Monday, October 8, 2012

Resepi baru

Minggu ni ibu cuba resepi baru ... dah lama ibu nk buat tapi asyik lupa ... bahan pun kadang tu tak cukup .... kebetulan petang jumaat 5/10/12, lepas balik dr keje, singgah alamanda, ibu beli apple merah. Leh la buat akhirnya ...  

Ni la dia (ooops! gambar ibu upload kendian ye )

Ibu tak tahu nak letak nama apa tuk resepi kali ni. bahan-bahan yg ibu guna ialah sebatang carrot, sebiji kentang, setengah cawan daging ayam cincang (minced chicken brand ramly) dan 2 biji apple merah. semua bahan potong kecil2 supaya cepat masak. ibu rebus carrot dulu sebab carrot ni agak keras kalau nk dibandingkan dengan bahan yg lain tu. rebus carrot hingga lembut, br ibu masukkan kentang, rebus hingga masak then masukkan isi ayam. akhir sekali masukkan apple. 

Bila semua dah masak, ibu sejukkan seketika. bila dh agak2 suam ibu lecekkan dengan garfu ... then siap. rasa dia manis hasil dr buah apple merah td. alhamdulillah qa'id suka, ibu senang hati .. esok atau lusa ibu nak masak benda yg sama cuma nk tukar kepada labu dan tambah sedikit brokolli. 

Resepi yg ibu buat tuk qa'id senang sangat, cuma tukar bahan sikit aje... sebab nak pelbagaikan rasa... xde la bosan asyik rasa sama je ... ibu nk masak selalu pun xde masa. yg penting qa'id suka, berkhasiat dan sihat. insyaAllah ...

Satu lagi resepi yg tertangguh ... iaitu kentang goreng ... dah lama nk buat tp ada je halangannya. padahal sangat la mudah ... ibu masak kentang goreng spesel tuk qa'id. ni dikategorikan sebagai finger food. qa'id memang suka pegang makanan. so, ibu belikan biskut, tp qa'id dh bosan asik makan biskut aje, mesti nk ramas dan patah2kan. so ibu buat kentang goreng supaya qa'id leh pegang dan makan sendiri. 

Nak buat kentang goreng ni, ibu kupas 3 biji kentang pelbagai saiz, basuh bersih dan rebus separuh masak. letakkan sedikit garam tuk bg rasa. taknak letak pun takpe. toskan dan masukkan dalam bekas. simpan dalam peti ais. bila nak makan, br la ibu gorengkan. ibu guna minyak masak biasa je. tak mampu nk guna minyak zaiton. 

Setiap kali ibu buat kentang goreng, orang lain yg habiskan ... biasa la tu, qa'id bukannya makan sangat pun. qa'id hanya nk pegang sambil main. so far qa'id suka. nnt ibu cuba buat finger food lain plak ye !!!

(gambar ibu upload kendian ye)

No comments:

Post a Comment