Showing posts with label Resepi baby qa'id. Show all posts
Showing posts with label Resepi baby qa'id. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Resepi baru

Dah lama ibu tak share resepi al-qa'id kat sini ... bukan nye apa ... sebab ibu masak benda yg sama je setiap hari .. sejak qa'id dh boleh makan protin, qa'id hanya makan bubur nasi je ... ibu cuba juga bagi menu lain tapi qa'id susah nak terima ... 

Jadinya, menu al-qa'id berkisar tentang beras, carrot, kentang, couliflower, bayam,  ikan bilis, ayam, dan daging. ada masa ibu suapkan telur dan ikan. resepinya adalah tidak lain tidak bukan bubur nasi .... 

Cuma kali ni ibu nak share bubur nasi juga ...tapi ingredient nyer lain sikit drpd yg biasa tu ... huhuhu

Taaaddaaaa .....


Bubur nasi cendawan 

Ibu buat lebih sebab ibu nak makan juga .... selalunya ibu tak makan bubur nasi qa'id yg ibu masak sebelum2 ni ... huhuhu !!


Tuesday, October 23, 2012

Puri ayam, keledek dan karot

Resepi ni dah lama ibu masak tuk baby qa'id. cuma agak lama simpan dalam memory kad dan terlupa nak update. ni la dia hasilnya .... 


Bahan-bahan tuk buat puri ni ialah isi ayam, keledek, karot, kentang dan epal. semua bahan potong kecil2 dan ibu rebus semua biar rasa dia mesra. tapi kena make sure yg keras rebus lebih lama. macam karot dia lebih keras berbanding yg lain, so ibu rebus carot sehingga lembut, masukkan isi ayam. rebus lagi hingga isi ayam betul-betul masak, kemudian masukkan keledek dan kentang, rebus lagi dan akhir sekali masukkan epal. epal ni yg menghasilkan rasa manis pada makanan. 

Bila dah masak, lecekkan dengan garfu, make sure air rebusan masih bersisa. jangan kering sebab nanti bila sejuk air tu nanti akan kering sendiri sebab diserap oleh makanan tu. so bila lecek tu, akan keluar juice. 

Qa'id suka sangat makan puri ni sebab rasa dia manis, dan boleh dikunyah. almaklumlah, sekarang qa'id tengah seronok makan dan mengunyah. ibu pun dah tak perlu masak dan simpan stok macam dulu lagi. sebabnya qa'id dah boleh makan apa yg ibu makan. tak perlu blend dan simpan, just masak, lecek dan hidang. comel sangat tengok si manja mengunyah. 

Sekarang qa'id sebelas bulan, nak masuk 12 bulan, sejujurnya ibu dah lama tak masak tuk qa'id macam dulu. kalau dulu mesti pening fikir nk masak apa. kalau boleh nak pelbagaikan rasa supaya baby tak jemu dan makanan seimbang. adakalanya ibu masak macam2 tapi qa'id tak mahu makan. memang stress ..

Selera qa'id pun dah kearah masakan timur ... ibu bukan nak ajar qa'id makan makanan ala barat. tp kalo ibu tak bagi nasi pada qa'id mesti wan bising2 suh bagi nasi. atuk pun sama, mesti tanya ibu balik, kenyang ke makan macam tu?? alih2 wan sendiri yg masak tuk qa'id dan suh ibu bagi qa'id makan. so baik la ibu tak payah susah2 masak macam2 ... akhirnya nasi juga yg kena makan. 

Takpe la sayang, asalkan qa'id nak makan dan berselera, itu dh cukup melegakan ibu. tp ibu akan make sure makanan qa'id seimbang ... ibu nak qa'id membesar secara sihat !!

Monday, October 8, 2012

Resepi baru

Minggu ni ibu cuba resepi baru ... dah lama ibu nk buat tapi asyik lupa ... bahan pun kadang tu tak cukup .... kebetulan petang jumaat 5/10/12, lepas balik dr keje, singgah alamanda, ibu beli apple merah. Leh la buat akhirnya ...  

Ni la dia (ooops! gambar ibu upload kendian ye )

Ibu tak tahu nak letak nama apa tuk resepi kali ni. bahan-bahan yg ibu guna ialah sebatang carrot, sebiji kentang, setengah cawan daging ayam cincang (minced chicken brand ramly) dan 2 biji apple merah. semua bahan potong kecil2 supaya cepat masak. ibu rebus carrot dulu sebab carrot ni agak keras kalau nk dibandingkan dengan bahan yg lain tu. rebus carrot hingga lembut, br ibu masukkan kentang, rebus hingga masak then masukkan isi ayam. akhir sekali masukkan apple. 

