Tuesday, October 2, 2012

Bubur nasi sup

Menu qa'id kali ni simple sgt. Qa'id dh suka makan bubur nasi, so senang la nak masak. kebetulan wan masakkan bubur nasi kosong tuk qa'id. so ibu hanya buat sup aje. sup kosong hanya letak air putih, sebatang carrot, daging ayam cincang dan brokoli. bila dah mendidih, ibu masukkan bubur nasi. kacau hingga sebati. siap!! simple kan ... 

Ibu blend dan bagi qa'id makan. selebihnya ibu simpan untuk dibawa ke rumah maknoor. nanti qa'id boleh makan dengan kengkawan. So ibu namakan resepi kali ni Bubur nasi sup. dibuat pada 30/9/12 ahad yg lalu.

Semalam 1/10/12 isnin, balik dr ofis, wan suh ibu suapkan qa'id. kebetulan wan dh masakkan sup ikan merah. so ibu ceduk sup ikan merah, amik sedikit isi ikan dan 2 sudu nasi. agak berketul sebab nasi tu keras. tp makan dengan sup, kira ok la, boleh lenyek2kan nasi bersama ikan merah dan gaul sebati. berselera juga anak ibu makan. 

Seluruh badan berbau ikan .... atuk plak suh ibu tambah sedikit kicap. ibu ikut kan aje .... 

No comments:

Post a Comment