Monday, June 25, 2012

6 months review

Hari ni 25/6/12 isnin umur al-qa'id genap 7 bulan 1 minggu 1 hari. Dalam entry kali ni ibu nak cerita sedikit tentang perkembangan qa'id semasa berumur 6 bulan. ada beberapa perkara yang berlaku dan ibu tak sempat nak update setiap kali perkara itu berlaku. masa ibu lebih banyak untuk qa'id dan ibu takde masa untuk online apatah lagi update pasal qa'id. plus, broadband pulak kena block dan coverage teruk menambah lagi kesukaran untuk online. apapun, ibu cuba untuk update kesemuanya dalam entry ini.

Ibu sentiasa merujuk perkembangan baby dalam website babycenter. ibu teruja untuk tahu apa yang akan berlaku pada baby dari bulan ke bulan. nampaknya apa yang diberitahu dalam artikel hampir seratus peratus betul terjadi pada qa'id. namun ada juga perkara yang tak serupa. apapun itu sebagai rujukan dan maklumat berguna untuk ibu.

GIGI SUSU PERTAMA DAN KEDUA

Dalam usia qa'id 6 bulan, yang ketara berlaku ialah pertumbuhan gigi susu qa'id. qa'id kini dah memiliki dua batang gigi yang sama panjang, tajam dan kuat. kalau sebelum ni qa'id sengih tayang gusi ... sekarang qa'id sengih tayang dua batang gigi susu bawah. alahai, comel nye la bila qa'id tersengih menampakkan 2 batang gigi susu dia tu .. tetiba rasa seram pun ada, sebab gigi qa'id tu la yg duk gigit nenen ibu. sakit oooo ... sekali qa'id ngap sambil nenen, ibu terkejut macam beruk, terus menjerit. mula-mula qa'id terkejut juga bila ibu terjerit dan qa'id terlepas nenen. dah acap kali macam tu, qa'id pun dh tak heran. kadang tu bila ibu dah terkejut ibu secara spontan pukul bontot qa'id. pun qa'id tak heran. dia ingat ibu dodoi dia. so setiap kali nenen ibu akan perhatikan qa'id, kalo macam dia gigit nenen, ibu cepat-cepat tarik dagu dia. tapi qa'id tak lepaskan juga. ada sekali tu, ibu geram, bila qa'id gigit aje, ibu tutup hidung dia. kali ni otomatik qa'id lepaskan nenen. tapi bila dah acap kali buat, qa'id pun dah tak heran. sekarang bila gigi yg kedua dah tumbuh sama tinggi dengan yg pertama, qa'id dh tak lagi menggigit. ibu rasa la, qa'id menggigit sebab bila ada sesuatu benda baru muncul, baby mungkin rasa pelik, dan dia nak explore benda tu. bila dah agak lama dan dia tahu apa fungsi benda tu, so baby dah tak heran dah. ibu jadi fobia setiap kali nak kasi nenen. sabar je la !!! 

ibu perasan gigi pertama qa'id tumbuh pada 25/5/12 jumaat. dan gigi kedua pula muncul pada 11/6/12 isnin. kalo boleh ibu nak amik gambar gigi qa'id setiap hari. tapi bukan senang nak amik gambar gigi dia. tak kena gaya, qa'id tak bagi ibu snap pic gigi dia.

Alkisahnya, ibu riba qa'id sambil tengok tv, macam biasa qa'id tak duk diam. qa'id capai jari ibu dan masukkan dalam mulut untuk di gigit. sebelum ni qa'id gigit tak sakit. tapi kali ni rasa sakit macam ada benda tajam menyucuk jari. ibu pelik bila rasa ada benda tajam pada gusi qa'id. ibu syak mungkin ada sisa makanan, almaklumlah qa'id dah diberi solid foods. logik nye ibu bagi bubur nasi aje, takkan la sisa bubur begitu tajam. ibu raba-raba gusi qa'id dengan jari. untuk memuaskan hati ibu yang rawan, ibu buka mulut qa'id dan intai. alangkah happy nye ibu bila ternampak ada benda putih muncul pada gusi qa'id. stat dr hr tu, kalau qa'id capai jari ibu untuk gigit, mesti ibu hati-hati sebab qa'id gigit sekuat hati dan menyakitkan. qa'id makin suka gigit jari ibu dr gigit teether. (untuk nota, gg bawah kanan tumbuh dulu then br belah kiri plak tumbuh)

