Monday, June 25, 2012

6 months review

Hari ni 25/6/12 isnin umur al-qa'id genap 7 bulan 1 minggu 1 hari. Dalam entry kali ni ibu nak cerita sedikit tentang perkembangan qa'id semasa berumur 6 bulan. ada beberapa perkara yang berlaku dan ibu tak sempat nak update setiap kali perkara itu berlaku. masa ibu lebih banyak untuk qa'id dan ibu takde masa untuk online apatah lagi update pasal qa'id. plus, broadband pulak kena block dan coverage teruk menambah lagi kesukaran untuk online. apapun, ibu cuba untuk update kesemuanya dalam entry ini.

Ibu sentiasa merujuk perkembangan baby dalam website babycenter. ibu teruja untuk tahu apa yang akan berlaku pada baby dari bulan ke bulan. nampaknya apa yang diberitahu dalam artikel hampir seratus peratus betul terjadi pada qa'id. namun ada juga perkara yang tak serupa. apapun itu sebagai rujukan dan maklumat berguna untuk ibu.

GIGI SUSU PERTAMA DAN KEDUA

Dalam usia qa'id 6 bulan, yang ketara berlaku ialah pertumbuhan gigi susu qa'id. qa'id kini dah memiliki dua batang gigi yang sama panjang, tajam dan kuat. kalau sebelum ni qa'id sengih tayang gusi ... sekarang qa'id sengih tayang dua batang gigi susu bawah. alahai, comel nye la bila qa'id tersengih menampakkan 2 batang gigi susu dia tu .. tetiba rasa seram pun ada, sebab gigi qa'id tu la yg duk gigit nenen ibu. sakit oooo ... sekali qa'id ngap sambil nenen, ibu terkejut macam beruk, terus menjerit. mula-mula qa'id terkejut juga bila ibu terjerit dan qa'id terlepas nenen. dah acap kali macam tu, qa'id pun dh tak heran. kadang tu bila ibu dah terkejut ibu secara spontan pukul bontot qa'id. pun qa'id tak heran. dia ingat ibu dodoi dia. so setiap kali nenen ibu akan perhatikan qa'id, kalo macam dia gigit nenen, ibu cepat-cepat tarik dagu dia. tapi qa'id tak lepaskan juga. ada sekali tu, ibu geram, bila qa'id gigit aje, ibu tutup hidung dia. kali ni otomatik qa'id lepaskan nenen. tapi bila dah acap kali buat, qa'id pun dah tak heran. sekarang bila gigi yg kedua dah tumbuh sama tinggi dengan yg pertama, qa'id dh tak lagi menggigit. ibu rasa la, qa'id menggigit sebab bila ada sesuatu benda baru muncul, baby mungkin rasa pelik, dan dia nak explore benda tu. bila dah agak lama dan dia tahu apa fungsi benda tu, so baby dah tak heran dah. ibu jadi fobia setiap kali nak kasi nenen. sabar je la !!! 

ibu perasan gigi pertama qa'id tumbuh pada 25/5/12 jumaat. dan gigi kedua pula muncul pada 11/6/12 isnin. kalo boleh ibu nak amik gambar gigi qa'id setiap hari. tapi bukan senang nak amik gambar gigi dia. tak kena gaya, qa'id tak bagi ibu snap pic gigi dia.

Alkisahnya, ibu riba qa'id sambil tengok tv, macam biasa qa'id tak duk diam. qa'id capai jari ibu dan masukkan dalam mulut untuk di gigit. sebelum ni qa'id gigit tak sakit. tapi kali ni rasa sakit macam ada benda tajam menyucuk jari. ibu pelik bila rasa ada benda tajam pada gusi qa'id. ibu syak mungkin ada sisa makanan, almaklumlah qa'id dah diberi solid foods. logik nye ibu bagi bubur nasi aje, takkan la sisa bubur begitu tajam. ibu raba-raba gusi qa'id dengan jari. untuk memuaskan hati ibu yang rawan, ibu buka mulut qa'id dan intai. alangkah happy nye ibu bila ternampak ada benda putih muncul pada gusi qa'id. stat dr hr tu, kalau qa'id capai jari ibu untuk gigit, mesti ibu hati-hati sebab qa'id gigit sekuat hati dan menyakitkan. qa'id makin suka gigit jari ibu dr gigit teether. (untuk nota, gg bawah kanan tumbuh dulu then br belah kiri plak tumbuh)

