Monday, October 14, 2013

22 bulan

tik tok tik tok ... cepat sungguh masa berlalu, sedar atau tidak usia anakanda al-qa'id dh nak masuk 23 bulan pada tanggal 17 okt 2013 nanti. sebulan kemudian anakanda al-qa'id mencecah 2 tahun (24 bulan) ... insyaAllah!

segala puji bagi Allah swt yang memberikan nikmat hidup ini kepada hambanya ... sungguh ibu bersyukur dengan nikmat Allah swt ini ... dengan rezeki yang tidak pernah putus ... dengan kasih sayang dari Allah swt dengan segala rahmat dan keberkatan yang Allah swt telah kurniakan untuk kita ... syukur alhamdulillah !!

sungguh ibu tidak menyangkakan semua ini terjadi dalam hidup ibu ... memiliki anugerah Allah yang sangat bernilai iaitu al-qa'id ... walaupun serba kekurangan, namun itu semua adalah rezeki dari Allah swt untuk ibu ... hampir dua tahun ibu memikul amanah yang Allah swt berikan untuk ibu ... dan sepanjang itu juga ibu banyak mengharungi dugaan dan cabaran sebagai seorang ibu .... kadang terfikir dibenak, adakah sudah cukup dengan apa yang ibu berikan pada anak ibu, kasih sayang, perhatian, material, mental dan fizikal untuk qa'id?? adakah anak ibu mendapat apa yang sepatutnya dari seorang ibu ??? agaknya apakah takdir anak ibu, apakah masa depan qa'id bila dewasa nanti, adakah qa'id berbangga menjadi anak ibu ??? dan seterusnya bermacam lagi persoalan yang bermain di minda ibu.

sesungguhnya ibu tiada jawapan kepada persoalan itu sume, yang ibu tahu hanya lah berdoa, berdoa dan terus berdoa .... semoga qa'id menjadi anak yang beramal soleh .... itu sangat penting sekali ... kerana anak yang soleh sahaja yang mampu membahagiakan ibu bapa dan anak yang soleh akan berjaya di dunia dan akhirat. insyaAllah !!

*********************************************************

sudah agak lama ibu tidak bercerita mengenai perkembangan qa'id di sini .... maafkan ibu kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya .... 

ini adalah gambar terkini qa'id ... ibu ambil pada 18, 23 & 28 sept 2013 ... qa'id berumur 22 bulan ...





anak ibu semakin membesar ... membesar dengan sihat, cedas, cergas dan pintar serta bijak pandai .... sekarang anak ibu semakin becok, semakin bijak, semakin cergas dan bersemangat. kasihan anak ibu, bermain seorang diri, sekeliling orang dewasa, so qa'id berkomunikasi dengan orang dewasa, cuma pada hari minggu sahaja qa'id bergaul dengan kanak-kanak sebayanya. setakat ini ibu tak nampak pengaruh negatif pada qa'id, perkembangan kognitif lancar dan qa'id sangat peka. kesihatan juga baik, cuma demam, selsema dan batuk sahaja. menurut maknoor, qa'id menjadi ketua kepada kanak-kanak lain ... dan qa'id berkawan baik dengan semua kanak-kanak di sana.

ibu perhatikan di rumah, qa'id bermain sendirian, dengan barang2 dapur seperti periuk, besen senduk dan lain-lain yang boleh dicapai. toys yang ibu belikan qa'id jarang sekali usik ... selebihnya qa'id akan bermain dengan handphone ibu. bila dah bosan qa'id akan berlari-lari, melompat, memanjat. pantang pintu rumah terbuka, qa'id akan meluru berlari keluar ... kalau dah kat luar tu mmg banyak lah aktiviti fizikal dia ... macam-macam la yang dia nak explore. yang tak tahannya berkaki ayam atas tar ... selamba je lari ... padahal kalau ibu pijak, memang sangat sakit kerana batu2 timbul dan tajam.

minda kanak-kanak seusia qa'id memang fresh dan mereka boleh menyerap pelbagai bahasa. qa'id cepat ingat apa yang didengari dan dalam situasi tertentu qa'id akan ulang balik apa yang didengarinya. ibu selalu dengar qa'id baca zikir yang ibu zikirkan tuk dodoikan qa'id. tapi sebutan masih lagi dalam bahasa kanak-kanak... yang hujung je kedengaran jelas. syukur kerana qa'id tidak pelat ... kami semua akan bertutur dalam bahasa yang betul supaya qa'id tidak akan pelat.

dari segi rutin harian, seperti sebelum ini qa'id cerewet dari segi makan. sekarang ibu perhatikan qa'id memag tak gemar makan nasi bilamana bersama ibu dirumah. qa'id lebih gemar makan mee. tak kisah lah mee apa, asalkan bukan nasi. kalau suap laksa, berselera betul dia makan. begitu juga bihun, kue teow dan mee kuning, serta spagheti. time tidur qa'id pun semakin membesar semakin berubah. pagi bangun jam 8 pagi, tidur balik semula jam 3-4 petang. lajak ke maghrib baru nak bangun .... dah tu malam plak jam 12 mlm br nk tidur ... ibu yang penat sebab selagi qa'id tak tidur ibu takkan boleh berehat dengan aman.

tidak dinafikan qa'id menunjukkan tantrum .... kadang tu ibu rasa tensen sangat ... serba tak kena dibuatnya bila qa'id tantrum ... setiap kali qa'id tantrum, ibu biasanya akan menjauhkan diri dari qa'id buat seketika, bila dh reda baru ibu beri perhatian pada qa'id. sesetengah perkara ibu boleh ikut kehendak qa'id, sesetengah perkara ibu kena bertegas. walaupun qa'id mengamuk, ibu malas nak layan, takut nanti qa'id jadi terlalu manja. tengok la gambar2 tu sume ... sejak dah berjinak-jinak dengan gajet ... qa'id jadi leka .... pantang nampak handphone ibu, mesti minta nak tengok video. kalau tak kasi, qa'id mengamuk. bila kasi qa'id gelak2 manja. kalau dah leka, apa pun qa'id tak hirau. ibu kadang jadi serba salah. kadang tu tercubit juga paha dan perut qa'id bilamana tak dengar cakap. lepas tu timbul rasa bersalah ... manalah si kecik ni tahu apa-apa, dia sedang dalam proses belajar, apa pun balik-balik ibu juga yang bersalah !! itu lah cabaran dalam membesarkan dan mendidik anak-anak kecil !!!



No comments:

Post a Comment