Bila semua dah masak, ibu sejukkan seketika. bila dh agak2 suam ibu lecekkan dengan garfu ... then siap. rasa dia manis hasil dr buah apple merah td. alhamdulillah qa'id suka, ibu senang hati .. esok atau lusa ibu nak masak benda yg sama cuma nk tukar kepada labu dan tambah sedikit brokolli. 

Resepi yg ibu buat tuk qa'id senang sangat, cuma tukar bahan sikit aje... sebab nak pelbagaikan rasa... xde la bosan asyik rasa sama je ... ibu nk masak selalu pun xde masa. yg penting qa'id suka, berkhasiat dan sihat. insyaAllah ...

Satu lagi resepi yg tertangguh ... iaitu kentang goreng ... dah lama nk buat tp ada je halangannya. padahal sangat la mudah ... ibu masak kentang goreng spesel tuk qa'id. ni dikategorikan sebagai finger food. qa'id memang suka pegang makanan. so, ibu belikan biskut, tp qa'id dh bosan asik makan biskut aje, mesti nk ramas dan patah2kan. so ibu buat kentang goreng supaya qa'id leh pegang dan makan sendiri. 

Nak buat kentang goreng ni, ibu kupas 3 biji kentang pelbagai saiz, basuh bersih dan rebus separuh masak. letakkan sedikit garam tuk bg rasa. taknak letak pun takpe. toskan dan masukkan dalam bekas. simpan dalam peti ais. bila nak makan, br la ibu gorengkan. ibu guna minyak masak biasa je. tak mampu nk guna minyak zaiton. 

Setiap kali ibu buat kentang goreng, orang lain yg habiskan ... biasa la tu, qa'id bukannya makan sangat pun. qa'id hanya nk pegang sambil main. so far qa'id suka. nnt ibu cuba buat finger food lain plak ye !!!

(gambar ibu upload kendian ye)

Tuesday, October 2, 2012

Bubur nasi sup

Menu qa'id kali ni simple sgt. Qa'id dh suka makan bubur nasi, so senang la nak masak. kebetulan wan masakkan bubur nasi kosong tuk qa'id. so ibu hanya buat sup aje. sup kosong hanya letak air putih, sebatang carrot, daging ayam cincang dan brokoli. bila dah mendidih, ibu masukkan bubur nasi. kacau hingga sebati. siap!! simple kan ... 

Ibu blend dan bagi qa'id makan. selebihnya ibu simpan untuk dibawa ke rumah maknoor. nanti qa'id boleh makan dengan kengkawan. So ibu namakan resepi kali ni Bubur nasi sup. dibuat pada 30/9/12 ahad yg lalu.

Semalam 1/10/12 isnin, balik dr ofis, wan suh ibu suapkan qa'id. kebetulan wan dh masakkan sup ikan merah. so ibu ceduk sup ikan merah, amik sedikit isi ikan dan 2 sudu nasi. agak berketul sebab nasi tu keras. tp makan dengan sup, kira ok la, boleh lenyek2kan nasi bersama ikan merah dan gaul sebati. berselera juga anak ibu makan. 

Seluruh badan berbau ikan .... atuk plak suh ibu tambah sedikit kicap. ibu ikut kan aje .... 

Tuesday, September 18, 2012

Bubur nasi daging cincang

Semalam ibu masakkan resepi baru tuk qa'id ... ikutkan kat rumah tu xde benda pun yg boleh dimasak sebab ibu tak shopping tuk makanan qa'id. so apa yg ada dalam peti ais tu, yg boleh dimasak, ibu masak aje la. baik ada dr xde. sebab last week ibu tak masak, so rasa bersalah pulak pada mak noor.

Nak dijadikan cerita dalam peti ais tu ibu jumpa mince meat yg ibu beli 2 weeks ago. hurrmmmm fikir punya fikir akhirnya terhasil lah menu bubur nasi daging cincang. nasib baik la ada mince meat ni. ibu pun dah lupa. tapi sayur plak xde. macam tak lengkap aje resepi kali ni ... xpe la, hentam saja lah.

Kaedahnya ... ibu jerang air dalam periuk ... masukkan mince meat, sebiji kentang dipotong dadu, nasi setengah senduk dan dua biji kurma. dah masak tu ibu biarkan dia suam, baru la dikisar. rasa dia boleh tahan jugak sedapnya, kalau letak garam sikit lagi sedap. timbul rasa lemak-lemak manis daging dan kurma tu. ibu guna nasi sebab malas nk jerang beras, amik masa yg lama. sebenarnya takde la lama sangat pun cuma ibu malas nk tunggu je. 


