17 November 2014, genap 3 tahun usia anakanda Al-Qa'id (17/11/11-17/11/14)
Anak ibu dah besar, banyak kerenah, banyak cakap, sangat aktif, lincah, sihat dan bijak serta makin kacak.
Alhamdulillah dengan nikmat kurniaanmu Ya Allah SWT
Ibu gembira, bahagia dan bangga dapat membesarkan qa'id. Melihat qaid membesar depan mata adalah satu anugerah terindah.
Muhammad Al-Qa'id Ha'il
Mengandungkanmu adalah satu rahmat
Melahirkanmu adalah satu anugerah
Membesar dan menjagamu adalah satu nikmat
Mendidikmu adalah amanah
Kamulah yang terindah
Sempena birthday qa'id kali ibu tunaikan permintaan qa'id nak naik bas. Dapat pusing-pusing putrajaya pun jadi lah. Kalau bas ekspress ibu sendiri pun takut nak naik.
Hadiah birthday qa'id claim ngan papa ye!!