Tuesday, June 12, 2012

1st solid foods : bubur nasi bersama carrot

Sebelum ni ibu kalut duk cari maklumat pasal solid foods tuk qa'id. maklumat yang ibu jumpa ibu share kat sini untuk rujukan ibu. so kali ni ibu nak shae plak resepi yang ibu dah cuba. 

Resepi 1st yg ibu buat tuk qa'id ialah bubur nasi with carrot. senang aje cara nak membuatnya. ibu ikut nasihat nurse yang buat check-up qa'id 6 bulan. nurse cakap 1st time ni buat bubur nasi jangan pekat sangat. masak ala-ala sup dulu. bila dah lama baru masak bubur semakin pekat.

Resepi Bubur Nasi Bersama Carrot :-

Beras (segenggam)
Carrot (ikut suka hati ibu nak letak banyak mana)
Air (setengah periuk)

Beras tak perlu banyak sebab ibu masak tuk qa'id makan dua kali sehari untuk 2 hari aje. Ibu tak mahu simpan lama-lama dalam fridge. nak jaga kesegaran makanan la konon. basuh beras kemudian masukkan air setengah periuk. jerang beras hingga kembang. bila dah kembang dan air keruh, ibu masukkan carrot yang dipotong dadu. selepas 5 minit ibu tutup api dan biarkan sejuk. dah sejuk baru ibu blend. ibu tuang dalam tupperware dan simpan dalam fridge. ibu tak bekukan.


No comments:

Post a Comment