CUCI BAJU GUNA MESIN BASUH

Masuk 6 bulan, ibu dah tak larat nak basuh baju qa'id dengan tangan lagi. so ibu stat basuh dengan mesin. kebetulan pulak waktu tu memang semua baju qa'id kotor dan tak berbasuh. pakaian untuk pakai esoknya dah xde. ni semua berpunca dari kerana terpaksa stay 5 hari kat umah oyang. so ibu nak cepat, tambah lagi xde sape untuk tolong tengokkan qa'id kalo ibu basuh baju dengan tangan. atuk, wan, mak usu dan pak uda bercuti ke langkawi dan papa outstation. so stat dari 3/6/12 ahad hingga la ke hari ni dan akan datang, ibu lebih senang basuh baju qa'id dengan mesin basuh aje.

ANGKAT BADAN, MERANGKAK, DUDUK DAN MEMANJAT

Sejak dah pandai meniarap, qa'id beralih ke bergolek-golek. katil dah tak selamat lagi bila qa'id stat bergolek dan bergerak ke depan. 1st time tengok qa'id bergolek pada 19/5/12 sabtu. kemudian baby qa'id dah pandai angkat badan. kebolehan baru ni ibu perasan berlaku pada 21/5/12 isnin. mulanya hanya boleh angkat bontot aje. bila bontot terangkat, dada masih kat bawah lagi. kalau dada terangkat, bontot plak kat bawah. kemudian qa'id dah boleh angkat kedua-duanya sekali. bontot dan dada dah boleh angkat tapi tak boleh bergerak. qa'id hanya hayunkan badan aje. kalau macam dah penat qa'id akan rebahkan badan meniarap.

Seterusnya qa'id dah pandai duduk dengan sendiri tanpa bantuan setelah balik dari rumah onyang. ibu dan qa'id menumpang 5 malam di umah onyang (30/5/12 - 3/6/12). balik umah aje qa'id dah pandai duduk dengan kaki di depan (duduk belunjur kaki), namun pada mulanya qa'id tak stabil. dia perlu ada tempat untuk berpaut. beberapa hari selepas itu ibu tengok qa'id dah boleh duduk atas kedua belah kaki plak macam orang duduk antara dua sujud. masih lagi goyah namun qa'id dah begitu yakin bermain toy sambil duduk. tak sampai seminit dah terjatuh kebelakang. namun qa'id bangun dan duduk semula. qa'id mula explore untuk bangun dengan berpaut pada bantal. satu hari qa'id bangun dari tidur, qa'id berpaut pada badan ibu untuk berdiri. disebabkan kaki qa'id belum stabil, qa'id jatuh terlentang ke belakang. nasib baik atas tilam, xde la sakit. macam biasa qa'id akan cuba lagi dan lagi hingga mahir. time ni qa'id masih belum merangkak lagi, tapi dah pandai berpaut untuk berdiri.

 12/6/12 selasa, ibu perasan qa'id dah pandai merangkak. waktu tu atas tilam, qa'id merangkak perlahan-lahan untuk mengambil mainan. kat ruang tamu, ibu cuba letak qa'id atas lantai dan biarkan qa'id merangkak. qa'id merangkak sangat perlahan dan teragak-agak. tapi sekarang qa'id dah merangkak dengan laju dan ada sahaja tempat yang dituju. bila sampai di tempat yang dituju, qa'id mula la meneroka mencari sesuatu untuk berpaut. bila dah jumpa qa'id akan bangun untuk berdiri. pernah satu hari, ibu tinggalkan qa'id di ruang tamu, ibu ke dapur untuk siapkan makanan qa'id. bila ibu datang jenguk, terkejut beruk ibu dibuatnya melihat qa'id berdiri tegak berpaut pada meja kabinet TV. risau ibu dibuatnya, apa taknya, kalau tetiba qa'id tersungkur jatuh ke belakang, naya ibu. ibu lupa bila kejadian ni berlaku. tapi selepas insiden tu, ibu lebih berhati-hati tinggalkan qa'id seorang diri.

