Amalkan bacaan lima ayat pertama surah Thoha. Selepas itu
tiupkan bertentangan dengan hidungnya sewaktu anak sedang menarik nafas ketika
tidur.
Amalkan membaca empat ayat akhir surah al-Hasyr ayat 21-24 sewaktu anak anak sedang tidur dan niatkan bacaan itu agar
lembutlah hati mereka supaya taat kepada Allah dan ibu bapa.
Setelah selesai dibaca, tiupkan betul betul di ubun ubun
kepala anak anak.
Amalkan membaca "Ya-Latiff" dan "Ya
Wadud"sebanyak 1000 kali kemudian ditiup kepada kepala anak atau pada
makanan atau minuman sambil berdoa dan niatkan hajat untuk melembutkan hati
anak dan sesiapa jua.
Atau untuk dijadikan amalan, setiap selesai doa solat-solat
fardhu bacakan "Ya Latiff" dan " Ya Wadud" 100 kali
kemudian niat dalam hati berdoa supaya Allah lembutkan hati sifolan bte
sifolan.
No comments:
Post a Comment