CUCI BAJU GUNA MESIN BASUH

Masuk 6 bulan, ibu dah tak larat nak basuh baju qa'id dengan tangan lagi. so ibu stat basuh dengan mesin. kebetulan pulak waktu tu memang semua baju qa'id kotor dan tak berbasuh. pakaian untuk pakai esoknya dah xde. ni semua berpunca dari kerana terpaksa stay 5 hari kat umah oyang. so ibu nak cepat, tambah lagi xde sape untuk tolong tengokkan qa'id kalo ibu basuh baju dengan tangan. atuk, wan, mak usu dan pak uda bercuti ke langkawi dan papa outstation. so stat dari 3/6/12 ahad hingga la ke hari ni dan akan datang, ibu lebih senang basuh baju qa'id dengan mesin basuh aje.

ANGKAT BADAN, MERANGKAK, DUDUK DAN MEMANJAT

Sejak dah pandai meniarap, qa'id beralih ke bergolek-golek. katil dah tak selamat lagi bila qa'id stat bergolek dan bergerak ke depan. 1st time tengok qa'id bergolek pada 19/5/12 sabtu. kemudian baby qa'id dah pandai angkat badan. kebolehan baru ni ibu perasan berlaku pada 21/5/12 isnin. mulanya hanya boleh angkat bontot aje. bila bontot terangkat, dada masih kat bawah lagi. kalau dada terangkat, bontot plak kat bawah. kemudian qa'id dah boleh angkat kedua-duanya sekali. bontot dan dada dah boleh angkat tapi tak boleh bergerak. qa'id hanya hayunkan badan aje. kalau macam dah penat qa'id akan rebahkan badan meniarap.

Seterusnya qa'id dah pandai duduk dengan sendiri tanpa bantuan setelah balik dari rumah onyang. ibu dan qa'id menumpang 5 malam di umah onyang (30/5/12 - 3/6/12). balik umah aje qa'id dah pandai duduk dengan kaki di depan (duduk belunjur kaki), namun pada mulanya qa'id tak stabil. dia perlu ada tempat untuk berpaut. beberapa hari selepas itu ibu tengok qa'id dah boleh duduk atas kedua belah kaki plak macam orang duduk antara dua sujud. masih lagi goyah namun qa'id dah begitu yakin bermain toy sambil duduk. tak sampai seminit dah terjatuh kebelakang. namun qa'id bangun dan duduk semula. qa'id mula explore untuk bangun dengan berpaut pada bantal. satu hari qa'id bangun dari tidur, qa'id berpaut pada badan ibu untuk berdiri. disebabkan kaki qa'id belum stabil, qa'id jatuh terlentang ke belakang. nasib baik atas tilam, xde la sakit. macam biasa qa'id akan cuba lagi dan lagi hingga mahir. time ni qa'id masih belum merangkak lagi, tapi dah pandai berpaut untuk berdiri.

 12/6/12 selasa, ibu perasan qa'id dah pandai merangkak. waktu tu atas tilam, qa'id merangkak perlahan-lahan untuk mengambil mainan. kat ruang tamu, ibu cuba letak qa'id atas lantai dan biarkan qa'id merangkak. qa'id merangkak sangat perlahan dan teragak-agak. tapi sekarang qa'id dah merangkak dengan laju dan ada sahaja tempat yang dituju. bila sampai di tempat yang dituju, qa'id mula la meneroka mencari sesuatu untuk berpaut. bila dah jumpa qa'id akan bangun untuk berdiri. pernah satu hari, ibu tinggalkan qa'id di ruang tamu, ibu ke dapur untuk siapkan makanan qa'id. bila ibu datang jenguk, terkejut beruk ibu dibuatnya melihat qa'id berdiri tegak berpaut pada meja kabinet TV. risau ibu dibuatnya, apa taknya, kalau tetiba qa'id tersungkur jatuh ke belakang, naya ibu. ibu lupa bila kejadian ni berlaku. tapi selepas insiden tu, ibu lebih berhati-hati tinggalkan qa'id seorang diri.

