Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Friday, October 5, 2012

Menangis


Tetiba je baby menangis .. tak tahu hujung pangkal .... kadang tu rasa nak marah terutama bila dipujuk x menjadi ... apakata tenangkan diri sekejap ... dan baru la bertindak dengan waras. 

Cari punca apa sebab baby menangis. sebab fizikal senang tuk pujuk. kalau sebab gangguan ni memang susah sikit la. tapi ada caranya ....

Andai diluar rumah, masuklah segera ke dalam rumah/kereta. Azankan ditelinga kanan bayi itu. Setelah itu, bacalah ayat Kursi dengan suara yang jelas sebanyak 3 kali dan diikuti dengan Surah Al-Fatihah dan 3 Qul dan bertawakal kepada Allah S.W.T. Sebaik-baiknya si ibu yang membacakan ayat tersebut kerana ianya lebih afdal. InsyaAllah, dengan izin dari Allah S.W.T keadaan bayi anda akan kembali seperti biasa.

Ada juga cara nak tahu samada baby menangis disebabkan gangguan .... ada kah matanya melilau melihat sekeliling, menangis yang tiada air mata, menangis seolah seperti di cubit, menangis dalam keadaan takut, tidur dalam keadaan terkejut-kejut, tidur di selang seli dengan tangisan, menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari.....sekiranya ada tanda-tanda tu, berkemungkinan ada gangguan.

Kalau melibatkan gangguan ni, caranya hanya la dengan bacaan ayat-ayat al-quran aje. beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat, bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran (Al-Fatihah, Qursi, dan 4 Qul) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.

Kalau tak dapat buat atas sebab kelam kabut, panik..minta suami/isteri pegang dan tenangkan bayi.. bacakan pada air ayat-ayat tadi..dan sapulah pada bayi (lakukan seperti ambil wuduk pada bayi). InsyaAllah

Doa pelembut hati dan pendinding diri anak


Amalkan bacaan lima ayat pertama surah Thoha. Selepas itu tiupkan bertentangan dengan hidungnya sewaktu anak sedang menarik nafas ketika tidur.








Amalkan membaca empat ayat akhir surah al-Hasyr ayat 21-24 sewaktu anak anak sedang tidur dan niatkan bacaan itu agar lembutlah hati mereka supaya taat kepada Allah dan ibu bapa.

Setelah selesai dibaca, tiupkan betul betul di ubun ubun kepala anak anak.









Amalkan membaca "Ya-Latiff" dan "Ya Wadud"sebanyak 1000 kali kemudian ditiup kepada kepala anak atau pada makanan atau minuman sambil berdoa dan niatkan hajat untuk melembutkan hati anak dan sesiapa jua. 

Atau untuk dijadikan amalan, setiap selesai doa solat-solat fardhu bacakan "Ya Latiff" dan " Ya Wadud" 100 kali kemudian niat dalam hati berdoa supaya Allah lembutkan hati sifolan bte sifolan.



Merawat anak demam panas

DOA YANG DIAMALKAN IALAH :-

1- AL-FATIHAH


2- SELAWAT SYIFA'





3- SURAH AL-HASYR, AYAT 21-24








4- DOA DEMAM PANAS





"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka"



KAEDAH RAWATAN :-


Bacakan kesemua doa dan ayat di atas, kemudian dihembuskan atas segelas/sebotol air dan diberi minum kepada bayi. juga boleh dilapkan/mandikan seluruh badan dengan sebahagian air ini.

Sawan tangis

Bismillah hirrahma nirrahiim ...

Sejak kebelakangan ni anakanda al-qa'id sering sahaja tidak sihat. kerap demam malam manakala siang hari aktif seperti biasa. ibu mana yg tidak risau. jujur ibu katakan yg ibu fikir yg bukan2 bila qa'id demam. ibu tahu syaitan telah menguasai ibu dan ibu tak boleh berfikir dengan waras. walau apa pun, ibu sentiasa berdoa pada Allah agar qa'id sihat seperti sediakala.

Ibu tanya uncle google kenapa anak ibu asyik demam dan menangis pada malam hari. baru ibu tahu yg bayi seperti qa'id mengalami sawan tangis.

"sawan tangis iniakibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itu dilahirkan, yang dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia."


Kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :

surah al-Fatihah,
ayat al-Kursi,
surah an-Nas
dan surah al-Falaq,

kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

Tanda-tanda sawan tangis seperti :-

Menangis tapi tak keluar air mata, kadang tu air mata keluar berjurai-jurai, suara tangisan berbeza dr biasa. 


Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. 

Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.

Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. 

Mata bayi kelihatan pejam. 

Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).

Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.

Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. 

Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.


Syukran Ya Rabb

Assalamualakimum wbt 

Hari ini jumaat 5/10/12, ibu sangat bersyukur kerana Allah swt telah perkenankan doa ibu. ibu berdoa agar demam qa'id sembuh dan semalam alhamdulillah qa'id dh sihat. ibu sangat2 bersyukur. Terima kasih ya Allah. 

Thursday, March 15, 2012

Doa Memperbanyakkan Susu..




Maksudnya:
 
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.

Cara-cara mengamalnya:

# Berdoa:

“Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”

# Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.

# Baca Surah Al Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah.......