Thursday, October 4, 2012

Demam kali ke-4

Hari ni 4/10/12 khamis, masuk hari ke-3 anakanda al-qa'id demam. qa'id mula demam petang kelmarin 2/10/12 selasa. balik dr kerja, ibu dan papa jemput qa'id macam biasa. then terus ke kedai manjaku untuk beli pampers dan berus gigi qa'id. malam tu la, badan qa'id dh mula panas. 

Wan cepat2 sapukan asam jawa ke sluruh badan qa'id. sebelum tu ibu mandikan qa'id. so bila tidur malam qa'id menggigil kesejukan sebab tidur tak berbaju. walaupun di luar sejuk tp di dalam, badan qa'id kepanasan. itu wan la yg cakap. ibu sendiri yg tgk qa'id menggigil rasa sedih, pilu dan bersalah sangat. ibu risau dan dalam kepala ibu ni mcm2 benda negatif yg muncul. 

Pagi tadi otw ke tempat keje, ibu maklumkan pd papa minta bawa qa'id jumpa ustaz. ubatkan qa'id cara tradisional. sebab demam qa'id ni pelik, siang qa'id sihat, malam pulak badan panas. ibu tak bagi qa'id ubat demam. 

Semalam 3/10/12 balik dr rumah maknoor, qa'id tidur awal. then jam 8mlm qa'id bangun menagis. so ibu bawa qa'id ke ruang tamu. selesai makan malam, ibu sapukan asam jawa ke seluruh badan qa'id dan balut dengan napkin lembap. ibu bawa ke bilik dan baringkan. qa'id menangis aje. hati ibu betul2 sedih dan pilu. ibu tak sampai hati tgk keadaan qa'id. ibu baring sebelah qa'id, ibu tepuk2 sambil berzikir. akhirnya qa'id berhenti menangis dan terlena.

Pagi tadi qa'id bangun awal. semalaman qa'id tidur x lena dan terganggu. ibu tahu qa'id rasa x selesa bila demam. next week papa dah mula sailing. so kalau boleh biarla papa uruskan qa'id secepat mungkin sebelum sailing. ibu akan susah hati kalau biarkan qa'id macam tu. ibu juga yg susah kalau papa xde. 

No comments:

Post a Comment