Sunday, January 4, 2015

Borong buku

Assalamualaikum wbt

Kali pertama bawa qa'id ke kedai buku. Qa'id nampak sangat teruja dan terpegun melihat begitu banyak buku-buku tersusun di rak. Mata qa'id tajam dan peka tengok buku. Mulut qa'id bising sebut dan tunjuk setiap gambar yang dia nampak. 

"ibu, tengok ni, alif baa taa"
"ibu, tengok ni, elephant. Eh, umbrella"
"ibu, flower la ni"
"ibu, ibu, qa'id nak tengok ABC ni"

Pastu dia gelak sengsorang. Ke hulu ke hilir bawa buku yang dia sempat capai. 

Sebelum ni papa pernah beli buku untuk qa'id. Ibu pun pernah belikan masa qa'id masih kecil. Tapi buku-buku tu semua dah lunyai dikerjakan qa'id. Qa'id hafal semua gambar, tapi tang aktiviti dia culas. qa'id cepat hilang fokus. Ibu pun jadi buntu, tak tahu camana dah nak ajar. Huhuuhuhu











No comments:

Post a Comment