Showing posts with label 2 tahun. Show all posts
Showing posts with label 2 tahun. Show all posts

Thursday, August 7, 2014

Rutin pemeriksaan kesihatan anak

Anakanda Al-Qa'id sepatutnya perlu membuat pemeriksaan pada 7 Julai 2014 yang lalu. Tapi disebabkan ibu tertinggal buku rekod kesihatan qa'id maka terpaksalah menangguhkannya. Hampir sebulan juga tertangguh. Semalam barulah ibu berkesempatan membawa qa'id ke klinik.

Oleh kerana sekarang dah berpindah ke Mersing, makanya ibu kena lah bawa qa'id ke klinik di Mersing. Setelah bertanya kepada jiran-jiran, mereka mengesyorkan ibu ke klinik berhampiran iaitu Klinik Desa Sawah Dato', Mersing, Johor.

Perama kali menjejakkan kaki ke klinik tersebut ... parking kosong !! jam sekitar 11 pagi lebih. Bila masuk kedalam, suram aje, lampu dim ... tapi ada orang di dalam ... 2 orang nurse serta seorang lelaki, pelanggan memang takde sorang pun ... bila ibu bagi salam dan bertanya .... nasib baik beroperasi. huhuhuhu buat suspen aje klinik ni !! 

Lepas pemeriksaan dan segala urusan selesai ibu terus balik. Tapi geram sangat pada qa'id, dia boleh berlari keluar untuk bermain gelongsor .... ibu risau dia ke jalan besar ... banyak kenderaan kot sebab itu laluan utama ke Bandar Mersing. Itu la masalahnya kalau bawa qa'id keluar berdua. Dia tak tahu duduk diam. selalu buat ibu jadi kalut, risau, geram dan bengang. 

Panggil qa'id dah tak hirau, bila ibu datang dekat dia cepat-cepat lari, terpaksa la kejar, lagi la qa'id lari makin laju. Dia ingat kita nak bermain seronok-seronok dengan dia agaknya... hish geram sungguh.

Tentang klinik tu pulak, layanan nurse taklah sebagus mana pun, biasa je ... mungkin sebab ibu datang tu mereka tengah seronok menyembang, mungkin mereka x menjangkakan ada pelanggan akan datang, so perbualan mereka terganggu... atau mungkin sebab ibu ni baru lagi kat situ ... service pun tahap biasa je ... 

Mana-mana aje orang Mersing ni memang mahal dengan senyman ke??? i hope not all .... entah la !!

Monday, March 3, 2014

Pantai Mersing Bah.2

Assalamualaikum wbt

Seronoknya dapat ke pantai setiap hari .... tapi pantai Mersing ni sunyi ... tak banyak aktiviti .... tak sesuai untuk mandi manda .... mungkin sebab tu pantai Mersing tak glemer kot ... qa'id ke pantai nak main air kalau boleh ... tak mandi pun takpe ... tapi memang takde orang mandi pun ... so nak jejak kaki ke gigi air pun rasa risau ... 

22 Feb 14 hari sabtu, kali ni ke pantai belah pagi pulak, pantai ni dilengkapi taman rekreasi, ada taman permainan untuk kanak2, trek jogging ... sambil papa berjogging dengan kawan dia, ibu bawa qa'id jenjalan hirup udara segar dan menikmati pemandangan sunrise .... ramai yang datang bersama keluarga, lepak-lepak, menyembang, jogging ... tapi takde sorang pun yang mendekati pantai .... malah mereka pelik tengok ibu bawa kamera dan ambil gambar qa'id.    








Sunday, March 2, 2014

Pantai Mersing Bah.1

Assalamualaikum wbt

Hari ke-3 di Mersing, papa bawa qa'id dan ibu ke pantai. kami pergi belah petang .... cuaca cerah, angin kuat, redup, tenang dan air laut tengah surut ... pantai landai dan ada la sisa-sisa air yg bertakung .... boleh la buat main .... xleh nak mandi sangat ... kesian qa'id. qa'id pulak pantang jumpa air ... memang dia suka sangat ... sekejap aje basah lencun .... ibu plak seronok duk snap picture pemandangan pantai ... subhanallah sungguh indah ciptaan Allah!!!! 

















Berpindah

Assalamualaikum wbt

Lama sungguh ibu tak berkesempatan untuk update blog qa'id .... last update pertengahan Januari lepas .... banyak story nak share tapi sebab dah lama sangat tangguh, ibu dah lupa. 

So entry kali ni ibu nak cerita sedikit tentang perpindahan (follow papa posting ke tempat baru) ... disebabkan papa kerjanya memang menghendaki untuk berpindah bila tiba masanya ... dan ini merupakan kali pertama ... destinasi nya ialah Mersing, Johor. Tak pernah ibu bayangkan apaah lai qa'id .... papa akan berpndah ke Mersing .... sebab ibu harap sangat papa posting ke Kelantan ..... takpun Langkawi.

