Showing posts with label Tahun baru. Show all posts
Showing posts with label Tahun baru. Show all posts

Friday, January 2, 2015

Tahun baru azam diperbaharui

Assalamualaikum wbt

Apa kata kita mulakan tahun baru 2015 ni dengan ucapan



Orang kata tahun baru adalah masa untuk memasang azam baru. Takpun cuba memenuhi azam tahun sebelum yang belum tercapai. 

Nampak gaya nya ibu berhasrat untuk menceriakan semula blog ni yang jarang2 sekali ada update. Itulah azam ibu tahun ni. 

Banyak sangat perkembangan anakanda al-qa'id yang ibu tertinggal. Sedih dan terkilan sangat-sangat. Namun apakan daya, lain yang ibu rancang, lain yang terjadi. 

Ini lah satu-satunya tempat untuk ibu simpan segala cerita tentang qa'id. Tapi malangnya, banyak yg tak tercerita. tersimpan dalam kepala, kemudian hilang. So sad !!

Tahun 2015 ni ibu akan perbaiki diri. Semoga usaha ibu berhasil. InSyaAllah



Monday, January 6, 2014

Permainan baru

Assalamualaikum wbt

Permulaan 2014 untuk anakanda al-qa'id ... dah lama plan nak belikan qa'id mainan baru ... tp ada sahaja halangan ... alhamdulillah dengan izin Allah ibu dan papa dapat hadiahkan qa'id kereta mainan baru ... 




Bukan qa'id aje yang dapat naik car ni, asyu, ibu dan wan pun naik juga .... car ni dapat menampung berat sehingga 80kg .... memang syok gila lah naik ni .... ahahhahahahah

Happy New Year 2014

Assalamualaikum wbt

Hari ni dah 6 januari 2014 .... ibu memang ketinggalan untuk update blog al-qa'id ni ... apa pun ibu ucapkan 


HAPPY NEW YEAR 2014 !!

Anakanda al-qa'id baru berumur 2 tahun ... so belum pandai berazam lagi ... ibunya yang berazam untuk qa'id ....

Semoga tahun 2014 ini anakanda al-qa'id membesar dengan sihat, bijak, lincah, aktif dan ceria. Ibu sentiasa berdoa memohon agar Allah swt menjadikan anakanda al-qa'id seorang yang soleh, berakhlak mulia, mendengar kata, taat, bijak dan disayangi serta menyayangi. 

Ibu berusaha menjadi seorang ibu yang baik, membahagiakan qa'id, memberi perhatian serta kasih syanag pada qa'id. memang ibu nak jaga qa'id sepenuhnya tanpa pengasuh ... semoga hasrat ibu itu termakbul. ibu rela tinggalkan kerja demi untuk menjaga qa'id, demi untuk melihat qa'id membesar dalam jagaan ibu !! In Sya Allah ...