Monday, October 1, 2012

9 months review

Banyak juga yg berlaku tapi ibu tak catat banyak dalam buku nota, sebab masa takde tuk menulis. kebetulan juga kesihatan qa'id tak menentu, so ibu kena beri lebih perhatian pd qa'id. hinggakan perkembangan yg lain ibu jadi tak alert.

17/8/12 jumaat, genaplah umur anakanda al-qa'id 9 bulan. Dapat berita daripada Pak Da Abi, Mak Da Ayu dah selamat bersalin anak keempat ... alhamdulillah, qa'id dapat sepupu baru ... tarikh plak sama dgn qa'id, tahun dan bulan aje berbeza.

18/8/12 sabtu, Qa'id jatuh dari katil. Kepala qa'id terhentak pada lantai simen beralas tikar getah. Ibu tengah iron baju raya, qa'id pula duk atas katil sambil bermain. tetiba ibu ternampak qa'id melayang jatuh dah hampir mencecah lantai. gedebuukkkk .... tergamam sekejap. ibu panik lantas terus terkam anak ibu yg tengah menangis kuat. ibu gosok dahi qa'id sambil peluk ketat-ketat.

19/8/12 ahad, SELAMAT HARI RAYA SAYANG ..... raya ni penuh bermakna buat ibu kerana ini merupakan aidilfitri pertama kita sambut bersama. Tahun lepas qa'id masih dalam perut ibu.

Qa'id terjatuh lagi sekali di pagi raya yg hening. Di rumah onyang, tengah tengok tv sambil tu qa'id duduk di sebelah ibu atas sofa sambil pegang jeli ... entah camana tetiba badan qa'id melayang ke bawah. ibu tak sempat nak sambar badan apatah baju qa'id, gedebukkkk ... qa'id mencium tikar rotan pula. dahi yg sama jatuh semalam. menangis la anak ibu sekuat hati dengan linangan air mata. ibu sendiri pun tak tahu ini semua berlaku secara kebetulan atau suratan.

Ibu gosok dahi qa'id, peluk dan pujuk. qa'id menangis kesakitan. kebetulan pak cik cuni dah balik dr masjid, dia terus dukung qa'id. baru la ibu perasan dahi qa'id bengkak, kemerahan dan ada jalur2 bekas tikar rotan dan ada garis2 pecah darah. Ibu panik dan buntu. ini pertama kali jadi. Atuk datang terus dukung qa'id, ibu tak tahu dari mana atuk muncul. ibu ceritakan apa yg berlaku dan atuk minta ibu ambilkan ais. atuk nak tuam dahi qa'id. qa'id asyik larikan muka aje, mungkin sakit sangat dan tak mahu disentuh.

Ibu tercari-cari papa, air mata dah tak boleh tahan lagi dah. menitis juga. ibu rasa macam nak menangis sekuat hati. tapi xde tempat yg sesuai. semua orang dah berkumpul di rumah onyang. so ibu bawa qa'id masuk ke bilik onyang dan susukan qa'id. qa'id terlelap. memang qa'id sleepy pun sebenarnya. pagi tadi kena paksa bangun awal pagi. dah tu agaknya qa'id mengantuk, tu yg terjatuh dr sofa. bila ibu tidurkan qa'id sambil nenen, qa'id tidur dlm setengah jam aje.

Ibu dh rasa ralat dan xde mood nk beraya melihatkan keadaan qa'id yg sakit dan mengantuk. nak cepat2 balik rumah. yg ibu geram bila balik ke rumah, qa'id tak nak pulak tidur. Belah malam plak semua sanak saudara berkumpul di rumah. beberapa kali ibu cuba tidurkan qa'id tp x berjaya. sehingga la sampai masa tuk gerak balik ke kelantan, masuk aje ke dalam kereta, ibu terus susukan qa'id dan alhamdulillah qa'id tidur. hingga la samapi ke kampung br qa'id bangun. lega sangat bila qa'id bangun dengan ceria. itu petanda qa'id cukup tidur.

Sebelum tu ibu risau juga kalau qa'id tak boleh tidur dalam kereta sepanjang perjalanan. pengalaman sebelum ni buat ibu cuak nak bawa qa'id travel jauh. tp lega sangat bila qa'id dah boleh bezakan siang dan malam dan boleh tidur lena tak kira di mana, selesa atau tak. asalkan dapat nenen. ibu bangga dengan qa'id.

21/8/12 selasa, sewaktu qa'id tidur dalam dukungan ibu dalam kereta, ibu tergerak hati nk tengok ke dalam mulut qa'id. sebelum ni ibu perasan bibir qa'id ada keputihan. ibu sangkakan ianya mungkin kulit bibir yg menggelupas. tapi bila ibu tengok ke dalam mulut qa'id, sangat mengejutkan, kerana begitu banyak keputihan dalam mulut qa'id, terutama dinding pipi dan gusi. ibu pelik dan terus mesej maknoor.

Maknoor terus call, gtau yg qa'id panas dalam, kena bertindak cepat, kalau dibiarkan boleh buat baby demam, terus xde selera makan dan bila keputihan tu dh pecah qa'id akan sakit. petua yg maknoor berikan tak dapat ibu buat. sebab mana nk cari santan sewaktu tengah duk beraya, mana nk stim santan tu dalam periuk nasi yg nasinya dh masak dan nak cari lagi daun cekur manis. disebabkan ibu rasa tak sedap hati, decide tuk balik KL lebih awal.

