Wednesday, October 3, 2012

Gear box

Honestly ibu kesian dengan qa'id, tapi nak tergelak pun ada. ibu sayang sangat pada qa'id ....

Alkisahnya, bulan puasa yg lalu, sepanjang ramadhan tiap kali nak berbuka, qa'id pun sibuk la nk kacau orang makan. so mcm2 cara kitorg buat untuk qa'id leka dan tak kacau makanan. satu hari wan masak sup tulang, semasa semua tgh makan, wan bg qa'id seketul tulang. qa'id punya la duk hadap tulang tu, betul2 leka ... duk hisap tulang tu sampai tak peduli dah benda lain. 

Tapi time tu ibu terlepas peluang snap pic. ini pun dah nak habis puasa, sempat juga ibu snap beberapa keping. pic ni ibu snap guna kamera hp ummi yah pada 17/8/12 jumaat (qa'id genap 9 bulan) ... tengok la gelagat anak ibu bila dpt seketul tulang gear box .... besar kot tulang tu ... berat lagi ... tapi qa'id pegang sebelah tangan dan menikmatinya dengan bersungguh-sungguh. dapat la kitorg sume makan dengan aman damai ... qa'id pun dapat habuan ... besarrr punya ... tak heran dah benda lain di sekeliling ... 

Sedap sangat kot hisap tulang tu, sampaikan bila dah siap makan dan mengemas, ibu mintak balik tulang tu, qa'id tak mahu kasi .... lama juga pujuk br la qa'id bg tulang tu pada ibu, kalau rampas dr tangan kompem la qa'id mengamuk sakan ... dah lewat malam ibu terpaksa mandikan dan bersihkan lemak2 pada badan qa'id. 























No comments:

Post a Comment