Showing posts with label 10-12 months. Show all posts
Showing posts with label 10-12 months. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

Bersila


Makan bersila .... kalau hari2 biasa, xde nye qa'id nak makan duk bersila .... berkejar sana sini bertempik macam tarzan ibu setiap kali nak suap makanan ..... apapun, ibu sayang qa'id ... semoga qa'id membesar menjadi anak yg soleh !!

Port Dickson

Hari sabtu lepas 8/12/12 papa bawa ibu dan qa'id ke PD. kami ke sana sebenarnya sebab ada kenduri di rumah nek lang. then papa decide tuk stay sana. ibu ok je ....

Sampai aje di rumah nek lang, ibu biarkan qa'id bersama papa. tetiba terdengar orang menjerit .. "anak sapa masuk longkang ni" ?? ibu bergegas keluar ... rupanya qa'id ... pelik camana qa'id leh terjatuh dalam longkang ni ?? ibu tanya pada papa ... papa cakap qa'id main sendirian td ... tak sangka pulak qa'id keluar main kat luar rumah .. hurrmmmm

Malamnya, tengah duk sibuk2 kat dapur tetiba dengar qa'id menangis ... hah, apa pulak tu ?? rupanya qa'id kena buat dengan dua pupu sendiri ... diorang nk salam tp Tuah Rayyan (dua pupu qa'id) terlalu agressif ... tarik qa'id hingga berlaga dahi. 

Tak lama kemudian, ibu keluar hantar hidangan, nak letak kat meja hidangan. tengok qa'id semacam aje... br lepas nangis dan muka merah2 calar balar. apa pulak la kali ni ??? papa cakap muka qa'id kena cakar dengan si tuah .... 

Ibu cuba tidurkan qa'id sebab qa'id dh memang mengantuk sgt ... tu yg asik nangis je bila kena buat dengan tuah ... tapi qa'id refuse to sleep ... ibu biarkan qa'id bermain sedikit masa lg ... majlis dah nak mula, orang pun dah ramai yg datang. tetiba terdengar qa'id menangis kuat. ni mesti si tuah lg yg buat qa'id ... nak kena budak ni !! papa cakap tuah gigit dada qa'id ... sampai berbekas merah ... kali ni papa betul2 naik marah ... ibu terdengar papa kata "aku terajang karang budak ni" ... 

Kali ni ibu cuba tidurkan qa'id ... alhamdulillah qa'id akhirnya tidur .... qa'id ni belum pandai nak balas apa yg org buat kat dia ... lebih2 lg dalam keadaan dia yg mengantuk ... qa'id jenis yg suka main sendiri dan buat hal sendiri ... dia tak usik orang .. tp orang yg suka usik dia ... mungkin sebab qa'id ni comel sangat kot ... so budak2 lain geram kat qa'id ... !!

Sama juga dengan dua pupu qa'id si ikmal ... dirog ni sebaya, beza bulan aje ... tp ikmal ni suka buat qa'id ... ikmal pantang tengok qa'id dia pasti akan usik dan kacau, tarik baju, cubit, cakar, gigit dan lain2 ... qa'id relaks aje ... x balas balik ... buat hal sendiri!!

Papa cakap nak ajar qa'id camana nk balas balik kalau ada orang buat .... buat ibu tergelak aje !!

Esoknya hari ahad 9/12/12, sebelum balik singgah pantai ... bawa qa'id mandi manda sekejap. alang2 dh ada kat PD ni, apa salahnya bawa qa'id mandi laut. kalau ikutkan ibu, ibu tak suka pantai PD, sangat kotor, geli dan meloyakan !! sebelum tu singgah beli pelampung. then beli air mineral tuk bilas nanti.

Papa yg mandi bersama qa'id, jaga dan tengokkan qa'id ... ibu hanya memerhati dan amik gambar aje ... qa'id tertelan air masin sehingga termuntah ... kesian plak ... then papa ternampak anak obor2, terus bawa qa'id naik ke darat ... stop mandi .... terus bilas .. ibu amik salah satu botol air dan bilas qa'id. menggigil si anak kesejukan. rupa nya air tu sejuk ... dr peti ais. dah siap berpakaian, turn papa plak bilas, papa bukak lg satu botol. papa kata air botol tu normal aje. br papa teringat yg td papa beli 2 botol .. 1 sejuk, 1 yg tak sejuk ... sabar aje lah papa ni ... kesian anak, menggigil kesejukan mandi dengan air dr peti ais. ibu risau kalau2 qa'id demam !! kesian al-qa'id !!

