Thursday, October 25, 2012

10 months review

Walaupun baru 10 bulan, ibu rasa anak ibu dah membesar melangkaui umur sebenar. perkembangan qa'id begitu cepat sekali hingga tak terkejar dibuatnya. kadang tu ibu rasa macam belum puas menatang qa'id sebagai bayi, mengagah dan melayan kerenah bayi dan apa sahaja berkenaan bayi. memang qa'id masih bayi tapi entah kenapa ibu rasa mcm qa'id ni melangkaui umur ... cepat sangat qa'id membesar hinggakan ibu rasa ketinggalan. belum lg puas tuk khatam satu tahap, qa'id dah ke tahap yg seterusnya. ibu belum lagi boleh memahami qa'id di satu2 tahap dan belum sempat dapat menikmati tahap tu, qa'id dh maju kedepan. ibu yg kena kejar perkembangan qa'id. lelah semalam masih belum hilang, kena pula hadap letih hari ni dan esok hari sudah tentu penat akan muncul. tapi menyeronokkan !!

Sewaktu entry ni ditulis, qa'id dh berumur 11 bulan 6 hari. tinggal tak sampai sebulan lg, qa'id akan genap satu tahun. nampaknya ibu kena ubah cara, lepas ni jgn lg fikir kebelakang, ibu kena set mind, apa agaknya esok hari, kalau hr ni qa'id mcm ni, esok tentu dh lain. macam tu br la ibu rasa tak ketinggalan. ibu sentiasa update perkembangan qa'id dalam buku catatan ibu dan mungkin itu juga la yg membuatkan ibu rasa qa'id membesar begitu cepat. sedangkan itu adalah sesuatu yg normal. perkembangan qa'id memang cepat dan ikut landasan yg betul.

Oleh itu ibu sememangnya bersyukur sangat2 pada Allah diatas kesemua rezeki dan nikmat yg dikurniakan. jadi bila qa'id dh genap setahun ibu takkan lg buat review by months. sedaya upaya akan ibu update setiap masa .... dan cuba untuk memikirkan apa pula next ... terutama masa depan qa'id. dan sepanjang masa juga, ibu kena lah mengajar qa'id macam-macam mengikut perkembangan bayi.

17/9/12 - 17/10/12 .... itu la tempoh qa'id 10 bulan ..... yg ketara berlaku semasa 10 bulan ialah qa'id dh boleh berjalan ..... sangat teruja. ingat lagi semasa pulang ke kampung di kelantan, ramai sedara mara yg jumpa, mereka kata lg dua bulan boleh jalan dah ni. tapi belum pun sebulan, qa'id dah terkedek2 berjalan. wan kata qa'id ikut papa, umur 10 bulan dh boleh jalan. huhu

Rasanya ibu dah pernah update tentang qa'id sepanjang tempoh sepuluh bulan tu. tp xpe la, yg ni hanya la review sahaja .... ibu tulis balik semula dalam blog seperti yg ibu catat dalam buku harian ibu tentang qa'id.

17/9/12 isnin, memang betul, anak kecil lebih suka meniru perbuatan daripada mendengar kata-kata. oleh sebab ibu selalu bawa qa'id masuk ke bilik setiap kali ibu nk bersolat, maka bila qa'id tengok di tv gambar org tadah tangan berdoa selepas azan berkumandang, qa'id pun turut menadah tangan berdoa. tersentuh hati ibu!! apa tidaknye, qa'id selalu tengok ibu solat dan semasa berdoa ibu akan letakkan qa'id atas riba, berdoa sesama. 

Satu lagi anak kecil akan lebih terangsang sekiranya kita memberikan galakan kepadanya. apa sahaja yg qa'id buat, ibu akan bertepuk tangan dan ketawa gembira. pada mulanya qa'id agak pelik bila ibu beraksi macam tu, tapi lama kelamaan, qa'id pun turut excited, ketawa mengekek walaupun jatuh dan sakit. sabar je lah !!