Sebelum ini ibu pernah ceritakan keadaan anakanda al-qa'id yang agak teruk juga keadaan nya apabila merindui papa .... sampai demam-demam dibuatnya .... kesian sangat ..... alhamdulillah akhirnya tiba juga masa yang dinanti-nanti, ibu dan qa'id ikut tinggal sama dengan papa di Mersing. Orang yang paling happy ialah semestinya ibu .... syukur sangat sebab hasrat ibu akhirnya tercapai iaitu untuk menjadi surirumah dan isteri dan ibu sepenuh masa.

Hari ni Sabtu 1 Mac 14 dah masuk hari ke-12 ibu dan qa'id tinggal di Mersing .... alhamduillah syukur pada Allah SWT kerana mempermudahkan segala urusan. Semua barang-barang masih ada di rumah mentua .... hanya bawa apa yang perlu sahaja dulu ... nanti bila sampai masanya semua barang akan dipindahkan ke Mersing. Mudah-mudahan.....

Hari bertolak ke Mersing pada 18 Feb 14 hari selasa ... qa'id masih belum memahami apa yang berlaku .... apapun sepanjang perjalanan berjalan lancar ... gerak awal pagi sekitar jam 8.30 pagi .... sampai ke Ayer Keroh dah jam 10 pagi lebih .... singgah RnR Ayer Keroh untuk mandikan qa'id ... then sambung perjalanan .... 

Sepanjang perjalanan dari Ayer Keroh qa'id terlelap sewaktu tengahari .... then sebaik sampai Ayer Hitam qa'id jaga. Singgah sebentar di Ayer Hitam sebab ternampak ada kedai menjual barang-barang yang agak menarik ... singgah sekejap untuk tengok lebih dekat. Tak sangka qa'id plak buat perangai .... dia pertama kali jumpa fountain ... seronok duk main air ... ajak balik dia tak mahu ... baju dah basah terkena percikan air fountain tu ... dalam kereta qa'id merajuk dan melalak sebab kena paksa masuk kereta. 

Alhamdulillah sampai ke Mersing lebih kurang jam 3 petang ... Ini dikira sebagai satu permulaan juga dalam hidup ibu dan qa'id ... apapun ibu sangat risaukan qa'id .... sebab kat tempat baru .... nak kena sesuaikan diri ... nak cari kawan baru .... permainan baru dan banyak lagi ... almaklumlah ... mainan qa'id tak dibawa bersama ... kawan tu rasanya anak jiran mungkin boleh berkawan ... tapi sepanjang hari qa'id berdua dengan ibu, terkurung dalam rumah .. mesti qa'id bosan ... ibu tahu qa'id dah tahap bosan .... hingga ke hari ni memang qa'id nampak sangat kebosanannya ... ibu tak tahu nak wat camana .... ibu usaha download lagu kanak-kanak dari youtube .... Barney dan Teletubbies dan zikir .... movie kartun despicable me feveret qa'id .... tapi untuk jangkamasa panjang ... itu semua tak memadai dan tak bagus untuk perkembangan minda dan tumbesaran qa'id .... 

Ibu harap sangat situasi ni sementara sahaja .... setakat ini qa'id main dengan kucing .... dengan moto mainan ... di dalam dan luar rumah ... ada ketika bertegur sapa dengan jiran-jiran ..... qa'id yang menegur dulu, ada jiran belakang umah ... pangkat atuk dan nenek  .... friendly juga anak ibu ni ... ikut perangai papa ... budak-budak sebaya qa'id ada ... tapi biasanya diorang akan keluar bermain bila dah petang .... tapi qa'id bila dah nak asar baru nak tidur .... jiran sebelah rumah plak ada anak tapi masih kecil ... belum setahun lagi ... so boleh la jadi kawan qa'id ... tapi ibu plak segan nak pergi rumah dia ... 

InsyaAllah ada masa ibu bawa qa'id ke taman permainan dan rumah jiran-jiran .... ibu pun baru je berkenal-kenalan dengan jiran-jiran .... belum rapat lagi ... apapun ibu risaukan qa'id je sekarang ni .... qa'id sangat terhad dan terbatas pergerakan .... selebihnya qa'id akan kacau ibu .... lepaskan segala geram dan amarah pada ibu ... kesian qa'id .... 


*****************************************************************
Qa'id ketiduran


*****************************************************************
Kedai yang dimaksudkan




*****************************************************************
Fountain




*****************************************************************
Dah sampai Mersing






Tuesday, December 3, 2013

3 minggu kemudian

Assalamualaikum wbt

Dah masuk minggu ke tiga misi weaning off anakanda al-qa'id. Alhamdulillah semuanye berjalan lancar. cuma bila setiap kali nak tidur malam qa'id akan minta nenen, terpaksa la ibu bagi alasan nenen habis. bila qa'id tidur, tengok wajah anak, rasa sayu, sedih, bersalah sangat. pasrah aje lah ... dah dua tahun ... kena la stop kan susu badan. kesian tengok anak tapi apa boleh buat !! 

