Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Sunday, August 3, 2014

Syawal 2014

Hari ni dah 7 Syawal 1435H, masih belum terlambat untuk kami mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MOHON MAAF ZAHIR & BATIN
Dari Ibu, Papa & Al-Qa'id

Tahun ni beraya di kampung halaman ibu di kelantan. Gerak balik kelantan 3 hari sebelum raya. Tengahari hari raya pertama kami dah gerak balik kampung papa di Kajang. So dapat la beraya dengan atuk, wan dan sedara mara.

Ibu ada snap beberapa gambar .. kali ni ibu sangat lah takde mood nak ambil gambar. Asal ada aje lah !!











Wednesday, September 4, 2013

Duit raya aidilfitri 2013

Taaa Daaaaaa ... inilah dia koleksi duit raya qa'id ..... ibu saje je nk share suka-suka .... ini baru gambar sampul ... belum isinyer lagi .... ibu belum kira lagi total sume duit raya qa'id ... tunggu syawal habis .. lagi 2 hari je lagi !!! 



Monday, August 12, 2013

Aidilfitri 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 
1 Syawal 1434H - 8 Ogos 2013
MAAF ZAHIR & BATIN

Aidilfitri kedua al-qa'id .... kali ni sambut raya sederhana sahaja tapi meriah bila sume berkumpul. Raya kali ni ibu sediakan baju melayu untuk qa'id .... baju melayu pertama qa'id ... ibu beli dua pasang baju melayu dengan dua warna berbeza. selain itu ada beberapa helai baju baru yang ibu belikan dan juga baju jenjalan yang diberikan oleh pengasuh qa'id dan juga sehelai baju diberi oleh ibu kepada kawan qa'id di rumah pengasuh ... terima kasih diucapkan.

Jom layan gambar qa'id ... sambil ibu bercerita sikit-sikit ye !! ni gambar qa'id malam raya ... sambil dengar takbir sambil kemas, sambil snap gelagat qa'id. ibu suruh qa'id duk atas sofa sebab nak snap gambar, qa'id boleh plak menyorok ... geram btol ... dh tu duk atas sofa xnak pandang kamera !! duk nak tengok lampu lip lap lip lap !!! 




di pagi hari raya, bangun pagi terus terkam makan lemang !! belum mandi belum gosok gigi lagi ... ibu buat susu pun qa'id minum tak habis !!! ikut perangai papa suka makan lemang !!



beraya d rumah onyang ... 


bergambar dengan atok dan wan !!


bergambar dengan ibu dan papa !!


pandai posing dah ... pantang tgk ibu pegang kamera .... qa'id mula la minta suh amik gambar " ba .. ba .. ba" ... dh selesai datang pd ibu nk tgk hasil tangkapan !! 



qa'id makan yong taufu di rumah onyang .... 


qa'id dengan wan !!


qa'id dapat duit raya dari cik anna !!


posing lagi di rumah cik peha !!


jom beraya di rumah cik da plak ....


bergambar bersama keluarga ..... qa'id tak suka pakai songkok ... rimas !!! 


amboi ... aksi apa ni sayangku ??



belah malam pakai baju warna merah ... menerima tetamu yg terdiri dari ahli keluarga dan sanak saudara !!


bergambar setelah semua tetamu pulang !!


insiden kali ni ialah ... dh nk gerak ke umah onyang .... qa'id berak ... duk beraya umah cik da, berak lagi .... pastu nk amik gambar keluarga, qa'id terjun dari pagar batu selepas selesai pakai kasut .... sume org terkejut. selepas terjun elok je jalan mcm xde pape berlaku ... adoiyaiiii !!! 

satu lagi qa'id bab mercun, qa'id berani kucing .... nak tapi takut .... kalau nampak mercun dia nak main, tapi bila mercun meletup qa'id takut !!! 

Wednesday, October 3, 2012

Aidilfitri 2012 di kampung

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN 

19 OGOS 2012 - 1 SYAWAL 1433H



Pemandangan suasana kampung di kelantan. ini bukan kampung ibu tp ibu snap dari dalam kereta otw balik ke KL dah pun time ni .... 




Ni kat kampung asal arwah atok ayah .... time ni ibu bawa qa'id beraya di rumah tok chu mat, adik arwah atok ayah ... 




sepupu qa'id, bulya hakimi, anak pak teh


sepupu qa'id aisya syamila (tudung hitam) anak pak teh & nurul nabila anak pak su keme


sepupu qa'id iqbal yg terrrrrrsangat pemalu .... anak pak su keme


sepupu qa'id, anak pak teh, ainatul sakinah yg sgt comel dan sweet ... 


ibu saudara qa'id, mak su, isteri pak su keme (abang ibu)


bawa qa'id mandi pantai ....



1st time jejak kaki atas pasir pantai, terus terkam main pasir ....




hasil tangan qa'id ..... 


lukisan cakaran qa'id ... ibu plan nk frame kan .... nanti ibu buatkan yer !!


berjalan menuju gigi air .... qa'id mcm blur and curious .... hehhe


tengok tu, takut-takut tapi mahu ....



qa'id dah makin berani sebab perasaan nak tahu begitu membuak-buak ...


tapi masuk je dalam air .... qa'id panik ... 


peluk ibu ketat-ketat ... heheheh


takut tapi mahu .... akhirnya jadi seronok .... 


ibu pada mulanya nk main air je ... tp dah basah sebabkan nak bagi qa'id rasa main air pantai ...



Selepas main air pantai, qa'id menggigil kesejukan, hari dh lewat petang dan angin semakin kuat. sampai rumah kawan ibu, nenek suh mandikan qa'id dan tukar baju cepat2. takut nnt qa'id demam. dalam kereta dapat upah nenen, terus lelap sampai esok pagi .... alhamdulillah qa'id sihat dan xde pape.