BUAIAN
 
Qa'id seperti biasa memang sukar untuk tidur. kadang senang tapi most of the time qa'id refuse to sleep. qa'id akan lawan rasa sleepy dengan bermain. so kebetulan ada satu hari tu, ummi yah bawa qa'id ke rumah pak ngah abul, then tidurkan qa'id dalam buaian. lama qa'id tidur, ada la dua jam gitu. esoknya ibu plak lepak kat umah pak ngah abul sambil tengok tv. qa'id sleepy dan ibu tidurkan qa'id dalam buaian. lama qa'id tidur hingga ibu terpaksa tunggu hingga qa'id jaga. maka disebabkan qa'id sukar tidur dan qa'id plak tidur lena dalam buaian, wan suh amik balik semula buaian qa'id kat umah pak ngah abul. lagipun kat umah pak ngah abul, arissa hanya guna weekend aje bila diorang balik sini. so baik qa'id guna aje lah. start dr hari khamis 14/6/12 qa'id tidur dalam buaian semula. hingga la sekarang, qa'id akan ibu tidurkan dalam buaian dan kemudian angkat qa'id masuk ke bilik untuk tidur macam biasa pada waktu malam. siang hari aje qa'id tidur dalam buaian sepenuhnya.

JATUH KATIL

 Pada 26/5/12 sabtu, qa'id jatuh katil. perkara ni yang ibu risau sangat akhirnya jadi kenyataan. dalam pada duk berjaga-jaga akhirnya terjadi juga. risau bukan kepalang dan kesian pada anak kecil yang tak mengerti apa-apa. alkisahnya, ibu bangun pagi sabtu tu untuk ke dapur masak air. tetiba terdengar suara baby menangis kuat. dalam hati tertanya-tanya dan terdetik, anak ibu jatuh katil ke??? tanpa buang masa, ibu terus berlari ke bilik. buka je pintu, papa duduk di birai katil sambil peluk qa'id. sah la baby jatuh katil. ibu dah panik dan menggelabah. rasa sangat bersalah pada qa'id. maafkan ibu nak. sebenarnya sebelum ibu tinggalkan bilik, ibu dah rasa tak sedap hati. ibu dah letak bantal di segenap tepi katil. dan ibu teragak-agak untuk kejutkan papa supaya tengokkan qa'id. dalam hati, alah kejap aje ke dapur sekadar tuk masak air, nnt masuk balik. tapi benda dah nk jadi, ibu betul-betul tak sangka. tak sampai lima minit ibu keluar, qa'id dah terjatuh.

pada 10/6/12 ahad, lg sekali qa'id jatuh katil. cuma kali ni impak x kuat sangat sebab kebetulan papa tidur di bawah berlapikkan toto. sebelum qa'id terjatuh, bantal yang meghadang tepi tilam terjatuh dulu. dan qa'id yang masih tidur bergolek-golek dan terjatuh atas bantal. kemudian bergolek masuk terperosok ke bawah katil. papa terkejut dari tidur lantas melihat kejadian tu. so papa yang angkat dan tenangkan qa'id. ibu langsung tak sedar apa-apa sebab masih tidur lagi. bila ibu terjaga, ibu tengok qa'id xde di sebelah. dan terpandang papa sedang bermain dengan qa'id. terus ibu bangkit dan syak yang qa'id jatuh katil lagi.

