Friday, January 2, 2015

Maulidur Rasul

Assalamualaikum wbt

Esok Maulidur Rasul. Ibu nak ucapkan 


Selamat menyambut hari keputeraan Rasulullah SAW.

Harapan ibu pada anakanda al-qa'id ialah, semoga anakanda mencontohi Rasulullah dalam kehidupan seharian. Segala perbuatan, perlakuan, gaya hidup, dan apa sahaja yang menjadi amalan Rasulullah, serta apa sahaja yang Rasulullah tinggalkan untuk umat islam, akan menjadi ikutan anakanda al-qa'id, akan menjadi amalan anakanda al-qa'id, dan menjadi pedoman hidup anakanda al-qa'id. Semoga al-qa'id menjadikan Rasulullah sebagai idola anakanda. 

InSyaAllah

Untuk pengetahuan anakanda, papa juga lahir pada tarikh yang sama dengan Rasulullah SAW kalau mengikut bulan islam. Kalau ikut bulan masihi qa'id dan papa sama bulan iaitu november. Apapun ibu sayangkan papa dan qa'id.



No comments:

Post a Comment