Sepanjang perjalanan qa'id tidur atas riba ibu ... penat betul anak ibu ni, sayu tengok anak tidur lena mcm tu, walaupun tak selesa tp asal dpt tidur dalam dukungan ibu, mesti best kan ... tp sampai aje di rumah, qa'id jaga ... ibu cuba tidurkan balik semula, qa'id refuse .... petang tu  hujan lebat, qa'id tidur juga sebab ibu tidur bersama ... lega rasanya ... ikutkan ibu, nak je biarkan qa'id tidur sampai esok nye, tapi ibu terpaksa kejutkan qa'id sebelum maghrib sebab qa'id tidur ada berak dalam lampin ... 

Sepanjang malam plak, qa'id bertempek je ngan ibu, duk diam aje atas riba ibu sambil tgk tv. ibu tahu qa'id masih sleepy ... kalau tak, xde nye qa'id nk duk bertempek dengan ibu mcm tu ... 

Alhamdulillah sehingga ke hr ni 12/12/12 rabu, qa'id tak demam dan sihat serta aktif seperti biasa. syukur sangat !!







Wednesday, December 5, 2012

Merisaukan

Sabtu dan ahad lepas, anakanda al-qa'id hampir demam .... badan panas macam demam tapi sekejap aje ... then normal balik semula. so scary ...

Ibu amat risau kalau qa'id demam ... tak tahu la kenapa ... rasa cuak sangat !! ibu tak sampai hati tengok keadaan qa'id sewaktu demam ... menyayat hati ... itu baru ujian demam ... nauzubillah himinzalik .. minta dijauhkan dengan benda2 lain !!

Sabtu 1/12/12 qa'id main hujan sebelah petang ... xde la direct kena air hujan .. tp tempias aje la ... ahad 2/12/12 pula qa'id berjemur di tengah panas .... mana nye tak risau !!

Tapi syukur alhamdulillah, qa'id sihat dan xde pape .... cuma sebulan yg lalu semasa qa'id masuk umur 11 bulan, qa'id akan bangun awal pagi ... bangun jam 6 pg, sama waktu dengan ibu ... rupanya qa'id x selesa perut ... sebabnya qa'id akan berak setiap pagi .... hingga la ke hari ni 5/12/12 .... kalaupun tak berak, qa'id dh terbiasa bangun awal .... 

Siang pula tidur hanya sekali aje .... sekitar jam 12 tghr, qa'id akan tidur ... jam 2 petang br bangun ... ibu rasa macam qa'id kurang tidur dan banyak bermain ... ibu tak pasti adakah ini normal atau sebaliknya ... tambah merisaukan, qa'id semakin kurang minum susu dan sangat susah untuk minum air !! 


Tuesday, December 4, 2012

Birthday gift

Ini lah dia rupa hadiah birthday qa'id yg ibu belikan tu, namanya "unwanted well" ... sebelum ni ibu pernah upload gambar hadiah yg masih dalam kotak aje, kali ni ibu upload gambar yg dah siap sempurna ... besar kan !! hurrmmm tapi leh muat qa'id sorang aje ... huhuhuhu 


Malangnya qa'id tak suka duk dalam ni ... letak aje, qa'id dh menangis ... mungkin sebab rasa lemas kot ... eheheheh tapi kalau berteman, qa'id suka ... ikut mood juga, pernah ibu letak qa'id sengsorang, qa'id suka aje ... entah la .... 

Ibu faham yg qa'id lebih suka bebas ... bermain pun bebas .. bila kena berkurung dalam ni sorg2 qa'id tak selesa ... xpe ... nnt lama2 qa'id akan suka !! 

Ini pula hadiah dari atok dan wan, ummi yah, pak uda dan mak su !!


Ini pula hadiah dari Mama Ngah!!


Sepasang baju dan seluar beserta songkok hadiah dr Cik Na


Terima kasih semua !!

Monday, November 26, 2012

Botak kali ke-3

Nak update blog pun rasa macam dah xde semangat. sebabnya ibu dah tak boleh upload photo banyak2 seperti selalu. so ibu hanya boleh update cerita sahaja. so sad !!

Kali ni ibu nak cerita tentang qa'id yg dah berumur 1 tahun 1 minggu 2 hari pada hari ini 26/11/12. cepat sungguh masa berlalu. ibu dah niat dalam hati dan dah luahkan pada papa, genap setahun umur qa'id ibu nak botakkan kepala qa'id. ikutkan hati dh lama nk botakkan sebab ibu rimas tengok rambut qa'id yg tumbuh semakin panjang. dalam masa yg sama tumbuh tak sekata. masih terasa ketajaman rambut qa'id yg terbantut pertumbuhannya. so ibu rasa rimas.

