Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

Aktiviti luar untuk kanak-kanak

Assalamualaikum wbt

Ibu baru tersedar sesuatu hari ni. Dah lama sangat qa'id tak buat aktiviti luar macam ni. Dulu selalu jugak bawa qa'id ke taman mainan. Kesian anak ibu. 

Pagi tadi teman papa ke klinik, lama sangat menunggu, ibu bawa qa'id main gelongsor. 






Ada sebab kenapa ibu tak bawa qa'id ke taman mainan. Sebagai ganti ibu dan papa bawa qa'id mandi pantai hampir setiap hari. Qa'id suka main pasir dan main air. Tapi dalam masa yang sama qa'id takut air.

Sunday, August 3, 2014

Pantai Air Papan, Mersing, Johor

Tiga hari sebelum ramadhan, berjimba di Pantai Air Papan, Mersing, Johor

Orang sibuk buat persiapan nak berpuasa, ibu dan papa sibuk bawa qa'id mandi pantai, 3 hari berturut-turut.

Niat ibu dan papa adalah untuk hiburkan hati qa'id ... persiapan puasa tu ibu dan papa fikir nanti. Takde apa yang nak dipersiapkan sangat, siapkan mental dan fizikal cukuplah. Yang penting di bulan puasa banyakkan amalan, dan bertekad puasa kali ni lebih baik dari tahun lepas. Lagipun qa'id masih kecil, belum faham lagi tentang ramadhan dan puasa semua tu.

Hari pertama
26/6/2014












Hari kedua
27/6/2014





Hari ketiga
28/6/2014








Layankan aje 
Asal bahagia
Ibu dan papa sayang qa'id lebih !!

Wednesday, March 26, 2014

Berkelah di Pantai Pasir Lanun, Mersing bhg.2

Assalamualaikum wbt

Sambungan entri semalam .... 

Memang puas hati qa'id dapat bermain, berjemur panas, berkubang hingga tak mahu makan, tak mahu naik ke darat !! 


seronok bermain dengan kawan .... 







bilas sebelum balik .... terkejut tengok kesan burn .... teruk benar nampaknya 



mengantuk tapi nak makan jugak .... makan sambil mata hampir tertutup 




Terbongkang tidur .... kepenatan !!



Kesan burn tu memang memedihkan menyakitkan... qa'id menangis setiap kali lepas mandi bila ibu lap dengan towel .... kesian sangat ... kesan burn tu akan ambil masa yang lama untuk hilang !!

Ibu sendiri pun burn jugak ... lepas bersihkan diri kulit muka tegang je dua tiga hari, kemerah-merahan ... memang tak prepare sunblok pun ... ni semua akibat last minit punya kerja !!!

Tuesday, March 25, 2014

Berkelah di Pantai Pasir Lanun, Mersing

Assalamualaikum wbt

Dua minggu lepas papa ajak berkelah di pantai pulak .... lokasi kali ni Pantai Pasir Lanun, Mersing ... agak jauh sedikit dari rumah ... lebih kurang 30 minit perjalanan ... tapi berbaloi kerana tempat dia memang heaven ...

Berkelah sendiri tak best .. so kena ada member ramai2 baru syok ... kali ni ofismate papa join sekali .... sebenarnya ofismate papa yang ajak .... mereka sekeluarga yang sediakan makan minum .. oleh kerana inilah kali pertama kitorang berkelah .... ibu hanya sempat buat dessert aje !! apapun next time kalau buat piknik lagi ibu dah tahu apa yang perlu ada !! huhuhuhu 

Apapun ibu terhutang budi dengan mereka !! 






















Sampai aje, qa'id terus meluru ke pantai ... ajak makan qa'id tak mahu ... bermain tanpa menghiraukan sesiapa ....

Tetiba qa'id datang minta nak makan mee .. kena pujuk ngan papa la tu ... apa sahaja mee qa'id suka ... nasi tak suka ...

Sebelum balik memang kritikal ... tak makan pujuk .... akhirnya kena paksa juga balik ... memang menangis, meronta dan meraung la ... 

Dalam kereta ... dah kena air-cond, kejap aje terlelap sewaktu mengunyah mamee monster !! aduhai anak !!

Badan yang terdedah memang burn ... seminggu lebih qa'id kena kuarantin ... papa tak bawa keluar bermain ke taman mainan .... lawak betul papa ni ...