Monday, October 15, 2012

Kurang menyusu kuat bermain

Baca tajuk je pun dh tahu kan apa yg ibu nk cerita .... lately memang ketara sangat anakanda al-qa'id kurang menyusu. atau ibu yg tak bagi susu? stok susu memang dh xde ... 2 minggu lepas ibu dah x perah susu ... hilang semangat tuk perah sebab perah keluar sikit je ... 

Kalau qa'id di rumah bersama ibu, memang qa'id fully bf. kalau di rumah maknoor, qa'id minum formula milk sepenuhnya ... so ibu tak tahu kekerapan qa'id menyusu formula milk sepanjang hari di rumah mak noor. yg pasti di rumah, qa'id akan menyusu 3-4 jam sekali. sebelum ni 2 jam sekali ... normalkah ini????

Selera makan qa'id memang non-stop .... bangun tidur ibu suapkan snack sebagai breakfast ... then tengahari heavy meal, malam pun sama, heavy juga. in between tu qa'id akan kunyah keropok, biskut, buah dan macam2 lagi lah. boleh dikatakan di tangan mesti ada makanan. 

Apa yg org makan qa'id nak juga. pantang tengok ibu ke sesapa makan mesti qa'id nak, terkedek-kedek jalan datang dekat dengan mulut muncung dan aksi mengunyah beserta dengan bunyi tak lepas.... am am am am .... kadang tu qa'id suka minum air kosong banyak2. kadang langsung tak mahu air selepas makan. siap kena paksa lg dengan ibu sampai menangis.

Alhamdulillah berat badan qa'id dh semakin bertambah, tapi tidak kelihatan berisi mcm baby lain. body qa'id solid aje ... tapi bila dukung, masyaAllah, x larat dan sakit pinggang ibu .... so, ibu tahu yg berat badan qa'id makin bertambah.

Bangun dr tidur, terus gelak2, sengih2 dan cari benda nak main. kain selimut pun jadi la tuk main. ibu bawa keluar dr bilik dan letak di ruang tamu, qa'id akan berjalan, explore setiap ruang dan setiap benda .... berjalan, berjalan dan berjalan. tak kenal penat lelah .... berhenti bila ibu nk susukan dan tidur. setiap kali menyusu tak sampai 5 minit dah stop dan nak main. tidur pun kurang dr sejam .. buka mata je terus nak main .... aduhaiiii 

Main bg qa'id tu bukannya bermain dengan toys ke atau apa yg sewaktu dengannya ... main versi qa'id adalah explore, berjalan, gigit sana-gigit sini, sembam muka atas bantal, tarik apa sahaja yg ada atas meja, pantang buka pintu mesti nk keluar, jatuhkan barang2, tarik kad dalam decoder astro, hempas remote control astro, selak tikar dan macam2 benda yg dia suka. macam2 toys yg ibu dan papa beli, qa'id tak pandang pun ... yg paling qa'id suka remote control ... dh banyak kali berkecai remote tu dibuat qa'id. last but not least, bateri remote tu yg dia suka .... kutip sampah atas lantai memang aktiviti qa'id sejak boleh meniarap lg. 

Tempat yg paling qa'id suka ialah dapur ... dapur dh jadi kawasan larangan. makin ibu larang, lagi la qa'id nk masuk ... pernah sekali qa'id masuk dapur, terjatuh sengsorang ... xde siapa sedar ... dengar2 aje qa'id dh menangis .... 

Sejak dah dapat kaki ni, itula aktiviti qa'id .... sangat aktif dan ceria. atuk sendiri pun dh x boleh nk pegang qa'id apatah lg ibu ... qa'id dh tak suka kena dukung lama2 ... nnt qa'id akan meronta dan buat aksi akrobatik ... terpaksa la lepaskan dan biar qa'id buat aktiviti sendiri ... ibu tetap penat no matter what !!

Apapun ibu bersyukur, qa'id sihat walafiat, ceria dan aktif ... walaupun penat ibu rasa seronok dan bangga melihat qa'id membesar depan mata, penuh dengan kasih sayang dan perhatian. how lucky my son !!


No comments:

Post a Comment