sebenarnya sebelum kejadian jatuh katil kali pertama, qa'id dah pernah terjatuh dari ribaan ibu sendiri. then selepas kejadian jatuh katil kali pertama juga qa'id pernah terjatuh daripada pegangan ibu sewaktu bermain. sewaktu qa'id terjatuh dari ribaan ibu, ibu lupa tarikhnya. ibu riba qa'id sambil nonton tv, qa'id duduk berjuntai kaki sambil bersandar ke badan ibu. qa'id tak duk diam dan ada aje benda yang nak dibuatnya. pusing kanan pusing kiri tetiba qa'id terjatuh menggelungsur. kepala jatuh dahulu. walaupun ibu pegang qa'id tp tak cukup kuat untuk menghalang qa'id drpd terjatuh.

dan lagi sekali qa'id terjatuh sewaktu bermain jongkang jongkit dengan ibu kat ruang tamu. ibu berbaring dan letakkan qa'id atas kedua betis ibu. so ibu akan angkat kaki atas bawah. so macam jongkang jongkit juga la jadinya. tetiba qa'id senget ke tepi dan terjatuh. ibu pegang bahu qa'id tapi tak cukup untuk mengelakkan qa'id dari terjatuh. kali ni tulang pipi dan kening qa'id lebam. kedua-dua kejadian ini ibu yang bersalah sebab cuai. walaupun ibu pegang qa'id tak bagi qa'id jatuh tapi tetap juga terjadi.

dalam bilik air sewaktu memandikan qa'id pun pernah juga terjatuh. tak dinafikan lantai bilik air licin. dan qa'id plak time mandi qa'id sangat excited, qa'id akan melompat dan menjerit girang. disebabkan kegembiraan tu qa'id tergelincir dan tersungkur atas lantai bilik air. pernah juga qa'id terjatuh dari baby bath tub. bukan jatuh ke dalam tapi jatuh keluar dr bath tub. semua kejadian ni berlaku dengan pantas sekali. walaupun ibu pegang qa'id sepanjang masa tapi qa'id masih akan terjatuh. ibu tak salahkan qa'id sebab qa'id belum tahu apa-apa. ibu sentiasa berhati-hati dan pastikan semua selamat. tapi kalau benda nak jd, ibu tak mampu nk elak.

yg terbaru ibu dan qa'id sama-sama terjatuh dr buaian. papa baru je pasang buaian untuk org dewasa yg mcm kat tepi pantai tu. sebelum ibu duduk, papa terlebih dulu test buaian tu. nampak mcm kukuh dan stabil aje. so ibu sangat excited tuk mencuba. sambil dukung qa'id ibu pun duduk la dlm buaian. sempat duduk 5 minit aje, tetiba gedebukkkk !!!! terjatuh. kepala ibu terhentak pada lantai simen. qa'id hampir terlepas dr pelukan ibu. tapi qa'id bernasib baik sebab terjatuh atas lengan ibu. qa'id luka sikit di siku kiri. kesian anak ibu, dah banyak kali terjatuh. 

SWIMMING

Sebenarnya ibu nak bawa qa'id berenang dah lama. ibu tengok kawan papa dah bawa ank dia swimming. tapi almaklumlah, papa busy memanjang. bila ada masa terluang ada aje hal lain. kebetulan pada 8/6/12 jumaat ada majlis hari jadi oyang. majlis dibuat kat umah plak tu. macam biasa kalau ada majlis pasti kolam akan diisi air baru. so dapat la qa'id berenang.

aku sebenarnya macam tak selesa nak benarkan qa'id berenang. tapi atuk beria-ia suh qa'id berenang. so aku pun bawa la qa'id ke kolam. aku tak berniat pun nak masuk kolam tu. so aku serahkan qa'id pada sesiapa yang dah masuk kolam. kebetulan ada abang long. cecah aje kaki ke dalam air, qa'id ok lagi tapi muka dah berubah nak nangis. then bila abang long rendam qa'id hingga paras pinggang, qa'id mula menangis. aku rasa qa'id menangis bukan sebab takut air tapi qa'id tak selesa dengan orang yang tak dikenali. entah dari mana atuk muncul dan terus amik qa'id dari abang long. atuk bawa qa'id ke tempat dalam. pujuk-pujuk sikit dan bila qa'id dah selesa, baru atuk rendam qa'id. atuk pegang dan biarkan qa'id kayuh kaki berenang sendiri. pandai anak ibu berenang. kaki dia kayuh macam perenang profesional. atuk cakap, atuk hanya ampu badan dan qa'id sendiri yang apungkan badan dan berenang sendiri. hebat sungguh anak ibu. ibu betul-betul excited dan bangga dengan qa'id. seronok plak tengok qa'id seronok swimming. ibu banyak rakam daripada snap picture qa'id sewaktu swimming. nasib baik pak uda ada snap picture qa'id.

