Friday, October 5, 2012

Sawan tangis

Bismillah hirrahma nirrahiim ...

Sejak kebelakangan ni anakanda al-qa'id sering sahaja tidak sihat. kerap demam malam manakala siang hari aktif seperti biasa. ibu mana yg tidak risau. jujur ibu katakan yg ibu fikir yg bukan2 bila qa'id demam. ibu tahu syaitan telah menguasai ibu dan ibu tak boleh berfikir dengan waras. walau apa pun, ibu sentiasa berdoa pada Allah agar qa'id sihat seperti sediakala.

Ibu tanya uncle google kenapa anak ibu asyik demam dan menangis pada malam hari. baru ibu tahu yg bayi seperti qa'id mengalami sawan tangis.

"sawan tangis iniakibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itu dilahirkan, yang dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia."


Kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :

surah al-Fatihah,
ayat al-Kursi,
surah an-Nas
dan surah al-Falaq,

kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

Tanda-tanda sawan tangis seperti :-

Menangis tapi tak keluar air mata, kadang tu air mata keluar berjurai-jurai, suara tangisan berbeza dr biasa. 


Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. 

Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.

Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. 

Mata bayi kelihatan pejam. 

Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).

Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.

Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. 

Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.


No comments:

Post a Comment