Showing posts with label Menu 7 bulan. Show all posts
Showing posts with label Menu 7 bulan. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Pumpkin with brokoli and spinach


Menu untuk qa'id kali ni ibu buatkan puri labu bersama brokoli dan bayam. sebelum ni ibu hanya buat puri labu tanpa campur pape. rasa dia sedap hingga ibu pun duk makan sama sambil suap qa'id.


Labu yg dah siap dikupas kulit dan dipotong dimasukkan kedalam 2 mangkuk kecil sebab tak muat. ibu buat lebih sebab qa'id suka makan labu. rasa dia manis dan tekstur lembut sangat mengenyangkan !!


Sedikit bayam dan brokoli. brokoli letak sikit sebab bau dan rasa dia agak kuat nnt hilang rasa labu. 


Ini rupa labu yag dah siap stim. labu ni walaupun keras ketika mentah tapi cepat masak bila distim. 


Bayam dah overcooked .... batang brokoli masih lg keras. 


Inilah hasilnya setelah di blend.

Mashed potato with spinash and raisin

Yang ni ibu lupa nk snap picture waktu tengah buat. ibu pernah buat mashed potato sebelum ni. cuma kali ni ibu tambah bayam dan kismis.

Ibu gunakan 3 biji kentang, potong dan rebus bersama kismis. dah masak baru ibu masukkan bayam. reneh hingga bayam masak. tutup api. biarkan sejuk then blend.


Rupa berketul ni sebab baru keluarkan dr peti ais dan ibu biarkan seketika. bila nak bagi qa'id makan baru ibu keluarkan dr container. dan ini lah rupanya. ibu letakkan sedikit air suam untuk lembutkan dan cairkan sedikit. 


Kalau makan mesti tak habis. camana ibu nk didik qa'id supaya tak membazir ..... tak boleh nak paksa nanti lagi qa'id tak mahu makan. dah la qa'id cerewet bab makan ni. 

Mango potato


Sebelum ni ibu pernah buat puri mangga untuk qa'id beberapa kali. hanya hirisan mangga semata-mata. rasa dia sedap dan manis sangat. so kali ni ibu nak kurangkan rasa manis buah mangga, ibu campurkan dengan kentang. hasilnya puri mangga kali ni lebih padat dan heavy. rasa tetap manis dan sedap.


TIGA BIJI MANGGA LEMAK MANIS


SEBIJI KENTANG



SIAP STIM




SIAP BLEND




ibu simpan dalam peti ais, ibu tak bekukan pun. tahan untuk 3 atau 4 hari.







Saturday, July 14, 2012

Oat with carrot and spinach

Disebabkan qa'id tak suka makan bubur nasi, dan qa'id lebih sukakan oat, maka ibu telah cipta resepi ni. ibu dah buntu nak masak apa, akhirnya jadilah resepi entah pape ni. nasib baik qa'id suka makan. fuhh lega !!

BABY CARROT
SPINACH
3 TABLESPOON OAT
REBUS BABY CARROT HINGGA MASAK
MASUKKAN OAT, BAYAM DAN SEBIJI KURMA (untuk memberi rasa manis)
BLEND





Monday, July 9, 2012

Sweet potato puree

SWEET POTATO PUREE






Apple puree

APPLE PUREE






Mango puree


Mangga masak, kupas kulit, potong ikut suka, masukkan dalam mangkuk, letakkan dalam periuk pengukus, kukus hingga masak.


Inilah rupa mangga yg dah masak dikukus, sejukkan seketika, masukkan ke dlm blender, blend hingga hancur. 

kalau tak mahu blend pun boleh juga tapi mangga ni ada sabut. so better blend, kalau tak nanti berurat aje jadinya ...


Selesai blend, tuangkan kedalam container kecil, kuantiti ikut suka, simpan dalam peti ais. nak bekukan pun boleh, taknak pun takpe. 

Nak bg baby makan pun senang, keluarkan satu, cukup untuk baby makan



Banana puree

BANANA PUREE





Sunday, July 1, 2012

Puri labu, keledek dan carrot

Entry kali ni ibu malas nak tulis panjang berjela. ibu dah upload gambar. jadi biarla gambar bercerita. sebab semuanya sama sahaja ....

PURI LABU


PURI KELEDEK


PURI BABY CARROT & KENTANG