untuk gambar-gambar qa'id swimming, gigi dan lain-lain ibu akan upload dalam entry yang lain.









Sunday, June 17, 2012

7 months

Hari ini 17/6/12 ahad, genaplah umur baby qa'id 7 bulan. ibu sesungguhnya sangat bersyukur pada Allah swt diatas segala kurniaanNya. Qa'id adalah anugerah dari Allah yang tak ternilai untuk ibu. Qa'id juga merupakan amanah dari Allah swt. syukran ya Rabb !!

14/6/12 khamis yang lepas ibu bawa qa'id ke klinik untuk rutin check-up 7 bulan. inilah hasilnya :-

Berat :- 7.2kg
Panjang :- 70cm
Lilitan kepala : 42cm
BMI :- 16

Alhamdulillah, perkembangan qa'id sangat pesat. qa'id membesar dengan sempurna. qa'id seorang yang sangat aktif, lincah, petah, cergas dan cerdas.






Mashed potato with dates

Ibu sangat suka makan mashed potato. ibu tak pernah makan mashed potato lain selain yang KFC punya. so ibu tak tahu rasa mashed potato lain. dan ini merupakan kali pertama ibu buat, ibu tak rasa pun yang ibu buat untuk qa'id sebab ibu puasa.

Kalau mashed potato KFC, rasa kentang lecek tu sedap dimakan dengan sos lada hitam. tapi ibu tak pandai nak buat yang macam KFC tu. sos dia lagi la tak pandai.

So ibu modified agar kentang lecek tu ada rasa manis tanpa letak gula. so ibu letak la buah kurma. ini lah hasilnya. hentam saja lah. nak kata jadi, macam tak jadi. tapi ibu buat special tuk baby qa'id  makan, so macam ni la rupanya.


Bahan-bahan :-

2 biji kentang (saiz sederhana besar)
Buah kurma (ikut sukati ibu je letak banyak mana)

Cara buat :-

Ibu kupas kulit kentang dan potong empat memanjang. ibu rebus hingga masak dan toskan. bila dah sejukkan ibu blend bersama kurma. siap .... senang aje kan !! 

Ibu simpan dalam fridge. ibu tak bekukan pun. hurrmmmmm ....



Wednesday, June 13, 2012

Oats with raisins

Asyik-asyik bubur nasi je. boring jugak.  apatah lagi qa'id yang memakannya. walaupun qa'id tak pandai cakap tapi ibu tahu. bila suap je qa'id taknak buka mulut dan makan sikit aje. tapi bila ibu buat menu baru, qa'id bukan main berselera lagi. makan pun bertambah dan non-stop.

Sebelum ni nenek sedara qa'id buatkan biskut marie dilecek dalam air kosong suam. qa'id makan dengan berselera dan banyak sekali. tapi esoknya, buat benda sama, qa'id makan sikit aje. ibu pernah juga bagi biskut baby. pun sama juga pe'elnya. 1st time memang makan beria-ia. 2nd time, dah makan sikit aje. kalau macam ni ibu yang penat nak kena masak menu baru hari-hari. 

So semalam 12/6/12 selasa, ibu masak 3 jenis menu berlainan untuk qa'id. 1st ibu masak oats with raisins, 2nd mashed potato with dates and 3rd papaya puree.