Thursday, September 13, 2012

Resepi berprotin untuk baby 9 bulan

Minggu ni ibu tak masak untuk qa'id. tak sempat dan barang2 nak masak juga tak ada. ibu boleh aje masakkan bubur nasi tapi qa'id tak suka. maknoor pun kata kat ibu, tak payah masak sebab maknoor masak tuk semua baby yang dia jaga. maknoor masak bubur nasi letak garam sikit. qa'id makan pulak.

mungkin qa'id tak makan yg ibu masak sebab ibu tak letak garam dan gula. ada sebabnya kenapa ibu tak letak garam dan gula. semua itu untuk kesihatan qa'id juga. tapi ibu tak boleh nak halang orang lain daripada memberikan qa'id garam dan gula. nanti kalau ibu larang, apa pulak kata mereka, lagipun org tu dah berpengalaman jaga ramai baby dan kanak-kanak. 

Ibu tahu garam dan gula ada kebaikan dan keburukan, ibu sedaya upaya seimbangkan semua benda tu dalam makanan qa'id demi kesihatan anak ibu. 

Sejak qa'id berumur 9 bulan, ibu mula berikan makanan berprotin seperti ayam, daging dan ikan. so ibu nak share kat sini resepi yg ibu buat tuk qa'id. seperti biasa ibu gunakan sweet potato dan juga labu sebagai sumber karbohidrate bagi menggantikan beras. cara masakan sama je, ibu masak labu dahulu ... bila dah habis ibu masak sweet potato pulak, dah habis ibu masak beras pulak, bergilir-gilir. beras tu ibu guna nasi yg dah dimasak terlebih dahulu. kalau guna beras, amik masa yg lama pulak tuk rebus. 

Bahan-bahan yang ibu gunakan ialah :-

Labu @ sweet potato @ beras (nasi) 
Kentang @ carrot
Brokoli @ bayam 
Isi ayam @ mince meat @ meat ball
Rempah sup

Cara membuatnya :-

Panaskan satu sudu minyak masak dalam periuk, tumiskan seulas bawang putih, seinci ginger, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih, jintan manis, jintan putih dan rempah (bahan-bahan untuk masak sup).

Bila dah naik bau, ibu masukkan mince meat @ ayam @ meat ball. kacau sehingga keluar air dari bahan tadi. 

Dah agak masak, barulah ibu masukkan air putih, kentang @ carrot @ brokoli. biarkan ia mendidih. 

Kemudian masukkan labu @ sweet potato. Masak sehingga lembut. baru masukkan bayam (optional). (Labu dan sweet potato cepat lembut dan masak jika nak dibandingkan dengan kentang dan carrot).

Bila semua dah masak, sejukkan seketika kemudian blend sehingga menjadi bubur yg lembut dan creamy. 

Bahan-bahan untuk masak sup tadi ibu buang sebelum blend. kalau blend bersama, ia akan memberi rasa yg kuat pada bubur. takut nnt baby tak mahu makan. garam dan gula juga tak masukkan sebab rasa manis dr ayam dan daging serta bahan-bahan sup td dah cukup. kalau guna nasi, masukkan nasi bersama dengan air, kentang dan carrot supaya nasi tu akan kembang. 

Sekali masak boleh tahan sehinga 4 ke 5 hari ... simpan dalam fridge. kalau simpan dalam tempat beku, tahan lagi lama. 

Sewaktu bagi qa'id makan, satu sudu tuk qa'id, dua sudu tuk ibu .... hehheh. rasa dia sedap, bau pun sedap. bubur perisa sup !!

Tengah fikir menu untuk 10 bulan .... apa ye???




Monday, July 16, 2012

Pumpkin with brokoli and spinach


Menu untuk qa'id kali ni ibu buatkan puri labu bersama brokoli dan bayam. sebelum ni ibu hanya buat puri labu tanpa campur pape. rasa dia sedap hingga ibu pun duk makan sama sambil suap qa'id.


Labu yg dah siap dikupas kulit dan dipotong dimasukkan kedalam 2 mangkuk kecil sebab tak muat. ibu buat lebih sebab qa'id suka makan labu. rasa dia manis dan tekstur lembut sangat mengenyangkan !!


Sedikit bayam dan brokoli. brokoli letak sikit sebab bau dan rasa dia agak kuat nnt hilang rasa labu. 