23/8/12 khamis, sewaktu nak balik ke KL, singgah sekejap untuk beraya dengan pak lang di ketereh. nasib baik mak lang perasan dan maklang suh berikan buah senduduk yg dah masak ranum. alhamdulillah beberapa hari selepas tu, keputihan tu hilang. tapi sebenarnya keputihan tu tak hilang sepenuhnya. masih ada lagi sehingga ke hari ini (rabu 26/9/12).

26/8/12 ahad, qa'id semakin rajin dan berani untuk belajar berjalan. qa'id betul2 tak sabar nak berjalan. sepanjang hari dia cuba bangun dan cuba tuk melangkah. kalau berpaut pada meja qa'id dh kira boleh berjalan. qa'id tawaf meja tanpa rasa penat. kalau terjatuh, qa'id bangun semula dan tawaf lagi meja tu. pegang meja pun sebelah tangan je. dah tu berpaling ke kiri ke kanan tergesa2. macam dia tu dh mahir sangat lah .... kelakar dan comel sangat gelagat dia. betul2 mcm tak sabar nk berjalan. ibu ada rakam aksi qa'id tawaf meja. beberapa kali bila qa'id rasa konfiden, qa'id cuba bangun dan melangkah selangkah then jatuh. kitorg semua bertepuk tangan dan beri galakan. seronok tengok dan qa'id semakin beria bila dapat tepukan. bijak betul anakanda al-qa'id nih ...

Lagi satu qa'id dh pandai wave tangan. ibu anggap aje itu sebagai bye bye dr qa'id. dan bila say bye bye, qa'id otomatically wave hand. ibu nak ajar qa'id salam la lepas ni .... qa'id juga semakin galak mempraktis konsonan. kalau sebelum ni hanya ma ma ... skang dah boleh dengar ga ga, pa pa dan ka ka.

29/8/12 rabu, qa'id batuk berkahak. sejak balik dr kelantan qa'id selsema dan batuk2. tapi hr ni batuk dah ada kahak. kesian pulak bila dengar qa'id batuk berkahak.

2/9/12 ahad, qa'id dh betul2 berani turun katil dengan sendiri tanpa bantuan. beberapa kali ibu angkat qa'id letak semula atas tilam, qa'id turun semula, angkat lg, turun lg ... akhirnya ibu dh yakin dgn kebolehan qa'id dan biarkan qa'id bermain sendiri. bila dah pandai turun katil ni, barang2 yg kat bawah tak boleh berselerak dan kena kemas la sikit. ibu make sure brg2 yg merbahaya dan tak selamat diletak di tempat yg sepatutnya.

Disebabkan hari ni cuti, so banyak masa ibu luangkan bersama qa'id. so dapat la ibu lihat perkembangan qa'id bertatih. qa'id dh boleh menapak selangkah hingga ke tiga langkah ... kemudian jatuh ...

4/9/12 selasa, qa'id tetiba meragam dan buat perangai. waktu yg sepatutnya tidur, qa'id tak mahu tidur, asyik menangis aje. ibu tak syak apa2 tapi bila qa'id menangis berpanjangan, ibu rasa pelik. rupanya perut qa'id kembung. semalaman qa'id menangis dan x lena tidur. tidur pun macam x selesa.

5/9/12 rabu, qa'id dh mula demam. ibu bagi ubat demam sedia ada tp qa'id refuse. walaupun demam tapi masih aktif. ada masa qa'id merengek dan nakkan perhatian.

6/9/12 khamis, demam qa'id makin teruk, panas dan qa'id tak boleh tidur, x selesa dan menangis aje. jam 4-5 pg ibu bawa qa'id ke ruang tamu tuk sapukan asam jawa. kebetulan wan dah bangun dan atuk pn dh nak jaga, so tangisan qa'id mengejutkan atuk dan wan. wan datang tolong sapukan asam jawa ke seluruh badan qa'id. qa'id boleh tidur lena.

7/9/12 jumaat, qa'id masih lg demam. ibu perasan gigi qa'id tumbuh. gigi atas belah kiri. gigi yg ke-7 beza beberapa hr je dengan gigi yg ke-6. kali ni gigi tumbuh pun x perasan sebab qa'id tak sihat dan demam. ibu patutnya excited sebab gigi qa'id tumbuh makin banyak tapi disebabkan qa'id tak sihat, jd x excited. 

Ibu tahu qa'id cuba untuk lawan demam. siang hari qa'id aktif bermain walaupun badan tak sihat. disebabkan tu, badan qa'id tak panas. tapi bila malam aje, badan qa'id otomatik jd panas dan badan qa'id lemah. tidur terganggu, tak lena dan tak selesa. 

10/9/12 isnin, perkembangan tatih qa'id pun dah semakin maju. qa'id dh boleh melangkah 3-5 langkah tanpa bantuan atau berpaut di mana-mana. qa'id sendiri seronok dan tergelak2. demam masih lg bersisa.

13/9/12 khamis, bawa qa'id check-up 10 bulan. kali ni tiada suntikan, hanya check-up biasa sahaja, amik keterangan dan pemeriksaan ringkas. petang ibu minta untuk balik awal, sebabnya nk bawa qa'id ke klinik. mungkin kena amik darah sebab nye demam qa'id dah lebih seminggu. tapi papa decide tuk bawa qa'id berubat cara tradisional.

14/9/12 jumaat, qa'id dh tak demam lagi, alhamdulillah. ibu bersyukur sangat2 dan rasa lega sebab qa'id dh sembuh sepenuhnya. 





No comments:

Post a Comment