Ibu tak dapat nak rasa kesemua menu yang ibu masak sebab ibu puasa. so ibu minta papa yang rasa. papa kata semua ok. Alhamdulillah. kesemua menu ni ibu buat resepi sendiri ikut suka hati ibu. ibu letak raisins dan dates agar ada rasa manis-manis buah. campak-campak, siap. menjadi la jugak. cuma kuantitinya banyak sebab 1st time buat, tak bajet sukatan. 

Untuk resepi oats with raisins, bahan-bahan nye adalah seperti berikut :-

Oats (sukati ibu aje banyak mana)
Raisins (segenggam, just nak bagi rasa manis pada bubur agar tak rasa hambar aje)
Susu formula (ikut suka ibu aje) 
Air 

Cara membuatnya senang saje. ibu masukkan satu senduk oat ke dalam periuk, masukkan air agak-agak oat tu boleh kembang aje, masukkan segenggam raisins. jerang atas dapur hingga oat kembang dan lembut. bagi yang suka makan oat tentu tahu camana nak masak oat. ibu selalu breakfast ngan oat ni. cuma ibu masak dalam microwave. 

Bila dah masak ibu biarkan sejuk dulu. oat akan kembang bila disejukkan. dah sejuk baru ibu blend. disebabkan oat tu mengembang dan air dalam periuk tadi kering, ibu masukkan susu formula setengah cawan supaya senang nak blend. kalau tak masukkan susu pun takpe. dah siap blend, ibu tuangkan ke dalam container kecil untuk dibekukan.

oat ni macam sagu juga. kita masak hingga kembang. bila kita sejukkan dia akan lagi kembang. lebih-lebih lagi kalau kita biarkan ada sedikit air didalam periuk. dia akan serap air tu.

Ini lah rupa bubur oat bersama kismis yang dah siap di blend. ni ibu nak simpan untuk qa'id makan nanti.










Puri pisang


Kali ni ibu buat pula puri pisang. kekdah nye sama je dengan buat puri mangga. pisang aje tanpa bahan tambahan lain. rasa dia sedap dan manis. 

Bahan-bahan :-

3 biji pisang (ibu guna pisang berangan, apa-apa jenis pisang pun boleh)

Kaedahnya :-

Pisang dibelah dua memanjang tanpa buang kulit. sebiji pun dah cukup. tapi kali ni ibu buat lebih. stim dalam hingga masak. sejukkan. bila nak blend, buang kulit pisang. blend terus tak perlu masukkan air atau gula. 

Selepas blend ibu tuang dalam container kecil dan simpan dalam peti sejuk kat tempat beku.

Sebenarnya puri buah ni boleh dicampur dengan nestum atau oat. tapi ibu tak pernah cuba lagi. InsyaAllah ibu akan pelbagaikan menu untuk qa'id.

Ibu tak sempat snap picture puri pisang. terlupa tanpa sebab. takpe, nanti ibu buat lagi puri pisang dan snap pic banyak-banyak.




Tuesday, June 12, 2012

Puri mangga

Minggu ketiga qa'id start makan solid foods, ibu buatkan puri mangga. qa'id sangat suka puri mangga sebab rasa dia yang manis dan tekstur dia lembut.

Bahan-bahan :-

1 biji mangga (apa-apa jenis mangga pun boleh asal masak dan manis)

Cara Membuatnya :-

Buah mangga yang dah masak tu ibu kupas kulitnya, kemudian ibu hiris dan buang biji, ibu rasa dulu mangga tu manis atau masam. ibu amik yang manis aje. then isi mangga tu ibu hiris nipis memanjang. 

Isi mangga tadi ibu kukus selama 3 minit. tutup api dan biarkan sejuk. kemudian blend. ibu tak tambah air or gula or apa-apa. hanya mangga kukus semata-mata dah cukup manis dan tekstur memang lembut.

Ibu tuang puri mangga ke dalam tray ais untuk dibekukan. bila dah beku ibu transfer ke dalam container. so senang la bila nak bagi qa'id makan je, ibu akan amik 3 ketul, dan biarkan dia cair sendiri. baru suapkan qa'id. 