Ini rupa labu yag dah siap stim. labu ni walaupun keras ketika mentah tapi cepat masak bila distim. 


Bayam dah overcooked .... batang brokoli masih lg keras. 


Inilah hasilnya setelah di blend.

Mashed potato with spinash and raisin

Yang ni ibu lupa nk snap picture waktu tengah buat. ibu pernah buat mashed potato sebelum ni. cuma kali ni ibu tambah bayam dan kismis.

Ibu gunakan 3 biji kentang, potong dan rebus bersama kismis. dah masak baru ibu masukkan bayam. reneh hingga bayam masak. tutup api. biarkan sejuk then blend.


Rupa berketul ni sebab baru keluarkan dr peti ais dan ibu biarkan seketika. bila nak bagi qa'id makan baru ibu keluarkan dr container. dan ini lah rupanya. ibu letakkan sedikit air suam untuk lembutkan dan cairkan sedikit. 


Kalau makan mesti tak habis. camana ibu nk didik qa'id supaya tak membazir ..... tak boleh nak paksa nanti lagi qa'id tak mahu makan. dah la qa'id cerewet bab makan ni. 

Mango potato


Sebelum ni ibu pernah buat puri mangga untuk qa'id beberapa kali. hanya hirisan mangga semata-mata. rasa dia sedap dan manis sangat. so kali ni ibu nak kurangkan rasa manis buah mangga, ibu campurkan dengan kentang. hasilnya puri mangga kali ni lebih padat dan heavy. rasa tetap manis dan sedap.


TIGA BIJI MANGGA LEMAK MANIS


SEBIJI KENTANG



SIAP STIM




SIAP BLEND




ibu simpan dalam peti ais, ibu tak bekukan pun. tahan untuk 3 atau 4 hari.







Saturday, July 14, 2012

Oat with carrot and spinach

Disebabkan qa'id tak suka makan bubur nasi, dan qa'id lebih sukakan oat, maka ibu telah cipta resepi ni. ibu dah buntu nak masak apa, akhirnya jadilah resepi entah pape ni. nasib baik qa'id suka makan. fuhh lega !!

BABY CARROT
SPINACH
3 TABLESPOON OAT
REBUS BABY CARROT HINGGA MASAK
MASUKKAN OAT, BAYAM DAN SEBIJI KURMA (untuk memberi rasa manis)
BLEND





Monday, July 9, 2012

Sweet potato puree

SWEET POTATO PUREE






Apple puree

APPLE PUREE






Mango puree


Mangga masak, kupas kulit, potong ikut suka, masukkan dalam mangkuk, letakkan dalam periuk pengukus, kukus hingga masak.


Inilah rupa mangga yg dah masak dikukus, sejukkan seketika, masukkan ke dlm blender, blend hingga hancur. 

kalau tak mahu blend pun boleh juga tapi mangga ni ada sabut. so better blend, kalau tak nanti berurat aje jadinya ...


Selesai blend, tuangkan kedalam container kecil, kuantiti ikut suka, simpan dalam peti ais. nak bekukan pun boleh, taknak pun takpe. 

Nak bg baby makan pun senang, keluarkan satu, cukup untuk baby makan



Banana puree

BANANA PUREE





Sunday, July 1, 2012

Papaya puree

Walaupun banyak menu dan resepi untuk baby yang ibu cari dalam tenet, tapi buntu juga untuk berikan pada qa'id yang agak cerewet makan. 

PAPAYA PUREE



Puri labu, keledek dan carrot

Entry kali ni ibu malas nak tulis panjang berjela. ibu dah upload gambar. jadi biarla gambar bercerita. sebab semuanya sama sahaja ....

PURI LABU


PURI KELEDEK


PURI BABY CARROT & KENTANG











Sunday, June 17, 2012

Mashed potato with dates

Ibu sangat suka makan mashed potato. ibu tak pernah makan mashed potato lain selain yang KFC punya. so ibu tak tahu rasa mashed potato lain. dan ini merupakan kali pertama ibu buat, ibu tak rasa pun yang ibu buat untuk qa'id sebab ibu puasa.

Kalau mashed potato KFC, rasa kentang lecek tu sedap dimakan dengan sos lada hitam. tapi ibu tak pandai nak buat yang macam KFC tu. sos dia lagi la tak pandai.

So ibu modified agar kentang lecek tu ada rasa manis tanpa letak gula. so ibu letak la buah kurma. ini lah hasilnya. hentam saja lah. nak kata jadi, macam tak jadi. tapi ibu buat special tuk baby qa'id  makan, so macam ni la rupanya.