18/9/12 selasa, maknoor bagitahu ibu, qa'id berjalan tak henti hari ni. practise make perfect ... walaupun jalan 2 3 langkah then jatuh tapi qa'id bersemangat kental dan terus berjalan. agaknya itu kebolehan baru, so qa'id sangat excited untuk meneroka kebolehan sendiri. 

19/9/12 rabu, satu lg yg ibu nampak, qa'id suka mendengar muzik. sebelum ni ibu hanya perhatikan qa'id akan pause bila dengar muzik background TV3. tapi kali ni qa'id goyangkan badan bila mendengar muzik dari kereta mainan kanak2. tapi bila dengar muzik dari radio dalam kereta xde plak qa'id nk goyang badan. 

22/9/12 sabtu, hari ni dapat luangkan masa seharian bersama qa'id di rumah. baru la ibu nampak keghairahan qa'id berjalan. bukan main konfiden lagi, takde rasa jemu, apatah lagi penat walaupun seluruh badan dibasahi peluh. oleh sebab qa'id dh pandai berjalan, ibu dengan andaian bahawa boleh tinggalkan qa'id dengan aktiviti baru nya itu, boleh la ke dapur untuk memasak ke apa kan, tapi sama jugak, menangis bila ibu xde depan mata. aduhai anak ... kalau dalam bilik, nk masuk bilik air pun payah, mesti menangis ... nak mandi apatah lg .... tp bila keluar je dr bilik air, automatik senyap .... haih geram dbuatnya .... 

24/9/12 isnin, qa'id tetiba demam, badan panas mendadak ... br seminggu demam sembuh, kini demam lg. ibu redha dengan ujian allah swt. ini br ujian kecil ... ini kali ketiga qa'id demam kalau tak salah ibu la ... 

26/9/12 rabu, ibu belikan satu berus gigi baby tuk qa'id. stat hari ni ibu akan berus gigi qa'id setiap hari sebelum tidur. berus sekali sehari je. gigi qa'id dh kuning ... huhu

29/9/12 sabtu, qa'id memang kerap jatuh, sebab terlalu lasak. tp kali ni qa'id terjatuh, muka terhantuk pada meja. so mulut qa'id bleeding. kesian sangat anak ibu menangis berjujuran air mata ... ibu risau kalau gigi qa'id yg patah. nasib baik xde pape ... 

1/10/12 isnin, kemahiran berjalan dh semakin baik, jatuh dah kurang sikit dan langkah pun makin jauh. tangan pun turut sama explore ... ada je benda qa'id capai dan jatuhkan ... 

2/10/12 selasa, qa'id demam lagi sekali .... sejak dr hr ni juga qa'id semakin kurang menyusu badan, nenen sekejap sekejap dan perhatian mudah terganggu.

5/10/12 jumaat, kali ni qa'id jatuh agak teruk, jatuh kebelakang, kepala belakang terhentak kuat. qa'id sedang seronok berjalan tetiba badan tak seimbang dan jatuh terduduk dan terus tertumus ke belakang. aku terpana seketika sebab terkejut. aduh ... qa'id jatuh tak terkira dh rasanya, berpuluh kali dah ... 

8/10/12 isnin, jumaat, sabtu dan ahad lepas papa mandi bersama qa'id. hari ni pulak ibu mandikan qa'id, qa'id menangis beria, ibu curah air ke badan qa'id, qa'id meronta-ronta, kelakuan qa'id sangat pelik.

15/10/12 isnin, kali ni qa'id semakin kurang menyusu, minum air putih pun tak mahu, selera makan semakin kuat, berjalan dan bermain tanpa henti ... bermain tu bukan bermaksud bermain permainan tp bermain cara qa'id ... susah ibu nk jelaskan. disebabkan kurang minum air dan menyusu, berak pun dah berketul2 ... geram sangat rasanya bila qa'id tak mahu minum air. ibu risau qa'id akan sembelit. lagi satu setiap kali gosok gigi mesti menangis meronta-ronta. ibu tak peduli, ibu gosok juga.

No comments:

Post a Comment