BUAIAN
 
Qa'id seperti biasa memang sukar untuk tidur. kadang senang tapi most of the time qa'id refuse to sleep. qa'id akan lawan rasa sleepy dengan bermain. so kebetulan ada satu hari tu, ummi yah bawa qa'id ke rumah pak ngah abul, then tidurkan qa'id dalam buaian. lama qa'id tidur, ada la dua jam gitu. esoknya ibu plak lepak kat umah pak ngah abul sambil tengok tv. qa'id sleepy dan ibu tidurkan qa'id dalam buaian. lama qa'id tidur hingga ibu terpaksa tunggu hingga qa'id jaga. maka disebabkan qa'id sukar tidur dan qa'id plak tidur lena dalam buaian, wan suh amik balik semula buaian qa'id kat umah pak ngah abul. lagipun kat umah pak ngah abul, arissa hanya guna weekend aje bila diorang balik sini. so baik qa'id guna aje lah. start dr hari khamis 14/6/12 qa'id tidur dalam buaian semula. hingga la sekarang, qa'id akan ibu tidurkan dalam buaian dan kemudian angkat qa'id masuk ke bilik untuk tidur macam biasa pada waktu malam. siang hari aje qa'id tidur dalam buaian sepenuhnya.

JATUH KATIL

 Pada 26/5/12 sabtu, qa'id jatuh katil. perkara ni yang ibu risau sangat akhirnya jadi kenyataan. dalam pada duk berjaga-jaga akhirnya terjadi juga. risau bukan kepalang dan kesian pada anak kecil yang tak mengerti apa-apa. alkisahnya, ibu bangun pagi sabtu tu untuk ke dapur masak air. tetiba terdengar suara baby menangis kuat. dalam hati tertanya-tanya dan terdetik, anak ibu jatuh katil ke??? tanpa buang masa, ibu terus berlari ke bilik. buka je pintu, papa duduk di birai katil sambil peluk qa'id. sah la baby jatuh katil. ibu dah panik dan menggelabah. rasa sangat bersalah pada qa'id. maafkan ibu nak. sebenarnya sebelum ibu tinggalkan bilik, ibu dah rasa tak sedap hati. ibu dah letak bantal di segenap tepi katil. dan ibu teragak-agak untuk kejutkan papa supaya tengokkan qa'id. dalam hati, alah kejap aje ke dapur sekadar tuk masak air, nnt masuk balik. tapi benda dah nk jadi, ibu betul-betul tak sangka. tak sampai lima minit ibu keluar, qa'id dah terjatuh.

pada 10/6/12 ahad, lg sekali qa'id jatuh katil. cuma kali ni impak x kuat sangat sebab kebetulan papa tidur di bawah berlapikkan toto. sebelum qa'id terjatuh, bantal yang meghadang tepi tilam terjatuh dulu. dan qa'id yang masih tidur bergolek-golek dan terjatuh atas bantal. kemudian bergolek masuk terperosok ke bawah katil. papa terkejut dari tidur lantas melihat kejadian tu. so papa yang angkat dan tenangkan qa'id. ibu langsung tak sedar apa-apa sebab masih tidur lagi. bila ibu terjaga, ibu tengok qa'id xde di sebelah. dan terpandang papa sedang bermain dengan qa'id. terus ibu bangkit dan syak yang qa'id jatuh katil lagi.

sebenarnya sebelum kejadian jatuh katil kali pertama, qa'id dah pernah terjatuh dari ribaan ibu sendiri. then selepas kejadian jatuh katil kali pertama juga qa'id pernah terjatuh daripada pegangan ibu sewaktu bermain. sewaktu qa'id terjatuh dari ribaan ibu, ibu lupa tarikhnya. ibu riba qa'id sambil nonton tv, qa'id duduk berjuntai kaki sambil bersandar ke badan ibu. qa'id tak duk diam dan ada aje benda yang nak dibuatnya. pusing kanan pusing kiri tetiba qa'id terjatuh menggelungsur. kepala jatuh dahulu. walaupun ibu pegang qa'id tp tak cukup kuat untuk menghalang qa'id drpd terjatuh.