Bahan-bahan :-

2 biji kentang (saiz sederhana besar)
Buah kurma (ikut sukati ibu je letak banyak mana)

Cara buat :-

Ibu kupas kulit kentang dan potong empat memanjang. ibu rebus hingga masak dan toskan. bila dah sejukkan ibu blend bersama kurma. siap .... senang aje kan !! 

Ibu simpan dalam fridge. ibu tak bekukan pun. hurrmmmmm ....



Wednesday, June 13, 2012

Oats with raisins

Asyik-asyik bubur nasi je. boring jugak.  apatah lagi qa'id yang memakannya. walaupun qa'id tak pandai cakap tapi ibu tahu. bila suap je qa'id taknak buka mulut dan makan sikit aje. tapi bila ibu buat menu baru, qa'id bukan main berselera lagi. makan pun bertambah dan non-stop.

Sebelum ni nenek sedara qa'id buatkan biskut marie dilecek dalam air kosong suam. qa'id makan dengan berselera dan banyak sekali. tapi esoknya, buat benda sama, qa'id makan sikit aje. ibu pernah juga bagi biskut baby. pun sama juga pe'elnya. 1st time memang makan beria-ia. 2nd time, dah makan sikit aje. kalau macam ni ibu yang penat nak kena masak menu baru hari-hari. 

So semalam 12/6/12 selasa, ibu masak 3 jenis menu berlainan untuk qa'id. 1st ibu masak oats with raisins, 2nd mashed potato with dates and 3rd papaya puree.

Ibu tak dapat nak rasa kesemua menu yang ibu masak sebab ibu puasa. so ibu minta papa yang rasa. papa kata semua ok. Alhamdulillah. kesemua menu ni ibu buat resepi sendiri ikut suka hati ibu. ibu letak raisins dan dates agar ada rasa manis-manis buah. campak-campak, siap. menjadi la jugak. cuma kuantitinya banyak sebab 1st time buat, tak bajet sukatan. 

Untuk resepi oats with raisins, bahan-bahan nye adalah seperti berikut :-

Oats (sukati ibu aje banyak mana)
Raisins (segenggam, just nak bagi rasa manis pada bubur agar tak rasa hambar aje)
Susu formula (ikut suka ibu aje) 
Air 

Cara membuatnya senang saje. ibu masukkan satu senduk oat ke dalam periuk, masukkan air agak-agak oat tu boleh kembang aje, masukkan segenggam raisins. jerang atas dapur hingga oat kembang dan lembut. bagi yang suka makan oat tentu tahu camana nak masak oat. ibu selalu breakfast ngan oat ni. cuma ibu masak dalam microwave. 

Bila dah masak ibu biarkan sejuk dulu. oat akan kembang bila disejukkan. dah sejuk baru ibu blend. disebabkan oat tu mengembang dan air dalam periuk tadi kering, ibu masukkan susu formula setengah cawan supaya senang nak blend. kalau tak masukkan susu pun takpe. dah siap blend, ibu tuangkan ke dalam container kecil untuk dibekukan.

oat ni macam sagu juga. kita masak hingga kembang. bila kita sejukkan dia akan lagi kembang. lebih-lebih lagi kalau kita biarkan ada sedikit air didalam periuk. dia akan serap air tu.

Ini lah rupa bubur oat bersama kismis yang dah siap di blend. ni ibu nak simpan untuk qa'id makan nanti.










Puri pisang


Kali ni ibu buat pula puri pisang. kekdah nye sama je dengan buat puri mangga. pisang aje tanpa bahan tambahan lain. rasa dia sedap dan manis. 

Bahan-bahan :-

3 biji pisang (ibu guna pisang berangan, apa-apa jenis pisang pun boleh)

Kaedahnya :-

Pisang dibelah dua memanjang tanpa buang kulit. sebiji pun dah cukup. tapi kali ni ibu buat lebih. stim dalam hingga masak. sejukkan. bila nak blend, buang kulit pisang. blend terus tak perlu masukkan air atau gula. 

Selepas blend ibu tuang dalam container kecil dan simpan dalam peti sejuk kat tempat beku.

Sebenarnya puri buah ni boleh dicampur dengan nestum atau oat. tapi ibu tak pernah cuba lagi. InsyaAllah ibu akan pelbagaikan menu untuk qa'id.

Ibu tak sempat snap picture puri pisang. terlupa tanpa sebab. takpe, nanti ibu buat lagi puri pisang dan snap pic banyak-banyak.