So hari rabu lepas 21/11/12 ibu berpesan pada maknoor, minta tolong cukurkan rambut qa'id esok hari. iaitu samada hari khamis atau jumaat. kerana hari khamis dan jumaat serta isnin adalah hari yg elok untuk potong rambut atau kuku. 

Khamis pagi ibu bawa qa'id ke klinik untuk check-up 1 tahun. petang tu ibu datang untuk jemput qa'id, kepala qa'id dah dibotakkan. ibu sangat teruja dan qa'id sangat la comel !!! ini adalah kali ketiga qa'id dibotakkan. sedih sebab tak boleh share gambar qa'id kat sini .... 

Kali pertama cukur, rambut tumbuh bahagian atas sahaja. orang panggil cukur bantal. kali kedua cukur, rambut qa'id tumbuh bahagian belakang aje. dah macam professor la pulak bahagian atas tumbuh agak perlahan, itu pun tak semua tumbuh. ada rambut yang terbantut pertumbuhannya. ibu tak pasti adakah ianya normal. 

Kata orang tua, cukur la rambut anak yg masih kecil ni hingga 40 kali, insyaAllah anak akan jadi seorang yang bijak ... ibu tak pasti adakah ianya betol atau tidak ... yg ibu tahu bayi yang dilahirkan sememangnya bijak !! tinggal lagi kita sebagai ibu bapa yg kena bimbing anak-anak !! sebab ibu cukur rambut qa'id banyak kali sebab rambut qa'id tumbuh tak sekata dan sebab ibu rimas tengok rambut qa'id panjang. kalau rambut papa panjang pun ibu paksa papa potong .... tapi sejujurnya ibu suka lelaki berambut panjang ... dalam banyak2 gambar papa, gambar yg berambut panjang tu yg ibu suka.... camana tu???


muka tak puas hati sebab tak boleh main remote control !!

Thursday, November 22, 2012

Check-up satu tahun

Pagi tadi ibu bawa qa'id ke klinik desa untuk check-up. hasilnya .....

Berat 8.5 kg
Panjang 77 cm
BMI 14
Lilitan kepala 45 cm

Ni sedikit selingan ibu nk cerita kat sini. sebab berlaku satu kejadian yg buat ibu rasa sgt terganggu. alkisahnya, seawal 7 pg dah siap dan keluar dr rumah jam 7.15 pg. sempat la bg qa'id mkn dulu. makan roti cicah air milo je pun. untuk isi perut aje.

Sampai ke klinik memang sangat awal 7.18 pg ... klinik belum buka lg. papa tetiba naik darah. sebab papa sangkakan yg klinik dah buka. ibu plak menyangkakan yg papa sedia tahu klinik beroperasi jam 8 pg. dah tu sampai awal sgt, takkan nak tunggu lama kot. dah tu nak pergi breakfast dulu, tak tahu nk pegi makan katne. alih2 ibu cakap kita tunggu je la ... setengah jam je lagi pun. 

10 minit nk jam 8, tiba la pulak satu fmli ni. dia pun nk wat check-up juga. ibu nampak gaya dia mcm nk potong Q. so ibu keluar dr kereta dan dengan niat yg murni nak la berborak dengan dia .... dgn harapan dia tak potong Q. sambil borak sambil berjalan menuju ke pintu klinik. dia betul2 duk depan pintu klinik. sikit pun tak beranjak. sebaik sahaja pintu klinik dibuka, dia meluru masuk dan terus amik nombor. tanpa rasa bersalah, sepatah kata pun xde. ibu rasa terkilan. langsung tiada budi bahasa. 

Itu la contoh sikap manusia yg mementingkan diri sendiri. Kalau org lain tentu dah sound org tu ... tp bg ibu, ibu tak pandai nk sound org ... walaupun dh terang2 org tu buat salah kat ibu. biarlah ibu simpan rasa dalam hati. sejujurnya ibu terasa hati dengan org td .... tp disebabkan qa'id ibu bersabar dan senyum serta happy je. 

Biar org buat kita, jgn kita buat orang .... 


Tuesday, November 20, 2012

Birthday boy

Sepagi dah spent time kat zoo negara ... walaupun tak dapat tgk kesemua binatang yg ada ... pasrah aje lah ... apa boleh buat. So layan je la kucing kat rumah

Ni semua gambar yg diambil selepas makan dan potong kek .. lebih kurang jam 6 ptg ... so ada lagi masa tuk qa'id bermain kat luar!

















Birthday treats

17/11/12 sabtu, genaplah umur anakanda al-qa'id satu tahun ..... SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG PERTAMA SAYANGKU !! i'm so happy and proud of you ..... syukur alhamdulillah !!

