Monday, October 29, 2012

2012 babies

Raya kedua 11 zulhijjah 1433 bersamaan 27/10/12 sabtu, qa'id dapat lagi sorang sepupu. Nama da ada cuma belum announce lg. sepupu qa'id ni adalah anak cik na iaitu kakak ibu. newborn baby boy seberat 3.85kg, lahir secara normal. alhamdulillah.


Pada hari yg sama juga ibu pergi melawat newborn bb di hospital putrajaya. sangat la comel, meruntun hati dan ibu rasa kasih tengok baby ni. ibu tak berkesempatan tuk dukung baby sebab drpd ibu sampai hingga la ibu dh nak balik, asyik nenen aje .... huhuhu ... so ibu dh rindu pada si kecil ni. nnt bila papa balik, kita pergi melawat cik na dan baby ye !! pastu singgah tengok hariz pulak.

Sebelum ni sepupu qa'id yg lahir adalah anak pak da abi, abang ibu. Nama sepupu qa'id tu muhammad hariz. lahir pada 17/8/12 jumaat, 2 hari sebelum hari raya puasa. lahir secara pembedahan dengan berat 1.8kg di hospital serdang. tarikh lahir hariz sama mcm qa'id ... bulan dan tahun aje yg berbeza.

muhammad hariz bin habibullah


Ibu, papa dan qa'id sempat melawat mak da ayu di hospital tapi malangnya tak dapat berjumpa dengan hariz. hariz dimasukkan ke wad icu sebab kelahirannya ada masalah. ibu hanya dapat tengok hariz melalui gambar fb aje. hingga la ke hari ni 29/10/12 ibu belum berkesempatan tuk melawat hariz. papa sibuk dan jarang ada dirumah sejak selepas raya. apa nak buat !!

Selepas raya juga, ibu dapat pangkat nenek .... ehehehheh ... anak saudara ibu dapat anak lelaki diberi nama Aniq Qie Aisy. dilahirkan secara pembedahan sebab baby songsang. berat baby 3.02kg dan dilahirkan pada 3/10/12 rabu. 

aniq qie aisy bin syamsuri
Bila agaknya boleh melawat aniq ni ... dia kat kelantan .... nak tengok cucu yg sorang ni !!


No comments:

Post a Comment