Tuesday, October 23, 2012

Rempit ....








Kalau rempit msti dikaitkan dengan motosikal kan?? biasa la tu .... 

Pernah satu hari tu hari khamis 18/10/12, pegi jemput qa'id di rumah maknoor dengan moto, pagi sebelum tu papa hantar qa'id dengan moto, petang jemput qa'id pun dengan moto... hehehhe ... 

Qa'id bukan main lg seronok, sengih aje sepanjang perjalanan, ibu plak yg seram ... ibu kalau membonceng, berani sangat, tapi kalau jd pembonceng, gayat dan takut. papa plak bawak laju, habis terbang tudung ibu. dah la tu, helmet plak tak pakai. bagus la sangat kan!!

Cuaca petang tu plak agak sejuk sebab mendung, angin kuat, ibu risaukan qa'id kesejukan. ibu minta papa bawa perlahan. tapi qa'id relaks aje .... dah seronok kan, mana nk ingat takut dah. 

Gambar kat atas tu ibu amik bila kita dah selamat sampai ke rumah. papa bawa pusing2 sekeliling laman rumah sambil ibu jd fotografer ...

No comments:

Post a Comment