Friday, January 9, 2015

Tiba masa untuk ke sekolah

Assalamualaikum wbt

Tetiba aje tersedar yang anakanda al-qa'id tahun ni dah masuk 4 tahun. November tahun lepas qa'id genap 3 tahun, so ibu rasa macam qa'id baru je berumur 3 tahun. Sambil duk borak dengan papa, kami rasa qa'id dah seeloknya dihantar ke taska. 

Ibu cadangkan hantar aje ke taska yang paling dekat, dalam kawasan taman perumahan ini juga. Tak perlu hantar jauh. Lagipun kat Mersing ni bukan macam kat Kajang. Macam2 pilihan ada. Tinggal lagi duit aje yangg ada atau tidak. 

Beberapa hari kemudian papa ambilkan borang di taska kemas, dan ahad lepas 3hb kami sama-sama bawa qa'id pergi daftar. Nasib baik sempat lagi. Walaupun tarikh pendaftaran dah tutup tapi pihak taska masih menerima pelajar. Alhamdulillah. 

Tapi hari kami pergi daftar, qa'id dh mula buat perangai. Dalam kereta kata nak ke taska, tetiba dah sampai tak nak masuk pulak. Menangis berguling-guling kat pintu masuk. Malu dbuatnya. Tapi cikgu kat situ sangat peramah. Salah seorang cikgu berjaya pujuk qa'id masuk taska. 

Semalam papa dah beransur sihat, so ibu dan papa bawa qa'id shopping baju taska. Hanya satu kedai aje yg jual pakaian seragam sekolah lengkap dari taska hingga ke sekolah menengah. so xde pilihan lah jawabnya.

Balik rumah, dalam banyak-banyak benda yang dibeli, qa'id sangat sukakan kasut sekolah. Sepanjang malam pakai kasut dan suruh ibu ambil gambar. Buka kasut bila nak ke bilik air. Pastu pakai balik. 




Ibu dan papa excited nak hantar qa'id ke taska. Dah 4 tahun kan, qa'id dah nampak lebih matang dan dah boleh bergaul, faham apa yang diajar dan cepat mengingati. Budak sedang membesar memang bijak. Jadi elok la kalau qa'id boleh belajar secara formal, jumpa kawan kawan baru, belajar bersosial, buat aktiviti bersama kawan-kawan. 

Namun ibu tetap bimbangkan qa'id sebenarnya. kebimbangan ibu tu biar ibu uruskan sendiri. Ibu harap semuanya baik-baik saja, semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. So 11 hb januari 2015 nanti secara rasminya qa'id akan bersekolah. 

Ibu doakan qa'id bijak belajar, dapat ilmu yang bermanfaat, berjaya dan gembira menuntut ilmu. Semoga Allah SWT permudahkan urusan. 


No comments:

Post a Comment