Tuesday, October 23, 2012

Puri ayam, keledek dan karot

Resepi ni dah lama ibu masak tuk baby qa'id. cuma agak lama simpan dalam memory kad dan terlupa nak update. ni la dia hasilnya .... 


Bahan-bahan tuk buat puri ni ialah isi ayam, keledek, karot, kentang dan epal. semua bahan potong kecil2 dan ibu rebus semua biar rasa dia mesra. tapi kena make sure yg keras rebus lebih lama. macam karot dia lebih keras berbanding yg lain, so ibu rebus carot sehingga lembut, masukkan isi ayam. rebus lagi hingga isi ayam betul-betul masak, kemudian masukkan keledek dan kentang, rebus lagi dan akhir sekali masukkan epal. epal ni yg menghasilkan rasa manis pada makanan. 

Bila dah masak, lecekkan dengan garfu, make sure air rebusan masih bersisa. jangan kering sebab nanti bila sejuk air tu nanti akan kering sendiri sebab diserap oleh makanan tu. so bila lecek tu, akan keluar juice. 

Qa'id suka sangat makan puri ni sebab rasa dia manis, dan boleh dikunyah. almaklumlah, sekarang qa'id tengah seronok makan dan mengunyah. ibu pun dah tak perlu masak dan simpan stok macam dulu lagi. sebabnya qa'id dah boleh makan apa yg ibu makan. tak perlu blend dan simpan, just masak, lecek dan hidang. comel sangat tengok si manja mengunyah. 

Sekarang qa'id sebelas bulan, nak masuk 12 bulan, sejujurnya ibu dah lama tak masak tuk qa'id macam dulu. kalau dulu mesti pening fikir nk masak apa. kalau boleh nak pelbagaikan rasa supaya baby tak jemu dan makanan seimbang. adakalanya ibu masak macam2 tapi qa'id tak mahu makan. memang stress ..

Selera qa'id pun dah kearah masakan timur ... ibu bukan nak ajar qa'id makan makanan ala barat. tp kalo ibu tak bagi nasi pada qa'id mesti wan bising2 suh bagi nasi. atuk pun sama, mesti tanya ibu balik, kenyang ke makan macam tu?? alih2 wan sendiri yg masak tuk qa'id dan suh ibu bagi qa'id makan. so baik la ibu tak payah susah2 masak macam2 ... akhirnya nasi juga yg kena makan. 

Takpe la sayang, asalkan qa'id nak makan dan berselera, itu dh cukup melegakan ibu. tp ibu akan make sure makanan qa'id seimbang ... ibu nak qa'id membesar secara sihat !!

No comments:

Post a Comment