Apa pun ibu syukur dapat berikan qa'id susu badan selama 2 tahun, walaupun selepas setahun tu hanya susu badan waktu malam sahaja iaitu sebelum tidur, semasa tidur ... bangun pagi je terus bagi susu formula !! sebenarnya senang aje nak didik anakanda al-qa'id, yang jadi sukar sebab ibu yang belum jadi ibu yang sempurna untuk qa'id ... ibu tak pandai dalam banyak perkara tentang parenthood ... ibu mengaku kelemahan ibu, ibu masih dalam proses pembelajaran sebagai seorang ibu.

Yang menariknya tentang qa'id yg dah dua tahun ni, qa'id semakin bijak bertutur ... cepat aje qa'id ikut apa yang orang cakap ... percakapan baik, percakapan buruk, percakapan kosong, percakapan kelakar, percakapan bahasa pasar, semuanya qa'id akan ikut ... pastu tergelak-gelak ... ramai yang kata qa'id tak pelat dan bercakap dengan jelas dan terang, cuma masih ada juga pelat kanak-kanak yang masih tak boleh sebut huruf dengan sempurna seperti S & R ... 

Sejak dari kejadian Handphone tempohari, ibu memang akan cakap "NO" kalau qa'id minta untuk tengok babanana atau zikir. so sebagai ganti ibu sendiri yang akan alunkan zikir tuk qa'id. kerap kali alunkan zikir qa'id ingat hampir kesemua zikir ... tetiba qa'id akan minta ''ibu, ila ila, bila ibu alunkan zikir ila hilas tulil firdaus, belum habis lagi qa'id menyampuk, ''ibu allah wujud'' .... ibu pun layan la alunkan zikir Allah Wujud Qidam Baqa' ... belum habis lagi qa'id minta '' ibu, Allah hu" ... dushhh pulakk .... bila acap kali ... ibu jadi geram ... so ibu alunkan zikir lain-lain. 

Alhamdulillah qa'id boleh alunkan zikir hampir sempurna bila dia bersendirian bermain sorang-sorang !! sebutan jelas walaupun x tepat !! huhuhu ... rugi rasanya ibu tak boleh nak rakam keletah qa'id sebab qa'id pantang nampak handphone ... so bagi mengelakkan qa'id meragam sebab ibu tak kasi handphone, x dapat la merakam aksi qa'id mengalunkan zikir ataupun bercakap !!

Sabtu lepas 1 dis 13, ibu berdua dengan qa'id ke pusat rekreasi air di presint 6 putrajaya ... sesaje pegi sana semata-mata nak bagi ikan makan !! walaupun hanya setengah jam aje, tapi kami berdua seronok dapat habiskan masa bersama. In Shaa Allah ada masa dan rezeki kita pergi lagi ye sayangku.. takde gambar ... mana nak control qa'id mana nak snap pic ... qa'id plak suka benar duk tepi jeti ... risau dia jatuh ke dalam air !! ikan plak dh macam ikan pirana !!



Sunday, November 17, 2013

Al-qa'id turn TWO

Hari ni genap la usia anakanda al-qa'id 2 tahun .... Yeayyyy !!

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt atas anugerah dan nikmat yang dikurniakan. Ibu rasa sangat teruja dan terharu .... melihat anak ibu membesar depan mata, dari sekecil tapak tangan (perumpamaan untuk anak kecil ehehehhe) sekarang dah berusia 2 tahun. rasa macam baru semalam ibu lihat qa'id berbungkus berbedung, bersarung tangan dan kaki, setiap hari duk tukar lampin, buat susu, mandikan, sapu minyak yuyi, bagi makan nasi blender, baba cak, merangkak, bertatih, menangis, belajar bercakap. 

Hari ni qa'id dah pandai bercakap, faham percakapan, berlari dan berjalan, melompat dan memanjat, tantrum dan meragam, makan dan minum macam orang dewasa.... qa'id sangat bijak, sangat aktif dan lasak, dah tinggi dan sangat hensem. bila tengok qa'id sekarang, ibu rasa bahagia sangat. kasih sayang ibu hanya untuk qa'id.

Apa yang ibu harapkan ialah semoga qa'id menjadi anak yang beramal soleh, taat pada Allah swt, taat pada rasul saw, taat pada agama islam, taat pada al-quran, taat pada ibu dan papa. insyaAllah qa'id akan beroleh kejayaan, kebahagian di dunia dan akhirat. semoga qa'id akan jadi pembela ibu dan papa di akhirat nanti. 

Allah selamatkan qa'id (yeay)
Allah selamatkan qa'id (yeay)
Allah selamatkan al-qa'id ha'il (Allah)
Allah selamatkan qa'id (yeay yeay)

Itu lah lagu yang ibu selalu nyanyikan untuk qa'id ... qa'id akan sahut dengan perkataan dalam kurungan tu. 

Selamat Hari Lahir sayangku !! Ibu sayang qa'id ketat-ketat !!