Tuesday, October 23, 2012

11 months

Hari ni umur anakanda al-qa'id dah 11 months 6 days .... dah banyak hari dh ... br ingat nk update ... sebab tu lately rasa mcm ada yg tak kena, selalunya ibu update 2 hr or 3 hr before qa'id genap umur ... ibu betul2 terlupa .. 

Kurang sebulan lg qa'id akan genap 12 bulan maknanya akan cukup la setahun umur baby qa'id ... ibu sangat teruja dan gembira. syukur pada mu ya Allah ... rezekimu tidak pernah putus dan amanahmu juga tanggungjawabku masih mampu aku pikul ... anak semakin membesar, banyak juga la cabarannya!! walauapapun ibu tetap seronok dan menikmati setiap saat membesarkan baby qa'id. ibu jadikan cabaran itu sebagai sesuatu yg menyeronokkan.

Semakin hari qa'id semakin sihat, aktif, ceria dan menceriakan semua orang. qa'id buat ibu dan papa happy dan wan happy atuk happy, makcik2 dan pakcik2 semua happy. telatah dan gelagat qa'id memenuhi ruangan mata kami semua dan cukup terhibur ... setiap hari melayan kerenah qa'id memang membahagiakan. setiap orang juga tak pernah jemu melayan qa'id. setiap hari juga kami belajar benda baru daripada qa'id. what a wonderful child !!

Aktiviti setiap hari hanya berkisarkan qa'id ... setiap pelosok rumah tu, hanya ada qa'id .... dimana qa'id berada, di situla ibu ada, kami semua berada ... semata2 untuk melihat qa'id membesar, menjaga dan memastikan keselamatan qa'id. qa'id dikelilingi dengan kasih sayang dan perhatian, ibu sangat bangga dan bersyukur! tidak pernah ibu bayangkan semua situasi ni berlaku dalam hidup qa'id. ini kerana ibu tak berani untuk berfikir sejauh itu. cuma hanya dalam doa ibu sahaja.

Ibu tidak akan pernah berhenti untuk mendoakan segala kebaikan untuk anakanda al-qa'id. ibu terlalu sayangkan qa'id. kalau boleh setiap detik ingin ibu rakamkan supaya nanti ibu boleh tunjukkan ia pada qa'id bila besar nanti dan juga untuk ibu kenang suatu hari nanti. 

No comments:

Post a Comment