dan lagi sekali qa'id terjatuh sewaktu bermain jongkang jongkit dengan ibu kat ruang tamu. ibu berbaring dan letakkan qa'id atas kedua betis ibu. so ibu akan angkat kaki atas bawah. so macam jongkang jongkit juga la jadinya. tetiba qa'id senget ke tepi dan terjatuh. ibu pegang bahu qa'id tapi tak cukup untuk mengelakkan qa'id dari terjatuh. kali ni tulang pipi dan kening qa'id lebam. kedua-dua kejadian ini ibu yang bersalah sebab cuai. walaupun ibu pegang qa'id tak bagi qa'id jatuh tapi tetap juga terjadi.

dalam bilik air sewaktu memandikan qa'id pun pernah juga terjatuh. tak dinafikan lantai bilik air licin. dan qa'id plak time mandi qa'id sangat excited, qa'id akan melompat dan menjerit girang. disebabkan kegembiraan tu qa'id tergelincir dan tersungkur atas lantai bilik air. pernah juga qa'id terjatuh dari baby bath tub. bukan jatuh ke dalam tapi jatuh keluar dr bath tub. semua kejadian ni berlaku dengan pantas sekali. walaupun ibu pegang qa'id sepanjang masa tapi qa'id masih akan terjatuh. ibu tak salahkan qa'id sebab qa'id belum tahu apa-apa. ibu sentiasa berhati-hati dan pastikan semua selamat. tapi kalau benda nak jd, ibu tak mampu nk elak.

yg terbaru ibu dan qa'id sama-sama terjatuh dr buaian. papa baru je pasang buaian untuk org dewasa yg mcm kat tepi pantai tu. sebelum ibu duduk, papa terlebih dulu test buaian tu. nampak mcm kukuh dan stabil aje. so ibu sangat excited tuk mencuba. sambil dukung qa'id ibu pun duduk la dlm buaian. sempat duduk 5 minit aje, tetiba gedebukkkk !!!! terjatuh. kepala ibu terhentak pada lantai simen. qa'id hampir terlepas dr pelukan ibu. tapi qa'id bernasib baik sebab terjatuh atas lengan ibu. qa'id luka sikit di siku kiri. kesian anak ibu, dah banyak kali terjatuh. 

SWIMMING

Sebenarnya ibu nak bawa qa'id berenang dah lama. ibu tengok kawan papa dah bawa ank dia swimming. tapi almaklumlah, papa busy memanjang. bila ada masa terluang ada aje hal lain. kebetulan pada 8/6/12 jumaat ada majlis hari jadi oyang. majlis dibuat kat umah plak tu. macam biasa kalau ada majlis pasti kolam akan diisi air baru. so dapat la qa'id berenang.

aku sebenarnya macam tak selesa nak benarkan qa'id berenang. tapi atuk beria-ia suh qa'id berenang. so aku pun bawa la qa'id ke kolam. aku tak berniat pun nak masuk kolam tu. so aku serahkan qa'id pada sesiapa yang dah masuk kolam. kebetulan ada abang long. cecah aje kaki ke dalam air, qa'id ok lagi tapi muka dah berubah nak nangis. then bila abang long rendam qa'id hingga paras pinggang, qa'id mula menangis. aku rasa qa'id menangis bukan sebab takut air tapi qa'id tak selesa dengan orang yang tak dikenali. entah dari mana atuk muncul dan terus amik qa'id dari abang long. atuk bawa qa'id ke tempat dalam. pujuk-pujuk sikit dan bila qa'id dah selesa, baru atuk rendam qa'id. atuk pegang dan biarkan qa'id kayuh kaki berenang sendiri. pandai anak ibu berenang. kaki dia kayuh macam perenang profesional. atuk cakap, atuk hanya ampu badan dan qa'id sendiri yang apungkan badan dan berenang sendiri. hebat sungguh anak ibu. ibu betul-betul excited dan bangga dengan qa'id. seronok plak tengok qa'id seronok swimming. ibu banyak rakam daripada snap picture qa'id sewaktu swimming. nasib baik pak uda ada snap picture qa'id.

untuk gambar-gambar qa'id swimming, gigi dan lain-lain ibu akan upload dalam entry yang lain.









No comments:

Post a Comment