Sunday, January 4, 2015

Aktiviti luar untuk kanak-kanak

Assalamualaikum wbt

Ibu baru tersedar sesuatu hari ni. Dah lama sangat qa'id tak buat aktiviti luar macam ni. Dulu selalu jugak bawa qa'id ke taman mainan. Kesian anak ibu. 

Pagi tadi teman papa ke klinik, lama sangat menunggu, ibu bawa qa'id main gelongsor. 






Ada sebab kenapa ibu tak bawa qa'id ke taman mainan. Sebagai ganti ibu dan papa bawa qa'id mandi pantai hampir setiap hari. Qa'id suka main pasir dan main air. Tapi dalam masa yang sama qa'id takut air.

No comments:

Post a Comment