Showing posts with label My cousins. Show all posts
Showing posts with label My cousins. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

Seronok naik bas nadi putra pusing-pusing putrajaya

Assalamualaikum wbt

Kali ke-2 ibu bawa qa'id naik bas. Ibu tak plan pun sebenarnya. Tapi dah alang-alang keluar berempat, sekali sekala merewang apa salahnya. 

Waktu kali pertama nak naik bas, arissa nak ikut sekali. Tapi tak dapat sebab takde sape nak tengokkan. Ibu tak mampu nak handle dua orang kanak-kanak ni serentak. Haru jadinya nanti. Nasib baik kali ni ashu sarah ada. 

Apapun seronok dapat luangkan masa bersama. Ini kali pertama kot kami keluar berempat. Entah bila lagi ada peluang macam ni kan !!
















Tuesday, March 4, 2014

Sepupu baru

Assalamualaikum wbt

Banyakyang ibu dah lupa nak update ... so beberapa hari ni ibu update yang mana ibu ingat ajela ... itu pun nasib baik ada gambar dan berlaku baru-baru ini .... maafkan ibu ye sayang ... duduk Mersing ni kira beruntung la sebab ada internet .... boleh la update selalu .. In Sya Allah

Ok sebelum gerak ke Mersing ni, hari Sabtu 15 Feb 14, Qa'id menerima berita gembira iaitu qa'id mendpat sepupu baru ... newborn boy ... anak pak ngah abul dan mak ngah syida. Mereka mendapat cahayamata kedua .... sepasang sudah .... seronok rasanya .... apabila keluarga semakin berkembang ... so atuk ada 3 cucu .. 2 lelaki dan seorang perempuan.

*****************************************************************
Newborn Boy 15/2/14 Sabtu
Pemilik nama Muhammad Arif Haikal




*****************************************************************
Rumah maknoor ... bersama Yaya dan 2 orang kakak yang ibu tak kenal siapa mereka ... anak jiran Maknoor .... Jumpa Maknoor dulu sebelum gerak ke Mersing 





Well qa'id pun sebenarnya dah pandai minta adik dan baby .... ibu dan papa senyum aje bila qa'id cakap nak adik !!! In Sya Allah sayangku ... qa'id akan dpat adik juga nanti ... sama-sama kita berdoa ye !!

Monday, January 6, 2014

Little qa'id and little eicha

Assalamualaikum wbt

Lihat lah mereka berdua tu .... pemandangan sebegini memang jarang berlaku ... tapi kali ni sempat ibu rakam dan snap beberapa keping gambar ... dua orang sepupu ni bermain bersama ... so suwit pulak !!



Arissa bakal jadi kakak tahun 2014 ni ... al-qa'id pulak da minta adik ... huhuhu ibu dan papa tengah pening !!

Friday, March 29, 2013

Majlis akikah dua pupu al-qa'id

24/03/2013 ahad - ibu bawa qa'id ke Port Dickson umah wan lang sebab ada kenduri akikah cucu wan lang yg juga dua pupu qa'id. Pergi bertiga je .... ibu papa dan qa'id... wakil atuk ngn wan yg tak dapat hadir sebab kena pergi Family Day di Lumut, Perak.



Papa amik peluang potong jambul baby. nama baby muhammad umar hayyan. Ibu tak sempat bertanya lanjut pasal umar sebab sibuk mengejar qa'id yg tak pernah duk diam. sedikit yg ibu tahu, umar lahir secara pembedahan sebab songsang. apapun semua selamat dan sihat belaka. comel sangat baby umar ni ... buat ibu rasa nk preggy lagi !!

Thursday, January 31, 2013

Arissa gegerl

Arissa sepupu qa'id datang melawat ... dh besar dan comel si arissa ni!! sebulan sekali baru dapat jumpa. arissa dah setahun pd 22/1/2013 yg lalu. Happy belated birthday arissa !!



Thursday, January 3, 2013

Dua pupu

2012 babies

Newborn baby gegerl ... dua pupu qa'id !!

Nurzara Imani Binti Muhd Khairulanwar 
Was born on 23/12/12 ahad bersamaan 9 safar 1434H
Berat 2.65kg 
Di hospital Kajang Plaza Medical Centre (KPMC)



She's so cute and adorable ... isn't it ??

Thursday, November 8, 2012

Memanjat di majlis cukur jambul sepupu

Beberapa hari lepas terlalu sibuk dan hr ni br berkesempatan tuk update blog baby qa'id. banyak perkara berlaku beberapa hari ni ... sememangnya tentang perkembangan diri baby qa'id ... dan sudah tentu ada kena mengena dengan ibu ....

Sabtu lepas 3/11/12, ibu ke rumah cik na iaitu kakak ibu sempena majlis cukur jambul newborn baby. ok nama baby dh confirm sebagai ALIF IMRAN. waktu di hospital tempohari nama yg kakak cadangkan ialah adib imran. bila husband kakak pergi daftar, dia tukar kepada alif imran. hurmmmmm .... ok balik semula cerita qa'id, majlis start jam 8.30 pg tp ibu dan qa'id sampai jam 9.30 pg (terima kasih pd atuk dan wan kerana sudi hantar) ... sampai aje, majlis dh selesai .... so x dpt la nk snap picture alif pada sesi potong rambut. apa pun ibu snap juga gambar alif yg sedang tidur. wajah alif dh sedikit berubah, semakin comel!! 












Ibu sampai alif sedang nyenyak tidur, pastu nenen, tidur lg, nenen lg ... itu je la aktiviti alif .... alif sangat kuat menyusu jika nk dibandingkan dengan qa'id sewaktu baru lahir dulu. tengok la pipi alif, dh tembam, badan alif pun dh semakin berisi dan nampak semakin comel. 

Stay di rumah cik na hingga petang, ibu x berkesempatan tuk pegang dan riba atau dukung alif. sebab ibu sibuk melayan qa'id yg semakin aktif. nak tahu apa aktiviti qa'id seharian di rumah cik na???? ni haaaaaaa ....













Itu belah paginya. tengahari ibu mandikan dan susukan qa'id, qa'id terlelap tak sampai setengah jam. dah bangun tu, dia buat aktiviti lagi ..... fuh !!







Kalau dah macam ni, mana ibu sempat nk melayan alif .... kat rumah ada tangga tp nasib baik bukan di living room. so selamat la qa'id x buat aktiviti memanjat. tp di rumah lain pula aktiviti dia. sofa dan kerusi urut yg qa'id panjat.