Sunday, January 4, 2015

Lain yang disuruh lain yang dibuat

Assalamualaikum wbt

Hari ni dah masuk hari yang ke-9 qa'id tidur lewat. Dah puas suruh tidur, dah puas ajak tidur, tapi qa'id makin aktif. Tak tahu dah nak buat macamana. 

Ibu takkan boleh tidur selagi qa'id tak tidur. Bila ibu dan papa pura-pura tidur, qa'id akan mengacau. Qa'id akan tertidur sendiri nanti.

Cerita sekejap tadi, ibu bagi pensel warna nak suruh qa'id belajar mewarna, tapi lain pula yang terjadi. 






Sebelum ni papa pernah belikan buku mengenal huruf dan abjad serta buku mewarna. semua isi kandungan qa'id dah hafal, tapi bab mewarna dan melukis dia tak layan. sudahnya buku tu lunyai dikoyakkan nya.

Budak lelaki dan budak perempan memang ternyata berbeza aktiviti mereka sepanjang tempoh membesar.




No comments:

Post a Comment