masuk pulak. Menangis berguling-guling kat pintu masuk. Malu dbuatnya. Tapi cikgu kat situ sangat peramah. Salah seorang cikgu berjaya pujuk qa'id masuk taska. 

Semalam papa dah beransur sihat, so ibu dan papa bawa qa'id shopping baju taska. Hanya satu kedai aje yg jual pakaian seragam sekolah lengkap dari taska hingga ke sekolah menengah. so xde pilihan lah jawabnya.

Balik rumah, dalam banyak-banyak benda yang dibeli, qa'id sangat sukakan kasut sekolah. Sepanjang malam pakai kasut dan suruh ibu ambil gambar. Buka kasut bila nak ke bilik air. Pastu pakai balik. 




Ibu dan papa excited nak hantar qa'id ke taska. Dah 4 tahun kan, qa'id dah nampak lebih matang dan dah boleh bergaul, faham apa yang diajar dan cepat mengingati. Budak sedang membesar memang bijak. Jadi elok la kalau qa'id boleh belajar secara formal, jumpa kawan kawan baru, belajar bersosial, buat aktiviti bersama kawan-kawan. 

Namun ibu tetap bimbangkan qa'id sebenarnya. kebimbangan ibu tu biar ibu uruskan sendiri. Ibu harap semuanya baik-baik saja, semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. So 11 hb januari 2015 nanti secara rasminya qa'id akan bersekolah. 

Ibu doakan qa'id bijak belajar, dapat ilmu yang bermanfaat, berjaya dan gembira menuntut ilmu. Semoga Allah SWT permudahkan urusan.