Tetiba je baby menangis .. tak tahu hujung pangkal .... kadang tu rasa nak marah terutama bila dipujuk x menjadi ... apakata tenangkan diri sekejap ... dan baru la bertindak dengan waras.
Cari punca apa sebab baby menangis. sebab fizikal senang tuk pujuk. kalau sebab gangguan ni memang susah sikit la. tapi ada caranya ....
Andai diluar rumah,
masuklah segera ke dalam rumah/kereta. Azankan ditelinga kanan bayi itu. Setelah itu,
bacalah ayat Kursi dengan suara yang jelas sebanyak 3 kali dan diikuti dengan
Surah Al-Fatihah dan 3 Qul dan bertawakal kepada Allah S.W.T. Sebaik-baiknya si
ibu yang membacakan ayat tersebut kerana ianya lebih afdal. InsyaAllah, dengan
izin dari Allah S.W.T keadaan bayi anda akan kembali seperti biasa.
Ada juga cara nak tahu samada baby menangis disebabkan gangguan .... ada kah matanya
melilau melihat sekeliling, menangis yang tiada
air mata, menangis seolah
seperti di cubit, menangis dalam
keadaan takut, tidur dalam keadaan
terkejut-kejut, tidur di selang
seli dengan tangisan, menangis pada
waktu-waktu tertentu setiap hari.....sekiranya ada
tanda-tanda tu, berkemungkinan ada gangguan.
Kalau melibatkan gangguan ni, caranya hanya la dengan bacaan ayat-ayat al-quran aje. beralih tempat
pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat, bacakan pada bayi
ayat-ayat Al Quran (Al-Fatihah, Qursi, dan 4 Qul) Niat untuk menghindarkan
gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.
Kalau tak dapat
buat atas sebab kelam kabut, panik..minta suami/isteri pegang dan tenangkan
bayi.. bacakan pada air ayat-ayat tadi..dan sapulah pada bayi (lakukan
seperti ambil wuduk pada bayi). InsyaAllah
No comments:
Post a Comment