Sempena hari lahir qa'id yg pertama ini, ibu telah plan satu birthday treat untuk anakanda al-qa'id sebagai simbol meraikan birthday boy. ibu dan papa tak mampu untuk meraikan qa'id dengan mengadakan majlis meriah dengan menjemput sanak saudara yg sememangnya ramai ... so kami buat setakat termampu sahaja. yang penting ibu dan papa mendoakan qa'id dunia dan akhirat. kami sayangkan qa'id sepenuh hati !!

Alhamdulillah papa ada bagi merealisasikan plan ibu, so boleh la bawa qa'id dan ibu ke zoo negara. tujuannya nak bawa qa'id jenjalan melihat binatang dan explore dunia luar. asik terperuk di rumah aje. so sebagai meraikan qa'id juga balik dr zoo ibu dan papa belikan sedikit makanan untuk kita raikan birthday boy di  rumah bersama atok, wan dan lain-lain. so simple dan semua orang happy !!



Ini first time bawa qa'id dtg ke zoo ... dlm banyak2 tempat, zoo yg jd pilihan ibu ... sebab ibu fikir qa'id mungkin suka pada binatang mcm papa .. 


Datang seawal mungkin .. gerak dr rumah jam 10 pg, sampai 11 pg ... tp org dah ramai ... ibu buat persediaan mcm2 tuk datang sini dengan harapan dapat la bawa qa'id tengok semua binatang dan enjoy ... 


Melihatkan keseronokan qa'id melihat zirafah dan gajah, ibu sangat teruja dan tak sabar nak bawa qa'id tengok binatang yg lain pula ....










Tapi sempat tengok zirafah, gajah dan burung bangau aje .... cuaca tak mengizinkan .. tetiba mendung dan hujan turun dengan lebatnye ... terkilan sangat ... apa boleh buat, kita hanya merancang ...


Berteduh di bawah pondok berdekatan yg crowded, tunggu hingga hujan berhenti, apa pun tak boleh buat, berdiri sambil dukung qa'id bergilir2 ... lama sangat hingga qa'id tertidur ... bukan penat berjalan, tp penat menunggu hujan berhenti ... td ibu ajak papa naik tram tp papa xnak ... so, hadap je la, kesian qa'id !!





Aksi qa'id yg kepenatan dan mengantuk, bila ibu dukung, goyang2 sikit, qa'id terus lelap ... ibu sedih sgt tgk qa'id ... papa sibuk nak dukung qa'id yg tengah tidur !!, xpe la sekurang2 nye ibu boleh amik gmbr qa'id !!


Ibu terfikir kenapa sebelum ni ibu tak belikan kereta tolak atau stroller tuk qa'id. so waktu2 mcm ni boleh digunakan ... sebab nye qa'id ni tak suka duduk dalam kereta tolak dan stroller ... qa'id lebih suka bebas explore dengan kaki ... tp yg penatnya tentu la ibu dan papa .. kena kejar dan jaga qa'id supaya qa'id tak pergi ke tempat2 yg berbahaya ... 

Selepas hujan berhenti, ibu dan papa decide tuk balik ... qa'id pun dah terjaga dr tidur .. tp sampai aje di main entrance, hujan  seolah2 dh berhenti sepenuhnya .. so ibu ajak papa naik tram ... lagipun masa masih banyak lg ... tp tetiba aje hujan turun renyai2 ... memang ditakdirkan perancangan kita sampai setakat ni je ... so decide tuk gerak balik sebelum hujan makin lebat !! 

Singgah sekejap di The Mines tuk beli sedikit makanan dan juga kek birthday qa'id. Otw balik rumah, qa'id terlelap lagi sekali. sampai aje di rumah ibu letakkan qa'id buaian. 




Birthday boy sedang nyenyak tidur, so ibu hidangkan dulu makanan .. jemput semua makan sementara masih panas. tp kek letak tepi dulu, qa'id bangun nnt br buka tuk potong ... sebab nak amik gambar ... elok je selesai makan, qa'id bangun ... so terus aje potong kek ... qa'id dapat juga merasa seketul drumstick hot and spicy KFC .... 


Dapat seketul ayam, well behave aje ... kalau tak sudah tentu qa'id akan tak puas hati ... ehehehh ... tengok la tu, elok je duduk ngan papa tuk sesi potong kek !! 




HAPPY BIRTHDAY SAYANGKU ... semoga qa'id membesar menjadi anak yg beramal soleh, taat, bertanggungjawab, berjaya dan bahagia dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki dan disayangi !! ibu sangat bangga dengan qa'id !! mmmuahhhhs