Kalau nak cepat leh cairkan puri dalam air panas. amik beberapa ketul puri, masukkan dalam mangkuk dan mangkuk tu letakkan dalam bekas besar. tuang air panas ke dalam bekas, biarkan hingga puri cair. tapi kena la kacau selalu. so puri akan jadi suam-suam. dah boleh suap tuk baby. 

Tekstur puri kekal lembut, tak berhampas dan juicy. macam ais krim. puri mangga ni ibu buat sikit aje. kalau nak lebih boleh la buat banyak-banyak. bukan aje anak yang makan, ibu pun boleh ratah sebab dah macam ais krim. sedap sangat.











Bubur nasi bersama kismis

Seterusnya ibu masakkan bubur nasi bersama kismis pulak. kali ni bubur qa'id ada la rasa manis dan masam kismis. 

Bahan-bahannya :-

Beras (segenggam)
Kismis (ikut suka ibu je letak banyak mana)
Air (Setengah periuk)

Kali ni ibu nak buat bubur yang pekat sikit dr yang sebelum ni. tapi ibu terlupa tuk kurangkan air. Kismis ibu guna yang warna jernih, kekuningan dan perang. rasa dia masam manis. kalau kismis hitam tu rasa dia betul-betul manis. dah itu je kismis yang ada. tu pun kismis yang masih berbaki yang wan beli masa pegi umrah tempohari.

Dah masak, ibu blend bila bubur dah sejuk. ibu tuang bubur ke dalam tray ais tuk dibekukan. ni 1st time ibu cuba bereksperimentasi. ibu fikir kalau bekukan dalam tray ais tu, bubur akan jadi kiub-kiub kecil. so bila nak bagi qa'id, ibu hanya amik beberapa ketul aje then defrost. tapi ibu perasan bila ketulan bubur nasi dh cair, tekstur bubur dah berubah. tak jadi macam bubur lagi. ibu cuba tambah air, pun tetap tak jadi. tekstur dia seolah-olah hampas. qa'id pun tak suka makan tu. so ibu pun buang aje la. nanti ibu akan masak lagi sekali dan pekatkan bubur.








Bubur nasi bersama brokoli

Menu kedua ibu buat untuk qa'id. Bubur ni pun cair juga macam sup.




Bahan-bahan :-

Beras (segenggam)
Brokoli (ibu letak satu kelopak aje)
Air (separuh periuk)

Cara memasaknya, beras tu mestila dibasuh hingga berssih. jerang beras hingga kembang. ibu masak dengan api perlahan sebab selalu tinggal. qa'id langsung tak boleh berenggang dengan ibu. so amik masa lama juga untuk beras masak menjadi bubur nasi. bubur ni agak cair juga. bila dah hampir masak, baru ibu letakkan brokoli. dalam dua minit lepas tu, ibu terus tutup api. sebab brokoli lembut dan cepat masak. so tak perlu masak lama sangat. sejukkan kemudian blend. 

Ibu tuang dalam tupperware dan simpan dalam peti ais. yang ni pun ibu tak bekukan. tapi bila ibu amik tuk bagi qa'id makan, berbau busuk. ibu cuba rasa, owh.... i dont like it. rasa dia sangat pelik. tapi elok aje. bukan rosak, masih berkhasiat sebenarnya. mungkin bau brokoli yang direbus agaknya. 

Bila nak bagi qa'id makan, ibu akan tuang ke dalam gelas kaca then letak dalam bekas. ibu tuang air panas dalam bekas tu untuk panaskan bubur qa'id. ibu akan kacau hingga bubur tu suam-suam. baru ibu suap qa'id. so xdela qa'id makan makanan sejuk. ibu tak sampai hati nak bagi bubur sejuk. kesian qa'id.

1st solid foods : bubur nasi bersama carrot

Sebelum ni ibu kalut duk cari maklumat pasal solid foods tuk qa'id. maklumat yang ibu jumpa ibu share kat sini untuk rujukan ibu. so kali ni ibu nak shae plak resepi yang ibu dah cuba. 

Resepi 1st yg ibu buat tuk qa'id ialah bubur nasi with carrot. senang aje cara nak membuatnya. ibu ikut nasihat nurse yang buat check-up qa'id 6 bulan. nurse cakap 1st time ni buat bubur nasi jangan pekat sangat. masak ala-ala sup dulu. bila dah lama baru masak bubur semakin pekat.

Resepi Bubur Nasi Bersama Carrot :-

Beras (segenggam)
Carrot (ikut suka hati ibu nak letak banyak mana)
Air (setengah periuk)

Beras tak perlu banyak sebab ibu masak tuk qa'id makan dua kali sehari untuk 2 hari aje. Ibu tak mahu simpan lama-lama dalam fridge. nak jaga kesegaran makanan la konon. basuh beras kemudian masukkan air setengah periuk. jerang beras hingga kembang. bila dah kembang dan air keruh, ibu masukkan carrot yang dipotong dadu. selepas 5 minit ibu tutup api dan biarkan sejuk. dah sejuk baru ibu blend. ibu tuang dalam tupperware dan simpan dalam fridge. ibu tak bekukan.


First tastes: Recipes for baby's first foods

Copy from babycenter untuk rujukan dan maklumat sendiri.

Banana purée
Vegetarian
Good source of potassium


1 small ripe banana
1-2 tsps of baby rice
2 tbsps of breastmilk or formula

Mash the banana well until smooth. Mix the rice and milk, and stir into the banana. Adjust the texture with milk or rice to make a runnier or firmer purée.

Carrot and parsnip purée
Vegetarian
Good source of betacarotene


1 carrot, peeled and diced
1 parsnip, peeled and diced

Steam the vegetables until tender. Purée in a blender or mouli and adjust the texture with boiled cooled water or baby's usual milk.

Broccoli and cauliflower purée
Vegetarian
Contains iron
Good source of vitamin C


1 large floret broccoli
1 large floret cauliflower

Steam the vegetables until they are tender. Mash or purée in a blender and adjust the texture with boiled cooled water or baby's usual milk.

Papaya purée
Vegetarian
Good source of betacarotene and vitamin C


1 ripe papaya

Peel and seed the papaya, and mash to a purée with a fork. To vary add baby rice or mix with mashed banana.

Sweet potato mash
Vegetarian
Good source of betacarotene


1 sweet potato

Steam or boil the sweet potato until it is tender. Drain and mash well, adding baby's usual milk to make a suitable consistency.

Potato and spinach purée
Vegetarian
Contains iron
Good source of betacarotene and vitamin C


1 medium potato, peeled and quartered
20g (a handful) spinach

Boil the potato in unsalted water until tender. Steam the spinach over the potato in a sieve for the last few minutes of cooking. Drain and mash the potato with a little of baby's usual milk. Purée the spinach and add to the potato. Adjust the texture with boiled cooled water or breastmilk or formula.

Pear and apple purée
Vegetarian
Contains vitamin C


1 ripe pear, peeled and sliced
1 apple, peeled and sliced

Place the pear and apple in a small saucepan with one tablespoon of water and cook over a low heat, stirring occasionally, until the fruit is tender. Purée in a blender.

Lentils with butternut squash
Vegetarian
Contains iron
Good source of betacarotene and B vitamins


50g split red lentils
120g butternut squash, peeled and diced

Boil the lentils in water until soft. Steam or microwave the squash until tender. Drain the lentils in a sieve. Add the squash to the sieve and place the sieve over a bowl. Using a wooden spoon press through the mixture, stir and serve.

Avocado and kiwi purée
Vegetarian
Good source of vitamin E and vitamin C


Half a ripe avocado
1 ripe kiwi fruit

Mash the avocado well. Peel and mash the kiwi. Push the kiwi through a sieve to remove the pips, then mix with the avocado.

Canteloupe melon purée
Vegetarian
Good source of betacarotene and vitamin C

Large slice of canteloupe or other melon, seeded

Purée the melon and, if desired, add a little baby rice to thicken up.